26 April 2010

Takziah untuk seorang rakan...

Assalamualaikum wa rahmatullah.


Semoga rakan-rakan berada dalam keadaan sihat sejahtera dan semoga rakan-rakan semua berada dalam bimbingan Allah. Alhamdulillah, hari ini saya diberi izin untuk hidup lagi. Apa lagi ayat yang saya patut lafazkan sebagi tanda terima kasih? Dan Allah masih lagi kekalkan pinjamanNya, sehingga saat ini saya masih mampu melihat sekalipun bercermin mata, saya mampu berjalan sekalipun bertongkat satu. Syukur alhamdulillah sebab Allah tak ambil balik pinjaman-pinjamanNya serentak. Kalau tidak, tak tahulah bagaimana hidup kita tanpa pinjamanNya…


Saya pada pagi Isnin ini, tidak sangka seorang dari kenalan saya mengalami kemalangan jalan raya; orang panggil dia Wafi, second year KIPSAS SUU’s student. Tadi, tengah belek-belek friend list kat facebook, tetiba ternampak profile dia yang bergambar semacam..rupa-rupanya gambar dia selepas terima rawatan. Muka dia cedera teruk, tangan kiri fract. Menurut sumber, dia dilanggar oleh sebuah kereta berpemandu seorang cina.


Buat Wafi.


Sabar..semua ini ujian..sekaligus merangkap kaffarah buat dirimu..jangan putus asa dan jangan kecewa..hidup walaupun berbaki tinggal sedikit, harus kita teruskan juga..syukurlah sebab Allah masih lagi bagi kamu hidup..hilang tangan sebelah kiri tak bermakna tangan kanan kamu “useless”..hilang kemacoan kamu, tak bermakna kamu tiada jodoh dan tak bermakna kamu tak boleh kawin..yang penting, kepada anggota tubuhmu yang masih Allah belum tarik, syukurlah, kerana Allah panjangkan tempoh pinjamanNya..jangan putus asa dari rahmat Allah..jangan berhenti berharap dari pertolongan Allah..kami di sini mendoakan kesejahteraan buatmu..sabar ya..insyaAllah, tempoh untuk pulih memang memakan masa, tapi akhirnya terasa kejap..biar waktu yang merawat lukamu..


Buat rakan-rakan yang lain.


Jangan anda sekali-kali berasa aman dengan rancangan Allah. Jangan sekali-kali anda terfikir bahawa anda boleh selamat dan terlepas dari rancangan Allah. Dan jangan sekali-kali anda mengatakan bahawa anda itu bagus sangat, lantaran ke'tawaduk'kan dan amal-amal soleh yang anda lakukan anda rasa kebal dari taqdir Allah. “adakah kamu mengira bahawa kamu dibiarkan saja-saja mengatakan; kami telah ‘beriman’; sedangkan kamu tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum kamu, maka sesungguhnya Allah mengetahui mana satu orang-orang yang benar dan Allah mengetahui mana satu orang-orang yang dusta” [al-`ankabut:2 & 3].


p/s: kepada yang duduk dan tinggal hampir dengan kediamannya, pergilah melawat dia...orang yang sedang ditimpa musibah ni emo dia tak berapa stabil...lebih elok kalau ada orang yang boleh jadi tempat dia luahkan perasaan...temankan dia...sebab, waktu nilah setan dan konco-konconya menghasut untuk mengkufurkan Allah..."aku buat baik-baik, Allah balas macam ni plak"...jadi, sebelom setan datang, baik kita yang datang...bagi sokongan pada dia...bagi kata-kata kita masuk dulu kat dalam hati dia, jangan bagi ruang untuk kata-kata setan masuk dalam hati dia, dan jangan bagi dia kesempatan untuk fikir yang bukan-bukan...


Wallahu `aalaam.
Sudi-sudilah 'Like' post ni..

21 April 2010

"Saja-saja..."

Assalamualaikum wa rahmatullah. Semoga rakan-rakan hari ini berada dalam keadaan sihat sejahtera dan semoga berada dalam bimbingan Allah.


Hari ini hari Rabu. Ada apa-apa yang istimewa ke? Secara kasarnya, tak ada lagi. Cuma yelah, Alhamdulillah, Allah bagi kita kesempatan untuk hidup lagi hari ini. Apa makna Allah bagi kita hidup lagi hari ini? Maknanya, Allah masih lagi bukakan pintu taubat untuk kita, Allah masih lagi bagi peluang untuk kita berfikir, Allah masih lagi beri peluang untuk berjuang dan macam-macam lagi lah.


Sebenarnya malam tadi, saya ada call seorang sahabat saya. Dia duduk kat area Gombak; kalau rakan-rakan tahu siapa itu; tahulah. Panjang jugalah kami sembang; habis MYR 5 malam tadi; tapi berbaloi lah. Yalah, lama dah tak jumpa sejak habis dari kolej, suara pun jarang dengar. Rindu lah tu maksudnya. Rindu kat member.


Banyak yang kami sembangkan. Kami cerita “buat apa sekarang”, “dah dapat offer sambung belajar ke belum”, “rancangan hidup lepas ni macam mana”, dan yang penting ada mengarut-mengarut sikit. Itu Sudah mesti.


“Buat apa sekarang”


Pertamanya, dia tanya soalan itu kepada saya. Saya jawab, “buat bodo”. Dua-dua gelak. Macam sengal je jawapan tu. Dia tak puas hati dengan jawapan tu. Dia tanya lagi, “weh, ko buat apa?”. Saya jawab, “buat perut”. Kahkahkah. Masing-masing gelak. Saya tanya dia balik, “ko lak buat apa?”, “oh,aku? Aku keje kat CIMB, kat jalan TAR”. Bagusnya dia. Dah rezki.


“Sihat?”


Alhamdulillah, masing-masing sihat. Dia tanya pasal kaki saya yang fractured itu macam mana, saya jawab; “ok alhamdulillah. Macam ‘biasa’. Kalau jalan jauh, sakit balik lah”.


“Offer sambung belajar”


Saya cerita apa yang saya dah dapat dan dia pon setakat yang diberitahu, dia akan aplly ke beberapa tempat lain; sebagai sparepart. Kami bercerita tentang minat dan program yang nak diambil selepas ini. Ya, kedua-duanya (saya dan dia) berhasrat nak teruskan ke another field. Dia nak ambil TESL. Saya? Ntah, tengah serabut mike nye ni yop. Kemudian kami cerita tentang yuran pengajian untuk program bachelor di sebuah IPTS international kat KL. Fee dia memang wa cakap lu mahal gila. Kalau grade dari situ, keluar keluar ternak cacing memang tak berbaloi lah. Hahahahaha.


“Datang ke kolej”


Berkebetulan hari sabtu minggu ini dia ada MUET, jadi dia maklumkan kepada saya yang dia akan pergi ke kolej untuk mendudukinya di sana. Dia bertolak Khamis ini dengan seorang lagi sahabat saya, orang Shah Alam. Dia cakap dia tak study apa-apa lagi. Dia tanya saya, “weh, ko tak datang kolej ke? Aku ada MUET ni..datang la..lepak sekali..”. Saya jawab, “hoho, tak boleh datang la bro, bajet takde”. Dia tanya saya, dalam banyak-banyak paper MUET tu, mana yang paling tough? Saya cerita lah kat dia sebab saya dah ambil MUET; saya cakap “nak cakap susah tu semua susah dan tak berapa susah, tapi bagi aku paper listening dengan speaking la boleh tahan”.


Dah lah kot saya cerita. Sebenarnya banyak lagi, saja nak share. Saya bukan apa, teringat kat member-member seangkatan; terasa rindu pulak pada mereka.


Semalam.


Semalam saya pergi Bandar Pontian; ada book fair kat dewan jubli intan. Takde apa sangat dalam tu, buku budak-budak sekolah je banyak. Heheh. Apa yang terhiburnya ialah; satu dewan bau ntah apa-apa, bau budak sekolah. Bas berderet kat luar dewan. Sekolah ntah dari ceruk daerah Pontian mana pun datang jugak. Kalau budak sekolah menengah tu ok lah jugak tengok perangainya dalam menangani perasaan rakus pada buku dan adab dengan buku. Sekali budak sekolah rendah satu bas masok, riuh satu dewan. Macam tongkang pecah. Buku semua dibeleknya. Bukan baca, tengok gambar. Dah bengkok-bengkok buku tu jadinya. Nak beli pun tak lalu.


Saya tak beli apa-apa pun, takde yang tertarik. Sebenarnya kalau ada duit, memang sebat je semua tu. Heheh. Jadi buat apa saya datang situ? Sebenarnya tujuan saya, nak cari gerai-gerai pameran pendidikan. Nak tanya, ada tak kursus-kursus jangka pendek sementara saya sambung belajar, InsyaAllah. Tanya-tanya, tak ada. Yang ada fulltime course untuk setahun. “emm, ok takpe lah, terima kasih”. Pusing 2 3 round, saya balik. Nanti saya tunjukkan gambarnya. Gambar ada kat dalam henset, belum bawak keluar lagi.


Sekarang.


Buat masa ini, saya tengah siapkan satu kertas kerja sepanjang saya hidup (huh). Taklah. Saja-saja jot down matlamat dan pencapaian yang akan saya usahakan. Saya sediakan dalam bentuk time table. Dispesifikasikan by years dan umur, dan di bahagi mengikut lapangan hidup; contohnya, aspek pendidikan, aspek asset, aspek social dan aspek keluarga. Bukan apa, semoga apa yang saya buat ni jadi kayu ukur untuk menilai prestasi dan pencapaian hidup saya. Perancangan itu penting, susun dari sekarang. Sepatutnya lepas SPM dulu tu ha dah kena buat. Tapi takpe, masih belum terlewat untuk buat kebaikan.


Wallahu `Aalaam.
Sudi-sudilah 'Like' post ni..

18 April 2010

'Not Business Oriented Person'


Assalamualaikum wa rahmatullah. Semoga rakan-rakan berada dalam keadaan sihat selalu dan semoga rakan-rakan berada dalam naungan bimbingan Allah.



Dari sebulan lepas, saya ada berbalas mesej melalui mail dengan seorang wanita lah kot agaknya. Mulanya macam ini; sauatu hari, saya dapat email SPAM dari orang ini. Orang ini memperkenalkan dirinya sebagai seorang Manager apa ntah di sebuah syarikat dari Dubai. Syarikat pembinaan. Dalam mail yang dia bagi itu, dia mahu saya untuk bekerjasama dengannya dengan membeli satu barang di Malaysia dan kemudian syarikatnya akan membeli dari saya. Faham tak? Macam ini; kiranya saya ini jadi orang tengah lah diantara syarikat dia dengan supplier kat Malysia nih. Dalam pada masa yang sama, dia mahu saya terus menjadi dealer utama di rantau Asia Tenggara ini. Fuhyo. Apa barang yang dia nak itu? tak boleh bagi tahu, rahsia, tapi yang penting barang itu barang baik punya.



Dia bagitahu kat saya yang barang itu demand tinggi kat Dubai dan rare (jarang nak jumpa). Harga yang syarikat dia nak beli kat saya ialah USD$ 4200 per carton; atau dalam Malaysia punya rate MYR$ 14300 per carton; dan harga barang itu per carton di Malaysia ialah MYR$ 7000. Cuba bayangkan berapa untung untuk satu carton yang boleh dapat kalau syarikat itu beli. Syarikat itu nak beli dalam lingkungan 100 carton. Fuh. Kalau untung satu carton ialah MYR$ 7300; kalau darabkan dengan seratus, tak jadi jutawan ke? Oleh kerana dia mendakwa yang dia telah kenalkan saya dengan bisnes ini, jadi dia pun nak share profit juga, saya 60% dia 40%. Ok lah jugak tu, sape yang tak nak kan. Dan dia cakap lagi, dia tak nak syarikat dia tahu yang dia dapat profit itu.



Saya tunjukkan mail ni pada ayah saya. Dan ayah saya bawak saya jumpa dengan kawan dia, India, namanya Siva. Uncle Siva ni memang pandai bab international trading ni, ayah saya bagitau. Jadi uncle Siva ni pon explain kat saya dan ayah perihal trading-trading ini. Dia cakap, benda ni sama ada dua perkara saja, “it is cheating or it is your luck”.



Ini bisnes memang baik punya, tapi boleh percaya ke minah ni? Dahlah nak buat deal by internet je; sepatutnya kena face to face. Saya rasa sangsi. Sebab apa? Sebab (1) macam mana dia dapat email saya, (2) kenapa nak gunakan saya? Kenapa tak terus deal dengan supplier? (3) kenapa dia pilih saya sebab ayah saya lebih berpengalaman? Kenapa tak pilih orang lain yang lebih experienced? (4) kenapa dia yang nak buat deal? Sepatutnya syarikat dia yang buat. Nak cakap dia tu wakil syarikat, boleh jugak; tapi kenapa profit yang dia nak dirahsiakan syarikat? Confused.



Dia cakap apa tau. Dia cakap “saya dapat email awak melalui pencarian saya untuk memilih orang yang boleh dipercayai dalam menjalankan trading ini.” Soalan nombor 2 dia tak jawab. Dalam bisnes kenapa nak guna orang tengah banyak sangat, buat kurangkan untung je. Dia cakap, dia suruh saya beli barang itu dari supplier yang ini, maksudnya dia dah tahu supplier ini ada jual barang yang dia nak dan dia juga dah jumpa dengan supplier tu. Dia cakap hanya barang dari supplier itu saja yang boleh syarikat dia terima sebab sudah dibuat lab test dan diperakui oleh US Army. Kalau dia dah kenal dengan supplier itu, kenapa tak deal je terus dengan supplier itu, kenapa susah-susah nak cari saya untuk belikan untuk syarikat dia? Pelik.



Lepas saya bagi hujah saya sebagaimana yang diatas melalui mail, dia marah-marah saya; sebab saya ‘not business oriented person’, katanya. Amboi, bukan main sedap label aku macam itu. (kan dah keluar ‘aku’nya tu). Sekalipun aku ni bukan kepala bisnes 100%, tapi aku tahu jugak jeopardize tu apa. Aku tahu jugak taktik orang menipu internet ni macam mana. Aku tahu jugak sikit-sikit kelentong orang bisnes ni macam mana. Silap sikit je dokumen, burn la duit kita. Jadi saya ambil keputusan, saya taknak teruskan.



Kesimpulan.



Ada tiga kesimpulan yang saya dapat. Pertama; kalau nak buat bisnes, jangan deal kat internet, buat face to face, tengok memorandum dan prospektus syarikat dia wujud atau tidak, dan tengok semua yang berkaitan tentang bisnes nih. Mana tahu kot kot dia tipu atau cuba nak seludup dadah. Mana tahu, kan? Yang kedua yang saya dapat; barang itu memang rare dan demand tinggi kat pasaran luar. Jadi apa maksudnya? Maksudnya ialah, wujud peluang. Kita dah tahu benda ni memang permintaan tinggi kat negara-negara membangun macam Dubai. Jadi rebutlah peluang ini. Ya, saya tunggu saja masa nak ambil peluang ini. Tapi nanti dulu kot, modal tak ada. Yang ketiga, nak duit mesti dengan kerja keras. Memang la tak dinafikan kalau itu dah rezki, tapi kalau ikut sunnatullah; no pain no gain. The end.



Mari bangunkan ekonomi umat!

Tapi bagaimana?

Mulakan dengan kajian,
Rancangkan pelan tindakan,
Bumikan apa yang dirancang,
Tawakal pada Yang Maha Perancang.

Memang tak mudah,
Tapi sekurang-kurangnya,
MULAKAN DARI ANAK TANGGA PERTAMA!


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

16 April 2010

'ada apa dalam botol ubat'...



Post kali ini, saya terdetik untuk berkongsi kepada rakan-rakan tentang perihal sebahagian dari hidup kita. Saya tak berniat kali ini untuk membawa lagi gejala-gejala yang lari jauh dan tersimpang dari nilai-nilai Islam, mungkin akan datang Insha’Allah; tapi kali ini saya lebih fokus kepada ‘ubat’ untuk mencegah diri kita dari ‘penyakit-penyakit’ yang semakin ber‘mutasi’ dari semasa ke semasa. Apa yang saya kongsikan adalah semata-mata dari pandangan dan pengalaman hidup saya; apa yang saya alami, apa yang saya rasa dan yang penting apa yang saya telah belajar dari kehidupan setakat ini.



Saya rasa sedih, yalah, ramai dari kalangan ahli akademik, dari kalangan ahli agama, dan lain-lain lagi; berseru kepada kesatuan, berseru kepada perubahan yang baik, berseru kepada Islam. Saya bukan mahu memburuk-burukkan mereka dan langsung tiada niat untuk melebihi mereka. Tapi, ada satu perkara yang kadang-kadang saya malas nak dengar ceramah-ceramah mereka. Kenapa? Bagi saya, mereka ibarat seorang ‘doktor’ yang cukup pakar; tapi mereka hanya memberi ‘botol kosong’ kepada para ‘pesakit’nya yang ramai dan semakin hari semakin ‘tenat’. Mereka tidak beri ‘ubat’. Mereka beri ‘botol kosong’. Jadi, bagaimana mungkin ‘pesakit-pesakit’ mahu sembuh, sekurang-kurangnya reda sedikit ‘penyakit’ yang dialami?



Faham tak maksud saya?



Begini rakan-rakan; mereka dengan rasa kebertanggungjaban menyeru masyarakat ke arah hidup yang lebih bermakna, mengajak kepada pengamalan Islam seratus peratus, menggesa kepada kemajuan yang seimbang; tapi mereka tidak beri input, mereka tak sampaikan kefahaman yang sebenar, mereka tak bangunkan nilai-nilai murni dalam diri masyarakat, mereka tak bimbing kepada penghayatan islam dan hidup yang sebenar. Mereka hanya tahu berseru dan mengajak. Mereka hanya tahu menggesa dan menyokong. Hanya sekadar itu, tiada isi. Itulah apa yang saya maksudkan. Mereka ajak kita bangkit dari kealpaan dan kelalaian; tapi mereka tidak beri kita panduan untuk bangkit. Mereka ajak kita lawan kemunduran dan kebejatan akhlak; tapi mereka tak bimbing dan isi jiwa kita bagaimana untuk maju dan berkredibiliti. Ibarat doktor yang menjual botol kosong; kosong dari penawar; virus semakin mengganas; akan ramai pesakit yang akan terkorban.



Sebenarnya, saya terkesan betul dengan tulisan seorang penulis tersohor di Malaysia; Pahrol Mohamad Juoi. Dalam buku dia yang berjudul “DILEMA MELAYU-ISLAM; KURANG FIKIR ATAU KURANG ZIKIR”; dia ada menegaskan bahawa melakukan perubahan dalam masyarakat bukan melalui cara ‘outside-in’ (dari luar masuk ke dalam diri), tapi perlu kepada proses ‘inside-out’ (dari dalam diri, keluar). Apa maksudnya di sini? Maksudnya, kita perlu bentuk diri bermula dari dalam hati, bermula dari jiwa kita. Kalau kita hanya berkata “berubahlah umatku..bangkitlah bangsaku..sedarlah rakanku”, sampai bila-bila ayat ini akan melantun ‘cantik’ pada telinga; tak meresap ke dalam hati.




Jadi persoalan pokok di sini; apakah isi yang dalam ‘botol ubat’ itu?





Sudi-sudilah 'Like' post ni..

14 April 2010

Tiada Konklusi


Assalamualaikum wa rahmatullah. Semoga rakan-rakan berada dalam keadaan sihat sejahtera dan semoga berada dalam bimbingan Allah.


Tak hairan pun.


Sejak belakangan ini, bagi jiwa yang masih hidup mata yang masih celik telinga yang masih mendengar dan hati yang masih sedar; kita dapati kes buang bayi menjadi-jadi di Malaysia. Sejak dari saya bersekolah rendah, kes serupa ini tak pernah lekang dari dada akhbar, ada saja berita bayi dibuang diketengahkan. Dan Alhamdulillah, bayi itu sudah tentu bukan saya dan bukan juga anda yang sedang menatap page saya ini. Wal`iiyadzubillah.


Apa yang lebih menarik, sejurus saja kes yang tidak berperikemanusiaan itu didedahkan; ramai pihak yang menyelar tindakan membuang bayi itu sehabis-habis selar. Macam-macam label dan title di‘hadiahkan’ khas buat si pembuang bayi dan ‘baby maker’.


“bapak ayam dengan bapak kucing pun tak macam tu hoi. Diorang ‘buat’, ‘buat’ jugak. Tapi hasil diorang jaga.”


“sejahat Israel tu pun tak buang anak, ni ngkorang buang anak. Apa punya tahap kejahatan ngkorang ni hah??”


“ini semua adalah perilaku manusia yang tak bertamadun, tiada otak. Otak kat kepala lutut. Takde rasa perikemanusiaan ke ngkorang ni??”


Begitulah cemuhan demi cemuhan yang dikeluarkan segelintir rakyat. Tapi saban hari, kes buang bayi sentiasa ada bahkan bertambah dari musim bancian ke musim bancian. Tak perlu lah saya kira menunjukkan data secara saintifik dengan membawa statistik-statistik dari pihak-pihak tertentu, cukup sekadar saya menimbulkan isu; andai ditunjukkan sekalipun, tiada apa yang akan berubah. Kalau kita perhatikan dari awal isu buang bayi ini didedahkan, ramai yang beria-ia mengutuk dan memaki hamun tanda mereka mengambil berat dan tidak boleh menerima keadaan seperti itu; kononnya lah. Tetapi, suara itu tetap tak kekal lama. Bagi saya, suara yang keluar itu hanyalah salah satu dari luahan sentimen perasaannya yang bermusim, tak lama lagi lupalah dia apa yang dimakinya tadi.


Kesian bayi itu.



Saya? Perasaan saya terhadap isu ini? Baiklah, saya akan luahkan dengan setulus dan semulus dengan sekesucianus hati manusia saya. Pandangan saya, memang tak patut seorang bayi yang tak bersalah apa-apa itu dibuang. Tapi saya ingatkan pada diri saya, kalau bayi itu dah besar; ia secara pasti dan memang pasti akan merosakkan institusi masyarakat khususnya masyarakat Islam. Dan lebih tersangat pasti, dia akan merencatkan usaha membina Negara kononnya satu Malaysia; sebab apa? Kehadiran mereka juga akan diterima tetapi sebagai komuniti yang hidup dalam kasta anak haram vs anak halal. Ya, akan wujud kasta. Mereka akan dipandang sampai bila-bila duduk berada dalam kasta anak haram, paling bawah, lebih rendah dari amah yang lari balik indon. Sudah tentu kerajaan akan anjurkan kempen untuk menerima mereka dari aspek sosial, dan saya yakin; rakyat akan ‘sokong’ usaha baik kerajaan. Tapi rakyat itu manusialah. Mulut saja cakap “ya, kami terima kamu dalam masyarakat”; tapi dalam hati, “dasar anak haram, ada hati nak kawan dengan anak aku? Ada hati nak kawin dengan anak aku?”. Kalau saya masih hidup dalam zaman itu, sayalah orang yang cakap macam tadi. Saya nak tanya, ada sesiapa tak yang nak keturunannya berumahtangga dengan anak haram? Tak perlu jawab, saya tahu.


Lagi satu; kehadiran mereka dalam dunia juga akan merencatkan pembangunan ekonomi Negara. Kenapa tidaknya? Kalau nak bela, memang dah ada dah badan-badan kebajikan yang bela. Tapi, anak-anak itu makan pakai duit siapa? Seluar baju diorang beli pakai apa? Duit mak bapak diorang? Bertuah la baby tu. Mereka makan guna duit cukai-cukai kita tu lah. Sedap-sedap je masuk mulut diorang; habis anak kita kat rumah ni nak bagi makan apa? Pasir? Kan saya dah cakap; duit yang sepatutnya diperuntukkan untuk membela contohnya kanak-kanak sindrom down, atau sebagai insentif ekonomi, atau membantu IKS habis pada menyelesaikan hasil kebejatan sosial. Ini belum masuk duit yang dah membazir pada penghuni serenti yang makin bertambah. Boleh tak saya tegaskan kat sini bahawa KDNK Negara merosot sebab sebahagian besar duit negara habis pada mereka si perosak Malaysia itu?


Yalah kan, habis itu tak kan nak bagi mati saja “anak terlanjur cinta” itu. Kesian juga. Bayi itu manusia juga macam saya dan anda yang sedang menatap page ini. Tidak ada manusia yang sanggup lihat bayi itu dalam jamban, dalam tong sampah. Kepada yang suka dan gembira lihat bayi itu kat situ; sah, mereka adalah Zoragon dari planet Namek, tak normal.


Dilemma.



Apa tindakan yang perlu dibuat? Adakah kita mahu salahkan pihak berwajib kerana tidak dapat membendung pertambahan ‘anak dilema’ ini? Ataukah kita terus saja menukar kerajaan kerana sudah tidak mampu menyelesaikan masalah sosial ini? Ataukah kita mahu ‘potong’ dan ‘jahit rapat-rapat’? ataukah kita mahu terus mempersalahkan ‘couple bertuah’ itu?. Bagi saya, jangan salahkan sesiapa; tapi salahkan diri kita dulu yang pertamanya. Kenapa?


Pertamanya, mereka yang mereka ‘anak dilema’ itu adalah rakan kita sendiri. Kita bertanggungjawab terhadap mereka. ‘Apahal pulak rakan kita ini tanggungjawab kita?’ Ya lah, kalau kita tak nak buat perkara yang tidak senonoh; maka kita juga kena larang mereka macam kita larang diri kita. Cuba renung sebuah mafhum hadis Rasulullah di bawah;


"Tidak beriman seseorang kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu sebagaimana kamu mencintai diri kamu."



Dalam bahasa lainnya apa? Kalau kita sayang diri kita dari disentuh api neraka, maka kita sebagai rakan mereka; sayangilah mereka dari disentuh api neraka macam kita. Saya tak tahu nak hurai macam mana lagi, sebab saya bukan ahli dalam bidang syarah-syarah hadis ini. Saya berhenti setakat ini untuk ‘point’ hujah saya. Yang selebihnya; anda fikirkan.


‘What do I have to do?’



Mari kita kembali kepada pokok diskusi kita; isu buang bayi. Nak bela atau nak buang. Bagi saya, tak perlu buat kedua-duanya. Biarkan. Yang dah jadi mayat, kita doakan semoga bayi itu menjadi sedikit syafaat untuk ‘ibu dan ayah’nya yang bertuah; bagi bayi yang masih hidup, yang nak bela, ambillah. Mereka juga akan jadi sebahagian dari masyarakat sekalipun tak berapa diterima oleh komuniti.


Yang dah lepas, lepas. Sekarang yang masih belum ‘melepas’ ini yang perlu kita ambil perhatian; termasuk saya dan anda. Di sini, saya seru kepada diri saya sendiri dan kepada rakan-rakan; untuk kembali kepada diri, jiwa dan hati masing-masing; teguhkanlah jatidiri kita, kejapkanlah dengan nilai hidup yang Allah perintahkan. Bagi saya, semua masalah yang berlaku di dunia, berpunca dari masalah hati. Hati kalau rosak, rosaklah badan; hati kalau baik, baiklah badan. Kan ada Rasulullah sabda macam itu?


Seterusnya, pilihlah kawan yang elok-elok. Bukan maksud saya cari kawan yang pakai kopiah, serban, songkok sokmo; tak. Maksud saya, carilah kawan yang boleh bawa kita kepada kebaikan. Tak semestinya yang berjubah dan bersongkok itu selalu baik; dunia sekarang dah macam-macam, jangan pelik sangat kalau yang selalu pakai kopiah itu playboy. Yang penting, pilih kawan yang tak mengheret kita kepada dosa dan maksiat serta murka Allah.


Konklusi.



Tak ada konklusi, saya dah habis ayat dah. Buatlah konklusi sendiri. Waallahu`aalam.



p/s: berikut adalah seperenggan ayat yang agak berat untuk dicernai yang saya ingin kongsikan yang saya dapat dari mana entah, saya lupa. Kepada yang faham, semoga Allah mempertajamkan pemikirannya.



“gejala-gejala sosial yang berlaku di atas dunia ini sebenarnya bukanlah kehancuran yang hakiki. Tetapi ia hanyalah sekadar simptom-simptom awal atau petanda-petanda awal kepada kehancuran yang maha dahsyat. Bilakah kehancuran yang maha dahsyat itu akan berlaku? Ia berlaku saat kita atau mereka dihumban kedalam neraka Allah dan dibakar selama-lamanya; itulah kehancuran sebenar umat manusia.”



Semoga Allah bagi kita kekuatan untuk menempuh baki hayat kita.
Sudi-sudilah 'Like' post ni..

11 April 2010

"Awak ni memang nak kena..."


Dalam kenyamanan udara pukul 10 suku malam, duduk sepasang suami isteri bahu membahu di atas sofa di ruang tamu yang tak seberapa mewah; sambil menonton cerita supernatural season 3. Rengekan cengkerik, desiran kipas, bunyi kenderaan sesekali melintas; tidak dihiraukan. Nampaknya sepasang suami dan isteri ini memang betul-betul fokus pada cerita itu, khusyuk bukan kepalang. Tiba-tiba,


“GAAAAAAAAHHH!!!”. Si suami tiba-tiba menyergah isterinya, kebetulan dengan babak suspen di tv itu.


“OP COPOT COPOT MAK KAU HANTU!!!”. Sang isteri melatah.


“KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH…awak melatah..KIH KIH KIH KIH”. Tersembur hilai tawa dari sang suami, sampai senak perut dan menangis dibuatnya; terguling-guling kat atas sofa.


“iiiiiisssshhhhh…abang ni..tak habis-habis nak usik saya lah. Terkejut saya tau”. Si isteri bengang. Nampak dari wajahnya perasaan takut dan cuak. Pucat sebab terkejut, merah sebab marah.


“apa awak cakap tadi? Op copot copot mak kau hantu?? Kah kah kah kah”. Usik suaminya lagi sambil menjadi-jadi gelaknya mengalahkan vampire kat cerita supernatural tu.


“nah, amek ni..amek ni….eeeeeee..geramnya saya kat awak…….”. si isteri mencubit-cubit suaminya diiringi dengan wajah rakus dan geram.


“aduh yang, dah dah…sakit…sakit…kih kih kih…aduh..dah yang…”.


“lain kali jangan buat kat saya camtu lagi, faham?”. Sambil memulas bahu suaminya membuat cubitan terakhir. Si isteri tersenyum puas sebab dapat balas dendam, biar rasakan penangan cubit mautnya yang terakhir itu.


“ok ok..abang tak buat lagi dah…garang betul la awak ni..usik sikit pun tak boleh..macam singa betina je”. Ujar suaminya sambil menghentikan gelak. Diusap-usap bahu yang kena cubit itu. sakit. Wajahnya tersenyum.


“Yang, best tak kena sergah tadi?”. Tanya suaminya tersengih-sengih.


“awak ni nakal betul..nasib baik saya tak ada sakit jantung…kalau tak, jadi duda muda la awak gamaknya..heheh”. jawab isterinya sambil membetulkan posisi duduknya untuk kembali fokus pada supernarutal. Si isteri pandang sekilas kepada suaminya yang dari tadi asyik tersenyum sumbing melihatnya.


“abang ni kenapa? Dari tadi usha saya, senyum senyum pulak tu..tahu la saya ni cantik..kalau abang hensem takpe la jugak..”. si isteri bersuara.


“kurang asam punya isteri..sampai hati awak kata saya tak hensem. Kalau saya tak hensem, kenapa awak terpencot dengan saya? Nakal, nak kena awak ni..”. sambil tersenyum sinis, dia mencucuk-cucuk pinggang dan perut isterinya.


“dah bang..dah bang…geli lah..hahahahahaha..dah dah..geli…”. sambil ketawa manja, masing-masing kembali memfokuskan penghayatan pada skrin tv. Suasana tenang semula.


Si suami bersuara semula, “sayang, abang nak mintak pandangan sayang ni..boleh tak?”.


“apa dia? Jangan yang bukan-bukan sudah..kang ada yang makan cepuk karang..”.


“takde lah yang…cuba awak tengok zaman sekarang, ramai pasangan yang membina rumahtangga. Tapi last last, bercerai..apa komen sayang”.


‘bagus jugak suami aku ni, berpandangan jauh dan suka mengajak berfikir’, getus hati isteri. “komen saya? Awak bagi pandangan dulu, baru saya bagi..”. balas si isteri sambil terus fokus kepada supernatural.


“eh awak ni, saya mintak pandangan awak dulu, awak pulak suruh saya bagi mula-mula. Ah takde takde, ladies first”. Jawab suaminya, juga sambil menonton cerita hantu itu.


“ok”, si isteri membuka bicara, “bagi sayang; punca keretakan sesebuah keluarga bermula dari dalam diri itu sendiri. Faktor dalaman pasangan tersebut. Setiap diri dari kita mesti faham tanggungjawab dan peranan masing-masing. Faham apa peranan isteri, faham apa peranan suami. Kalau saling faham memahami, segala masalah yang timbul, insyaAllah boleh selesai punya lah. Maksud sayang, mula-mula kena faham apa peranan diri kita dalam rumahtangga tersebut. Fahamkan tanggungjawab diri itu dulu. Lepas tu, baru kita fahamkan diri kita dengan tanggungjawab pasangan kita itu. baru wujud budaya faham memaham nih. Dari situ, sikap tolak ansur insyaAllah dapat dipupuk. Ye lah..kadang-kadang tu, kan ada masa tanggungjawab kita lebih banyak dari biasa; jadi apa salahnya kalau pasangan dia tu tolong selesaikan sikit..kan? baru nampak harmoni. Yang mana nampak berat, tolong; yang ringan-ringan, biarkan, hehe”.


‘sejak bila bini aku ni pandai berhujah ni? Power gak’. “ada ke macam tu. Kejam betol awak ni”. Tingkah suaminya sambil menjeling.


“pandangan abang pulak camne? Saya dah bagi, sekarang turn abang, saya nak dengar pendapat dari seorang yang konon-kononnya professor tuh..hihi”.


“oih isteri aku ni, sedap je kutuk abang…”.


“ok ok..sayang dah tak kutuk dah lepas ni..hah, cakaplah, nak dengar jugak”. Minta isterinya dengan nada selamba.


“bagi abang lah kan” Si suami membuka bicara, “abang setuju dengan pendapat sayang tuh. Lagi satu abang nak tambah. Membina rumahtangga yang bahagia sebagaimana yang dituntut Allah dan Rasulullah, adalah bermula dari usia muda kita dulu, dipendekkan cerita masa zaman kita remaja dulu. Haa..kenapa? sebab, masa remaja kita adalah period pembentukan peribadi dan kredibiliti. Nak bina rumahtangga, kena bina diri dulu. Penuhkan ilmu di dada, kutip pengalaman, lepas itu kita hiaskan diri kita dengan sifat-sifat yang Allah gariskan, macam bertaqwa, beriman, sabar, syukur, bertanggungjawab, tepat masa dan banyak lagi. Abang ada terbaca tau dalam al-Quran, tapi abang tak ingat la apa surah dan ayat dia. Maksud dia lebih kurang macam ni lah. Lelaki yang baik pasangannya untuk perempuan yang baik, lelaki yang jahat pasangannya untuk perempuan yang jahat, lelaki munafik untuk perempuan munafik, lelaki fasik adalah untuk perempuan fasik. Tapi abang ni kan hensem, sebab tu dapat perempuan cantik macam awak. Kan? Kih kih”.


“ah, ada-ada aja lah abang nih. Yang abang cakap tadi tu semuanya betul. Lagi satu, saya perempuan yang cantik itu fakta. Suaminya yang mengaku hensem itu auta. Hahahahaha!!”. Sakat si isterinya. Terhambur ketawa dari sang isteri.


“dah lah. Malas cakap dengan awak. Saya je yang asyik kena. Dah, tengok cerita supernatural tu..kang habis pulak”. Celah suaminya ala ala merajuk.


“alah abang nih, tu pun nak merajuk. Mengalahkan saya merajuk sebelum kahwin dulu. Yang penting Sam dengan Dean tu lagi hensem dari abang. Hihihihihihihi.” Makin seronok si isteri tu menyakat.


“awak ni memang nak kena…..!!”. kata si suami dengan nada gurau-ugut. Masing-masing senyum terhibur malam itu, tapi berpengajaran.



*********************************************************************


Penutup.


Isu rumahtangga menjadi-jadi akhir ini. Sekalipun saya belum berumahtangga, tapi isu ini sangat penting untuk didiskusikan sebagai persediaan kepada sesiapa yang mahu melengkapkan sebahagian Islamnya. Adakah mereka fikir membina keluarga ni macam main pondok-pondok? Jangan sangka mudah mahu berumahtangga. Ia menuntut persediaan dari segenap aspek, bukan setakat duit; tapi jiwa dan peribadi itu penting.



Jadi, seruan saya kepada rakan-rakan dan diri saya terutamanya; binalah peribadi terpuji, tingkatkan kualiti diri; dalam erti kata lain, jadilah orang beriman dan bertaqwa; sebab segala kebaikan ada dalam dua title itu. Wallahu `aalam.


Selamat membina diri
dan
selamat membina rumahtangga bahagia.
.. :)



baju pengantin ni di snap masa jalan-jalan kat Plaza Angsana 4 April lepas. Cantik. Tak boleh bayang kalau saya yang pakai baju itu. Tapi persoalannya, siapa yang akan pakai baju yang kat sebelahnya tu..hehe..misi pencarian bermula..kihkih
Sudi-sudilah 'Like' post ni..

10 April 2010

Analisis mentah


Assalamualaikum wa rahmatullah. Alhamdulillah, wa bihi nasta`iin wa nastaghfiruhu. Ash-sholatu wa salam `ala Rasulillah wa alihi wa ashabihi ajma`in. Wa ba`ad. Semoga rakan-rakan semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera; dan semoga rakan-rakan sentiasa berada dalam bimbingan Allah.


Post kali ini, saya rasa terpanggil untuk berkongsi hasil pengamatan saya yang tak seberapa ke atas masyarakat Malaysia khususnya yang datang dari rumpun Melayu dan beragama Islam.


Mentaliti.


Analisis saya yang pertama di bawah frasa “mentaliti”. Bagi saya, tahap mentaliti dapat diukur melalui tingkah laku dan kecenderungan seseorang. Baik, saya kutip sepintas lalu apa yang saya perhatikan satakat saya hidup dengan “berotak” selama lebih kurang 5 tahun lepas. Apa yang saya dapat; kaum saya suka berhibur, kaum saya suka buang sampah merata-rata, kaum saya tidak bercita-cita tinggi, kaum saya kaum yang berusaha tapi cepat mengalah dan putus asa, kaum saya suka ‘style’ “alah, tak apa lah”, kaum saya semakin terhakis adab dan sopan, kaum saya semakin tak betul pertimbangannya, kaum saya amat menjaga haknya, kaum saya ambil kisah betul tentang bintang hiburan, kaum saya masih ada lagi kesedaran untuk bangun, kaum saya tak cukup kuat motivasinya, kaum saya cukup sensitif perasaannya, kaum saya selalu bergaduh, kaum saya suka buang masa, kaum saya selalu kena pijak kepala.


Saya bukan mengata kepada pihak tertentu, saya tujukan kepada diri saya sendiri. Saya berani simpulkan bahawa, mentaliti kaum Melayu perlu kepada bimbingan dan pembinaan. Dan sekarang saya lihat, kesedaran untuk bangkit mula kelihatan, syukur Alhamdulillah.


Ada satu perkara yang buat fikiran saya celaru; mentaliti membentuk suasana? Atau suasana membentuk mentaliti?


Autoriti.


Seterusnya, saya masuk ke analisis saya yang kedua di bawah perkataan “autoriti”. Autoriti kaum saya iaitu kaum Melayu, dari sudut politik dan perundangan; saya tak tahu nak cakap macam mana. Macam-macam hal pelik dan macam-macam kes aneh saya perhatikan saban hari. Kes liwat, kes “katak”, kes “Correct2”, kes Kartika, kes “16 september”, kes IFC, kes “kapal selam”, kes “Mongolia”, kes “enjin hilang”, kes “Batu Buruk”, kes “bersih”, kes “Sogo”, kes “SPRM”, kes “ihsan”, kes “royalti”, kes “tauliah”, dan terbaru kes APCO dan lagi-lagi kes yang saya tidak tersebutkan. Saya bukan apa, saya sebagai rakyat; saya risau. Apa yang saya boleh buat setakat ini ialah; perhati dan nilai kemudian “pilih”. Secara keseluruhannya, kaum Melayu masih lagi memegang autoriti utama dalam Malaysia. Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang memperjuangkannya.


Dari sudut ekonomi dan pembangunan; saya perhatikan kurang persaingan dengan kaum-kaum lain. Saya petik beberapa fakta sekunder yang saya rasa boleh dibuat sandaran, sekurang-kurangnya dapat membina kesedaran buat diri kita.



“Berdasarkan statistik tahun 2004 yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi menunjukkan pendapatan orang Melayu 37.5 peratus lebih rendah daripada orang Cina. Manakala pendapatan orang Melayu adalah 22.4 peratus lebih rendah berbanding orang India.”



“Berdasarkan data purata pendapatan bulanan mengikut kumpulan etnik utama pada tahun 2004 oleh Unit Perancang Ekonomi, purata pendapatan bulanan orang Melayu ialah RM2,711, orang Cina RM4,437 dan orang India RM3,456.”



“Amanah Saham Wawasan (ASW) 2020 yang bernilai 490 juta unit habis dilanggan oleh bukan bumiputera dalam masa 6 jam 10 minit sahaja. Pada 18 Julai 2007 lalu, sejumlah 500 juta unit Amanah Saham Malaysia (ASM) telah dilanggan oleh bukan bumiputera dalam masa hanya 39 minit sahaja.”



“Pada tahun 2004 menunjukkan kemiskinan orang Melayu adalah 8.3 peratus jauh lebih tinggi daripada orang Cina (0.6 peratus) dan orang India (2.9 peratus).”



Saya ambil dari site ini, dan sila rujuk ke site tersebut untuk mengetahui selebihnya. Apa perasaan dan tanggapan rakan-rakan sekarang? Tepuk dada, jawablah sendiri.


Antarabangsa.


Menerobos analisis saya yang seterusnya, di bawah kunci kata “antarabangsa”. 1500 masihi yang lalu, kita menyaksikan dengan bayangan imaginasi bersandarkan kepada hikayat-hikayat yang mutawatir, bahawa Tanah Melayu adalah satu Negara yang terkenal di persada antarabangsa. Terkenal dengan “international trading”nya, terkenal dengan penduduknya yang berdarah usahawan. Saya berani mengatakan bahawa waktu itu adalah zaman kemuncak dan kegemilangan seluruh Kepulauan Melayu. Memang tempatnya strategik; berdiri di antara dua alam, alam timur dan alam barat. Tapi sekarang, kuasa ekonomi telah jatuh ke tangan Negara gergasi lain; Amerika, China, Jepun, Rusia, dan Hong Kong. Tanah Melayu dimanakah waktu ini? Entah. Cuba fikir betapa besar kuasa mereka, sehinggakan jikalau jatuh matawang Amerika; saham-saham seluruh dunia juga turut jatuh! Tanah Melayu juga tidak terkecuali. Ini belum lagi masuk bab kekuatan ketenteraan dan teknologi. Jauh panggang dari api.


Buat diri saya.


Jauh sudah saya menerawang, sudah tiba saya pulang ke gagang. Semua yang saya sebutkan tadi; secara tidak langsung membibitkan sedikit kesedaran buat saya. Bukan apa yang saya tonjolkan di atas bermaksud untuk merendah-rendahkan kaum Melayu saya atau mengutuk mana-mana pihak; tapi ianya sebagai “post mortem” untuk saya mengukur kembali cita-cita, usaha dan pencapaian diri semata-mata. Setakat dengan secuit kesedaran tidak akan membawa makna dalam hidup sekiranya kita tidak merasa “kebertuntutan” untuk mengubahnya. Dan rasa “kebertuntutan” juga tidak akan ke mana jika tiada usaha untuk membumikannya.


Saya seru kepada diri saya; sampai bila kamu nak duduk diam di rumah? Sampai bila kamu nak hidup disuap? Sampai bila nak duduk di bawah kuasa kafir dan zalim? sampai bila asyik nak ikut arahan-arahan mereka? sedarlah, Sekarang adalah masa untuk kita bangkit! Masih belum terlambat. Bulatkan cita-cita, bulatkan semangat, bulatkan tekad, padukan usaha. Susun semula hidup anda! Tetapkan pencapaian yang tinggi dalam hidup! gariskan perkara-perkara yang boleh anda capai matlamat anda itu! dan seterusnya, segeralah laksanakan! Jangan berlengah! Manisnya hidup bukan dengan kemewahan dan kesenangan; tapi diraih dengan pengorbanan. Memang susah, memang sakit, memang pedih, memang perit. Tapi Itulah harga sebuah kebahagiaan. Nak bahagia di dunia dan di akhirat, jalannya tetap sama; usaha dan terus berusaha tanpa henti.


Sekali lagi, Allah tidak akan mengubah kaum Melayu kita ini, melainkan kita yang mengubahnya; atau kaum kita akan terus “melayu” sampai bila-bila.


Wallahu `aalam.


Buah cempedak di luar pagar,
ambilkan galah tolong jolokkan;
saya budak baru belajar,
kalau ada salah dan khilaf harap diperbetulkan.
Sudi-sudilah 'Like' post ni..

04 April 2010

4 April..........


Assalamualaikum wa rahmatullah. Alhamdulillah, syukur hari ini saya dapat hidup lagi dalam keadaan sihat, bersama keluarga, dan macam-macam kemudahan yang sedang dikecapi. Selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda dan seluruh sahabat baginda. Semoga rakan-rakan semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Hari ini agak istimewa buat saya. 4 April.

4 April 2008.

Tarikh puaka yang saya tak akan lupa sampai mati. Segala-galanya mengubah hidup saya. Dah dua tahun berlalu; macam-macam yang saya lalui dari tarikh tersebut hingga saat anda menatap page ini. Hari itu hari Jumaat. Saya keluar dari rumah lebih kurang jam 9.30 pagi, bermotorkan motor ayah saya menuju ke pekan Pekan Nenas untuk ke cyber café. Niat saya ke sana nak cari maklumat pasal MUET. Cari punya cari, tidak ada. Saya log out, bayar, dan terus keluar.

‘awal lagi nak balik ni, singgah supermarket kejap lah’ getus hati.

Kemudian, nampak supermarket, masuk, pusing-pusing, tiba-tiba..

‘bleach!!’..saya terpandang pada sesuatu yang memang saya gilai. Cd siri anime bleach.Kaki membuka langkah spontan ke sana, tangan secara reflek membelek, mulut terus bertanya;

“bang, berapa harga?”. Huh.

“10 henget dik..”.

Akhirnya akad jualbeli termeterai, cukup syarat dan rukun. Saya meninggalkan supermarket tersebut dalam pukul 11.30 pagi. Sambil menuju ke motor yang di parking di depan pejabat pos, fikiran menerawang membayangkan kuasa-kuasa sakti dari pedang-pedang watak dalam anime tersebut.

Saya hidupkan enjin motor, pakai helmet dan bersedia untuk bertolak balik. Sampai di satu simpang tiga, saya perlahankan motor untuk berhenti dan bersedia untuk membelok ke simpang kanan. Sementara itu, saya toleh ke kiri dan ke kanan, mana tahu ada kenderaan dari simpang kanan dan simpang kiri. Simpang kiri, tiada kenderaan. Simpang kanan, ada; sebuah lori pasir sarat dengan segunung pasir. Pada mulanya, saya lihat lori pasir itu bergerak perlahan dan ada tanda-tanda mahu berhenti untuk memberi saya laluan. Saya pun kurang pasti sama ada dia mahu berhenti atau tidak, sebab yang sepatutnya berhenti adalah saya dan saya harus mengutamakan pengguna jalan utama. Saya teragak-agak sedangkan motor masih belum berhenti sepenuhnya. Tapi kelihatan, dia beri laluan; saya pun jalan lah. Perlahan-lahan memulas minyak lagi. Tanpa saya duga, lori pasir itu pun jalan juga.

‘ah sudah..’ saya dah gelabah. Saya dah panic. Saya terpulas lagi minyak. Lori pasir sarat dengan muatan betul-betul-betul-betul di depan mata.

BHOOOOWM!!!! GRRRRKBRRRRRKHIIIIIIIIIT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Sedar-sedar, sang lori pasir benar-benar-benar-benar merentasi sekujur tubuh saya yang terbaring di bawahnya di atas jalan raya, sambil ketul-ketul tanah sedikit menghujani saya. Saya pejamkan mata.

‘ya Allah, betul ke ni………………..’

Saya celikkan mata.

‘huh, hidup lagi..alhamdulillah…’.

Saya duduk. Saya buka helmet. Saya tengok motor ayah saya, nun jauh 20 meter, tengok macam ok; risau apa yang nak jawab kat ayah nanti. Saya tengok-tengok badan saya, kot-kot ada yang tercedera. Tidak ada. Saya cuba bangkit. Terasa sengal dan kebas sebelah kaki, kaki kanan. Saya tak boleh bangun. Saya panic, saya gelabah. Kenapa tak boleh bangun ni?? Ya Allah..kenapa ni?? Tiba-tiba saya dikerumuni orang ramai. Mereka usung saya ke aspal jalan. Saya lihat jalan dah jem. Dah sah. Dah sah. Dah sah.

Setibanya di aspal, saya didudukkan sambil kaki kanan saya disanggah oleh orang awam.

“dik, kaki adik patah ni..adik sabar ye, nanti saya panggil ambulan”.

‘KAKI AKU PATAH?? YA ALLAH!! AKU BELAJAR PUN TAK HABIS LAGI NI!! KENAPA BOLEH JADI MACAM NI??’ KENAPA AKU BOLEH JADI MACAM NI?? MACAM MANA AKU NAK HIDUP LAGI LEPAS NI??’

“adik, mintak nombor telefon ayah. Abang nak call ayah adik”. Minta seorang brother disebelahku.

“adik….sabar ye dik…………..”. sapa seorang wanita yang kebetulan melintas tempat aku diusung itu.

Saya dah mula rasa sakit. Saya tak tahu nak buat macam mana. Sakit sampai saya tak boleh nak menangis. Sakit sampai saya panic. Sakit sampai buat saya sejuk satu badan. Kemudian, saya beranikan diri untuk tengok bahagian mana yang patah. Saya gerakkan sikit kaki.

“aduh bang….sakit ni bang…..”. Saya terlihat ada cecair warna merah jambu mengalir laju keluar meleleh. Tulang tertembus keluar. Saya tak tahu nak gambarkan perasaan waktu tu macam mana. Allah sajalah yang tahu. Saya lihat, separuh dari kaki saya tergantung-gantung. Seperti ranting dipatahkan, boleh bayang tak?

“sabar dik..sabar..kejap lagi ambulan datang”.

Perasaan dan fikiran saya waktu itu, saya tak boleh nak luahkan dalam bentuk perkataan. Tak boleh. Dalam lebih kurang 10 minit saya disitu, ambulan datang menjemput. Nurse perempuan turun menuju ke saya dengan perkakas-perkakasnya. Dia dihadapan saya, mencangkung, melihat-lihat kaki saya yang patah. Dia pegang-pegang.

“tahan sakit sikit dik ea….”. Ah………sudah…………..

PRRRAAAAAAAAAAKK!!”.

Ya Allah, betapa sakitnya waktu tu. Saya sendiri tak tahu nak ungkapkan rasa siksa waktu tu macam mana. Memang betul-betul-betul-betul-betul-betul sakit. Ya Allah hai………….. nurse tu luruskan alignment tulang kaki saya. Kemudian dia ikat dengan ‘pelaras’ supaya lurus untuk sementara waktu untuk dikejarkan ke hospital daerah. Saya naik ambulan untuk yang pertama kalinya.

Cukuplah saya cerita setakat ini. Saya dah tak sanggup nak ingat balik. Akan datang, insyaAllah saya sambung balik. Tapi saya cerita pasal saya di hospital pula.


4 April 2010.

Alhamdulillah, saya hidup lagi. Allah bagi lagi kesempatan untuk hidup sampai saat ini. Ini tandanya, Allah bagi lagi saya peluang untuk taubat dan buat amal soleh. Cuma saya ini saja yang tak berapa hargai kehidupan yang Allah bagi ini.


* * * * * * * *

Akhir bicara dari saya; roda sentiasa berputar, yang atas akan ada masa ke bawah juga. Saya cuma nak ingatkan, taqdir kita masih lagi misteri, hidup kita berada dalam ‘planner’ Allah. Jadi, risaukanlah apa yang Allah dah ‘plan’kan untuk kita akan datang.

Wassalam.
Sudi-sudilah 'Like' post ni..

01 April 2010

Duit Aku..huuuu..


Salaamullahi alaikum wa rahmatuhu. Alhamdulillah, syukur kita panjatkan kepada Allah selaku Rabb dan Ilah; kerana dengan izinNya saya dapat bersua lagi dengan rakan-rakan dalam laman internet saya yang tak seberapa ini. Semoga pertemuan kali ini, rakan-rakan semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan semoga rakan-rakan sentiasa berada dalam rahmat Allah.


Duit @ money.


Satu objek yang bernilai pada mata kita terutamanya saya yang berjiwa kebendaan. Dengan duit, kita boleh beli macam-macam. Kalau lelaki, selalunya kedekut sikit untuk berbelanja bila ada duit lebih; melainkan untuk sesuatu yang dia benar-benar obsess tahap gila dan gaban. Contoh?? Senang je nak bagi; lelaki angau, lelaki kaki pancing, lelaki kaki golf, lelaki kaki bola, dan investor. Itu sebahagian yang saya nampak setakat yang saya hidup setakat ini. Bagi perempuan pula yang duitnya melimpah-limpah di ‘purse’nya itu, mereka suka beli barang-barang untuk dirinya. Contoh; beli tudung baru, kerongsang baru, kasut baru, gelang manik-manik lah, beg tangan baru, dan semestinya baju baru lebih-lebih lagi latest punya fesyen; sampaikan kalau dalam tempoh sebulan, baju hari pertama yang disarung belum jumpa lagi gilirannya dalam bulan itu melainkan bulan depan, baru jumpa semula baju yang dipakai masa awal bulan lepas. Lupakan sebentar subjek “gelagat manusia” ini.

Apa yang kita dapat lihat senario sekarang, betapa mendesaknya duit atau wang dalam hidup kita. Kalau tidak ada duit, janganlah berani-berani nak keluar rumah. Hatta duduk dalam rumah pun mesti kena keluarkan duit. Sewa rumah, bil air, bil elektrik, semuanya guna duit. Bukan apa, saya terfikir dan termenung, secara tak sedar, betapa dekatnya hati kita dengan duit @ wang. Memang tak salah ada duit banyak. Rasulullah pun galakkan ada harta (dalam konteks ini; duit) banyak, sebagaimana mafhum satu hadis yang menyuruh ayah Sa`ad bin Waqqash meninggalkan harta yang banyak kepada waris selepas matinya. Macam Abdul Rahman bin Auf r.a., betapa kayanya beliau sampai ‘kontena-kontena’nya menggegarkan tanah haram Madinah; tapi hati beliau langsung tak melekat dengan 700 ‘kontena’ yang baru balik dari berdagang. Abdul Rahman bin Auf r.a. ini, bukan calang-calang pedagang, saya anggap beliau ini adalah international trader. Hebat. Ok, cukup.


Point.


Memang seronok kalau pegang duit banyak. Saya pun begitu, tidak dinafikan. Dengan duit, kebanyakannya kita boleh miliki macam-macam yang kita suka dan mahu. Kita suka melancong, melancong. Kita suka shopping, shopping. Tapi ada satu perkara yang kita tiba-tiba terdiam seketika bila berbincang tentang duit. Waktu apabila kita mengeluarkan wang @ duit dari dompet untuk perkara-perkara yang imbalannya tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan tidak dapat disentuh dengan tangan. Waktu itu, hati semacam terkedu sebentar; bertarung antara keyakinan, pengetahuan, dan kepentingan. Mana yang harus diikutkan, mana yang harus diputuskan.


Kisah satu: Di terminal bas Larkin.


Hari itu adalah salah satu dari hari-hari berkabung untuk kemangkatan Almarhum DYMM Sultan Iskandar. Saya ke terminal bas Larkin untuk ke kolej. Bas saya bertolak pukul 2.15 petang. Saya tiba di sana awal, lebih kurang jam 12.30 tengah hari. Jadi, saya ambil keputusan untuk tunggu dan lepak-lepak di kawasan depan Dunkin Donut, bawah tangga hidup. Kalau nak tahu, itulah port saya kalau saya ke terminal bas Larkin. Sementara duduk-duduk, saya baca majalah Millenium; isu utama, ajaran sesat. Ketika tengah syok-syok layan mengantuk sambil baca majalah, tiba-tiba ada satu suara menyapa saya dari belakang.

“adik”…saya tak layan, takut dia panggil orang lain.

“adik”. Dia sedikit mencuit saya.

“aaah, ya”. Balas saya, dan saya toleh ke belakang. Seorang pak cik 50-60an, rambutnya semua putih, berkemeja coklat.

“adik belajar lagi?”. Tanya pak cik itu.

“umm..ya pak cik”

“belajar kat mana?”

“kat Pahang”.

“oo…ni nak balik Pahang lah ni..baru habis cuti ya?”

“aah..ya”. Saya iakan saja. Berdosanya tipu.

“dalam ni laptop ke?”. Sambil menuding jarinya ke salah satu beg saya.

“a’ah..ya pak cik”.

“jaga elok-elok, nanti ada orang ragut, habis awak..”. Nasihatnya.

“heheh”. Saya senyum.

“adik, pak cik nak mintak tolong ni..”. Perlahan dia ajukan permintaan. Saya pun dah mula naik gelabah dah ni. Saya dah mula dapat agak dah apa yang dia nak. Pada fikiran saya, dia mahu satu dari dua perkara ini; pinjam handphone atau minta duit.

“umm..apa dia pak cik?”. Soal saya.

“pak cik mintak duit sikit dik, 2 ringgit je”. Kan, dah agak dah. Saya dah tak tahu nak buat apa. Waktu itu, saya Cuma teringat pesan seorang sahabat yang duduk kat kawasan situ. Dia pesan; kalau ada orang mintak duit dengan henset, jangan sekali-kali bagi, jangan sekali-kali bagi. Ok, saya tak akan bagi.

“umm..pak cik, saya nak jalan jauh ni pak cik..saya kena guna duit banyak”. Dalih saya.

“pak cik bukan apa dik, rumah pak cik dekat JB..kereta pak cik rosak dan pak cik tak ada duit..nak telefon anak pak cik pun pak cik tak ada duit..”.

Pak cik ni ulang statement ni lebih dari dua kali; ditambah suara sedih dia; ditambah muka tua dia; ditambah rambutnya yang putih-putih kelabu; ditambah pandangannya yang sayu-sayu.

“ooh..yeke pak cik..?”. Saya dah cair dah. Aduiyh.

Saya lama terdiam. ‘nak bagi ke tak nak bagi? Nak bagi ke tak nak bagi? Nak bagi ke tak nak bagi?. Tengok muka dia, macam boleh percaya. Dengar suara dia, macam betul-betul tengah susah. Muka berkedut, rambut beruban penuh. Dekat lengan dia, ada lilitan kain putih, tanda berkabung. Macam mana ni? Macam mana ni?

“adik, boleh tak? Pak cik mintak 2 ringgit je..”. Tanyanya

“baiklah pak cik”. Akhirnya. Saya buka dompet. ‘Alamak, tak ada duit kecil, semua duit besar. Yang paling kecil 10 ringgit. Tak kan nak bagi 10 kot..pokai la aku camni’.

“sekejap ya pak cik, saya pergi kedai depan ni sekejap, nak pecahkan duit”.

“aah ya”. Pak cik itu angguk. Saya pergi ke kedai depan, saya beli air mineral. Dapat baki duit, saya kira ada 7 ringgit lebih. Pak cik tu ikut saya pergi kedai tu juga. ‘eh orang tua nih’.

“nah pak cik, duit pak cik”. Saya hulurkan 5 ringgit, 3 ringgit lebih dari apa yang dia minta.

“eh, dik, pak cik minta 2 ringgit je, adik bagi lebih pulak”. Mukanya senyum gembira. Seronok kot.

“terima kasih adik, nanti pak cik doakan adik ya..”.

“sama-sama pak cik”.

“nama adik siapa? Nanti solat zohor pak cik doakan”.

“nama saya fahrurrazi”. Betul ke pak cik ni nak doakan?

“terima kasih adik, assalamualaikum”

“waalaikumsalam pak cik”. Balas saya. Dan kami pun berpisah. ‘huh’. Waktu itu, saya teringat satu hadis. Mafhumnya lebih kurang begini; sesiapa yang mempermudah urusan seorang muslim, maka Allah akan permudahkan urusannya di akhirat nanti. Saya percaya, saya yakin, saya ikhlaskan 5 ringgit itu. Tiba-tiba,

“weh, ko bagi orang tu berapa ringgit? Kenapa ko bagi? Dia tu memang macam tu..dia tipu je tu..”. Kata seorang lelaki tua lagi. Yang ini. Bengis wajahnya. Besar dan agak botak. ‘pulak…setan mane yang nak rosakkan aku ni..baru je nak ikhlas, dah tak jadi’.


Kisah dua: on the way ke pejabat pos Kuantan


Ini cerita, saya sudah mari itu Kuantan. Nak pos borang dan dokumen permohonan melanjutkan pelajaran ke IPTA. Saya tak tahulah kenapa saya ni. Sebenarnya, hari itu saya tanam tekad untuk melazimkan senyum kat sesiapa saja, nak contohi Rasulullah lah kononnya. Sambil saya jalan, saya senyum ajalah. Taklah sampai ketelinga, sekadar bermanis muka saja. Mana-mana orang yang berselisih, saya tunjuk muka, ngeee…senyum sikit. Tapi bila sampai kat seorang nih, tiba-tiba dia berhenti, dia tahan saya. Saya tengok dia dengan muka terkezut. ‘oh, orang bangla rupanya, tapi kenapa tahan aku?’.

“abang, saya orang Pakistan abang. Saya ada hadiah untuk abang”. Sambil itu, dia menghulurkan semacam kad-kad yang berlaminate. Macam 3 qul, ayat kursi, ayat seribu dinar, asma ul-husna tapi bersaiz kecil, boleh masuk dalam poket.

Dah saya dengar ‘hadiah’, saya ambil lah, nama pun hadiah. Tapi, baru je saya sentuh,

“aa..abang, bagilah saya sumbangan abang, saya sudah tiga hari tidak makan, saya musafir, saya itu Pakistan mari, banyak jauh….abang boleh la..ini satu 5 ringgit saja abang..”. Pulak dah buat hal…..

“er..saya pun musafir juga ini, saya pun kena guna wang juga”. Betah saya.

“alah abang, sumbang lah sedikit”. Tiba-tiba, saya teringat kes saya yang saya cerita kat atas tu. Dan saya pun teringat juga pada hadis yang disebutkan tadi.

“nah”. Saya hulurkan 10 ringgit dengan tidak mengambil kad-kad dia itu. ‘nak jual cakap la nak jual, ni sebut hadiah pulak apsal. Kalau hadiah tu maknanya bagi terus, tak ada sebarang tukaran’.

“terima kasih abang, terima kasih banyak-banyak”.

“sama-sama”. Balas saya. Senyum tak hilang lagi tuh. Selepas dia beredar, saya terpacak lagi kat situ. ‘betul ke apa yang aku buat ni?’. Hilang terus senyum. Kenapalah member saya tu tak cakap yang kat kuantan pun ada juga orang yang macam ini..hadoyh.. Saya pun tak tahu lah apa status pemberian saya itu…. entah ikhlas entah tidak.

Baru saya perasan kenapa saya yang ditahannya, tidak orang lain. Sebab saya senyum. hadoyh..nak menangis pun ada. sabar ajelah.


Kisah tiga: jejantas dari Century Garden ke Pelangi Plaza

Ini baru punya cerita. 29 march lepas. Hari itu saya saja turun JB seorang. Jalan-jalan, tapi berurusan. Saya pasang niat, habis saja urusan ni, saya nak pergi pelangi plaza. Ok, pendekkan cerita, urusan selesai. Jadi sekarang adalah masa untuk cuci mata. Dari century garden nak ke pelangi plaza, hanya ada satu saja cara yang sah untuk ke sana, ikut jejantas. Kalau lintas jalan kena denda 500 ringgit OTS.

Ok, saya ikut jejantas itu. sampai saja di pertengahan jejantas, saya nampak ada orang kurang upaya sedang menadah tinggi kole nya. Saya kasihan dan simpati akan keadaan OKU itu. tapi saya dah serik agaknya, saya nonong je jalan terus. Masa melintas depan dia saya tunduk sikit, hormat. Dia pun tunduk juga, mungkin dia faham yang saya tak nak bagi duit. Lepas saja dari dia, sayu pulak saya tengok dia. Cuma perasaan sajalah, tak lebih. ‘yang ni, aku tak nak pulak bagi duit?’


Konklusi.

Duit, sekali lagi disebut di penutup ini. Sebenarnya, susah bukan untuk melepaskan benda yang kita sayang. Rasa keterikatan yang mendalam terhadap sesuatu perkara menyebabkan pemergiannya dirasakan sebagai satu kehilangan besar. Saya yakin, bukan saja duit di atas, bahkan kehilangan ibubapa, adik beradik hatta sahabat sekalipun akan menyebabkan diri rasa kehilangan. Dalam soal ini, hati memainkan peranan penting. macam yang saya sebutkan tadi, hati kita menjadi medan pertempuran antara keyakinan, pengetahuan, dan kepentingan. Akhir kalam, duit itu penting; carilah duit untuk memudahkan urusan seharian. Satu lagi, jangan jadi macam saya kat atas tadi; bendul tahap gaban.

Duit aku..huuuu..
Sudi-sudilah 'Like' post ni..