09 November 2010

Pengumuman#2




Assalamualaikum buat rakan-rakan. Diharapkan kalian semua sihat-sihat, Insha'Allah. Hari ini, MB tak berniat nak tulis post yang panjang-panjang. Bukan tak ada masa dan bukan pula malas, bahkan banyak yang MB nak kongsi dan cerita di sini. Tapi, apakan daya; tuntutan dan tanggungjawab harus diutamakan. Peperiksaan akhir semester ini semakin dekat. Terpaksalah berhenti sekejap dari online. Nak bersedia orang kata.


Jadual peperiksaan MB ada kat column sebelah, rakan-rakan boleh rujuk.


Sepeninggalan MB dari dunia blog ini, MB sediakan sedikit halwa telinga buat rakan-rakan. Selesai saja peperiksaan, MB akan buang balik. Layan ya…hehe. Dan lagi satu, pada ruangan iklan nuffnang di sebelah itu, MB ada sediakan beberapa soalan bancian dan soal selidik. Bukan apa, untuk mengetahui maklum balas dari rakan-rakan sepanjang kalian melawat ke blog MB yang tak seberapa ini. Jawab, jangan tak jawab.


Okay lah, sampai sini saja agaknya MB boleh tuliskan. Dan mohon juga doakan MB semoga Allah permudahkan urusan dan menjawab semasa menduduki peperiksaan nanti.


Wassalam. Jumpa lagi nanti! Ma’aa salamah! Doakan kejayaan MB ya! 


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

08 November 2010

Andai Itulah Aku; Rugi


Awal bicara
Kuungkapkan salam
Buat teman mayaku
Sekalian.


Kucari kata
Kugubah bahasa
Namun
Ku tidak tahu
Titik mana
Yang harus aku mula


Kesekian kali
Bila kurenung
Bila kufikir
Bila kuamati
Bila kuhadami
Takut
Aku rasa takut
Bimbang
Cemas
Gelisah


Perasankah rakan mayaku
Sejak kita menapak
Ke alaf baru ini
Entah berapa banyak
Bencana alam
Silih berganti dilaporkan
Siang
Malam


Gunung berapi
Taufan
Banjir
Tanah runtuh
Ribut salji
Tsunami
Gempa bumi
Jerebu
Penyakit-penyakit
Wabak-wabak


Sekali ia datang
Sekali pantai berubah
Patahnya tumbuh
Hilangnya berganti


Adakah ini
Satu petanda
Satu alamat
Satu iklan
Ataukah satu pemberitahuan
Bahawa
Amat hampir benar
Kiamat itu?


Aduhai diri


Kalaulah benar
Sungguh
Aku tak bersiap lagi
Aku tak bersedia lagi
Aku sendiri tak tahu
Apa yang aku dah buat
Selama hayatku
Sebelum ini


Sia-sia
Benarlah
Aku dah sia-siakan
Dengan
Kelalaian
Dengan kedurhakaan
Dengan dunia


Sampai bila
Harus ku begini
Duduk bersimpuh
Diulit kealpaan
Ataukah patut ku tunggu
Mentari terbit dari
Ufuk barat,
Baru kumahu
Yakini
Janji Allah itu pasti?
...Kiamat itu pasti?
...Syurga neraka itu pasti?
...Mahsyar itu pasti?
...Kematian itu pasti?


Rugilah aku
Andai itulah aku
Rugi


Kusedari
Terlalu lama sudah
Aku lena dengan dunia
Hingga fikiran
Diracuni logik semata
Mencipta alasan
Untuk terus enak
Bermimpi
Sampaikan aku
Liat untuk bangkit;
Bangkit menuju
Sebuah pengampunan,
Bangkit mengejar
Sebuah keredhaan.


Perihal bencana alam itu
Fikirkanlah
Renungkanlah
Ia satu peringatan
Untuk orang-orang yang berakal


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

05 November 2010

Pasca SYUK; Produk Halal


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia buat rakan-rakan semua. Masihkah rakan-rakan ingat lagi pasal iklan#2? Ya, pasal seminar Syariah dan Undang-undang Peringkat Kebangsaan 2010.


Sepanjang kehadiran MB ke seminar tersebut, banyak isu semasa dan pengetahuan baru yang MB dapat. Ini meliputi permasalahan produk halal, kedudukan mahkamah dan hakim Syarie, kewangan dan perbankan Islam, isu berkaitan tabung haji, kesamarataan dan kesaksamaan wanita, kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan, pentadbiran harta wakaf, dan banyak lagi.


Untuk kali ini, MB akan hanya kongsikan apa yang MB dapat daripada seminar tersebut berkaitan dengan produk halal. Isu-isu lain, Insha'Allah akan MB ceritakan di lain kesempatan. Jangan marah ya?


Antara isu-isu yang diperbincangkan adalah isu yang berkaitan dengan (1) ketegasan JAKIM dalam mengeluarkan sijil halal, (2) undang-undang yang digunapakai sekarang, penggubalan Akta Halal, dan penguatkuasaannya. Mungkin ada banyak lagi isu yang MB sendiri terlepas pandang, tapi setakat itu sajalah yang MB dapat.


(1) Ketegasan JAKIM dalam mengeluarkan sijil halal.

Sebagaimana yang kita maklum, belakangan ini banyak isu-isu yang melibatkan kesahan halal sesuatu makanan & minuman, premis-premis niaga dan banyak lagi. Contoh yang terdekat adalah pada bulan Ramadan lepas, di mana terdapat banyak hotel-hotel di Malaysia menawarkan pakej berbuka puasa. Banyak bukan tawaran pakej berbuka puasa yang menarik-menarik? Apa dan kenapa sebenarnya punca kepada kemunculan banyak pakej berbuka puasa macam ini?


Menurut salah seorang pembentang, salah satu punca adalah; pihak hotel mahu menampung kerugian yang dialami dalam bulan Ramadan lantaran pada bulan tersebut, berkurangnya anjuran-anjuran seminar dan majlis-majlis di dewan hotel serta berkurangnya pelanggan yang menginap di hotel.


Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz sedang membentang kertas kerjanya.


Dengan sebab di atas itulah, pihak pengurusan hotel menawarkan pakej berbuka puasa yang semestinya menarik selera pelanggan. Tetapi yang mengecewakan, terdapat laporan bahawa masakan-masakan yang dihidangkan telah dicampurkan dengan wain atau jenis arak yang sama waktu dengannya. Apabila JAKIM membuat serbuan, didapati terdapat botol wain di sebelah kuali dan tempat rempah-rempah dan ramuan. Jadi, apakah di sini masalahnya? Cuma diletakkan di sebelah kuali sahaja. Dalam kes ini, peratus kemungkinan makanan itu mengandungi wain adalah 50-50. Ini menimbulkan keraguan ke atas masakan itu. Tambahan pula, hotel tersebut tidak memiliki sijil halal.


Ada satu lagi kes. Ini berkaitan dengan rumah sembelihan di Selangor yang memang menggemparkan masyarakat Islam di Malaysia tidak berapa lama sebelum ini. Dengan keadaan ayam yang tidak disembelih dengan betul dan pengendaliannya yang kotor, tambahan pula kedudukannya hampir sangat dengan tempat pengendalian daging babi; dua perkara ini memang sudah cukup untuk JAKIM mengesahkan ketidakhalalannya.


Ada satu kes baru-baru ini. Berkaitan dengan penggantungan daging import dari Australia. Menurut pembentang, pihak Australia amat marah dan tidak senang dengan tindakan Malaysia. Ini kerana, Malaysia adalah Negara yang mengamalkan standard halal yang tinggi yang juga menjadi contoh dan ikutan Negara-negara Islam di Timur Tengah. Andaikata Malaysia menggantung import daging Australia, maka Negara-negara Islam Timur Tengah juga akan mengambil tindakan yang sama. Sekalipun Malaysia ini sebuah Negara yang kecil, tapi jangan main-main tau; boleh kawal ekonomi Negara besar. Bukankah industry daging dan tenusu adalah industry utama di Australia? Kalau industry tersebut tak laku, habislah Australia.


Rentetan dari peristiwa itu, maka wakil-wakil dari kerajaan Australia pun datanglah ke Malaysia membuat rayuan. Maka, sekali lagi, pergilah individu-individu penting dari JAKIM untuk membuat pemeriksaan di ladang penternakan, rumah sembelihan dan kilang pemprosesan. Dan didapati, cara mereka proses itu adalah makruh di sisi Islam. Dan Malaysia, secara khususnya pihak kawalan JAKIM tidak boleh menerimanya.


(2) Produk halal dan undang-undang serta penguatkuasaan

Setakat ini, akta-akta yang digunapakai oleh pihak JAKIM dalam mengendalikan isu berkaitan produk halal adalah Akta Perihal Dagangan, Akta Jenayah Syariah, Akta Cap Dagangan, Akta Binatang, Peraturan (import) Binatang 1962, Akta Kastam (perintah larangan import), Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985. Dari ini, kita dapat lihat bahawa tiada satu undang-undang tersendiri dalam mengendalikan produk halal.


Dari aspek undang-undang, terdapat beberapa masalah yang timbul. Ini tertumpu kepada pindaan Akta Perihal Dagangan 1972. Sekalipun pindaan tersebut boleh menyelesaikan banyak isu, tetapi masih terdapat permasalahan dari sudut pensijilan halal yang memerlukan kepada penggubalan kepada suatu akta spesifik mengenai perkara tersebut.




Akta yang dimaksudkan adalah penggubalan Akta Halal. Kalau rakan-rakan nak tahu, penggubalan Akta Halal ini sendiri sudah mempunyai isu tersendiri. Sebagaimana yang kita ketahui, aspek kehalalan sesuatu makanan adalah berada di bawah bidangkuasa syariah, betul kan? Tetapi, perlembagaan kita tidak memperuntukkan halal ini di bawah bidangkuasa negeri di Jadual Kesembilan Senarai Kedua. Jadi, jikalau pihak berkuasa mahu menggubal Akta Halal dan diletakkan di bawah bidangkuasa syariah; ia menjadi bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, ultra vires. Jadi sekarang, bagaimana?


Di sini, MB kemukakan dua cadangan bernas dari seorang responden pembentangan tersebut; sama ada penggubalan Akta Halal itu berdiri di atas alasan consumer reason, atau meminda Jadual Kesembilan Senarai Kedua dengan menambahkan produk halal di situ.


Selain dari itu, dalam bab penguatkuasaan pula, JAKIM akan melaksanakan satu system baru yang lebih tegas. Iaitu, mana-mana produk makanan halal akan ditanda halal, dan mana-mana produk makanan yang tidak halal akan ditanda tidak halal. Jikalau kedua-duanya tidak dipatuhi, JAKIM akan mengenakan tindakan undang-undang. Oleh sebab tersebut, pihak JAKIM juga akan menubuhkan satu jawatankuasa penguatkuasaan bagi menguatkuasa system baru tersebut; sepertimana juga kuasanya penguatkuasa agama, boleh buat serbuan dan boleh buat tangkapan.

*************************************************************************************

Kebanyakan isu yang MB paparkan di sini adalah diperolehi secara terus dari pembentangan Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz. Beliau sendiri, pada awal pembentangan, mengajukan tiga soalan penting berkaitan dengan tajuk.


1. Mengapa orang bukan Islam pilih makanan halal?
= sebabnya makanan yang halal ini selamat dan berkualiti.


2. Kenapa pengguna Muslim di Malaysia tak prihatin bab halal?
= sebabnya orang Islam Malaysia tak kisah, asalkan perut terisi, sudah.


3. Kenapa industry halal membangun dengan begitu pesat?
= sebabnya, mereka nak duit & ramai pengguna yang beragama Islam.


Oleh dengan itu, antara seruan beliau adalah; orang Islam harus melibatkan diri dengan industry makanan halal ini secara agresif dan memberi komitmen yang tinggi dalam menjayakannya. Sebabnya, sebanyak 75% syarikat atau pengilang atau pengusaha yang meminta sijil halal dari JAKIM adalah dari golongan yang bukan Islam.


Terkezut MB bila mendenganya. Betapa penguasaan orang Islam di Malaysia ke atas industry pengeluaran makanan adalah sangat rendah. Rasa terbakar juga hati ni bila mendengarnya. Tapi tak apa, MB pun tak mahu nak ulang seruannya kepada rakan-rakan. Lebih baik MB mulakan dulu dengan diri sendiri, kan? Tapi, nak buat bisnes apa ya? Ada cadangan?


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

01 November 2010

Kamera Litar Tertutup @ CCTV


gambar ini, MB snap di surau KL Sentral semasa MB tukar tren menuju ke Nilai


“Awas! Anda sedang diperhatikan oleh Kamera Litar Tertutup”

Apa perasaan kita bila terbaca atau ada orang lain cakap macam itu pada kita?
-
-
-
-
-
Dan;

Apa pula perasaan kita bila terbaca atau ada orang lain yang cakap macam ni pada kita?

“Awas! Anda sedang diperhatikan oleh Allah al-Raqib”
-
-
-
Seruan yang mana satu yang buat kelakuan kita baik-baik?
-
-
-
Teringat pada kiasan warden MB dahulu semasa di MATRI;

“haish, susah betul ustaz nak pasang ‘kamera’ nih”



Semoga peringatan ini bermanfaat untuk MB sendiri terutamanya dan juga untuk rakan-rakan. Astaghfirullah..


Sudi-sudilah 'Like' post ni..