30 October 2010

Menghidupkan Duit


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan semua. Gaya bagi salam tu macam ada orang baca plak blog ni. Tapi tak apa, tak salah kalau MB syok sendiri kat sini; dah MB punya page, suka hati lah, kan? Oh, okay. Semoga rakan-rakan semua sihat-sihat selalu insyaAllah.


Hari ni ada satu perkara yang MB nak kongsi. Pasal duit. Ya, duit. Sekalipun ada orang kata duit ni bukanlah segala-galanya, tapi duit ni penting. Semua makhluk Allah yang bergelar manusia tak nafikan akan perkara ini. Pergi buang air pun guna duit, nak keluar rumah pun guna duit, duduk diam-diam kat rumah pun kena guna duit jugak. Ini bermakna, setiap pergerakan dan keperluan kita akan menyebabkan kita akan mengeluarkan sejumlah duit. Sikit atau banyak, itu lain cerita.


Tapi yang menjadi masalahnya itu adalah; duit keluar macam air terjun dan tak masuk-masuk balik kat poket kita. Perkara ini biasa. MB pun pernah hadapi, dan memang sedang menghadapi sebenarnya sekarang ini. Yelah, MB belajar lagi, bukannya gabenor bank. Kalau duit tu nak keluar dari simpanan atau dompet kita, masyaAllah seronok dan gembira betul bila tengok. Laju je. Tapi kalau nak buat duit tu masuk kepada bidangkuasa, hakmilik, dan pentadbiran kita; agak-agaknya sebutir peluh tu senilai dengan sebutir padi.


Setitik peluh petani sama dengan sebutir nasik.


Teringat kat iklan tu.


Cuba fikirkan. Ada dua makhluk Allah ni, dan semestinyalah manusia. Seorang dengan pemikiran; bahawa nak duit banyak perlu kepada kerja keras. Dan seorang lagi berpegang teguh pada; bahawa nak duit banyak perlu kepada strategi yang bijak. Mana satu yang betul? Ataukah kedua-duanya sekali betul? Ataukah dua-duanya tu bid’ah dholalah?


Imaginasikan. Katakanlah makhluk Allah yang pertama itu adalah seorang petani. Setiap hari dia tanam sayur, kemudian baja, kemudian bagi racun rumpai, kawal serangga, tuai hasil, dan jual. Hasil dari jualan, dibuatnya modal pusingan dan perbelanjaan seharian, dan kalau ada lebih; simpan.


Dan katakanlah makhluk Allah yang kedua itu pulak adalah seorang pengemis yang kerjanya tiap-tiap hari mengemis kat depan pintu bank dan masjid. Sehari dapat paling koman 100 ringgit hasil kumpulan sedekahan dan dermaan. Tolak makan sehari 10 ringgit. Tinggal 90 ringgit lagi. Dan kalau dah tiap-tiap hari dia buat macam tu, agaknya sebulan berapa dia dapat? Dan pengemis ni simpan dalam satu tempoh tertentu, dan kemudian dia buka akaun pelaburan di bank. Wah, agak kurang asam sedikit di situ. Ini akan menyebabkan, asset cairnya dan duitnya ibarat hidup; sentiasa bertambah dari hari kehari tanpa kerja.


Apa pandangan rakan-rakan?


Bagi MB, MB akan guna kedua-dua cara tersebut. Kerja keras dan kembangkan hasil. Ini bermakna; kita mengintegrasikan kekuatan fizikal yang Allah bagi, dengan kudrat berfikir secara kritis dan kreatif juga Allah yang bagi. Hasilnya terbaik, insyaAllah.


Kalau nak kerja untuk dapat duit, berjuta macam kerja ada kat dunia ni; tapi sebagai hamba Allah, wajib ke atas kita carik dan berkerja dengan kerja yang membuahkan hasil yang halalan dan thayyiban. Dan untuk mengembangkannya pula; kita tertakluk kepada peraturan atau cara tertentu, juga perlu kepada pematuhan prinsip syara’ dari segenap aspek. Paham tak ni? Macam serabut je muka bila baca pasal ni?


Rilek, jangan serabutkan otak bila cerita pasal duit. Mari kita mengduitkan otak, mengduitkan mata! Kcing kcing kcing!


Gurau je.


Kembali kepada topic.


Di kesempatan yang penuh barakah ini dan pada hari yang juga penuh barakah ini; MB sukacita nak tekankan pasal point MB yang kedua. Mengembangkan asset atau wang. Kalau ikut kepala MB, memang dah tak ada cara lain lagi yang lebih baik melainkan melibatkan diri dalam dunia pelaburan. Atau dalam bahasa inggerisnya, investment.


Investment itu adalah pelaburan dalam bahasa Melayunya. Melabur ni, bagi sesetengah orang, takut sangat untuk terlibat. Terlalu segan-segan kucing nak bagi duitnya berkembang. Tapi MLM, binary, dan lain-lain kejadah haram nak pulak join; ya tak?


Buka fikiran kita.


Menurut abah MB yang juga boleh digelar sebagai pelabur atau dalam bahasa inggerisnya investor; menyatakan bahawa, ada banyak jenis pelaburan kat atas dunia ni. Tapi kita sebagai manusia yang mengaku Allah itu rabb dan sembahan, wajib atas kita untuk pilih jenis pelaburan yang patuh syariah. Ada jual beli stock, ada forex, ada unit trust, ada yang jenis commodity. Macam-macam lagilah. Pelaburan ni kalau rakan-rakan nak tahu lebih, silalah pergi jenguk laman web Ustaz Zaharuddin. Ada banyak info bagus kat sana. Memang terbaik.


