24 May 2011

Iklan#3



Klik poster untuk bagi besar


Assalamualaikum! Buat rakan-rakan yang dikasihi sekalian, insyaAllah Fakulti Ekonomi & Muamalat USIM akan menganjurkan satu konferens sebagaimana yang disebutkan oleh poster diatas. Oleh itu, sukacitanya saya menjemput kalian untuk hadir ke konferens ini. Yuran mahal? No komen, sebab saya pun bukannya pandai sangat mengkaji kerasionalan antara yuran dengan konferens-konferens macam ni...


Saya ada tengok konference punya sub-theme. Wow! Memang best lah. Jadi, kepada sesiapa yang berminat, bolehlah turut serta. Saya? Saya pergi ke tak? Wallahu 'alaam...tajuk macam best, tak pergi rasa macam ralat pulak..tapi yuran mahal..huhu. Apa-apapun, saya sertakan linknya untuk kalian rujuk.




Sudi-sudilah 'Like' post ni..

23 May 2011

Asingkan!

Assalamualaikum wa rahmatullah.


Semalam. Saya ada sembang dengan seorang bekas rakan sekelas. Dia baru balik dari latihan PALAPES selama 9 hari, kalau tak silap. Dia ada cerita serba sedikit tentang pengalamannya sepanjang latihan; naik bukit turun bukit, redah hutan, terjun tasik, sesat, dan macam-macam lagi.


Dan itu bukan isu yang saya nak tekankan.


Pertamanya, saya nak ajukan satu soalan kepada rakan-rakan yang sedang baca post ini.


Apa pendapat kalian apabila wanita turut serta dalam latihan PALAPES ini? (Tak tahu apa itu PALAPES? Klik sini!) Dengan program-program yang diserapkannya yang memang latihan yang diberikan kepada seorang askar (tapi lembut sikit rasanya, sebab student kot), masuk hutan naik puncak turun gaung terjun sungai, patutkah kalian rasa seorang wanita menyertai program-program macam itu? Adakah sudah tiada program ko-kurikulum lain yang ada kat dunia ini?



Ada segelintir wanita berhujah bahawa, “ini adalah kebebasan kami! Kami tidak mahu didiskriminasikan berdasarkan gender! Kenapa kami tak boleh nak join program dan ko-ku macam ini? Kami juga mahu cari pengalaman! Kami juga mahu ada skill dan kemahiran ketenteraan! Kami nak berjuang di jalan Allah! Kalau ada jihad, kami juga nak angkat senjata!”


Apa kalian nak jaawab?


Ok, kalian boleh jawab kat ruangan comment kat bawah, kalau kalian nak lah.


Ini jawapan saya.


Wanita (nak gelar perempuan, bunyi macam kasar sikit) sebenarnya boleh join, TAPI, asingkan antara lelaki dan wanita. Syara’ kena jaga pertama sekali. Percampuran antara lelaki dan perempuan boleh menyumbang dan membuka ruang kepada pintu-pintu nafsu. Sekalipun berada di bawah pengawasan jurulatih, tapi dengan keadaan fizikal wanita yang berpakaian tentera lalu menampakkan bentuk tubuh dan lurah-lurahnya; ia tetap menjadi dosa kepada golongan lelaki yang melihatnya. Kalau sekali terpandang itu tak apalah lagi, tapi kalau dah redah hutan sama-sama dan sebelah menyebelah serta main tarik-tarik pula; apa tak dipanggil maksiatkah itu?


Seharusnya, jika pihak pentadbiran university mahu menyediakan ko-kurikulum yang bersifat ketenteraan; sila asingkan antara lelaki dan perempuan. Itu lebih baik. Takkan lah sebab ini pun nak berkira sangat dengan income statement. Nama pun university Islam, tunjukkan nilai Islam anda. Perkara yang jelas tak boleh, tetap tak boleh, jangan buat.



