23 December 2011

Berhajat Kepada Momentum



Assalamualaikum.


Bismillah.


Hari ini adalah hari terakhir dalam tempoh 14 minggu perkuliahan. 4 minggu seterusnya adalah minggu-minggu kritikal bagi aku. Minggu-minggu pulun. Minggu-minggu untuk menyentuh buku teks untuk subjek tersebut buat kali yang terakhir.


Musim ini akan kembali merodai kehidupan aku untuk 2 tahun setengah lagi, insyaAllah.


Betapa masa itu berlalu meninggalkan kita; dan yang kita bawa dari masa-masa yang lepas itu Cuma dosa dan pahala, Cuma ilmu dan pengalaman.


Aku terfikir, kalau itulah Cuma yang kita kumpul lalu dibawa bersama; bagaimana pula aku menghadapi hari-hari seterusnya, meraih pahala dan menghindar dosa, mencari ilmu dan menimba pengalaman.


Hidup ini singkat, semestinya. Dan bagaimana mahu mengoptimumkan kehidupan, itu persoalannya.


Pahala. Dosa. Ilmu. Pengalaman


Aku, berhajat kepada momentum


“Ya Rabb, sesungguhnya aku tahu Engkau sedang melihat aku, serba-serbi tahu tentang aku, lebih kenal aku dari ibubapaku. Ya Rabb, jadi Engkau gerakkanlah aku untuk meraih redhaMu, jauhkanlah aku dari murkaMu, penuhkanlah aku dengan ilmu-ilmuMu, anugerahkanlah aku pengalaman-pengalaman berharga dariMu. Bukan setiap minggu, bukan setiap hari, bukan juga setiap jam; namun setiap hela nafasku. Tanpa Engkau ya Rabb, tiada makna dan tiada erti hidup aku. Ya Rabb. Ya Rabb. Ya Rabb”



Bagi rakan-rakan yaang sedang dan bakal menduduki peperiksaan akhir semester; saya ucapkan selamat maju jaya!


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

19 December 2011

Saya Sedih



Assalamualaikum.


Buat rakan-rakan maya; didoakan semoga Allah bersama kalian, semoga Allah rahmati kalian, semoga Allah bimbing kalian. Iyyaanaa wa iyyaakum ajma`iin.


Saya sedih. Betul-betul sedih.


Rakan-rakan ada tengok video pasal sekumpulan orang yang mahu menampar dan meludah mahasiswa dek menurunkan bendera yang padanya ada gambar Perdana Menteri Malaysia? Dan, video yang menayangkan seorang saudara yang menyerang penganjur BEBAS?


Kalau belum lihat lagi, saya sediakan di bawah.






Saya sedih. Saya sedih selepas melihat kedua-dua video ini. Saya juga pelik dan hairan. Apalah besar sangat Melayu itu sehingga begitu marah sekali kepada mahasiswa. Perdana Menteri saja pun. Itupun hanya di atas bendera. Bukan main melenting marahnya.


Saya jadi lagi sedih apabila tiada tindakan-tindakan sebegini dilakukan sebagai bantahan terhadap kenyataan-kenyataan CSL dan video-video sembang rakyat yang menghina Islam. Marahnya tidak semarah mereka terhadap penghina-penghina Islam. Kadar responsivnya tidak setangkas mereka yang menentang pencaci-pencaci Islam. Perdana Menteri, diam. UMNO, diam. PERKASA, juga diam.


Melayu tak bawa kita masuk syurga, kan rakan-rakan?


Namun di sini, saya tidak pula bermaksud untuk meminggirkan bangsa Melayu. Cuma usah dilebihkan bangsa dari Islam. Melayu tak jamin kita keselamatan di akhirat, tapi Islam ya. Rasulullah S.A.W ada bersabda yang mafhumnya lebih kurang begini; “kamu masuk Islam, kamu selamat”.


Beria-ia sungguh disuruhnya penganjur untuk memohon maaf terhadap tindakan itu. Namun pada masa yang sama, adakah mereka juga meminta dari CSL dan si pembuat video sembang rakyat itu untuk memohon maaf?


Kadang-kadang saya ada bertanya kepada diri saya sendiri. Kenapa situasi begini boleh terjadi? Adakah ia salah makbapak yang melahirkan? Adakah ia salah diri sendiri? Adakah disebabkan pendedahan dan gambaran mereka tentang Islam itu salah? Adakah disebabkan mereka kurang didikan agama atau ia silap system pendidikan di Negara kita sendiri?


Tak apalah, biarlah mereka. Yang penting, mari kita kembali bersama-sama merenung ke dalam ke jiwa, mari kita tanyakan kepada diri kita “di mana Islam dalam hidup kita?”.


Aduhai, di mana Islam dalam hidup kita.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

18 December 2011

CBP 2011 - Sedikit Komen


Assalamualaikum.


Sebelum saya nak sambung study balik subjek perakaunan perniagaan di mana esok ada test II, saya nak ambil kesempatan sedikit sahaja [ sedikit lah sangat ] untuk saya melontarkan pandangan saya berkenaan beberapa isu di Malaysia.


Pasal hudud kah? Eh, bukan. Saya bukan orangnya untuk berbicara secara tafsil.


Pasal undang-undang Lembaga Juru Komputer Profesional 2011 atau dalam bahasa inggerisnya Computer Profesional Board 2011 (CPB 2011). Masih dalam rang undang-undang lagi; belum digazetkan.


CPB 2011 ini, kandungannya antara lain ialah (1) mensyaratkan semua pihak yang ingin melibatkan diri dalam bidang pengkomputeran, diwajibkan mendaftar kepada CPB yang diwujudkan sebagai badan kawalselia seperti MMC bagi para doktor, Bar Council bagi pengamal undang-undang. (2) Sesiapa yang terlibat dengan perkhidmatan atau jual-beli komputer, perkakasan dan perisian akan diwajibkan mendaftar dengan CPB. Ini termasuklah syarikat milik tunggal, perkongsian dan badan korporat. (3) Di bawah CPB, penyedia perkhidmatan komputer ini akan dibahagikan kepada tiga golongan iaitu Pengamal Pengkomputeran Berdaftar, Profesional Pengkomputeran Berdaftar dan Penyedia Perkhidmatan Perkomputeran Berdaftar. (4) Tidak ada mana-mana entiti yang terlibat dalam Prasarana Maklumat Kritikal Kebangsaan - Critical National Information Infrastructure (CNII) dibenar menggunakan perkhidmatan pihak yang tidak berdaftar dengan CPB. Entiti CNII merangkumi bidang-bidang pertahanan dan keselamatan kebangsaan, perbankan dan kewangan, komunikasi dan maklumat, tenaga, pengangkutan, air, perkhidmatan kesihatan, kerajaan, perkhidmatan kecemasan, makanan dan pertanian. Yang tiada, tanah perkuburan sahaja. (5) Sekiranya melanggar peraturan yang yang ditetapkan di bawah Akta CPB2011, pihak yang berkaitan boleh didakwa di mahkamah dan sekiranya didapati bersalah, boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulanatau kedua-duanya sekali. [rujuk sini]


Saya tertarik kepada satu pernyataan di dalam artikel tersebut. Pernyataan itu berbunyi;



Sungguh, saya setuju dengan pernyataan tersebut bersandarkan pada ilmu yang saya pelajari. Persoalan di sini yang saya mahu ajukan kepada rakan-rakan ialah, sejauh mana penggazetan undang-undang ini memberi kesan kepada kehidupan kita dari sudut ekonomi.


Baiklah, saya akan cuba cerita step by step.


1. Secara lumrah, umum, dan diterima akal; industry perkomputeran dan ICT cepat berkembang dan berubah dengan inovasi-inovasi yang gempak-gempak. Juga, bidangnya terlalu luas. Mereka yang tiada sijil juga kadang-kadang lebih pakar dari yang ada sijil kelayakan. Ini menunjukkan industry ini lebih menonjolkan kepada kebolehan individu. Siapa cekap, siapa mahir, siapa power, siapa kreatif; dia dapat. Untuk memastikan para pengguna menerima produk perkhidmatan yang selamat dan berkualiti dari juru-juru komputer, tidak ada ‘pengawal’ yang lebih baik daripada persaingan dalam pasaran terbuka atau open market. Pengguna sendiri boleh menentukan kualiti dan tahap kompetensi seseorang jurukomputer dan pengguna mempunyai pilihan siapa yang mereka mahu gunakan. Dalam suasana persaingan yang efektif, kepentingan pengguna akan terpelihara.


2. Kemudian, apabila rang undang-undang tersebut Berjaya digazetkan; cuaca di dalam industry akan bertukar. Nak mencipta sesuatau yang baru akan menjadi sukar berikutan campurtangan kerajaan dalam mengolah inovasi mereka. Ini menampakkan satu lagi jenis sekatan ke atas inovasi di Malaysia. Bagi para pengguna pula, mereka terhalang untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik dan gajet yang tercanggih; dan ini menyebabkan industry perkomputeran dan ICT tidak mesra pasaran.


3. Hal ini akan menyebabkan para juru kompouter dan ICT akan mencari peluang yang lebih luas untuk mereka jual inovasi mereka. Oleh kerana di Malaysia ini punya undang-undang yang menyekat penjualan inovasi mereka, mereka akan mencari peluang di luar Negara di mana tiada sekatan yang seumpama di Malaysia dikenakan. Apabila mereka mencari peluang di luar dan mereka keluar meninggalkan Malaysia, Malaysia akan mengalami shortage pekerja mahir.


4. Apabila sumber pekerja mahir ini scarce, maka akan ramailah syarikat-syarikat, institusi-institusi, bank-bank, kilang-kilang berlumba-lumba untuk mendapatkan pekerja mahir tersebut. Ini akan menyebabkan syarikat-syarikat atau apa-apa entity bersedia untuk mengupah mereka dengan harga yang tinggi. Juru-juru computer pasti akan pilih tempat yang menawarkan upah yang tinggi kan. For sure.


5. Apabila sesebuah syarikat itu memberi gaji dan upah yang tinggi demi memperoleh perkhidmatan juru computer, maka kos untuk sesebuah produktiviti akan meningkat. Untuk menampung peningkatan dari sudut kos, syarikat tersebut terpaksa menaikkan harga produk dan servis yang dikeluarkan.


6. Maka, bagi rakyat, mereka tiada pilihan. Rakyat terpaksa membeli barangan tersebut di mana harganya telah naik. Maka situasi yang terjadi ini disebut sebagai INFLASI. Kita memang tidak boleh lari dari inflasi, tetapi kalau kadar inflasi itu tinggi; ia bukan suatu petanda yang baik dalam ekonomi Malaysia secara keseluruhannya.


Saya mahu tanya rakan-rakan. Sector mana dalam Negara kita ini yang tak guna kepakaran computer dan ICT? Nak buat kilang makanan pun perkhidmatan jurukomputer digunakan [untuk system mesin-mesin]. Nak buat bank pun perkhidmatan jurukomputer digunakan [security information]. Bar code di tesco pun gunakan perkhidmatan mereka. Nak auditing company pun guna software yang mereka cipta. Pejabat pos pun guna kepakaran mereka. Kiosk bookdrop dan pinjam buku pun guna juga kepakaran mereka. Nak format laptop pun gunakan perkhidmatan mereka. Jadi, serba serbi harga barang dan perkhidmatan akan naik disebabkan kos upah jurukomputer naik.


Err..faham tak? Kalau tak faham tak apalah. Saya budak baru belajar. Kalau ada salah, betulkan. Hehe.. Sebenarnya, akan ada banyak lagi consequencesnya. Tapi tak apalah, kira ini pun jadilah untuk dikongsikan.


Okay sudah. Nak basuh baju dan sambung study pula.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

16 December 2011

We're Fatter & Sicker



Assalamualaikum.


Kesihatan ni penting untuk dijaga. Islam juga menuntut untuk kita bertanggungjawab terhadap kondisi diri dan kesihatan. Tak percaya? Ini sebahagian dari mafhum dalil tuntutan menjaga kesihatan.


                 - Allah S.W.T suruh makan dan minum, tapi jangan berlebih-lebih [al-‘aaraf:31]

                 - Allah S.W.T larang kita untuk mencampakkan diri ke dalam kebinasaan [al-baqarah:195]

             - Rasulullah S.A.W (selawat dulu) juga mengingatkan supaya makan pabila lapar dan berhenti dari makan sebelum kenyang [hadis riwayat Abu Daud]

                 - Rasulullah S.A.W juga pernah berlumba lari dengan Ummul Mukminin ‘Aaisyah
                    [hadis riwayat Ahmad]


Bagi aku, kalau nak sihat tubuh badan; kena pandang dari dua sudut. Yang pertama, (1) apa yang dimasukkan ke dalam badan kita; dan yang kedua, (2) apa yang dikeluarkan dari dalam badan kita.


Itu secara umumnya. Lebih saintifik lagi ialah; berapa banyak kalori yang kita ambil dan berapa banyak kalori yang kita keluarkan @ gunakan.


Cerita pasal kalori ni susah sikit. Tapi tak apa, aku nak kongsi sikit




Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori

Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar)
akan menaikkan 1kg berat badan.





Oleh sebab aku nak kurus [ :p ], aku tak boleh ambil kalori sebanyak itu dalam sehari. Kena kurangkan. Dan harus pula untuk aku bersenam dan workout. Ceeh..


Aku terpaksa particular dengan benda-benda dan figure-figure macam ni, sebab aku sudah dikatagorikan sebagai obes. Adoyai.


Moral of the story; kesihatan kena jaga. Jasad yang ruh kita tumpang ini juga adalah amanah untuk kita pelihara. Biar nanti nak beribadah senang, biar nanti tua tua tak menyusahkan diri dan orang, biar nanti tidak membazirkan wang sebab kena rawat penyakit-penyakit. Wallah’aalam.


p/s: malam tadi ada orang promote dan suggest kat aku Herbalife. Erk..


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

14 December 2011

Bangun Subuh


Assalamualaikum wa rahmatUllah.


Bismillah.


Segala puji-pujian hanya bagi Allah; kepadaNya kita meminta pertolongan dan kepadaNya kita memohon perlindungan dan kepada Allah S.W.T jugalah kita menagih untuk dicukupkan keperluan. Selawat dan salam atas junjungan besar, penutup para nabi, ikutan dan contoh utama dalam meneladani kehidupan; Nabi Muhammad, rasulullah S.A.W.


Ada satu perkara yang saya benar-benar mahu luahkan di sini. Ia berkaitan dengan sikap. Orang inggeris oyak ‘attitude’.


Sikap yang saya ingin sentuh ini, bagi saya, bukanlah dari sikap orang-orang yang menuju kejayaan. Minta maaflah, saya pun tak tahu nak namakan sikap itu dengan nama apa, tapi bunyinya lebih kurang begini; suka meletakkan kesalahan diri sendiri ke bahu orang lain. Maksudnya; dia buat salah, tapi orang lain juga turut dipersalahkan atas kesilapan yang dilakukan.


Contoh paling dekat yang saya mahu bawa ialah, bangun tidur untuk melaksanakan solat fardhu subuh. Sudahlah subuhnya terlajak, bangkit tidur pula marah-marah orang yang disebelah kerana tidak menggerakkannya untuk bangkit solat subuh. Tak pasal-pasal.


Golongan begini, saya ada ayat untuk mereka.


“kamu tidak solat subuh, mengapa kamu mahu salahkan orang lain dahulu? Mengapa kamu tidak memarahi diri kamu sendiri kerana bangun lewat? Adakah kamu tahu, apa punca kamu lewat untuk bangun subuh? Sebabnya kamu tidak bersungguh-sungguh untuk bangkit. Kamu tidak berhajat kuat untuk bangun awal. Kamu tidak bersedia untuk melawan nafsu diri kamu sendiri. Kerana kamu tidak menyenaraikan solat itu dalam jadual seharian kamu. Lihat, atas segala sikap kamu tadi, kamu letak pula dosa kamu lewat solat subuh itu pada orang lain. Jangan begitu! Salahkan diri kamu dahulu yang pertamanya!”


“ya, kalau kamu katakan menggerakkan rakan-rakan untuk solat subuh itu tanggungjawab rakan yang sudah bangun, saya setuju dan ada benarnya juga. Pada masa yang sama juga kamu harus ingat, kamu harus persoalkan; bagaimana sikap kamu dan persediaan kamu untuk menghadap Allah S.W.T pagi-pagi itu. Mahu orang lain mempersiapkan diri kamu? Mahu orang lain mensiagakan diri kamu di hadapan Allah? Kalau kamu jadi mayat, barulah boleh aku tolong siap-siapkan”


“bagi saya, ia bukan soal tanggungjawab rakan sebelah untuk menggerakkan kamu subuh yang pertama; tetapi ia soal tanggungjawab kamu dengan Allah S.W.T dan bagaimana sikap kamu dalam melunasi amanahNya yang utama. Ia menjadi cerminan bahawa siapa diri kamu sebenarnya bila berhadapan dengan suruhan dan larangan Allah S.W.T”




“nasihat saya untuk kamu, jangan letakkan kesalahan diri kamu itu pada orang lain suka suki hati kamu. Lihat dahulu diri kamu, koreksi kembali mana yang perlu dikoreksi. Bersungguh-sungguh itu kuncinya. Kesedaran itu tapaknya. Hanya yang boleh mengingatkan diri kamu itu adalah kamu, bukan orang lain.”


p/s: irritated dengan orang begini.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

12 December 2011

Kerja Berpasukan


Assalamualaikum.


Saya ada satu keyakinan perihal kerja berpasukan. Tak kisah lah sama ada kerja berpasukan itu dalam konteks buat esaimen, menjayakan program, melaksanakan misi dan visi persatuan, dan tak dilupakan juga kerja berpasukan dalam konteks sukan.


Apa keyakinan saya?


Saya yakin, ada beberapa ramuan utama dan penting untuk menjayakan sesuatu matlamat secara berpasukan. Antaranya;


1. Jelas matlamat.

2. Ada pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan tentang perkara yang dilakukan.

3. Percaya kepada diri sendiri yang kita boleh lakukan.

4. Percaya kepada ahli pasukan yang lain bahawa mereka juga boleh lakukan tugas dan tanggungjawab dengan baik.

5. Faham posisi dan kedudukan serta tanggungjawab dalam pasukan.

6. Melaksanakan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh.

7. Mengakui kelemahan diri, terbuka dan sedia untuk ditegur dan diperbetul.

8. Keserasian antara ahli.


Aku nak tekankan yang nombor 4 itu. Kalau tak percaya kat member sendiri dalam kumpulan, susahlah macam tu. Bergerak sorang-sorang. Kerja berpasukan pun tidak efisen. Nak capai matlamat jadi susah. Mungkin tak berapa serasi lagi kot.


Hmmm…….


Wa Allahu ‘aalam.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

10 December 2011

Saya Pandai Masak


Assalamualaikum.


Hari ini tiada isu nak digosipkan bersama. Cuma nak kongsi beberapa gambar. Gambar masakan hasil dari air tangan aku.


Tak boleh blah kan tajuk post ni. Macam masuk bakul angkat sendiri pula. Heheh.

this is my first cook at rumah sewa; sup ayam. 

masakan saya yang kedua ialah kari ikan. tapi tak sempat nak snap.


this is my third cook; bening bayam. nyum nyum! 


and this is my forth cook; bubur candil. urrrgh, sedap gila :p


Amacam, Nampak sedap kan? Hehe. Nak rasa? datanglah rumah, nanti aku masakkan..


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

27 November 2011

Which come first?


Assalamualaikum.


Oh, 1st Muharram 1433 eh today?


Happy new year.


Kullu ‘aamin wa antum ila Allahi aqrab.




What do you think eh, exam come first or knowledge?


No matter what, I must have to ready to pull my trigger.

GOMO RAZI GOMO!!!




Sudi-sudilah 'Like' post ni..

25 November 2011

Rumah Sewa


Assalamualaikum.


Semester ni, buat pertama kalinya aku menginap di rumah yang aku sewa sendiri. Dengan ayat lain, aku sudah tidak duduk di kolej asrama lagi.


Pelik. Memang rasa pelik duduk rumah sewa untuk kali pertama ini. Rasa janggal. Mungkin sebab dah terbiasa duduk di asrama; 9 tahun kot, dari tingkatan 1 sampailah 3 tahun di KIPSAS dan setahun di USIM.


Serius, aku rasa janggal. Mungkin sebab aku sudah terbiasa dengan peraturan-peraturan asrama. Seperti peraturan keluar masuk, peraturan barang-barang elektrik, peraturan tutup lampu malam, peraturan kebersihan bilik, dan lain-lain yang berkaitan.

Jadi, bila aku pindah suasana dari hidup bersuasana asrama ke suasana rumah sewa; aku ‘culture shock’. Serius beb, ‘culture shock’. Sebulan kot aku ambil masa nak ‘merge’ dengan hakikat bahawa aku dah duduk rumah sewa, tak duduk di asrama. Haha.


Selain dari faktor dapat menjimatkan perbelanjaan yuran, aku dapati ada manfaat lain yang aku dapat.


Aku rasa, aku seperti orang dewasa. Perlu matang. Berhajat kepada penilaian dan pertimbangan yang baik dalam membuat keputusan. Perlu mengurus isi rumah dan masa dengan efisyen. Memberikan kerjasama sesama ahli rumah. Dan, satu yang aku dapati kesan ke atas diri aku ialah; aku semakin berkira dari sudut kewangan. Tak tahulah kenapa. Mungkin aku rasa aku sudah berhadapan dengan dunia sebenar; lebih mencabar, lebih kejam, dan mungkin lebih keras dan mungkin juga lebih materealistik.


Keluar dari kepompong peraturan di asrama, ke dunia rumah sewa yang tiada kod-kod peraturan yang jelas; sedikit sebanyak memberi aku pengalaman dalam mencari kekuatan untuk membentuk diri yang berdisiplin. Aku selalu terfikir, “kalau aku hidup dalam dunia yang bebas tanpa ada pegangan untuk aku ikatkan diriku dengannya, sumpah, aku akan jadi manusia yang tiada nilai”. Betul. Tiada nilai. Hidup seseorang itu akan jadi macam ni – bangun tidur -> makan -> kerja -> online -> lepak2 -> makan -> rehat -> online -> tidur. Kitar ini berulang sampai mati. Nak ke hari-hari hidup macam ni. Ewww! Please!


Dalam tempoh ‘culture shock’ itu, aku memikir-mikir bagaimana cara untuk aku survive dalam dunia baru asing aku ini. Dengan pengalamanku yang sedikit masa lalu, memberi aku satu jawapan yang kejap atas masalah aku ini. Aku tahu, memang besar cabaran dan godaan duduk di rumah sewa ini. Nak balik malam pukul berapa pun lantak lah kan, peduli apa kan. Buang masa lepak-lepak lagi. Online berjam-jam. Aduh. Ini memang perkara yang aku fikir tak boleh terjadi atas diri aku.


Aku berikan kepada diriku satu jawapan, iaitu IMAN. Ya, iman.


Aku yakin, dengan aku beriman kepada Allah, hidup aku teratur. Tiada buang masa, pergi kuliah sharp, submit esaimen sebelum dateline, present gempak, solat ala waqtiha, bilik kemas, rumah selesa, boleh beriadah petang-petang, dapat study dengan berkualiti, tak sengkek, tak membazir, boleh beraktiviti koku lebih, boleh pergi menghadap duktur-duktur tadah ilmu, boleh pergi khutub khannah buat kajian, boleh baca buku tambahan…ya Allah…banyaknya manfaat hanya meng’implement’kan iman kepadaMu dalam diri.


Satu hakikat yang pasti, mengikat diri dengan iman itu susah, dan satu kemestian untuk aku tak boleh bagi alasan ‘tapi – alaah – biasalaah tuuu’. Mesti buang combo tersebut untuk berjaya, ya, berjaya di dunia dan akhirat.


Aku mesti kuat untuk berubah! Aku mesti tekad untuk berubah! Aku mesti bulat untuk berubah! Aku mesti semangat untuk merubah! AKU! BANGKIT!


p/s: mengapa IMAN sebagai jawaban?



Sudi-sudilah 'Like' post ni..

23 November 2011

Terbiar Lompang


Assalamualaikum.


Bismillah.


Hari ini rasa tertolak pula diri untuk update blog yang sama-sama dicintai ini. :-p .


Sekarang aku sudah melepasi separuh dari semester tiga. Midterm sudah pun lepas. Esaimen menunggu untuk dilunas. Quizzes yang ‘unpredictable’ buat diri lemas. Bahang final exam membuat ku lagi cemas. Aduh. Aku sendiri hairan, apa alasan untuk ku rasa segusar ini. Kerja dan tugasan banyak? Ku hitung-hitung, tidaklah banyak. Subjek dan matapelajaran susah? Kukira-kira, kalau belajar dapatlah apa yang diajar. Aku tak tahu kenapa aku rasa rimas. Aku tak tahu kenapa aku sentiasa risau.


Hidup baru ku di lombong ilmu sehingga kini, ku rasa kosong dan terbiar lompang sebahagiannya. Sejak debu pertama tanah Nilai ini menyapa tapak kaki ku, aku tercari-cari sesuatu yang aku pun tak tahu apa yang aku patut cari. Aku terkejar-kejar sesuatu, yang aku sendiri pun tak tahu apa yang aku kejarkan itu. Namun, aku tetap biarkan ku hanyut dideru angin waktu. Menelusuri hidup-hidupku di kampus dan kolej dengan jiwa ‘ya, ikut saja masa pimpin kamu pergi ke mana’.


Aku punya diri yang lembik, punya semangat yang tak kental, punya jiwa yang tak berapa tegar, punya hati yang tak tegap, punya pendirian yang tak kejap. Aku akui, inilah aku. Langit juga tempat ku tatap kosong. Bercerita dengan kawanan awan, lalu pergi berarak membawa ceritaku. Ditinggali aku dengan segarnya air hujan. Baunya, sejuknya, nyamannya, ‘energetic’nya; sepertinya aku dibekali sepercik baja kehidupan. Menuntut aku untuk tumbuh semula; untuk aku bingkas bangkit, untuk aku perkejap langkah, untuk aku tangkas merebut peluang.





Namun, terlalu lama masa ku ambil untuk kuresapi lantunan semangat itu. Membuat aku rasa terpenjara dengan ‘attitude’ aku sendiri. Selama itu jugalah, aku menyumpah seranah diriku. Selama itu jugalah, aku menyalahi diriku.


Aku mesti kuat! Aku mesti tekad! Aku mesti bulat! Aku mesti semangat! AKU! BANGKIT!


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

12 August 2011

Air Soya


Saya ada cerita nak kongsi. Cerita yang diungkit kembali setelah berkurun lama disimpan di dalam memori.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Mak, air soya ni mak beli kat depan gerai yong taufu ek?” saya mulakan bicara.


“Ha`ah” balas emak.


“air tebu takde ke mak?”


“Mak cari tak jumpa lah..”


“emm, takpe lah”


“minum air soya campur cincau ni pun dah kenyang..” tambah adik perempuan saya.


“ha`ah, emak muak dah ni” balas emak lagi.


“air soya ni, cara buatnya dengan perah mak ye?” adik perempuan ajukan pertanyaan.


“ha`ah. Mula-mula rebus, lepas tu blender, lepas tu perah, lepas tu tapis.. Emak ingat lagi dulu, mak ada buat air soya ni. Abah ko jual”


“hah! Ye ke mak? Kat pasar Ramadhan jugak?” saya mencelah.


“ha`ah, kat pasar ramadhan. Pagi-pagi mak dah rebus. Lepas rebus blender. Lepas blender perah. Sampai lah bungkus. Huh, penat mak..”


“ooh..Aji ingat lagi..mak buat kat bawah rumah kan…?” sampuk saya.


“ha`ah..”


“masa tu Ayun ada mak?” tanya adik bongsu pula.


“masa tu Ayun takde lagi..Ayun tak lahir lagi..”


“tahun dua ribu berapa mak mak jual? Ha mak?” (tak faham..maksudnya tahun 1990-an lah. Si adik bongsu ni lahir 2001, adeh)


“mak jual soya tu kat pasar Ramadhan? Sebungkus berapa mak jual?” adik perempuan pula bertanya.


“sebungkus seringgit je…sekali buat dapat 50 bungkus, jadi 50 ringgit lah sehari..”


“tiap-tiap hari ke 50 bungkus tu mak?” tambah adik.


“ha`ah..”


“habis semuanya?”


“habis lah..tengoklah siapa yang jual..abah ko..”


“yelah. Awak tu tahu penat je, sikit-sikit nak rehat. Jual kat pasar tak nak” sampuk abah pula.


“hehehe..” emak gelak.


“eh, awak ingat lagi tak motor tayar tiga kita tu yang selalu bawak soya, kat mane ye sekarang?” tanya abah pula kepada emak.


“entahlah..” jawab emak.


“emm, duit jual soya tu awak ingat lagi tak ke mana pergi..?” tanya abah lagi.


“alah..beli mesin basuh..mesin basuh yang dah rosak pulak tu”


“hehehe..” abah balas dengan senyuman.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Nak diceritakan sedikit latar belakang saya, saya lahir dari keluarga petani. Arwah datuk dan nenek adalah pesawah. Abah pula seorang petani. Emak pula membantu abah. Dalam tempoh awal perkahwinan emak dan abah saya sehingga saya berumur enam tahun, telah banyak pekerjaan yang abah saya telah lakukan. Antaranya ialah berniaga, tanam sayur, jual-jual sayur, masuk hutan cari daun palas dan bukak restoran. Gagal satu, cuba lagi yang baru. Begitulah seterusnya. Dengan karenah saya yang nakal, suka mainan; abah dan emak tetap sabar dalam mencari rezki. Saya sempat merasa hidup dalam zaman susah mereka.


Takpe. Saya akan sambung lagi cerita saya akan datang. Nak cerita semua sekarang tak best lah kan. Heheh.


Apa yang saya dapat dari perbualan kami sekeluarga semasa berbuka tadi; kesusahan itu mengajar kita untuk bangkit dan tidak mengenal erti putus asa, sentiasa ada jalan keluar, dan perlukan kesungguhan untuk keluar darinya. Dan apabila sudah keluar dari kepompong kesusahan, kita harus bersyukur. Alhamdulillah.


Semoga Allah pelihara keluarga saya, murahkan rezeki, panjangkan umur, dan semoga Allah pererat lagi hubungan antara kami sekeluarga. Amin.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

11 August 2011

Debit Card vs Credit Card


Assalamualaikum wa rahmatullah.


Bismillah.


Semoga, rakan-rakan hari ini berada dalam rahmat Allah S.W.T.


Menyentuh satu perkara yang berkaitan dengan kewangan kali ini. Bukan cerita pasal produk kewangan dan perbankan yang gempak-gempak, cuma nak kongsi pengalaman yang telah saya lalui. DEBIT KAD.


Ya, debit kad.


Semua orang dah biasa dengar pasal kredit kad; dan saya yakin apabila sebut saja kredit kad, pasti perkataan ‘hutang’ yang pertama sekali muncul dalam fikiran. Ya, betul; kredit kad adalah produk kewangan berasaskan hutang. Pembayaran hutangnya melibatkan interest atau dengan istilah yang lebih tepat, riba’. Makin lambat bayar, makin tinggi kadar interest. Jauhkan!

both debit cards are mine  :)

Tapi sekarang, dah ada produk baru (lama dah, cuma saya ketinggalan). Namanya DEBIT CARD. Alhamdulillah satu alternative baru yang saya rasa tidak melibatkan hutang dan interest. Saya juga dapati, penggunaannya sedang disebarluaskan kepada masyarakat.


Debit card, bagaimana fungsinya?


Caranya senang saja. Pertamanya, anda harus memiliki akaun wadi`ah (simpanan) di mana-mana bank yang menawarkan perbankan Islam. Bila anda sudah memiliki akaun tersebut dan telah diberi kad ATM oleh pihak bank, anda bolehlah simpan atau masukkan seberapa banyak duit yang anda ada ke dalam akaun anda itu. Dan sila pastikan kad yang anda terima itu adalah debit card, kalau tak pasti sila tanya mereka.


Konsepnya mudah. Kalau rakan-rakan tak masukkan duit dalam akaun kalian, kad debit kalian tidak boleh nak buat sebarang pembayaran. Sama juga situasinya jika jumlah wang di dalam akaun simpanan kalian tidak mencukupi atau sudah habis. Gambarannya sama dengan penggunaan wang tunai, serahan melalui tangan ke tangan pada satu majlis; Cuma debit card adalah pemindahan sejumlah amaun dari akaun kita ke akaun si penerimabayar pada satu majlis yang sama.


Tak faham lagi konsepnya macam mana? Begini, rakan-rakan ada henset kan? Apabila kalian mahu menghubungi rakan-rakan yang lain, sudah pasti henset kalian ada kredit bukan? Kalau tak ada kredit, tak boleh lah nak calling-calling mesej-mesej, kan? Kalau dah tak ada kredit, sudah tentu rakan-rakan topup, kan? Begitulah juga dengan debit card ini. Kalau tak di topup (memasukkan duit kalian ke dalam akaun bank), debit card kalian tak boleh guna (tak boleh nak buat pembayaran).


Jadi, maksudnya di sini, kalau kalian tak ada duit nak dimasukkan ke dalam akaun dan akaun kalian kosong, tak payahlah beli barang guna debit card. Pinjam duit dari member-member dulu sudah.


Bagi saya, penggunaan debit kad ini lebih secure (selamat), kerana kita tak akan boros menggunakannya, lebih berjimat dan lebih berhati-hati untuk membeli barang. Kekurangannya Cuma satu pada pandangan saya. Anda kena jaga betul-betul debit card anda dari dicuri orang. Kalau dalam akaun anda Cuma ada seringgit dua ringgit tak apa, tapi kalau lima puluh lebih, gigit jari beb.


Saya dah guna. Serius, mudah. Tak perlu bertebal dompet. Beli barang keperluan di pasaraya-pasaraya besar, makan di pizza hut, beli baju-baju, beli peralatan belajar.



Sudi-sudilah 'Like' post ni..

07 August 2011

Blog Mati Tak Mahu


Assalamualaikum buat rakan-rakan. Semoga rahmat Allah dan maghfirahNya mengiringi hari hari kalian di Ramadhan ini.


Belakangan ini, saya tak update blog. Ditinggal sepi. Kelihatan seperti hidup segan mati tak mahu laman MUSAFIR BULAT.


Sepanjang ketidakaktifan saya di laman ini, saya punya kesempatan mencari jawaban mengapa ismirazi.blogspot tidak seaktif dahulu (dulu pun lebih kurang juga).


1. Tidak jelas matlamat penulisan

2. Tidak banyak membaca

3. Tidak banyak berjalan, merantau, mengembara

4. Tidak mahu membebankan diri (tak mahu perah otak lebih-lebih)

5. Malas


Atas sebab diatas, saya terhenti untuk mencoret sesuatu untuk saya kongsikan.


Saya sebenarnya amat kagum dengan blog seorang blogger ini. Klik sini. Sungguh analitikal pemikirannya. Setiap ayat, setiap hujah, setiap fakta; pasti ada sumbernya. Sungguh, tulisannya punya kredibiliti tersendiri.


Saya simpulkan, seorang analitikal punya sikap rajin membaca. Apa jua ilmu, apa jua bidang, apa jua isu; harus diambil tahu. Seorang analitikal punya sikap rajin berfikir. Apa, mengapa, siapa, kenapa, bila, dimana, bagaimana; setiap soalan mesti dijawab dengan fakta, dan fakta mesti datang dari sumber yang punya autoriti.


Sekian dari hamba yang dhaif, semoga Allah permudah urusan kalian.
Sudi-sudilah 'Like' post ni..

30 June 2011

Tamat Sudah


Assalamualaikum wa rahmatullah. Semoga rakan-rakan berada dalam keadaan sihat-sihat selalu, dan semoga berada dalam bimbingan dan petunjuk Allah.


Huuuh..alhamdulillah…habis juga semester pendek. Dan syukur juga, kerana telah Berjaya menempuhi program Language Support Program dengan jayanya; sekalipun hati ni tak berapa nak suka. Tapi, untuk mempertajamkan kemahiran bahasa Inggeris dan Arab; hati ini terima seadanya. Cewah.


Yang pasti, ada part yang paling berat dan susah dalam mengharungi program bahasa ini. Apa dia? Haa…tugasannya. Apa tugasan dia? Haa…pelajar-pelajar harus merakam satu cerita pendek berdasarkan tema yang ditetapkan dan perlu dalam bahasa Arab dan Inggeris.


Susah woo…


Cari idea nak buat cerita apa…buat skrip lagi…prop lagi…aksi lagi…editing dan montage lagi…cari pelakon lagi…haiyyoo…


Untuk filem pendek bahasa Inggeris, tema yang ditetapkan adalah folklore @ cerita rakyat. Group saya telah mengambil keputusan untuk merakamkan cerita yang bertajuk BUNIAN GUNUNG JERAI. Bunyi agak mistik di situ…


Nak tengok video dia tak?


Kat bawah ni saya sertakan videonya…tapi hanya mukaddimah cuma…gempak seh opening video group kami…jom layan…

credit untuk Syamil (editor); terbaik!

Yang kat bawah ni pula video untuk bahasa Arab. Tajuk bebas. Dan saya sebagai Director. Hahaha. First time jadi director. Cerita yang dipilih adalah berkisar seorang pelajar yang nak bunuh diri dengan jatuhkan diri dari atas bangunan.


Sekali lagi, intro video ni memang gempak…bagi saya la..sebab angle kamera tu saya yang arah…hehehe…jom layan…

juga credit untuk Syamil dan jurugambar! :)

Amacam? Tacing tak masa scene mereka lari naik tangga? Lebih-lebih lagi kene dengan lagu. Fuh. Untuk video ni, group arahan saya menang tempat kedua. Yes! Alhamdulillah! Allah balas juga usaha kami yang tak seberapa ini. Niat utama hanya sekadar mahu siapkan tugasan semata, tapi kemenangan kami peroleh. Ini semua rezki...

Kepada semua team, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana memberi kerjasama yang memuaskan hati saya...hehehe...


Sekian dari saya kali ini sebagai post penutup tirai bulan Jun.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

28 June 2011

Perhimpunan BERSIH 2.0: Pandang Sisi Undang-undang


Assalamualaikum rakan-rakan. Semoga kalian sihat walafiat, insyaAllah. Kali ini, saya nak kongsikan kepada kalian berkaitan dengan isu yang sedang hangat macam pisang goreng waktu petang dan bagai soto ayam kampong nasi himpit pada waktu hujan. Apa dia? Haa…Perhimpunan Bersih 2.0.


Saya tak ulas, saya Cuma kongsi satu perbincangan yang cukup menarik bagi saya. Semuanya facts dan ilmiah. Tiada bau politik. Pembuka topic ini adalah seorang tutor, untuk group saya, untuk subjek Malaysia Legal System saya; seronok dan puas hati semasa mendengar penjelasan beliau di dalam kelas.


Berikut adalah diskusi mereka yang Berjaya saya snap.






























Jadi, apa pandangan rakan-rakan? Apa yang kalian dapat simpulkan?
BEST GILER baca dialog mereka!




Sudi-sudilah 'Like' post ni..