Oleh kerana MB ni bukan calang-calang orang untuk menghuraikan apa itu pelaburan, bagaimana ia bertransaksi, bagaimana jenis pelaburan itu menjana untung, ‘illah kepada keharusan syara’ dan lain-lain lagi; MB akan sediakan pautan-pautan yang boleh rakan-rakan guna untuk rujukan.

6.  ada banyak lagi sebenarnya bank-bank di Malaysia ni yang menawarkan produk dan servis Islamic Investment. Cari sendiri ya..


Dah tengok pautan-pautan tu?


Tak tengok lagi tak apa; dan MB ada satu lagi tips, yang terakhir untuk MB kongsi. Kalaulah rakan-rakan dah terlibat dengan dunia pelaburan dan dah menjana keuntungan; MB cadangkan, sebahagian besar dari profit rakan-rakan itu ditukarkan kepada dinar emas. Ya, tukarkan kepada dinar emas. Sebab apa? Sebab utamanya adalah, sahutlah seruan untuk kembali kepada system kewangan Islam dan memartabatkan Islam di dunia ini. Ini jihad kita, tanggungjawab kita; katakan pada diri, boikot dollar amerika. Yang keduanya adalah kedudukan emas itu sendiri. Emas ni, kalau bawak ke masa depan, nilainya takkan jatuh ataupun susah nak jatuh. Jadi kalau kita ada dinar emas sewaktu ekonomi dunia meleset, asset kita tetap utuh, tak goyang orang kata.


Hah lagi satu tip. Kalau rakan-rakan dah ada dinar emas, jangan simpan kat bank. Simpan diri sendiri. Nak simpan bawah bantal ke, nak simpan bawah karpet ke, nak simpan atas tingkap ke; terpulang. Asalkan kita sendiri yang simpan. Emas kalau simpan kat bank tak selamat.


Kenapa? Fikirkanlah sendiri.


Jadi, kesimpulannya di sini;

  1. kerja keras
  2. dapat duit; simpan dan laburkan
  3. dah dapat untung; tukar kepada dinar emas


insyaAllah, akan datang akan MB terangkan sikit-sikit pasal dinar emas dan kewangan Islam nih.


Tunggu!


Dah banyak sangat mengarut ni. Jumpa lagi nanti!


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

28 October 2010

Krisis!?

gambar hiasan diambil dari toastmaster.org


Assalamualaikum buat rakan-rakan yang dihormati sekalian. Apa khabar? Sihat? MB harap agar rakan-rakan semua sihat-sihat belaka, sama ada dari aspek fizikal mahupun mental. Lebih-lebih lagi kepada rakan-rakan yang sedang dan akan menduduki peperiksaan akhir semester. MB doakan semoga rakan-rakan dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan semoga akan dapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.


Alhamdulillah, hari ni MB nak kongsi pandangan MB pasal satu perkara yang perlu dimiliki atau perlu ada dalam diri seseorang apabila ia terlibat dengan sebuah organisasi. Apakah dia tu? Perkara yang MB maksudkan itu adalah; bagaimana mahu mengurus perbezaan pendapat, ataupun dengan istilah yang lebih tepat lagi; pengurusan konflik dalam organisasi.


Sepanjang semester pertama MB di USIM, MB hanya terlibat dengan sebuah organisasi sahaja, tak banyak. MB menyertai kelab Khat, di mana penyertaan kepada kelab ini juga diambil kira jam pertemuannya. Maklumlah, subjek wajib university, semua mahasiswa dari IPTA memang wajib ambil.


Antara projek-projek yang telah dijalankan adalah menyediakan kain rentang dan menyelenggara booth kelab semasa Pesta Ko-kurikulum baru-baru ini. Menarik dan memang hebat Pesta Ko-kurikulum saban hari lepas. Rugi tak tengok, lebih-lebih lagi booth Kelab Khat; ada khidmat menulis nama dengan percuma dengan pelbagai bentuk dan jenis. Mintak je jenis khat apa nak, mintak je nak buat bentuk apa; permintaan pelanggan kami tunaikan.


Kembali kepada tajuk asal. Mengurus perbezaan pendapat.


Bagi MB, bila saja seseorang mengemukakan pendapat atau cadangan atau idea, tidak kiralah sama ada berada di dalam organisasi ataupun tidak; seseorang itu harus ada sikap berfikiran terbuka atau dalam bahasa penjajahnya “open minded”. Bila ada orang lain atau ahli organisasi nak mengutarakan pandangan, beri dia masa untuk kemukakan ideanya beserta hujah-hujahnya; hormati hak bersuaranya yang sedia termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan; jangan potong dan jangan mencelah ketika dia tengah bercakap. Hormat.


Selain itu, kita sebagai anggota organisasi khususnya merangkap sebagai ketua, pengarah program, yang di pertua, presiden; jangan fikir idea yang dikeluarkan itu adalah idea yang terbaik, harus diikuti oleh ahli, yang paling bernas dengan menolak semua cadangan-cadangan yang dikeluarkan oleh anggota. Seperti yang MB nyatakan sebelum ni, buka fikiran. Dengar apa yang mereka nak kata. Kalau releven, bincangkan. Fikir baik buruk setiap tindakan. Fikirkan risiko. Fikirkan untung. Dan yang penting sekali, fikirkan sama ada ia membantu mencapai metlamat organisasi atau tidak. Kemudian, barulah susun gerak kerja.


Jangan ego, jangan keras kepala.


Masih ada satu lagi perkara yang MB nak isukan. Perkara ni penting bagi MB dalam mengawal dan mengurangkan ketegangan organisasi apabila ada di antara anggota yang berbeza pendapat. Apa itu? Senyum, dan percaya kepada keputusan organisasi. insyaAllah selesai masalah.


Hidup kita memang tak boleh lari dari konflik pandangan dan pendapat. Tapi kendalikanlah ketegangan yang wujud dengan cara professional, matang, dan dengan penuh etika. Janganlah jadi macam sesetengah Ahli Perwakilan di Parlimen yang kadang-kadang bila tengok, MB ketawa terbahak-bahak. Macam MB gaduh dengan member MB dulu masa kecik-kecik. Biarkan, ada MB peduli?



Ada satu kisah.


Kisah pasal ada seorang makhluk Allah yang setiap kali pergi solat Jumaat; dia akan tidur waktu khutbah. Jadi, makhluk Allah yang sorang ni pun pening apa yang menjadi punca mengapa setiap kali dengar khutbah; dia tidur. Azamnya yang kuat, cita-citanya yang tinggi untuk mengambil pengajaran dan peringatan dari khutbah Jumaat dan tidak mahu tidur lagi sewaktu mendengarnya; teleh mendorong makhluk Allah ni untuk menjemput tiga makhluk Allah yang lain; lain kepakaran, lain pemikiran, dan lain pula pandangannya; untuk memberi jawapan, penyelesaian kepada masalah ini.


Makhluk Allah yang pertama: Jurutera civil/ jurutera yang tukang buat bangunan.
Makhluk Allah yang kedua: Doktor respiratori/ kardiovaskular.
Makhluk Allah yang ketiga: Alim Ulama’ yang besar serbannya, hitam dahinya.


Maka berlakulah sesi-sesi yang agak-agak tak berapa nak panas.


Makhluk Allah: Wahai cerdik pandai umat, tolonglah aku selesaikan masalah aku ini. Aku dah tak tahan dah. Hati, ruh dan jiwa aku dah nak mati dah ni. Ini semua disebabkan aku tidur masa khatib sedang menyampaikan khutbah. Aku dahagakan makanan ruh…tolonglah aku wahai cendiakwan umat. Apakah punca kepada masalah yang aku hadapi ini?


Jurutera civil: baiklah, biar saya yang mulakan. Ehem ehem. Sebenarnya macam ni. Struktur, dan binaan masjid ini sendiri yang tak bagus. Tengok! Sana tak ada lubang untuk keluar masuk udara! Sana lagi! Tu, sana tu! Haa, sana, ada lagi! Ruang untuk udara keluar masuk tak cukup! Jadi udara kat dalam masjid ni terpekuk! Tak mengalir! Tu sebab awak asyik tidur je masa khutbah!


Makhluk Allah: oh, yeke?


Doktor: eh, memandai je jurutera tu buat kepala sendiri. Bajet bagus. Bukan, sebenarnya macam ni. Awak dengar khutbah, kan duduk. Jadi, darah tak mengalir sempurna kat dalam awak. Kan darah sebagai pengangkut oksigen ke setiap sel dalam badan kita? Oleh kerana awak asyik duduk je, tak gerak-gerak, jadi darah pun jalan perlahan. Kalau dah darah jalan perlahan, oksigen pun lambat lah sampai kat kepala kamu yang kurang oksigen tu. Tu sebab awak asyik tidur time khutbah. Ada paham?


Makhluk Allah: paham-paham, tapi……………………


Alim ‘ulamak: astaghfirullah…masyaAllah…la haula wa la quwwata illa billah…hazihi bid’ah, antum bid’ah, antum dholal! Jangan kamu dengar itu semua wahai makhluk Allah. Sebenarnya begini wahai makhluk Allah yang hamba kasihi. Sebenarnya, syaitan telah mengacau kamu sewaktu kamu sedang berusaha untuk mendengar khutbah yang disampaikan. Jadi, kamu mohonlah kepada Allah untuk berlindung dari syaitan ar-rajim. Berdoalah kepadaNya supaya diberi kekuatan. Amin.


Makhluk Allah: apakah ini? Apakah ini? Apakah ini? (dengan muka yang MASYAALLAH! blur!)


Tamatlah al-kisah.


Jadi, apa pandangan rakan-rakan pasal cerita tadi. Semua alasan yang diberikan adalah benar-benar belaka melainkan tiada yang benar-benar. Di sini, kita dapat lihat bahawa; sekalipun ada satu isu, di situ terdapat banyak perbezaan pendapat dan pandangan. Masing-masing adalah terdiri dari anggota masyarakat yang membangunkan Negara. Betulkan? Tapi oleh kerana berbeza latar pendidikan, pandangan, pemikiran, world view, dan kepala otak; maka terhasillah pelbagai mazhab.


Kenapa MB nak tulis bab ni? Tiba-tiba je…adakah ada kaitan dengan kelab yang MB serta itu…? Krisis? Mungkin ya; mungkin juga tidak. No komen.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

20 October 2010

Iklan#2




Assalamualaikum! Buat rakan-rakan semua, insyaAllah, Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM, akan menganjurkan Seminar Syariah dan Undang-Undang Peringkat Kebangsaan 2010. Justeru, MB menjemput kepada semua rakan-rakan, rakan-rakan kepada rakan-rakan, dan kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui kedudukan, permasalahan berkaitan Undang-undang Islam di Malaysia serta ingin memartabatkannya; datanglah. InsyaAllah tak rugi. Kalau nak datang, call MB; mane tahu kot kot MB boleh adjustkan penginapan. Makanan, poket sendirilah. Nak tahu lebih lanjut, ikut link ni. Seminar Syariah dan Undang-Undang Peringkat Kebangsaan 2010.



Sudi-sudilah 'Like' post ni..

19 October 2010

Di Sebalik Tabir Konvokesyen



Assalamualaikum rakan-rakan! Apa khabar? Semoga rakan-rakan semua sihat-sihat selalu dan semoga rakan-rakan semua berada dalam ‘inayah Allah, insyaAllah.


MB tak tahu nak mula macam mana post kali ni. Sebabnya, bahang istiadat konvokesyen KIPSAS ke-9 masih terasa lagi. Masih, tak ada ayat nak buat sebagai pemula bicara. Mungkin teruja, mungkin gembira, mungkin sedih. Tapi, MB bersyukur sebab Allah masih lagi bagi MB kesempatan, peluang dan terpilih untuk menghadiri istiadat tu sekaligus menjadi penerima dan pemegang Diploma Pengajian Islam Syariah dan Undang-undang secara rasmi. Alhamdulillah, bukan senang tu nak dapat diploma.


Baiklah.


Post kali ni, MB nak cerita pasal cerita di sebalik tabir MB punya konvo ni. Ada tiga (3) cerita penting disebalik konvo MB yang MB nak kongsi.


Cerita pertama.


tulang belakang kejayaan

MB nak kenalkan kepada rakan-rakan semua, gambar di atas adalah Yang Amat Berhormat dan Yang Amat Berbahgia; emak dan abah MB. Beliau adalah manusia dan insan yang paling MB sayang kat atas dunia. Beliaulah yang melahirkan MB. Beliaulah yang membesarkan MB. Beliaulah yang mendidik MB. Beliaulah insan yang membentuk MB.


Merekalah insan yang tak putus bagi semangat untuk MB berjaya.

Merekalah insan yang tak kesah bagi duit untuk MB berjaya.

Merekalah insan yang tak henti-henti bagi dorongan dan nasihat kepada MB.

Merekalah insan yang tak pernah jemu menadah tangan, berdoa untuk MB berjaya.

Merekalah insan yang masa MB eksiden, bagi semangat untuk terus optimis dalam hidup.

Merekalah insan yang pertama MB rujuk untuk buat esaimen masa sem satu di KIPSAS dulu.

Merekalah insan yang bagi MB kekuatan untuk siapkan kertas projek diploma dulu.

Merekalah insan yang berulang-alik dari johor ke kuantan hantar MB belajar.

Merekalah insan yang keluarkan duit untuk opresen kaki MB supaya MB boleh berjalan balik.

Merekalah insan yang bayar bil telefon dan broadband MB.

Merekalah insan yang bagi duit saku sampai dua tiga ratus sebulan.

Merekalah insan yang tolong MB merancang masa depan.

Merekalah insan yang ambil berat pasal belajar, softskill, dan jati diri MB.

Merekalah insan yang selalu bekalkan MB rendang tiap kali balik dari rumah ke kampus.

Merekalah insan yang belikan MB pakaian-pakaian untuk pergi kuliah dan kelas setiap hari.

Merekalah insan yang ajar MB untuk urus kehidupan, masa, sosial dan pelajaran.

Merekalah insan yang sangat risau akan MB kalau MB tak telefon mereka lebih dua hari.

Merekalah insan yang selalu pesan kepada MB supaya bertaqwa dan jaga hubungan dengan Allah setiap waktu.

Merekalah insan yang jemput MB di stesen bas larkin central masa balik rumah.

Merekalah insan yang ingatkan MB supaya jangan simpan perempuan masa belajar.

Merekalah insan yang ke hulu ke hilir cari ubat supaya kaki MB yang patah dahulu sembuh cepat.

Merekalah insan yang amat amat amat dekat dengan hati MB.


Sesungguhnya, Emak dan abah MB lah yang paling banyak sekali melakari kejayaan MB selama ini. Merekalah tunggak, merekalah tunjang. Tidak ada MB kalau tak ada mereka. Nak cerita jasa emak dan abah MB, tak terkira rasanya. Jauh sekali nak balas jasa mereka, memang tak setanding walau sekelumit kasih sayang yang mereka beri.


Merekalah cerita pertama di sebalik konvokesyen MB.


Cerita kedua.


dari kiri; Ustaz Fakhruddin, Madam Yusliha, saya, Ustazah Hasiah, Madam Azriana

Cerita kedua; adalah cerita barisan pendidik dan pengajar MB sendiri. Nak cakap apa pada mereka, MB pun tak tahu; berterima kasih sangat. Saat yang paling manis bersama mereka, adalah ketika MB bersama-sama dengan mereka; mereka memberi pandangan, beri nasihat, kongsi pengalaman, menunjuk ajar. Tak pernah lekang dari mereka senyuman untuk MB. Bila bersembang; macam member pun ada, macam ibubapa pun ada, macam otai sikit pun ada. Tapi, itulah yang seronok. Buat MB lagi lebih bersemangat belajar dan menimba ilmu. Buat MB lebih focus dan terarah kepada matlamat.


Perjumpaan yang sekejap ketika istiadat konvokesyen hari tu; sangat bermakna buat MB. Terlerai juga rindu kepada pensyarah-pensyarah yang selama ini tersimpul di hati. Tapi jumpa sat sangat..alahai… Ustaz Nizam tak sempat nak jumpa. Ustazah Aesyah, Ustazah Azlina, Ustazah Noraheda, Madam Shuhada; tak sempat jumpa dan bertanya khabar. Terkilannya hati MB. Tak lupa juga buat Encik Saifuddin, Ustaz Fakhar, Madam Yus, Madam Ana, dan Ustazah Hasiah; nasihat yang diberi memang sangat berguna buat diri MB.


Sungguh, ilmu mereka tak akan padam dari hati MB. Sungguh, peringatan dan nasihat mereka tak akan sirna dari jiwa MB. Akan MB abadikan setiap butir mutiara yang diberi dengan amalan, insyaAllah. Merekalah cerita kedua di sebalik konvokesyen MB.


Cerita ketiga.


Cerita ketiga; cerita khas pasal sahabat-sahabat dan rakan-rakan seperjuangan. Perjuangan dalam medan ilmu ini sepi kalau tak ada mereka. Asyik serius saja, tak best jugak. Seronok sama-sama, dukacita sama-sama, senang sama-sama, susah sama-sama. Yang lagi best dan buat MB rindu sangat; nak buat esaimen dan present bersama dengan mereka lagi. Cukup manis waktu tu. Ada yang tak puas hati, ada yang tak buat kerja, ada yang keluarkan duit untuk print aje, hantar lambat, dan macam-macam lagi lah. Tapi semua tu dah lepas.


Dengan merekalah MB belajar reality dunia ini bagaimana. Dengan merekalah MB belajar makna sebuah persahabatan. Dengan merekalah MB belajar juga erti sebuah perjuangan di medan ilmu. Cukup banyak kenangan yang dicipta bersama. Nak cerita, panjang. Boleh buat novel rasanya. Minta maaf, gambar mereka tidak dapat MB paparkan, sebab tak dapat nak ambil gambar sama-sama masa istiadat konvo hari tu. Merekalah cerita ketiga di sebalik konvokesyen MB. MB akan sentiasa merindui kalian. Hanafi, Pak Long, Mamu, Nizam, Bahar, Sapok, Wan Perlis, Hadi, Rashid, Yusop Cina, Adib, Munir, Zarif, Izhar, Faizal & Faiz Fauzi, Abe Anuar, Rosdan, Jaih, Nabil, dan yang lain-lain; jumpa lagi nanti.


Jika ada sumur di ladang,

Bolehlah MB menumpang mandi,

Kalau Allah izin umur kita panjang,

MB harap sangat boleh jumpa lagi nanti.




p/s: Rasa-rasa; kalau dah berumah tangga, adakah isteri juga jadi pemangkin kejayaan MB? hehehe



Sudi-sudilah 'Like' post ni..

12 October 2010

MasyaAllah! Ngeri!


Assalamualaikum rakan-rakan! Apa khabar? Sihat? Semoga rakan-rakan semua sihat-sihat selalu, insyaAllah. 10 oktober lepas ada kemalangan ngeri, kan? Dahsyat! 15 maut dengan keadaan yang masyaAllah! …….................................................... betapa nyawa ni murah sangat di jalan raya. Kadang-kadang puncanya bukan dari kita, tapi akhirnya kita terlibat sama. Bila MB baca berita pasal ni, MB teringat apa yang ayah MB cakap kat MB;


Kalau nak eksiden tu senang je. Allah gelong sikit jer tayar, habis! Kun! Fayakun. Semua orang tak tahu apa yang ada kat depan dia. Jadi, kalau nak naik kereta ke, motor ke; baca ayat kursiy, baca doa naik kenderaan. Mintak-mintak Allah jaga perjalanan kita


Rakan-rakan tataplah sikit-sikit gambar-gambar kemalangan tu. Cuci mata.





















terima kasih kepada empunya gambar ni. Ni link gambar.



Peristiwa berdarah 10 Oktober 2010 ini mudah-mudahan menjadi iktibar kepada kita semua terutamanya MB. Naik kenderaan, jangan lupa Allah. Mintak perlindunganNya, mintak peliharaanNya. Hati-hati bila berkenderaan. Biar lambat, asalkan selamat. Tapi jangan lambat sangat sampai pengguna jalan raya lain marah.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

10 October 2010

Tawakkal Budak U




Assalumualaikum rakan-rakan! Jumpa lagi hari ni. Didoakan semoga rakan-rakan sihat-sihat sahaja, insyaAllah.


MB nak kongsi dua cerita, tapi isu yang sama, perkara yang sama, benda yang sama. Cerita ni pasal kehilangan computer riba ataupun dikenali sebagai laptop disebabkan dicuri. Computer riba atau laptop ni bagi MB, merupakan satu benda yang agak penting dalam hidup seorang student. Menyiapkan esaimen, buat tutorial, download nota dari portal pelajar, nak tahu aktiviti university, baca berita online, carik bahan tugasan, dan terkecuali main game untuk sesetengah orang adalah di antara kegunaan laptop.


Tapi sayang, kene curik.


Bahan esaimen dan dokumen-dokumen penting hilang.


Blue print blue print projek hilang.


Tesis hilang.


Gambar-gambar video-video kenangan hilang.


Pendek kata, semuanya lesap.


Tekanan; pasti empunya laptop tu tekanan.



Cerita satu.


Ni cerita pertama yang MB nak kongsi. Jumaat lepas, 8 hb 10 2010, sebelum solat jumaat, laptop seorang rakan MB hilang dicuri. Waktu tu, kat rumah dia hanya ada dua orang; dia dan kawan bilik sebelah. Masing-masing tunggu giliran untuk mandi. Jadi kawan yang hilang laptop ni pergi mandi dulu dan yang satu lagi ada kat bilik layan radio…kot.


Dia pergi mandi dalam keadaan laptopnya ditinggalkan di dalam bilik tanpa ada sesiapa yang tolong tengok; biliknya tidak berkunci; dan pintu rumahnya pun terbuka, tak dikunci jugak. Lepas mandi, baru dia perasan yang laptopnya tidak ada kat atas cooler. Lepas tu, kecoh satu aras yang laptop dia dah lesap.


Lepas tu, dia nak report polis. MB cakap kat dia,


“nak report polis ke?”


“ha’ah”


“nanti dulu…bagitahu kat Pejabat Asrama dengan JAKSA dulu, bagi diorang bertindak dulu. Lepas tu kalau ko nak report, report lah..”


“hmm…aku nak call makcik aku lah, mintak dia jumpa bomoh, carikkan sape yang curik laptop aku tuh”


“haha…tu la, dulu aku bagi ko mantra seru jin pagar rumah ko taknak, cakap syirik lah ape lah…sekarang jumpa bomoh pulak nak carik laptop? Lagi lah syirik…”


“hmm…”


Kecewa barangkali kawan MB tu. MB sendiri tak tahu nak buat macam mana. Benda dah hilang. Pencuri tu pulak tak tinggalkan jejak. Susah lah nak carik. Nak suruh kawan tu redha, tak sampai hati pulak. MB pun diam. Diam. Dan sampai sekrang, tak ada perkembangan lagi pasal kecurian laptop dia.



Cerita dua.


Yang ni cerita nombor dua. Kes kecurian ni berlaku masa MB kat KIPSAS lagi. Waktu lecturemate MB perasan yang laptopnya hilang adalah waktu malam, masa balik dari kuliah ganti. Yang ni satu kes lain. Member MB yang sorang ni, dia kunci locker dia. Tapi kunci locker tu, dia letak bawah tilam. Lagilah senang si pencuri tu nak curik.


Lepas tu, semua ahli block F rokol malam-malam. Lepas tu, member-member yang sebilik dengan dia pakat-pakat baca Surah Yasin 3 kali. Fellow pun dah dimaklumkan. Dan fellow pun telah memberi ucapan-ucapan nasihat-nasihat kepada ahli Block F, mintak kepada yang mengambil laptop, untuk pulangkan; dan kalau dipulangkan, namanya akan dirahsiakan dari mana-mana pihak kecuali Allah dan fellow. Amaran-amaran dan janji Allah diulang-ulang.


Apa yang terjadi? 2 3 hari lepas tu, si pencuri tu pulangkan. Subhanallah. Ada lagi pencuri yang berhati lembut macam ni. Tepat sangat sebagaimana yang Allah firmankan dalam al-Quran. “Seseungguhnya Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia mahu”.


**********************************************************************************


Satu pengajaran untuk diri MB dan kita semua; jangan cuai. Jaga asset kita, jaga barang kita, jaga amanah kita, jaga hak kita; jaga semua itu dengan rapi. Nak pergi mana-mana, simpan barang berharga di dalam almari, kuncikan; bilik kunci; rumah kunci. Lepas tu baru kita boleh tawakkal kat Allah S.W.T, sebab kita dah usaha semaksimum kita dalam menjaga barang berharga kita. Kalau nak hilang jugak, itu terserah pada Allah, redha jelah.



Sudi-sudilah 'Like' post ni..

09 October 2010

Hidup Di Luar Peraturan

classmates; lousy bump geek


Asssalamualaikum rakan-rakan! Apa khabar? Semoga rakan-rakan semua sihat-shat selalu. Pertamanya, MB nak ucapkan tahniah untuk diri MB sendiri; sebabnya ini adalah post MB yang ke-50. Tahniah! Tahniah jugak untuk diri MB sekali lagi yang masih setia untuk mengepost walaupun tak sekerap rakan-rakan blogger yang lain. Dan ucapan terima kasih MB tujukan kepada rakan-rakan maya yang kadang-kadang jenguk di teratak ini sekalipun isinya ntah apa-apa.


Baiklah.


Di sini, MB nak mengisukan satu perkara yang bagi MB amat penting dalam setiap orang, terutamanya bagi student. Isu ni pasal hidup di luar peraturan. Apa yang MB cuba maksudkan adalah, bukannya seseorang itu berada di atas undang-undang, above the law, immune, ataupun tidak terkesan dengan undang-undang; tapi apa yang MB cuba sampaikan adalah seseorang itu hidup tanpa ada peraturan yang mengikat secara jelas di seluruh perbuatannya.


Dahulu kita di sekolah rendah, kita ada peraturan yang sangat jelas. Contohnya seperti jadual kebersihan kelas kene ikut, gaya rambut macam mana, masuk sekolah pukul 7.30, rehat pukul 10.30, balik pukul 1. Tu semua adalah sebahagian peraturan yang telah diasimilasi menjadi jadual harian kita waktu tu.


Tidak kurang juga semasa kita di sekolah menengah, terutamanya bagi mereka yang duduk di asrama. Ada peraturan keluar masuk. Tak boleh fly. Asrama kene bersih, ikut jadual bertugas. Bangun pagi pukul 5.30. Solat. Basuh baju lagi. Buat kerje sekolah waktu prep. Tutup lampu malam pukul 11. Semuanya peraturan. Kita hidup dalam peraturan. Itu dahulu, masa zaman sekolah.


Tapi sekarang, kita hidup sebagai dan dengan gelaran pelajar university. Individu yang dah hidup dengan zaman sekolah-sekolah tadi. Apa yang menjadikannya satu isu di sini adalah; sejauh mana penghayatan kepada peraturan yang telah dirutinkan sebelum ini selama hampir 10 tahun, diimplimentasi ke dalam kehidupan pelajar univesiti sekarang.


Student university ni, hidupnya sedikit bebas dari dahulu. Tak terikat sangat dengan peraturan. Tapi, kondisi inilah yang memberi cabaran besar kepada mereka. Situasi ini akan memberi kepada pelajar peluang untuk membina peribadi yang baik. Sama ada mereka mengurus kehidupan dengan baik dan efisen atau sebaliknya yang menjadikan hidup pelajar tunggang langgang dan serabut alam.


Dalam keadaan ini, pelajar harus kuat dengan budaya hedonism yang datang menggugah. Bercouple sampai tak ingat halal haram sampai tak ingat bumi langit; online dari pagi sampai ke tengah malam; main game sampai tak teringat nak makan kencing berak; bilik bersepah macam sarang tikus mondok; lepak-lepak jalan-jalan sampai lupa jalan balik rumah; solat lima waktunya ntah hilang ke mana; sampai al-Quran pun dah jadi tempat sawang; esaimen tutorial dah tak tahu hilang ke mana; apa cer?


Sebagai pelajar university, mereka sepatutnya sudah boleh mengadaptasi pengalaman di sekolah dan asrama dahulu ke dalam kehidupan di university. Harus tahu tanggungjawab. Harus tahu peranan. Harus sentiasa peka dengan persekitaran. Patut tahu membahagi masa. Patut tahu mengutamakan perkara yang ada. Mungkin bagi mereka, dunia university ini baru. Tak pernah jumpa. Tak pernah mereka hidup sebebas ini seperti dahulu. Jauh dari pandangan dan bebelan emak dan ayah. Tak ada sape yang nak marah. Kan? Lalu kesempatan yang Cuma sekali seumur hidup ini dinikmati dengan macam-macam cara.


Contohnya macam soal kebersihan rumah. Bila lantai dah berhabuk; tong sampah dah muntah-muntah; jamban dan berkilau keemasan; tak perlulah untuk pelajar university bertindak dengan penguatkuasaan peraturan. Tak payah lah sampai staf pejabat asrama dan JAKSA tegur. Sendiri inisiatif maaa. Gerak sendiri. Tak perlu ada orang lain suruh. Dah tanggungjawab ahli rumah; nampak kotor je, bersihkan.


Akhir sekali sebagai meutup isu ini; MB menegaskan bahawa kalau kita telah keluar dari satu suasana, adalah tanggungjawab kita untuk mencipta suasana kita sendiri. Suasana yang baik, suasana yang seimbang; tidak terlalu jumud dan tidak terlalu bebas. Sikap ini akan membantu kita untuk membentuk jati diri yang kuat, teguh untuk mengharung masalah yang akan datang.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

03 October 2010

Iklan#1

Klik pada gambar kalau nak tengok dalam saiz besar


Jemput datang kepada rakan-rakan yang tinggal dekat-dekat dengan nilai. Ajak member sekali ya. Kalau yang jauh tu nak datang, marhaban 'alaikum... Jemput, jemput... Nak tahu lebih lanjut, sila layari blog rasminya.



Sudi-sudilah 'Like' post ni..

02 October 2010

Melayu is Too Generous!!

gambar hiasan diambil dari webshaper.com.my

Assalamualaikum rakan-rakan semua! Diharapkan semoga rakan-rakan semua sihat walafiat selalu. Hari ni, hari sabtu; MB dari pagi sampai tengah hari tadi menghadiri satu seminar berkaitan dengan Tamadun Islam Tamadun Asia dan Hubungan Etnik di kampus USIM. Ada 4 slot syarahan, hanya satu daripadanya MB tidur dari awal sampai habis; terbaik!


Temanya secara umum berkisar tentang pembinaan Gagasan 1Malaysia. Di sini, MB tertarik tentang perbezaan pendapat yang sangat ketara antara 2 orang jemputan tadi. Yang pertama adalah dari Profesor Dr. Mansor Mohd Nor, Felo Utama Penyelidik KITA (Institut Kajian Etnik), Universiti Kebangsaan Malaysia; dan yang kedua adalah dari Dr. Muhammad Riduan Abdullah Tee, Pensyarah Kanan Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.


Menurut Prof. Dr. Mansor Mohd Nor, hubungan antara kaum di Malaysia ni adalah dalam keadaan yang tak berapa tegang, ok, dan tak ada banyak sangat masalah. Kalau ada pun, beliau cakap “not big deal”. Rumusan kajian beliau ini adalah kontra dengan pandangan Dr. Riduan Tee Abdullah. Dr. Riduan kata, hubungan antara kaum di Malaysia ini adalah ibarat bara api; di mana bila-bila masa saja akan marak.


Dari sisi MB pula, MB bersependirian dengan Dr. Riduan Abdullah Tee. Pada pandangan MB sendiri, perpaduan antara kaum di Malaysia perlu kepada pengorbanan yang besar. Pengorbanan ini tidak harus berlaku satu hala saja, bahkan perlu dari dua arah. Maksudnya, perlu kepada perbuatan saling berkorban. Masing-masing perlu berkorban akan kepentingan masing-masing. Itupun kalau setiap etnik dan kaum di Malaysia ini benar-benar menyahut seruan kepada pembinaan gagasan 1Malaysia. Tak akan ada perpaduan selagi tidak ada pengorbanan dari dua pihak, dan tidak akan ada pengorbanan selagi tidak boleh nak bertolak ansur, dan tidak akan ada tolak ansur selagi sifat pentingkan diri itu tersemat erat dalam hati.


MB amat terkilan sangat dengan situasi di Negara kita ni. Khususnya kaum MB sendiri, Melayu. Orang Melayu ni terlalu baik hati sangat. Kaum lain nak tu, bagi. Kaum lain nak ni, bagi. Kaum lain tuntut tu, bagi. Kaum lain tuntut ni, bagi. Terlampau pemurah. Contohnya pasal kuota pelajar bukan Melayu dan bukan bumiputera di MRSM. Secara seriusnya, MRSM ni di bawah MARA. Jadi, MARA ni adalah hak orang Melayu dan bumiputera. Tetapi kerajaan telah melonggarkan undang-undang dengan memperuntukkan sebanyak 10% kaum bukan bumiputera untuk masuk MRSM. Dan dalam tempoh setahun dua tahun lepas, ada ura-ura nak tambahkan 10% itu kepada 30%.


Lagi satu isu. Ini berkenaan system pendidikan kita di Malaysia. Sepatutnya, Negara kita ini tidak boleh tidak mesti ada satu system sahaja. Bukannya seperti yang wujud seperti sekarang ini. Sekarang ini Negara kita mengamalkan system pendidikan vernacular, iaitu system yang membenarkan pendidikan sekolah jenis kebangsaan. Kenapa boleh wujud sekolah jenis kebangsaan ni? Sebabnya orang Melayu terlampau baik hati dan terlampau pemurah sangat. Baiklah, sebenarnya, satu masa dulu, ada Akta Pendidikan 1961 di Negara kita. Akta tu menyebut bahawa Menteri Pendidikan berhak untuk menukar dan menutup sekolah jenis kebangsaan ini. Namun atas desakan kaum-kaum bukan Melayu, kerajaan terpaksa memansuhkan akta ini, dan kemudian diperkenalkan pula Akta Pendidikan 1996. Akta ini memperuntukkan bahawa menteri Pendidikan tidak berbidangkuasa untuk memansuhkan system Vernakular, tetapi hanya berbidangkuasa dalam penyelarasan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pengajaran di sekolah-sekolah. Tetapi yang mendukacitakan, Akta ini juga didesak untuk dimansuhkan oleh kaum-kaum yang tak mengenang sifat ‘mengalah’ orang Melayu.


Ada satu isu lagi yang timbul 2 tahun lepas. Isu ini juga berkaitan dengan system pendidikan Negara jugak. Dalam 2 tahun lepas, kerajaan telah merangka satu pelan untuk membumikan Gagasan 1Malaysia. Ada 3 pelan utama yang kerajaan bentangkan iaitu (1) Bahasa Melayu di ajar tiap-tiap hari di sekolah jenis kebangsaan, (2) Silibus pengajaran Bahasa Melayu diseragamkan di seluruh Malaysia, dan yang (3) matapelajaran baru iaitu Negaraku Malaysia diperkenalkan dan diajar di semua sekolah di Malaysia. Rakan-rakan nak tahu apa reaksinya? Kaum lain menolak mentah-mentah cadangan ini, dan kerjaan pun diam. Orang Melayu ni baik sangat lah. Ingat lagi tak pasal cadangan bahawa setiap akhbar cina disispkan dengan terjemahan bahasa Melayu? Tahu tak apa yang terjadi? fikir lah sendiri.



Ada lagi isu di sini. Berkaitan dengan bahasa kita, Bahasa Melayu. Kenapa dengan bahasa kita? Lekeh sangat ke? Tak komersial ke? Sampaikan kemampuan berbahsa cina adalah satu kelebihan untuk dapat kerja? Di mana kedudukan bahasa Melayu ni? MB ada dapat maklumat dan maklumat ni MB boleh percaya. Pada satu ketika dalam Negara sedang hangat menjalankan bancian, ada laporan mendakwa ada ramai warga cina di ibukota tidak faham bahasa melayu dan tidak pandai berbahasa Melayu. Apakah ini? Duduk di Tanah Melayu tapi tak boleh nak faham dan bertutur bahasa Melayu?


Lagi situasi. Semua orang tahu bahawa dalam perlembagaan ada menyatakan, tanah rezab adalah hak milik orang Melayu dan bumiputera; tak kiralah dari segi pemilikan atau dari aspek penyelenggaraannya. Tapi hakikatnya di Malaysia Negara kita ni, ada banyak tanah rezab kita di usahakan oleh orang yang bukan dari kaum kita. Ini semua belum lagi masuk bab agama di Malaysia. Cukuplah setakat contoh-contoh ni.


See!, Melayu is too generous, giving them whatever their claimed. But we get nothing. If they cannot sacrifice their own interest, so why we still talk about unity? We had give and sacrifice too much to them, give them spaces, give them places in our country, share our absolute right to them. Then finally, when we ask them to consider in certain matter, they said no. How could they?


Pada pendapat MB sendiri; kalau mereka tak boleh nak consider pasal perkara-perkara kritikal di Negara kita demi untuk mencapai matlamat penubuhan gagasan 1Malaysia, adalah lebih baik kalau kerajaan ikut cara Amerika. Dilarang semua anggota masyarakat bertutur selain dari bahasa melayu. Tidak ada system pendidikan vernacular, tidak ada sekolah jenis kebangsaan, semua masuk sekolah yang sama kelas yang sama silibus yang sama. Kaum minority tidak boleh tidak mesti hidup dengan budaya kaum majority, belajar budaya mereka dan memperdalami. Kalau kaum lain tak nak bertolak ansur macam kaum Melayu, adalah jalan yang terbaik bagi MB kalau kerajaan ikut cara Amerika tadi. Kalau kaum lain tak boleh nak ikut, lebih baik keluar saja dari Malaysia, cari kerakyatan dari Negara lain.


Hendak diingatkan, tolak ansur harus berlaku dua hala. Satu hala tak jadi. Tu yang sesetengah pihak amat menjengkelkan perangainya. Membuatkan MB sendiri pun kadang-kadang sakit hati.


Ingat! NO TOLAK ANSUR, NO UNITY!! IF YOU DO NOT WANT TO TOLAK ANSUR, FAHAM-FAHAM SAJALAH…

MB kisah akan negara, perpaduan, dan kaum Melayu...


Sudi-sudilah 'Like' post ni..