25 September 2010

Cara-cara Menutup Bukti; Bukan Kes Sosilawati

p/s: Peringatan dan amaran pertama; Post ini panjang dan tak bergambar, jadik kalau rakan-rakan rasa boring dan rasa mengarut je, terpulang sama ada mahu terus berada di page ini atau tidak. tapi kalau rakan-rakan sudi dan sabar baca sampai habis; saya ucapkan ribuan terima kasih.

Assalamualaikum rakan-rakan! Apa khabar? Semoga rakan-rakan sihat-sihat selalu hendakNya. Baru-baru ni, negara kita kecoh dan digoncangkan dengan banyak kes pembuangan bayi. Bukan baru-baru ni sebenarnya, sebenarnya dah berzaman dah. Selang dua tiga hari pasti ada 2 atau 1 atau 3 kes. Ini bermakna; dalam sebulan ada lebih kurang 10 orang bayi atau lebih atau kurang yang dibuang. Yang dipampang di dada akhbar adalah kes yang dilaporkan kepada pihak polis; tidak termasuk yang tak dilaporkan, yang disembunyikan, yang bayinya dah hancur jadik tanah, dan yang bayinya dah ada dalam perut binatang. Ini adalah menurut sumber-sumber yang MB sendiri akui sah kebenarannya.


Secara keseluruhannya ataupun golongan peserta yang menyertai dan terlibat dengan aktiviti pembuangan bayi ini; MB berani kata dan dah memang fakta pun, majority adalah golongan remaja dan belia berbangsa Melayu yang beragama Islam. Perkara ni memang dah tak boleh disembunyikan lagi sebagaimana tepatnya ungkapan orang tua-tua; ibarat menutup bangkai gajah, kalau tutup macam mana sekalipun baunya tetap menerjah hidung. Orang cina dengan orang india setakat ni MB tak pernah dengar lagi kes-kesnya. MB pun naik hairan, kenapa orang melayu Islam ya?


Sejak MB hidup atas muka bumi Allah ni, tahun ni adalah tahun yang paling dahsyat bagi MB; dan kes pembuangan bayi ini adalah salah satu faktor terbesar. Masa MB hidup zaman tahun 90-an, MB rasa macam tak pernah dengar pun berita-berita pasal ni. Tapi sejak Malaysia masuk ke alaf baru ni, sedikit demi sedikit berita pasal ni keluar. Ni tak termasuk kes bunuh, ragut, rompak, rogol dan lain-lain lagi. Dan tahun demi tahun, segala macam kes menjadi-jadi; lebih-lebih lagi pembuangan bayi yang MB rasa tahun ini adalah kemuncaknya.


MB yakin, semua orang sedia maklum akan senario ini di negara kita sekarang ni.


Semua ni berlaku sebab mereka hamil tanpa rela. Dan mereka hamil disebabkan mereka dah berzina. Betul lah tu, mana ada anak kalau tak buat..kan. Anak yang dikandung tanpa rela itu adalah rentetan dari perbuatan zina mereka. Jadik, setakat yang MB faham; masalah utama mereka ialah mereka tak nak bayi yang akan dan telah dilahirkan ini wujud. Sebab mungkin bagi ‘ibu-ibu’ tersebut malu atau mereka nak menghapuskan bukti bahawa mereka pernah berzina. Mungkin bagi mereka itu adalah alternative yang paling baik dari sudut ekonomi dan penerimaan keluarga terhadap diri.


Setakat hari ini, MB dapat kesan bahawa terdapat beberapa penyelesaian terhadap pokok masalah ini iaitu; mereka nak menghapuskan bukti bahawa mereka pernah berzina. Ada diantaranya adalah cadangan kerajaan dan ada sebahagiannya adalah mengikut pengetahuan diri. (1) Menubuhkan Sekolah Harapan; (2) Mengkurikulumkan seks di sekolah; (3) Gugurkan kandungan; (4) Lari dari rumah atau menghilangkan diri tanpa berita; (5) Kahwin terus dengan lelaki yang bagi anak tadi tu; (6) Bunuh diri; dan yang paling popular sekali setakat ini (7) Buang bayi.


Jom kita tengok sikit-sikit pro dan kontra dari perspektif MB.


Kaedah yang pertama, iaitu menubuhkan Sekolah Harapan. Menubuhkan Sekolah Harapan ini sebenarnya adalah datang dari idea kerajaan negeri Melaka. Dan menurut sumber, sekolah ini adalah yang pertama sekali ditubuhkan di Malaysia. Kakitangan-kaitangannya pula adalah dari kalangan ustaz-ustaz Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang berpengalaman dan juga akan diberi latihan susulan bagi memantapkan lagi skill-skill yang mereka nak. Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam cakap, langkah yang diambil negeri ini adalah bertujuan untuk mencegah seks terlarang dan pembuangan bayi. Di samping itu, ada beberapa lagi tujuan mengapa mereka menubuhkan sekolah ni.


Bagi MB, penubuhan sekolah ni memang satu cadangan yang mengejutkan diri MB sendiri dan MB pun tak terlintas kerajaan negeri Melaka buat benda ni. Sebagaimana yang kita maklum, sekolah ini didirikan adalah untuk menjadi tempat perlindungan dan didikan kepada ‘mothers-to-be’. Kalau mereka dan keluarga mereka kesian kat anak haram tu, jadik mereka hantarlah ‘mothers-to-be’ tu kat sekolah ni. Untuk mendapatkan kesedaran katanya. Tapi bagi MB, cadangan ini terlalu banyak keburukannya berbanding kebaikan. Sekalipun MB tahu bahawa penubuhan sekolah ni pasti dapat sokongan dari kumpulan humanitarian UN, tapi MB tetap tak bersetuju akan penubuhannya. MB punya alasan tersendiri.


Kebaikan penubuhan sekolah ni bagi MB adalah bagus untuk memberi kesedaran. Beri ‘ibu-ibu’ ni insaf, ajak kembali ke pangkal jalan, dan ajak hidup dengan lembaran baru. MB nampak satu ni je kebaikannya. Kontranya pula; apa yang akan terjadi pada anak-anak yang tengah dikandung tu bila besar nanti? Kalau dia tanya emak diorang “emak dulu sekolah kat mana?” dan emaknya jawab “Sekolah Harapan nak..”; rakan-rakan rasa apa perasaan anak tu? Tak ke malu anak tu. Bila cakap je bahawa emak dia adalah alumni sekolah tu; terus bermain difikiran diorang bahawa mereka adalah anak zina, anak haram, anak tak sah taraf, anak luar nikah. Diorang terpaksa menanggung malu hasil dari perbuatan mak dia; membesar dalam keadaan tertekan; dan mempunyai peratusan besar akan bergaul dengan orang-orang yang ntah apa-apa lantaran masyarakat pandang slack kat dia.


Dengan tertubuhnya Sekolah Harapan ni, ini bermakna anak-anak haram dan zina itu diberi pembelaan, hak, dan peluang untuk hidup di muka bumi dan di Malaysia khususnya. Bila anak-anak ni dah besar dan dah jadi dewasa; kita tak boleh nafi akan kehendak dan keperluan mereka. Mereka juga manusia seperti kita. MB ada soalan cepumas kat sini yang nak bagi kat rakan-rakan. Rakan-rakan nak tak kahwin dengan anak haram? Rakan-rakan suka atau tidak kalau keturunan rakan-rakan bercampur darah dengan anak dari benih zina? Kalau MB sendiri, na`uudzu billahi min dzalik. Amet amet jambang bayik walang kaget, kono wite kono nggone. Lagi satu, kalau anak zina tu orang perempuan dan nak kahwin; siapa yang nak walikan dia? Malu lah.


Selain itu, jangan kita lepas pandang kepada kesannya ke atas ekonomi. MB yakin, perbelanjaan dalam mentadbir Sekolah Harapan ni tinggi. Menurut sumber, kos pengubahsuaian pun dah mencecah RM 100,000. Ni belum kos pentadbiran sepanjang ia beroperasi. Kalau dari perspektif orang bisnes, pasti dia nampak RM 100,000 adalah satu pembaziran. Sebab bagi mereka, dengan duit tu boleh buat perniagaan ataupun beli stock di mana untungnya boleh mencapai lebih dari modal dalam masa 2 hingga 4 bulan. Dan ini boleh meningkatkan KDNK negeri dan negara. Pasti orang cina geleng kepala diam-diam.


Kaedah yang kedua pula adalah mengkurikulumkan seks di sekolah-sekolah. Kaedah ini lebih menjurus kepada mencegah dengan memberi pengetahuan. Berdasarkan kajian dan pembacaan MB yang tak seberapa, MB dapati kajian dan usaha untuk mengkurikulumkan seks di sekolah telah bermula sejak zaman akhir 1970-an lagi. Ini menunjukkan bahawa isu ini sentiasa panas diperbincangkan. Antara tujuan yang dikemukan dalam usaha ini sepertimana yang dilaporkan TheStar adalah; memberikan anak-anak pengetahuan dan kemahiran untuk mengatasi perubahan fizikal dan emosi remaja serta menjaga hubungan yang sihat dengan keluarga dan anggota masyarakat yang lain. Selain dari itu, pengkurikuluman seks di sekolah juga bertujuan untuk mengelak gangguan seksual dan buang bayi.


Sepanjang pengalaman MB, MB sendiri pernah belajar pasal seks kat sekolah rendah dan menengah. Dan subjek seks ni tak lah dinamakan secara soreh “BAB SEKS”; tapi disebut sebagai ‘bab pembiakan’. Eh, betul apa. Nak membiak dan mengekalkan kemandirian spesis homo sapien mesti lah melalui seks, mana ada jalan lain lagi. Pada bab tu, MB belajar pasal organ-organ pembiakan setiap jantina; bahagian mana yang berfugsi, bagaimana organ itu menjalankan fungsinya, penjagaan organ, dan bagaimana mahu menghalang pembiakan. Tapi kat sini, apa yang tak cukup lagi sampai nak mengkurikulumkan secara serius? Mungkin cara-cara melakukan seks kot yang mereka nak tambah dalam silibus. Ataupun nak tambah pasal skill-skill yang betul, ataupun mungkin nak tambah bahagian badan mana yang mempunyai reseptor seks. Dan mungkin jugak mereka nak cerita pasal melakukan seks yang selamat. Apa-apa aje lah.


Kaedah ni bagi MB, MB 50-50. MB setuju kalau ilmu ni digunakan bila mahu melakukan hubungan bersama perempuan selepas kahwin. Sebab, kita perlu tahu bila waktu perempuan paling subur. Dengan pengetahuan ni, kita boleh merancang membesarkan ahli komuniti keluarga. Nak banyak ahli keluarga ke, nak sikit ke..itu terpulang. Tapi yang MB tak setujunya ialah, zina akan berleluasa. Bila budak-budak ni dah tahu macam mana skill yang betul, dah tahu macam mana nak buat seks secara yang paling secure; peratus untuk mengandung tanpa rela akan menjadi berkurang. Dan ini akan menambahkan lagi keyakinan muda-mudi untuk zina dengan lebih kerap. Betulkan? Kalau rakan-rakan sendiri dah jumpa jalan nak pergi rumah yang paling senang dan selamat, tak kan rakan-rakan nak lalu jalan yang bengkang-bengkok dan berlubang-lubang? Dan sudah pasti rakan-rakan akan selalu lalu jalan tu, kan?


Ingat ya, sekarang kita bincang pasal bagaimana nak menghapuskan bayi sebagai bukti zina.


Cara yang ketiga pulak adalah dengan menggugurkan kandungan. Setakat pengetahuan MB, menggugurkan bayi dalam kandungan dibahagi kepada dua iaitu; gugur dengan sengaja dan gugur dengan tidak sengaja. Kalau gugur dengan tidak sengaja ni tak apa, masalahnya gugur dengan sengaja ni. Gugur kandungan dengan sengaja terdapat tiga cara yang popular iaitu; ‘salt poisoning’, ‘vacum extraction’, dan ‘dilation & extraction’. Kebaikannya yang berlegar dalam kotak fikiran MB ialah, dapat menghapuskan terus sama sekali bukti zina iaitu anak hasil zina. Habuk pun tak tinggal. Tapi kontranya pula, mereka terpaksa membunuh bayi yang tak bersalah itu. Dan lagi satu ialah, proses pengguguran ni agak berkos; terpulang kepada doktor penggugur nak caj berapa. Tapi pada pandangan MB, ini adalah cara terbaik. Hehe.


Cara keempat pula adalah lari dari rumah, dari keluarga, dari rakan dan dari masyarakat itu sendiri. Cara ni jugak bagi MB agak efisyen. Bawak diri jauh-jauh. Orang lain di sekitar pasti tak tahu yang dia tengah bunting anak haram. Tapi bila lari dari rumah ni, MB kesiankan kat keluarga dia. Mak dia pasti tertekan, ayah dia pulak mesti risau. Adik beradik mesti rindu. Itupun kalau perempuan tu memang baik di sisi keluarga. Kalau dah memang perempuan tu perangai pun macam haram, sape pun tak peduli dia nak pergi mana; ya tak? Tapi, emak mana tak sayang anak. MB tetap kesian kat emak yang kehilangan anak sebab lari dari rumah. Tak sampai hati nak tengok muka orang tua-tua menangis. Bila pandang dari sudut beratnya kesalahan yang dibuat dan dalam usaha menghapuskan bukti zina, MB setuju cara ni. Tapi bila pandang dari sudut perasaan orang-tua-tua yang kehilangan anak yang dikandung selama Sembilan bulan, disusu, ditatang bagai minyak yang penuh; MB tak setuju pulak dengan lari dari rumah ni. Dilemma besar.


Cara kelima pula adalah dengan kahwin terus dengan lelaki yang bagi anak kat dia. Nanti kalau bayi tu dah lahir dan kalau orang tanya “anak ni Bin nya apa..?”; mereka ada jawapan dah. Kalau ikut cara ni, memang cepat setel masalah. Tak lah pecah tembelang mereka.


Cara keenam pula adalah dengan bunuh diri. Cara yang paling kejam yang MB terfikir setakat ini. Cara ni jugak memang ampuh dalam menutup bukti zina. Bayi tak ada, emaknya pun tak ada. Tapi ada ke orang yang tak sayang nyawa? Rasa-rasa tak ada sape yang nak bunuh diri. Melainkan kalau orang tu hilang pertimbangan rasionalnya, mungkin dia ambil jalan yang paling pantas ni. Terbaik.


Cara ketujuh pula adalah cara yang paling hangat disebut sekarang ni, iaitu buang bayi. Mari kita tengok pro dan kontranya; mengapa ramai yang ambil cara ni. Antara kebaikannya adalah dapat mengelak daripada dikenal siapakah gerangan ibunya. Antara lainnya adalah, si pembuang meletakkan tawakkal kepada Allah semata-mata akan keselamatan bayi haramnya itu; terpulang sama ada ia menjadi rezki binatang liar atau rezki pasangan yang tak ada anak. Mungkin si ‘mother-to-be’ tu nak tengok anaknya membesar secara jauh dan diam-diam bila anak haramnya yang dibuang itu dikutip dan dibesarkan oleh keluarga pengutip. Tak sampai hati nak bunuh, letak depan masjid. Kalau orang tu dah malu sangat, buang je kat tong sampah.


Kontranya pula adalah, kerajaan tak suka buang-buang bayi ni. MB pun tak suka tengok bayi yang tak putus tali pusat lagi ada kat dalam tong sampah. Rakan-rakan juga pasti menyumpah seranah orang yang buang tu, kan? Secara umumnya, cara ini mendapat tentangan dari pihak luar. Propaganda mereka adalah; perbuatan membuang bayi itu zalim dan tidak berperikemanusiaan. Kalau kerajaan ambil dan bela bayi buangan itu, ini akan menyebabkan kerajaan terpaksa berbelanja lebih dari biasa bagi menampung kos pengurusan dan penjagaan bayi itu di mana kerajaan terpaksa menyalurkan bantuan kewangan kepada badan-badan yang membela nasib bayi ni. Dan perbelanjaan ini sayangnya tidak tersenarai dalam bajet dan belanjawan negara.


Akhir bicara.


Post ni sebenarnya cerita pasal bagaimana nak menutup bukti zina iaitu anak haram. Bukan cerita pasal bagaimana nak menghindari zina; tapi cerita bagaimana nak counter balik hasil dan kesan dari zina. Macam mana? Yang mana satu pilihan terbaik dalam menutup bukti zina @ anak haram pada fikiran rakan-rakan?


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

18 September 2010

Raya vs Study = Raya Won!

Assalamualaikum rakan-rakan semua! Apa kabar? Sihat? Semoga rakan-rakan semua sihat-sihat dan bahagia-bahagia selalu hendaknya. Rasa macam dah lama tinggalkan blog kesayangan ni, sebulan. Tak ada idea? Sibuk? Sebenarnya, ada je idea dan tak lah sibuk sangat; mungkin tak berapa semangat nak berkongsi.


Satu perkara yang saya belajar dari salah satu lecture yang saya hadir, pensyarah tu ada sebut bahawa kita perlu untuk sentiasa menulis. Tulis apa-apa saja. Tulis diari, atau tulis bibliografi, atau tulis rencana, atau tulis artikel-artikel umum, atau apa-apa saja; asalkan menulis. Kenapa? Sebab dengan menulis otak kita akan jadi semakin produktif, otak kita akan pusing 360 degree untuk mencari alasan dengan melihat setiap sudut yang berkaitan. Dengan menulis juga, kita agresif dalam mencari bahan dan isu terkini, dan sentiasa berusaha ketengahkan tulisan kita.


Alang-alang menulis, publishkan jelah kat blog, ye tak? Heheh. Sebab tu lah dia suruh buat daily journal. Ni yang serabut sikit nih. Tak siap lagi.


Okay, topik lain.

kampong halaman di Tanjong Karang, Selangor


Jadi, macam mana raya rakan-rakan tahun ni? Seronok? Saya? Raya saya biasa-biasa je..sama macam tahun-tahun sebelum ni, tapi tahun ni tak ikut keluarga pergi beraya; duduk rumah jah. Saya tahun ni beraya di kampong ayah dahulu di Batu Pahat, Johor. Raya kedua tengah hari baru balik Tanjong Karang, Selangor; ni kampong emak. Kampong jauh-jauh baru best raya, baru ada feel. Jumpa pakcik-pakcik dan makcik-makcik saudara, sepupu-sepipit; tu biasa lah tu, semua orang pun jumpa. Masing-masing bertanya khabar dan masing-masing saling bertanya update masing-masing.


Sebenarnya, lepas raya break ni, saya ada banyak kerja dan tugasan yang nak kena selesaikan. Esaimen nak kena hantar, bersedia untuk presentation, midterm exam lagi. Tu lah pasal keluarga pergi seronok beraya saya tak ikut; tapi duduk rumah pun bukannya study sangat. Cuba teka saya buat apa? Heheh. Menonton tv. ASTRO lagi tu (di kampong hamba di Selangor); mintak maaflah sebab teruja cerita pasal ASTRO nih, sebab rumah tak ada ASTRO. Channel pilihan adalah channel 553 dengan 556. Terbaik. Ada apa ya kat channel tu? Haa..tengoklah sendiri ye yop.


Oh, sebelum terlupa lagi; saya nak ucapkan selamat hari raya kepada semua kenalan dan blogger. Kalau bahasa saya ataupun apa-apa perbuatan saya yang menyinggung perasaan dan sentimen rakan-rakan harap dimaafkan segalanya.


Ok lah kot setakat ni. Sikit-sikit pun jadik lah, asalkan dapat bagitahu rakan-rakan yang saya tak mati lagi kat dunia blogger ni. Jumpa lagi nanti kalau ada masa lapang.

Sudi-sudilah 'Like' post ni..