27 February 2010

tak tahu la nak letak tajuk ape

Assalamualaikum wa rahmatullah..

Hamdan Lillah, wa as-solatu wa as-salam `aala Rasulillah, wa ba`ad;

Semoga rakan-rakan semua berada dalam bimbingan dan rahmat Allah s.w.t, insyaAllah. Ni post kedua saya. Dan saya masih buntu mahu kongsikan apa. Appearance blog saya ni, dah cantik kot saya ubahsuai. Sekalipun tak banyak widget, tapi tidak mengapa, saya puas hati dah.

Hah, satu perkara yang baru saja terlintas di kepala otak saya. Rakan-rakan perasan tak, yang sejak belakangan ini, cuaca panas semacam. Terik. Hujan gerimis, tapi sekejap. Alhamdulillah lah hujan, dari tak hujan langsung. Masuk je dalam rumah, macam duduk kat sebelah dapur kayu rasanya. Ya Allah, bahang. Kipas online tiap-tiap waktu, pun terasa hangat. Tak tahu lah kalau saya seorang saja yang rasa panas, rakan-rakan tak. Kalau ya, maknanya dua jumaat lagi la saya ni. Haha. Gurau… tapi betul, panas.

Baru-baru ni, saya ada bertekak kat mesej dengan seorang hamba Allah yang saya kenal. Hamba Allah ni selalu bertanya soalan “adakah aku ni layak jadi sahabat kau?” pada saya. Sebelum saya melangkah jauh, saya nak kongsi pandangan saya tentang sahabat. Sahabat; bagi saya, mencarinya merupakan satu tuntutan dalam Islam. Dan Islam menggariskan beberapa nilai dan prinsip untuk mencari sahabat. Dan pada dasarnya, prinsip dan nilailah yang membezakan antara seoarang individu dengan individu yang lain. Pencarian seorang sahabat semestinya menggambarkan taste kita dalam mencarinya..kan? Moden, bergaya, kacak, lawa, berduit, sporty, open minded, semuanya ambil kira. Sekarang ni, banyak takrif sahabat diutarakan; dan takrif-takrif tersebut memang !@#$%^&... Ah, tak tergambar dengan perkataan sebab bagus sangat!!.

Memberi takrif memang senang, tapi membumi takrif itu yang susah. Ada sebuah ayat yang saya terlupa siapa si pengungkapnya, dia kata “sebelum kamu mahu mencari sahabat bagi dirimu, kamu harus penuhi sifat sahabat itu dulu”. Ya, insyaAllah, saya akan cuba penuhi kriteria seorang sahabat hari demi hari, insyaAllah!!. Kepada hamba Allah itu dan kepada diri saya juga semestinya, saya doakan semoga hayat saudara bersama pimpinan Allah.

Ok, cukuplah dulu setakat ni.

Wa Allahu `aalaam. Wa as-salaamu `aalaikum.Sudi-sudilah 'Like' post ni..

24 February 2010

saya ber "blogging"

assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakaatuhu..

*jawab dulu salam tu....*

alhamdulillah, syukrun lillah..akhirnya saya diberi izin dan kekuatan oleh Allah untuk register sebuah blog...sebenarnya saya keberatan untuk memiliki blog ni..bukan apa..saya cuma fikir akan tanggungjawab nak update..kalau facebook dengan myspace tak apa..tak payah update pun tidak mengapa..tapi blog kene rajin post, kene rajin update..

tapi tak apa..saya akan anggap blog ni adalah wasilah untuk saya memantapkan penulisan saya. bagi saya, latih untuk bertulis itu satu keperluan lebih-lebih lagi menyentuh aspek agama dan ilmiah. fikrah dan ilmu wajib disebarluaskan. kalau tak guna mulut, gunalah pena..kan? tapi saya tak guna pen..saya guna keyboard komputer.

sebelum saya register blog ni, saya ada usha-usha blog rakan-rakan saya. mantap. 5 bintang. penuh dengan pengisian berguna, ditambah dengan gaya penulisan bersahaja, lebih-lebih lagi entri tu di post perihal pengalaman. memang best baca bila si blogger tu menyingkap isi hati dan pengalaman dari pandang sisi agama dan ilmiah. saya langsung tidak menganggap ia satu perkongsian perasaan semata-mata. tapi satu perkongsian yang membina. tak sia-sia.

akhirnya, dengan azam yang baru dibina dengan persediaan yang tak seberapa, saya gagahi juga untuk register satu blog. ada juga terlintas di hati saya, "blogging ni sekarang dah jadi trend, kita kene ikut trend". astaghfirullah, lari matlamat ni. bagi saya, biarlah ikut trend ke tak ikut trend, asalkan trend baru tu tidak melanggari batasan agama. alasan.

waallahu 'aalam. akhir kata dari post yang pertama ni, saya harap blog "hidupku seorang musafir: coretan sebuah perjalanan merentas sempadan" ini akan menjadi wadah untuk saya ikhlas menyampaikan fikrah dan ilmu, sekalipun sikit. kepada yang bersinggah atau tersinggah ke blog saya yang saya sendiri tak tahu apa nak letak ni, segala kekurangan dan salah info saya mohon maaf awal-awal. saya masih manusia biasa, dan masih belajar dari kehidupan yang Allah bagi ni.

wassalamun 'alaikum.
Sudi-sudilah 'Like' post ni..