Bila sentuh bab hak, ya, silakan wahai wanita untuk serta ko-ku seperti itu. Memang tiada salah. Tapi pastikanlah ko-ku itu khas untuk golongan wanita sahaja. Tak molek lah kalau campur aktiviti-aktiviti keras dengan golongan lelaki. Bukan nak tutup kelemahan-kelemahan lelaki, bahkan mahu menjaga nilai diri seorang wanita itu sendiri. Serius saya katakan, diri wanita terlalu terdedah kepada banyak marabahaya.


Lagi satu.


Wanita ini kaum yang lemah, maksud saya dari segi kudrat dan tenaganya. Masuk hutan apa semua tu sambil angkut barang-barang yang bertimbun kat belakang ditambah dengan pegang senapang yang berat dan ditambah lagi dengan daki gunuung yang curam, rasa-rasanya golongan lelaki lah yang kena penat lebih. Jadi tukang bawak pulak. Silap-silap jadi jambatan pulak untuk golongan wanita ini nak menyeberang sungai. Betul, orang lelaki ini cepat kasihan pada golongan wanita, memang fitrahnya macam tu. Cepat rasa sayang, cepat rasa kesian; pantang wanita menghadapi kesusahan, pasti tangan dihulur.


Ah, apa-apalah. Tapi, put Syara' first!


Wallahu ‘aalaam.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

20 May 2011

Haiyyoo!


Assalamualaikum buat rakan-rakan sekalian.


Minggu ini adalah minggu pertama saya dalam semester pendek. Tempohnya cuma 8 minggu termasuk minggu peperiksaan, 1 minggu. Semester pendek ini sebenarnya saya kena mengikuti program LSP, stand for Language Support Program. Kalau English, tambah E kat depan dia; kalau Arabic, tambah A kat depan dia. Jadi ELSP atau ALSP. Emm…


Dan untuk course yang diambil adalah Fiqh ul-Ibadah wa al-Munakahat. Satu-satunya. Dalam seminggu ada dua kali kuliah masing-masing dua jam, dan sekali tutorial berjangkamasa juga dua jam. Untuk LSP, untuk setiap bahasa, diperuntukkan 4 jam seminggu; bermula pada jam 8:30 pagi dan berakhir pada jam 1 tengahari. Bestkan? Speaking 2 jam, rehat setengah jam, sambung balik speaking 2 jam. Haiyyoo!


Straight to the point!


Cuma nak kongsi seperkara. Hari tu, saya ada pergi ke KLIBF 2011 kat PWTC. Kononnya nak beli buku teks untuk semester depan, semangat lah nak kurangkan kos duit buku. Dipendekkan cerita, akhirnya tak jadi beli buku teks, beli benda lain. Nak buat macam mana, mata dah rambang.


Salah satu buku yang saya beli yang langsung tiada dalam senarai buku untuk dibeli adalah NOMAD, tulisan Ayaan Hirsi Ali.

Inilah bukunya

Saya beli buku ini, pertama dan terutamanya adalah untuk memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris. Dan saya tak tahu menahu pun tentang isi kandungannya apa. Sebelum belinya, saya cuma baca dalam dua muka surat. Ini bertujuan untuk mengenalpasti bahawa bahasa yang digunakan tidak terlalu berbalaghah, bermajaz, dan berkinayah. Saya langsung tak lihat apa yang diceritakan melainkan baca sinopsisnya saja. Ini memang tabiat saya.


Tapi bila sampai bilik, saya mula baca sikit-sikit preface dan introductionnya, dan masyaAllah! Terkejut gua! Buku yang saya beli ini adalah buku yang menghentam Islam, dan lebih mendukacitakan; ditulis pula oleh seorang yang murtad. Sekali lagi; Haiyyoo!


Lalu saya terus serba salah untuk membacanya. Bukan apa, saya ni ilmu berkaitan dengan sosiologi Islam tak lah sehebat mana ditambah pula dengan kefahaman yang masih rendah; takut-takut akan termakan dakyah-dakyah yang dikemukakan.


Akhirnya, saya putuskan, saya harus baca juga buku NOMAD ni hanya semata-mata untuk mengetahui pandangan orang yang murtad terhadap Islam. Dan oleh itu, saya harus berusaha mematahkan hujah-hujah yang dikemukakan.


Nak tahu siapa Ayyan Hirsi Ali? Ikut link ini.


Mari kita lihat gambar orang murtad ni.









"cun tak saya..."


Macam mana? Cun tak minah murtad ni? Hahaha


InsyaAllah, saya akan postkan apa yang minah ni tulis, dan saya akan cuba sertakan bidasan-bidasan untuk ayat-ayatnya yang lancang menentang Islam. Doakan saya semoga Allah S.W.T berikan kekuatan.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

18 May 2011

Konvensyen Mahasiswa Selangor

Assalamualaikum buat rakan-rakan.


Alhamdulillah, semalam, bersempena cuti hari wesak untuk perayaan penganut agama Buddha; saya telah berpeluang untuk menghadiri satu konvensyen mahasiswa di Dewan Jubli Perak SUK Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor. Konvensyen tersebut bermula pada jam 9 pagi dengan program ice breaking dan diakhiri dengan makan malam dan dialog bersama Yang Berhormat MB Selangor Tan Sri Dato’ Khalid Ibrahim pada jam 9 malam.


Konvensyen ini dianjurkan buat julung kalinya oleh Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor (MPSM). Sebenarnya, konvensyen mahasiswa ini mengumpulkan mahasiswa anak Selangor dan mereka yang belajar di institut pengajian tinggi yang ada di Selangor, sejajar dengan namanya. Jumlah peserta ysng hadir, Alhamdulillah, mencecah 400 orang lebih.


Slot pertama pada hari itu adalah slot ‘pemecahan ais’, maksudnya, saya dan seluruh peserta diperkenalkan apa itu MPSM; visi dan misinya, program-programnya, serta badan pentadbiran dan AJK-AJKnya. Slot ini, best. Diisi oleh penaung MPSM sendiri, Puan Mastura Hj Muhammad. Beliau adalah AJK Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan negeri Selangor dan beliau juga adalah Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.


Sepanjang slot beliau, Puan Mastura banyak memberi input yang selama ini ‘disorok’ oleh sesetengah pihak. Contohnya seperti pencapaian dan prestasi kerajaan negeri Selangor, sedikit perkongsian tentang kadar jenayah, serta beberapa isu pendidikan seperti biasiswa dan aktiviti kemahasiswaan.


Menurut beliau, MPSM ditubuhkan adalah untuk menjadikan satu platform kepada mahasiswa anak negeri dan pelajar IPT di Selangor untuk membantu dari segi akademik dan pembentukan akhlak. Dua inilah yang menjadi teras kepada program-program MPSM berikutnya. Alhamdulillah, sekalipun program ini bercampur antara pelajar muslim dan bukan muslim, tapi penerapan input yang bersifat islamik amat berkesan insyaAllah.



Keseluruhannya, konvensyen ini bersifat mahu membentuk diri mahasiswa supaya lebih focus kepada pelajaran dan menggalakkan untuk terjun ke dalam kehidupan rakyat. Biarpun pelajaran menjadi core bisnes seorang mahasiswa, tetapi jangan dilupa rakyat biasa; perlu juga merasai kehidupan mereka, bantu mereka, beri sumbangan dan yang paling penting, jadikan diri kita ini sebagai ejen perubah dalam membentuk sebuah negeri baldatun thayyibatun wa rabbun ghafuur.


Ada beberapa maklumat yang saya mahu kongsikan berkaitan dengan kadar jenayah di negeri Selangor. Dari Ketua Polis Selangor diriwayatkan oleh Puan Mastura lalu beliau berkata, “dulu, semasa tahun 2009, purata orang yang bunuh diri adalah 7 orang sehari. Tetapi pada tahun 2010, purata ini meningkat kepada 19 orang sehari!” tambah beliau lagi, “anak sumbang mahram sekarang ni mencecah 300,000 setahun terhasil. Ini baru anak sumbang mahram, belum anak luar nikah. Kalau anak luar nikah pula, purata kelahirannya adalah setiap 17 minit seorang anak luar nikah lahir”. Wow!


Beliau amat menegaskan bahawa, sekalipun negeri Selangor maju dengan mall yang bersepah-sepah, bangunan yang gah-gah; tetapi didapati jiwa dan ruh rakyatnya tetap kosong. Di sinilah dapat dilihat peranan pemuda dan mahasiswa sebagai ejen perubah untuk menjadikan Selangor sebuah negeri yang thayyibatun wa rabbun ghafuur. Jadi, pemuda-pemuda ini harus dibentuk terlebih dahulu dengan diisi dengan perkara-perkara yang membawa peningkatan iman, taqwa, amalan dan ilmu yang holistic. Justeru, Puan Mastura menggesa kepada mahasiswa-mahasiswa Selangor untuk menyertai program S.P.I.E.S, anjuran MPSM. S.P.I.E.S bermaksud Spiritual, Physical, Intelectual, Emotional, dan Sosial.


Slot seterusnya diisi oleh seorang pensyarah dari fakulti kesenian UM, Profesor Madya Dr. Abu Hassan. Kemudian, disambung pula dengan slot yang diisi dengan Profesor Dr. Muhaya Muhammad. Penyampaian yang diberikan sangat best dan menarik. Input-input yang diberikan sangat berguna sekalipun saya tak pernah tengok rancangan belaiu “Dari Mata ke Hati”.


Dan kemudian, acara kemuncaknya adalah makan malam bersama menteri besar. Part ini lah yang best. Sebab apa? Sebenarnya begini. Satu meja diperuntukkan untuk 10 orang. Namun saya bersama rakan-rakan di USIM (lelaki) Cuma 4 orang saja, dan kebetulan tiada siapa yang mahu duduk makan semeja dengan kami (dengan nada kecewa dan kecil hati). Dan Alhamdulillah, kami berempat Berjaya menghabiskan kesemua lauk, kecuali nasi. Alhamdulillah.


Berkenaan dengan dialog pula, saya rasa tidak banyak isu kemahasiswaan yang timbul ataupun isu-isu dalaman negeri. Perkara yang banyak dibincangkan adalah berkaitan dengan penyaluran bantuan ke KUIS dan UNISEL, memandangkan kedua-dua IPT ini memang di bawah kerajaan negeri.


Sebenarnya ada lagi yang mahu dikongsikan, tapi tak apalah, sudah malas menaip panjang-panjang.


Wassalam.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

16 May 2011

Kita & Palestin


Assalamualaikum rakan-rakan. Apa khabar? Semoga kalian berada dalam keadaan sihat-sihat selalu, insyaAllah.


Dalam kesibukan mengulangkaji pelajaran yang sebenarnya tak lah sesibuk mana hari tu, tiba-tiba ada satu perkara yang terlintas dan bermain-main di fikiran saya. Saya teringat kembali akan cita-cita saya yang saya anggap sendiri, itu adalah satu perkara yang mulia dan terpuji di sisi Allah S.W.T.


Memulangkan kembali Palestin ke tangan umat Islam.


Ya, saya satu ketika dahulu (dan kini juga) berazam dan bercita-cita kuat mahu menjadi seseorang yang boleh membebaskan tanah mi’raj itu; berazam untuk membersihkannya dari orang-orang yahudi, berazam untuk mengembalikan kegemilangannya suatu ketika dahulu, dan bercita-cita untuk melihat rakyatnya yang majmuk bahagia di bawah naungan pemerintahan Islam.



Sekalipun saya sedar yang saya ini bukanlah Umar al-Khattab radhiaAllahu anhu & Salahuddin al-Ayyuubi rahimahUllah, bahkan jauh sekali dan tidak layak langsung untuk dibandingkan; tapi cukuplah bagi saya jika saya ini jadi penebas rumput untuk melapangkan jalan perjuangan mereka. Kalau penebas rumput pun tak boleh juga, jadi tukang basuh kereta mereka pun boleh juga; asalkan saya memberi sedikit pun jadilah.


Kedua mereka adalah tokoh ulung dalam sejarah Palestin. Yang membuatkan nama mereka tertulis dengan tinta emas dalam lembaran sejarah bukanlah dengan sebab kekuatan dan strategi tentera dan perang; tapi adalah disebabkan jiwa mereka, peribadi mereka, ruh mereka yang sentiasa mengalir di dalamnya taqwa dan iman; menjadi tenaga dan sumber dalam hidup dan perjuangan.


Muhasabah.


Kembali merenung kembali ke dalam diri kita. Terlalu banyak kekurangan. Terlalu banyak kelemahan. Bercita-cita hebat, tapi mari kita tanya diri kita; bagaimana solat kita? Tepat waktukah atau melengah-lengahkan? Cukupkah 5 kali sehari? Solat berjemaahnya bagaimana pula? Khusyukkah? Bagaimana dengan membaca al-Quran? Tadabburnya atau tidak? Amalkan apa yang terkandung walau sepotong ayat? Puasa kita bagaimana? Sedekah kita walau seringgit, istiqamahkah walau seminggu sekali?


Kalaulah solat sendiri pun berterabur, inikah diri dan peribadi yang mahu memperjuangkan masalah Palestin? Akhirat sendiri pun tak terjamin, bercita-cita pula mahu membebaskan Palestin. Allahu Akbar. Menjawab soalan ini, saya sendiri pun malu. Ini baru bab solat, belum bab lain lagi.



Lihat saja kepada tokoh-tokoh ulung Palestin abad moden ini; asy-Syahid Sheikh Ahmad Yasin, asy-Syahid Rantissi, NGO-NGO, dan lain-lain; saya sendiri tak tahu bagaimana mereka boleh bersedia untuk mati demi Palestin, demi Islam, dan demi Allah. Tak takut dibom, tak gentar ditembak; peluru dan ugutan hanya seolah-olah tiada apa makna.


Kalau diri kita, dengan peribadi dan jiwa yang sekarang ini; hati yang cukup pekat dan gelap dengan dunia; lalu duduk di situasi mereka; sungguh, saya sendiri patah balik rumah. Tak layak untuk menggalas tanggungjawab ini. Tanggungjawab yang hanya dipikul oleh mereka yang hanya mengharap redha Allah dan kebahagiaan di akhirat saja yang mampu. Rumah besar serba mewah, income 5 angka sebulan, tanah 6 bidang, saham beratus-ratus lot; itu semua bukan imbuhan yang dikejar, bukan matlamat yang harus dicapai, bahkan tak pernah ada pun dalam hati mereka dunia-dunia ini. Langsung tak ada tempat di hati mereka.



Astaghfirullah…


Akhir kalam, peringatan untuk diri saya terutamanya; persiapkanlah diri dan jiwa dengan taqwa dan keimanan yang sebenar-benarnya, keimanan yang menghujam di dalam hati sehingga mampu menggerakkan diri dan ruh dengannya tanpa ada rasa berat dan terpaksa. Perlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu berfaedah, lalu amalkanlah dalam kehidupan seharian. Tinggalkanlah perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak membawa kita kepada syurga Allah. Ingatlah, dunia ini cuma sementara, akhirat jua yang kekal selama-lamanya; dan antara kita dan akhirat pintunya hanyalah kematian.


Semoga Allah S.W.T bimbing diri ini ke jalan yang diredhaiNya.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

14 May 2011

Mari Dengar



Assalamualaikum buat rakan sekalian. Rakan-rakan sihat? Kalau sihat, Alhamdulillah; semoga diri kita ringan untuk taat kepada Allah S.W.T. Kalau yang tak sihat, tidak mengapa; mudah-mudahan Allah permudah urusan kalian.


Hari ni Cuma nak kongsi satu rakaman suara, rakaman tazkirah, yang disampaikan oleh cikgu saya di MATRI. Tajuk dia “Hidup Dengan Nilai Iman”. Cuba lah download dan dengar; semoga saya dan rakan-rakan dapat kebaikan. InsyaAllah.





Sudi-sudilah 'Like' post ni..