21 April 2012

Saja Nak Cerita


Assalamualaikum wa rahmatullah.


Semoga rakan-rakan berada dalam rahmat dan bimbingan Allah S.W.T sentiasa.


Minggu ini, Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk pulang ke rumah. Hari khamis hari tu sampai, dan insyaAllah hari ahad ni balik semula ke Nilai. Saja balik rumah, lama dan rindu rasanya kat emak dengan abah. Cuti midsem minggu lepas tak balik, ada projek sikit. Hehe. Tu yang ambil kesempatan untuk balik minggu ni, tambahan pula hari jumaat memang tak ada kelas.


*           *           *           *           *           *

Sudah tabiat saya bila sampai rumah, saya akan jelajah setiap pelosok rumah. Tengok-tengok mana tahu ada kelainan dan sesuatu yang baru. Perkara pertama sekali yang saya tengok, adalah, susun atur perabot rumah. Setiap kali balik, mesti ada saja yang akan berubah. Huhu. Emak oh emak. Sekejap pinggan mangkuk kat sebelah sinki lah, sekejap pinggan mangkuk kat sebelah kabinet lah, sekejap pinggan mangkuk kat sebelah peti ais lah. Biarlah, asalkan emak gembira dan selesa. Saya cuma geli hati saja dengan perangai emak yang ini. Hihi.


Yang keduanya, saya akan tinjau-tinjau rak-rak makanan; ada kerepek ke, ada biskut ke, ada roti ke, ada buah ke. Kalau ada, konfem lah duduk rumah ni mulut tak berhenti mengunyah. Ada saja yang disuap ke mulut. Hehe. Badan pun naik. Habis rosak diet-diet dan pantang-pantang masa di rumah sewa. Apakan daya, takde makbapak yang nak anak dia berlapar dan kebulur, kan? Kihkihkih. Apalagi, sental la.



Yang ketiganya, saya akan cek rak-rak buku. Selalunya memang ada benda baru. Majalahlah yang selalu update kat rak buku tu. Balik kali ni, ada dua majalah yang baru; Solusi dan Haluan. Tengok saja, terus belek-belek selak-selak. Lepas tu, tutup balik. “okay, nantilah baca”. Haha. Kemudian, saya cek setiap buku dari tingkat ke tingkat. Sampai dekat satu tingkat ni, saya berhenti. Saya usap-usap satu buku ni. Buku ni adalah kajian ilmiah saya semasa saya diploma. Sarat dengan emosi dan kenangan buku yang satu ini. Mengimbau betapa penuh cabaran dan dugaan semasa belajar diploma dulu dan semasa menyiapkan kajian ilmiah. Saya jadi kembali bersemangat untuk bersungguh-sungguh menuntut ilmu di peringkat degree ini bila melihatnya. Mudah-mudahan Allah bantu dan bimbing saya sepanjang usaha saya menuntut ilmu. Amiiiin…


Yang keempatnya, saya akan cek apa yang emak tanam kat belakang dan tepi rumah. Ada sayur baru ke, ada sayur kesukaan ke, ada sayur yang sedap-sedap ke. Sudah semestinya, sayur jenis baru akan ada. Kali ni, emak ada tanam keledek. Emak cakap keledeknya sudah pun dimakan. Dah habis di ‘jebol’. Nampaknya, saya memang tak ada rezekilah nak merasa, sebab emak ada cakap pada saya semasa saya di Nilai lagi yang keledeknya dah dibuat kuih. Digorenglah, dibuat inti karipaplah. Ya Allah… ‘heaven’nya kuih-kuih emak… huhu.


*           *           *           *           *           *

Rasa tenang bila berada disamping emak dan abah di rumah. Bila tengok saja muka emak dan abah, mesti nak kene buat lawak untuk bagi mereka senyum dan ketawa. Sebab saya tak sampai hati nak tengok muka emak dan abah ketat-ketat depan muka saya. Kadang-kadang bergosip sikit-sikit dengan emak dan abah. Saje, nak bagi emak dengan abah tahu apa aktiviti yang saya buat kat sana. Huhu.


Sebenarnya, saya rindu nak meluah perasaan di blog ni. Maklumlah, saya susah sikit nak menaip sekarang ni sebab tak ada laptop. Nak cerita kat facebook, tak best, ruang tak banyak. Kat blog, banyak mane nak tulis pun tak kisah, ye tak? Hihi.


p/s: ada sesiapa yang tahu macam mana nak remove follower kita? Sebab blog ni dah macam wadah ekspresi perasaan, bukan lagi wadah ekspresi minda. Tak sedap pulak rasa, sebab dulu follower meng’follow’ kita sebab nak tahu apa persepsi kita, tapi sekarang disaji pula dengan perasaan. Segan lah. Huhu.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

No comments: