25 November 2011

Rumah Sewa


Assalamualaikum.


Semester ni, buat pertama kalinya aku menginap di rumah yang aku sewa sendiri. Dengan ayat lain, aku sudah tidak duduk di kolej asrama lagi.


Pelik. Memang rasa pelik duduk rumah sewa untuk kali pertama ini. Rasa janggal. Mungkin sebab dah terbiasa duduk di asrama; 9 tahun kot, dari tingkatan 1 sampailah 3 tahun di KIPSAS dan setahun di USIM.


Serius, aku rasa janggal. Mungkin sebab aku sudah terbiasa dengan peraturan-peraturan asrama. Seperti peraturan keluar masuk, peraturan barang-barang elektrik, peraturan tutup lampu malam, peraturan kebersihan bilik, dan lain-lain yang berkaitan.

Jadi, bila aku pindah suasana dari hidup bersuasana asrama ke suasana rumah sewa; aku ‘culture shock’. Serius beb, ‘culture shock’. Sebulan kot aku ambil masa nak ‘merge’ dengan hakikat bahawa aku dah duduk rumah sewa, tak duduk di asrama. Haha.


Selain dari faktor dapat menjimatkan perbelanjaan yuran, aku dapati ada manfaat lain yang aku dapat.


Aku rasa, aku seperti orang dewasa. Perlu matang. Berhajat kepada penilaian dan pertimbangan yang baik dalam membuat keputusan. Perlu mengurus isi rumah dan masa dengan efisyen. Memberikan kerjasama sesama ahli rumah. Dan, satu yang aku dapati kesan ke atas diri aku ialah; aku semakin berkira dari sudut kewangan. Tak tahulah kenapa. Mungkin aku rasa aku sudah berhadapan dengan dunia sebenar; lebih mencabar, lebih kejam, dan mungkin lebih keras dan mungkin juga lebih materealistik.


Keluar dari kepompong peraturan di asrama, ke dunia rumah sewa yang tiada kod-kod peraturan yang jelas; sedikit sebanyak memberi aku pengalaman dalam mencari kekuatan untuk membentuk diri yang berdisiplin. Aku selalu terfikir, “kalau aku hidup dalam dunia yang bebas tanpa ada pegangan untuk aku ikatkan diriku dengannya, sumpah, aku akan jadi manusia yang tiada nilai”. Betul. Tiada nilai. Hidup seseorang itu akan jadi macam ni – bangun tidur -> makan -> kerja -> online -> lepak2 -> makan -> rehat -> online -> tidur. Kitar ini berulang sampai mati. Nak ke hari-hari hidup macam ni. Ewww! Please!


Dalam tempoh ‘culture shock’ itu, aku memikir-mikir bagaimana cara untuk aku survive dalam dunia baru asing aku ini. Dengan pengalamanku yang sedikit masa lalu, memberi aku satu jawapan yang kejap atas masalah aku ini. Aku tahu, memang besar cabaran dan godaan duduk di rumah sewa ini. Nak balik malam pukul berapa pun lantak lah kan, peduli apa kan. Buang masa lepak-lepak lagi. Online berjam-jam. Aduh. Ini memang perkara yang aku fikir tak boleh terjadi atas diri aku.


Aku berikan kepada diriku satu jawapan, iaitu IMAN. Ya, iman.


Aku yakin, dengan aku beriman kepada Allah, hidup aku teratur. Tiada buang masa, pergi kuliah sharp, submit esaimen sebelum dateline, present gempak, solat ala waqtiha, bilik kemas, rumah selesa, boleh beriadah petang-petang, dapat study dengan berkualiti, tak sengkek, tak membazir, boleh beraktiviti koku lebih, boleh pergi menghadap duktur-duktur tadah ilmu, boleh pergi khutub khannah buat kajian, boleh baca buku tambahan…ya Allah…banyaknya manfaat hanya meng’implement’kan iman kepadaMu dalam diri.


Satu hakikat yang pasti, mengikat diri dengan iman itu susah, dan satu kemestian untuk aku tak boleh bagi alasan ‘tapi – alaah – biasalaah tuuu’. Mesti buang combo tersebut untuk berjaya, ya, berjaya di dunia dan akhirat.


Aku mesti kuat untuk berubah! Aku mesti tekad untuk berubah! Aku mesti bulat untuk berubah! Aku mesti semangat untuk merubah! AKU! BANGKIT!


p/s: mengapa IMAN sebagai jawaban?



Sudi-sudilah 'Like' post ni..

No comments: