14 December 2011

Bangun Subuh


Assalamualaikum wa rahmatUllah.


Bismillah.


Segala puji-pujian hanya bagi Allah; kepadaNya kita meminta pertolongan dan kepadaNya kita memohon perlindungan dan kepada Allah S.W.T jugalah kita menagih untuk dicukupkan keperluan. Selawat dan salam atas junjungan besar, penutup para nabi, ikutan dan contoh utama dalam meneladani kehidupan; Nabi Muhammad, rasulullah S.A.W.


Ada satu perkara yang saya benar-benar mahu luahkan di sini. Ia berkaitan dengan sikap. Orang inggeris oyak ‘attitude’.


Sikap yang saya ingin sentuh ini, bagi saya, bukanlah dari sikap orang-orang yang menuju kejayaan. Minta maaflah, saya pun tak tahu nak namakan sikap itu dengan nama apa, tapi bunyinya lebih kurang begini; suka meletakkan kesalahan diri sendiri ke bahu orang lain. Maksudnya; dia buat salah, tapi orang lain juga turut dipersalahkan atas kesilapan yang dilakukan.


Contoh paling dekat yang saya mahu bawa ialah, bangun tidur untuk melaksanakan solat fardhu subuh. Sudahlah subuhnya terlajak, bangkit tidur pula marah-marah orang yang disebelah kerana tidak menggerakkannya untuk bangkit solat subuh. Tak pasal-pasal.


Golongan begini, saya ada ayat untuk mereka.


“kamu tidak solat subuh, mengapa kamu mahu salahkan orang lain dahulu? Mengapa kamu tidak memarahi diri kamu sendiri kerana bangun lewat? Adakah kamu tahu, apa punca kamu lewat untuk bangun subuh? Sebabnya kamu tidak bersungguh-sungguh untuk bangkit. Kamu tidak berhajat kuat untuk bangun awal. Kamu tidak bersedia untuk melawan nafsu diri kamu sendiri. Kerana kamu tidak menyenaraikan solat itu dalam jadual seharian kamu. Lihat, atas segala sikap kamu tadi, kamu letak pula dosa kamu lewat solat subuh itu pada orang lain. Jangan begitu! Salahkan diri kamu dahulu yang pertamanya!”


“ya, kalau kamu katakan menggerakkan rakan-rakan untuk solat subuh itu tanggungjawab rakan yang sudah bangun, saya setuju dan ada benarnya juga. Pada masa yang sama juga kamu harus ingat, kamu harus persoalkan; bagaimana sikap kamu dan persediaan kamu untuk menghadap Allah S.W.T pagi-pagi itu. Mahu orang lain mempersiapkan diri kamu? Mahu orang lain mensiagakan diri kamu di hadapan Allah? Kalau kamu jadi mayat, barulah boleh aku tolong siap-siapkan”


“bagi saya, ia bukan soal tanggungjawab rakan sebelah untuk menggerakkan kamu subuh yang pertama; tetapi ia soal tanggungjawab kamu dengan Allah S.W.T dan bagaimana sikap kamu dalam melunasi amanahNya yang utama. Ia menjadi cerminan bahawa siapa diri kamu sebenarnya bila berhadapan dengan suruhan dan larangan Allah S.W.T”




“nasihat saya untuk kamu, jangan letakkan kesalahan diri kamu itu pada orang lain suka suki hati kamu. Lihat dahulu diri kamu, koreksi kembali mana yang perlu dikoreksi. Bersungguh-sungguh itu kuncinya. Kesedaran itu tapaknya. Hanya yang boleh mengingatkan diri kamu itu adalah kamu, bukan orang lain.”


p/s: irritated dengan orang begini.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

No comments: