12 August 2011

Air Soya


Saya ada cerita nak kongsi. Cerita yang diungkit kembali setelah berkurun lama disimpan di dalam memori.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Mak, air soya ni mak beli kat depan gerai yong taufu ek?” saya mulakan bicara.


“Ha`ah” balas emak.


“air tebu takde ke mak?”


“Mak cari tak jumpa lah..”


“emm, takpe lah”


“minum air soya campur cincau ni pun dah kenyang..” tambah adik perempuan saya.


“ha`ah, emak muak dah ni” balas emak lagi.


“air soya ni, cara buatnya dengan perah mak ye?” adik perempuan ajukan pertanyaan.


“ha`ah. Mula-mula rebus, lepas tu blender, lepas tu perah, lepas tu tapis.. Emak ingat lagi dulu, mak ada buat air soya ni. Abah ko jual”


“hah! Ye ke mak? Kat pasar Ramadhan jugak?” saya mencelah.


“ha`ah, kat pasar ramadhan. Pagi-pagi mak dah rebus. Lepas rebus blender. Lepas blender perah. Sampai lah bungkus. Huh, penat mak..”


“ooh..Aji ingat lagi..mak buat kat bawah rumah kan…?” sampuk saya.


“ha`ah..”


“masa tu Ayun ada mak?” tanya adik bongsu pula.


“masa tu Ayun takde lagi..Ayun tak lahir lagi..”


“tahun dua ribu berapa mak mak jual? Ha mak?” (tak faham..maksudnya tahun 1990-an lah. Si adik bongsu ni lahir 2001, adeh)


“mak jual soya tu kat pasar Ramadhan? Sebungkus berapa mak jual?” adik perempuan pula bertanya.


“sebungkus seringgit je…sekali buat dapat 50 bungkus, jadi 50 ringgit lah sehari..”


“tiap-tiap hari ke 50 bungkus tu mak?” tambah adik.


“ha`ah..”


“habis semuanya?”


“habis lah..tengoklah siapa yang jual..abah ko..”


“yelah. Awak tu tahu penat je, sikit-sikit nak rehat. Jual kat pasar tak nak” sampuk abah pula.


“hehehe..” emak gelak.


“eh, awak ingat lagi tak motor tayar tiga kita tu yang selalu bawak soya, kat mane ye sekarang?” tanya abah pula kepada emak.


“entahlah..” jawab emak.


“emm, duit jual soya tu awak ingat lagi tak ke mana pergi..?” tanya abah lagi.


“alah..beli mesin basuh..mesin basuh yang dah rosak pulak tu”


“hehehe..” abah balas dengan senyuman.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Nak diceritakan sedikit latar belakang saya, saya lahir dari keluarga petani. Arwah datuk dan nenek adalah pesawah. Abah pula seorang petani. Emak pula membantu abah. Dalam tempoh awal perkahwinan emak dan abah saya sehingga saya berumur enam tahun, telah banyak pekerjaan yang abah saya telah lakukan. Antaranya ialah berniaga, tanam sayur, jual-jual sayur, masuk hutan cari daun palas dan bukak restoran. Gagal satu, cuba lagi yang baru. Begitulah seterusnya. Dengan karenah saya yang nakal, suka mainan; abah dan emak tetap sabar dalam mencari rezki. Saya sempat merasa hidup dalam zaman susah mereka.


Takpe. Saya akan sambung lagi cerita saya akan datang. Nak cerita semua sekarang tak best lah kan. Heheh.


Apa yang saya dapat dari perbualan kami sekeluarga semasa berbuka tadi; kesusahan itu mengajar kita untuk bangkit dan tidak mengenal erti putus asa, sentiasa ada jalan keluar, dan perlukan kesungguhan untuk keluar darinya. Dan apabila sudah keluar dari kepompong kesusahan, kita harus bersyukur. Alhamdulillah.


Semoga Allah pelihara keluarga saya, murahkan rezeki, panjangkan umur, dan semoga Allah pererat lagi hubungan antara kami sekeluarga. Amin.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

No comments: