31 May 2010

Fikir lah sendiri..


Assalamualaikum wa Rahmatullah. Kepada semua rakan-rakan, saya berharap semoga kalian berada dalam keadaan sihat walafiat cergas ceria, dan semoga rakan-rakan juga berada dalam petunjuk dan bimbingan Allah S.W.T. Untuk hari ini, MB panjatkan rasa syukur dan terima kasih MB kepada Pemilik jiwa MB, Pencipta diri MB, dan Penguasa hidup MB; Allah S.W.T, kerana hari ini adalah genap 21 tahun MB hidup dengan perkenanNya.


Senyum…!!


Eh, senyumlah rakan-rakan…


Hari ni, merujuk kepada tahun masihi; umur MB dah genap 21 tahun. Kalau ikut kepada tahun hijriyah, sebenarnya MB dah 21 tahun lebih dah. Kejap betul dah 21 @ 22 tahun. Rasa macam baru semalam je lepas amek UPSR. Betapa masa ni pantas berlalu kan? Kesibukan kita dengan hal-hal dunia melekakan kita untuk terus awas dengan peredaran masa. Terus lalai dengan hambatan-hambatannya. Terus hanyut dengan keseronokannya. Terus asyik dengan nyanyiannya. Hmm…aduhai diri.


Bila umur ni dah lebih 20, ada satu perkara yang MB risaukan. Adakah MB ni dah matang? Umur dah 20 lebih, tapi matangkah diri?


Yang pasti, bagi MB; kematangan sudah semestinya tidak diukur melalui tahap umur. Ini berdasarkan kajian yang MB buat kat Facebook tadi, huhu. Jutaan terima kasih buat Cikgu Suhaimi, Madam Shuhada, dan Firdaus kerana sudi bagi pendapat. Kesimpulan dari bancian tadi; bahawa kematangan itu diukur melalui tingkah laku kita. Ya, MB setuju. Hmm..tak apalah. Topik “maturity” ni insyaAllah untuk akan datang, nanti tak ada modal lak kang.


Sempena 31 May 2010.


Hari ni, merujuk kepada Al-Jazeera Middle East; Israel telah menyerang konvoi bantuan kemanusiaan ke Palestin. MB dah tak tahu nak cakap macam mana. Makin dicakap, makin sakit hati. Kenapalah Israel nak serang diorang, padahal sorang tentera dan satu senjata pun tak ada kat kapal tu. Hmmph. Dah memang yahudi macam tu, kalau tak, itu bukan yahudi namanya. Ya tak?


Palestin ini adalah isu besar. Isu yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap individu yang mengaku Allah itu Rabb dan Ilahnya dan yang mengaku Rasulullah itu Utusan Allah dan contoh ikutan. Berat isu Palestin ni kalau nak dibincangkan. Dah ramai yang bagi ceramah pasal isu ni. Kempen pun banyak. Persatuan-persatuan pun dah banyak jugak. MB sendiri sakit hati bila mendapat perkhabaran pasal yahudi serang mereka. Menyentuh bab Palestin ni, MB tak nak cakap banyak; MB nak kongsikan satu petikan dari tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi untuk renungan bersama. Dia berkata;


“Untuk menyelamatkan orang lain, umat Islam mestilah membuktikan bahawa mereka mampu terlebih dahulu menyelamatkan diri mereka sendiri. Tegasnya, dari segi lahiriah, negara Islam mestilah membina kekuatan ekonomi, politik, dan ketenteraan mereka sendiri. Manakala di sudut rohaniah pula, umat Islam mestilah mampu membina satu kehidupan yang lebih adil, amanah, jujur, bertimbang rasa, pemaaf, pemurah, berani, dan bersih dari kemungkaran dan kemaksiatan. Jika kedua-dua syarat ini dipenuhi, maka Islamlah yang layak menggantikan Barat sebagai peminpin dunia. Islam mesti mengambil gilirannya untuk mendominasi tamadun dunia dengan penuh keharmonian. Asakan kekejaman bukan alasan untuk berlaku kejam. Jika demikian, bilakah kekejaman akan berakhir?” – Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir?, Telaga Biru, m/s 285 & 286.


MB tak nak ulas, piker la sendiri apa maksud yang nak disampaikan.


Semoga hari baru esok dan seterusnya, MB harap sangat Allah bimbing hidup MB. MB dah tak nak berfoya-foya dah. MB nak serius dengan hidup ni.


Ya Allah, bimbinglah aku dalam setiap pekerjaan, pemikiran, amal dan keputusan yang aku buat. Ya Allah ya tuhanku, aku tak boleh hidup tanpa bimbingan dari Mu. Aku tak boleh hidup tanpa pimpinan dari Mu. Aku tak boleh hidup tanpa petunjuk dari Mu. Aku tak boleh hidup tanpa hidayah dari Mu. Ya Allah, kalau Kau tak bimbing aku, pasti nafsu yang mengambil alih diriku. Aku tak nak hal itu berlaku, aku tak nak ya Allah. Bila nafsu menguasai aku, pasti aku sesat ya Allah. Aku tak nak aku sesat, bimbinglah aku ya Allah sepanjang baki hayat aku yang masih tinggal.


Allahumma ameen…

Sudi-sudilah 'Like' post ni..

30 May 2010

Kegersangan


Assalamualaikum wa rahmatullah. Buat rakan-rakan yang dihormati sekalian, semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera dan semoga kalian juga berada dalam bimbingan, petunjuk, dan hidayah Allah S.W.T. Pertamanya, MB bersyukur kepada Pemilik dan Penguasa diri MB; Allah Azza wa Jall, kerana Dia sekali lagi untuk hari ini, masih lagi diri diberi peluang untuk hidup, dan masih lagi perkenan membuka pintu taubat untuk diri yang masih degil untuk bertaubat. Astaghfirullah… keduanya; selawat dan salam atas Rasulullah S.A.W., Kekasih Allah dan kekasih kita, juga buat ahlul bait, sahabat-sahabat baginda dan mereka yang meneruskan perjuangan Rasulullah.


MB hari ni, tak bersedia nak bawa isu untuk diketengahkan. MB tahu, sekarang subsidi untuk keperluan asas dah di tarik balik. Lepas ni tak hairan lah kalau roti canai kosong RM 2 lebih sekeping. Tak apa, MB diet. Biar kurus.


MB kali ni, cuma nak ambil kesempatan nak muhasabah diri lah rasanya. Tak nak nak kecoh-kecoh pasal orang lain pulak. Tak nak. Hati MB dah kegersangan, nak bekalan. Hurmm…


“wahai Musafir Bulat yang memang tiap-tiap hari makin jadi bulat…dengar pesan ini, renungkan, fikirkan…”



“nasihat saya macam dulu jugak lah…Sama saja... Cume..yelah..sabar je lah dengan ujian yang datang. Walau apa jua keadaan, kita mesti kena sabar. Sabar itu penting..[1]sabar dengan musibah yang datang...[2]sabar dengan nikmat yang ada[3]sabar bila buat taat...[4]sabar tahan diri dari buat maksiat… Akhir sekali dari saya, banyakkanlah istighfar. Sebab kita memang banyak buat salah dan dosa, sama ada dosa yang kita buat tu sedar atau tak. Lazimkanlah mulut, bibir, dan hati awak tu istighfar… Itu saja dari saya, saya ni bukannya baik sangat. Ada jugak buat salah… Yang penting, nasihat ini untuk saya jugak…”


Hurmm……astaghfirullah…


astaghfirullah…


p/s :- quote di atas adalah lantunan hikmah yang diambil dari Musyrif saya. Mutiara yang saya kutip dari beliau sendiri. Untuk beliau; “Jazakumullah khaira jaza’ “. MB kongsikan untuk perbaiki diri MB sendiri terutamanya, dan untuk rakan-rakan yang mahu menerima…


Hurmm.........Astaghfirullah...


Astaghfirullah...

Sudi-sudilah 'Like' post ni..

29 May 2010

A meet with my sahabat..


Assalamualaikum wa rahmatullah. Semoga rakan-rakan berada dalam keadaan sihat sejahtera dan semoga rakan-rakan berada dalam limpah kasih sayang Allah dan bimbinganNya. Alhamdulillah, MB rasa syukur dan berterima kasih kepada Allah selaku Pemilik dan Pentadbir MB; sebab hari ni Allah masih lagi benarkan untuk MB hidup macam semalam. Masih lagi ada nikmat yang semalam, masih lagi ada pemberian yang semalam, walhal MB sendiri akui MB banyak buat kesalahan dan kesilapan. Ya, Khaliq MB Maha Pemurah dan Pengasih. Dan untuk renungan MB sendiri, “adakah sifat pemurahNya itu hanya sekadar memberi memberi memberi dan memberi?”


Semalam 28 May 2010. Hari jumaat. MB tak tahu nak mulakan cerita macam mana. Semalam, MB seronok dan terhibur. Rasa tenang, rasa tenteram, rasa sedikit bahagia, rasa bersyukur sangat, rasa berterima kasih sangat-sangat. Hal ini, MB akui, ia satu pemberian istimewa dari Allah buat MB.

Oklah, diringkaskan cerita, semalam; MB keluar lepak-lepak dengan sahabat MB, Hanafi. Lama dah tak jumpa. Rindu yang lama terpendam akhirnya terlerai jua. Bohonglah kalau MB tak rindu sahabat sendiri. Mulut kata tak, tapi hati kata ya, heheh. Itulah ego. Semalam, janji pukul 4 nak jumpa kat pontian. Last-last, 4.30 jugak. Tak apa, jalan JB-Pontian jem, katanya. Alasan diterima, haha.



Kitorang lepak kat tambak Pontian, sambil mengadap laut selat Melaka; kitorang sembang-sembang. Cerita gelak, cerita gelak, cerita gelak. Alhamdulillah, dia dah dapat tawaran sambung belajar, MB je ni yang belum dapat-dapat lagi. Dah rezki dia. Lepas tu, kitorang bergerak ke Masjid Pontian, solat Asar. Terlewat sikit, biasalah. Banyak perkara yang disembangkan, sampai dah pukul 5 lebih pun tak perasan. Habis solat, dia ajak minum-minum. Ingatkan minum saja, rupanya makan sekali. MB ikut je lah. Kitorang makan nasik goreng kampong, ikan siakap sweet sour, dengan air tembikai. Tambah satu lagi, otak—otak. Sedap dan kekenyangan. Sangat kenyang. Berkat duit dia tu..semua dia belanja, tu yang sedap tu..haha. Lepas tu, kitorang bergerak ke rumah MB pulak. Masa tu nak dekat malam dah, pukul 7 tak silap. Kat rumah, mak dah masak ketiaw goreng dah, tapi dah tak boleh nak masuk; terlalu kenyang. Tapi dia maintain, makan lagi ketiaw tu. Siap cicah biskut dengan teh-o lagi lepas tu. Lepas makan, kitorang solat maghrib. Lepas solat maghrib, sembang-sembang kejap; dia mintak diri nak balik. Dia cakap dah malam, nanti mak ayah dia risau pulak. Ok lah, tak apa. Silakan.


Sebelum balik, dia panggil MB datang kat kereta dia. Dia hulurkan MB sebuah buku, hadiah sempena ulangtahun kelahiran MB yang ke-21 isnin depan ni. MB tak boleh lupa scene ni. Rasa macam nak menangis pun ada, tapi cover-cover la kan..hehe; terharu beb.


Sebenarnya, dia tak bagi MB kongsikan pertemuan semalam kat blog ni. Erm, nak buat macam mana ya? Ah, biarkan. Mintak maaf hanafi, heheh. “aku cerita surface je, contain aku tak cerita”.

************************************************************************************

Sahabat adalah satu pemberian yang sangat istimewa dari Allah. Tak tergambar dan tak terungkap rasa syukur yang terbuku-buku di hati ini sejak sekian lama. Hadirnya dalam kehidupan memberi sejuta warna seribu rasa di sepanjang perjalanan dan perjuangan hidup. Sahabatlah yang mengajar kita makna kehidupan, sahabat jugalah yang mengajar kita hakikat kekerdilan diri, sahabat jugalah yang mendidik kita untuk menjadi manusia yang ada makna dan ‘isi’.

Yang paling tidak boleh dinafi dan disangkal, sahabatlah yang paling setia disisi. Waktu suka, waktu duka, waktu gembira, waktu nestapa, waktu senang, waktu susah, waktu lapang, waktu sibuk, waktu sihat, waktu sakit, waktu gembira, waktu menangis; sahabat pasti ada disisi. Dialah telinga kita untuk kita dengarkan masalah; dialah tangan kita untuk kita paut dan bangkit dari kelesuan; dialah bahu kita untuk kita rangkul, menuntun diri kembali melangkah di atas dunia. Ah, betapa di lubuk hati ini mahu saja menuturkan terima kasih dan memberi penghargaan; tetapi tak terluah dan tak terdaya nak sampaikan. Tak terluah!!. Betapa berharga dan istimewanya sahabat dalam diri dan hidup. Betapa hadirnya memberi warna dan seri dalam hidup. Cukuplah Allah saja yang tahu betapa bersyukur dan berterimakasihnya aku sebab ada sahabat, macam dia.

Melihat wajahnya mengingatkan aku sentiasa kepada Tuhan. Tidak pernah jemu bila berbicara dengannya, kerana kata-katanya adalah ilmu yang dipraktikkan. Cahaya wajahnya terpancar setiap kali dia tersenyum, sehingga aku tidak pernah jemu untuk menatapnya. Bahasanya lembut, tutur kata juga sopan. Tapi pertemuan kami hanyalah sekali sekala. Ini membuatkan aku sentiasa rindu padanya. Berdepan dengannya terasa sangat kekurangan pada diri ini. Kadang-kadang terasa seperti dia tahu gerak hatiku. Seperti dia kenal benar dengan peribadiku yang banyak berdosa ini. Malunya aku…

Sahabatku, sering aku berdoa meminta dan merayu agar Allah kekalkan sahabat sepertimu untuk aku. Aku tidak bersedia untuk kehilanganmu; sungguh, aku tak bersedia. Hilangmu bererti aku kehilangan sesuatu yang sangat berharga. Sesuatu yang tidak dapat ditukar ganti walau dengan dunia ini sekali pun.

Ziarah aku di hospital, melawat ketika aku ditimpa musibah, menasihati dan menegur kesalahan aku, meminjamkan wang, ajak aku ke masjid, ajak aku study, ajar aku nak survive dalam kehidupan; ah, terlalu banyak untuk diri ini sebutkan satu per satu.

Bagi diriku, inilah bukti kasih seorang teman yang bergelar sahabat. Kasihnya bukan atas dasar mahu dibelanja ataupun upah…tapi kasihnya bertolak atas rasa keimanan terhadap Allah… “tidak sempurna iman seseorang itu, sehinggalah dia menyintai saudaranya sebagaimana dia menyintai dirinya”… “Tujuh golongan yang akan dinaungi arasy Allah pada hari di mana tidak ada naungan kecuali naunganNya iaitu…dua orang lelaki yang berkasih kerana Allah, di mana mereka bertemu keranaNya dan berpisah kerana-Nya…”

************************************************************************************


Bro, aku rasa sekejap sangat kita jumpa semalam. Sekejap sangat. Topik mula nak panas, masa pula yang mengekang. Entah bila lagi boleh keluar jumpa dan jalan-jalan lagi. Atas makan dan minum yang kau belanja tu; terima kasih banyak-banyak. Atas hadiah buku tu, terima kasih sangat-sangat. Aku tak tahu nak cakap macam mana; tapi, terima kasih atas semuanya, terima kasih…sahabat.
Sudi-sudilah 'Like' post ni..

25 May 2010

Dirimu Kena Kuat

Assalamualaikum wa rahmatullah. Semoga rakan-rakan sekalian berada dalam keadaan sihat sejahtera dan semoga rakan-rakan berada dalam bimbingan dan petunjuk Allah. Hari ini, MB bersyukur sangat, sebab Allah bagi MB hidup lagi. Huh, mukaddimah hari ni pendek je lah ya? MB penat, baru lepas balik dari Negeri Sembilan.


Buat apa kat sana?


Sebenarnya, hari ni MB pergi ke hari pendaftaran kat sebuah kolej kat sane. Kolej Uniti, kat Port Dickson. Pendaftaran untuk belajar course diploma pendidikan prasekolah. Sebelum ni, MB pernah dengar cerita pasal kolej ni dari seorang sahabat MB. Jadi ada gambaran awal la tentang tempatnya macam mana. Maju dan moden. Kalah tempat kolej MB belajar sebelum ni dari segi infrastruktur dan prasarana. Ni ada beberapa keping gambar yang sempat MB snap. Silalah menjamu selera.

ni gambar suasana office, ada class



ni pandangan dari pintu masuk 



 ni gambar apartmen hostel student, tiptop



Owh, lupa nak bagitahu awal; yang daftar belajar di sana bukan MB, tapi adik yang di bawah MB. Silap, mintak maaf sebab tak bagitau awal-awal.


Tengok adik daftar dan masuk hostel hari ni, teringat masa MB sendiri daftar kat kolej dengan sekolah asrama dulu.


Hari pendaftaran di MATRI


Sedih, rasa nak menangis. Biasalah, pertama kali barjauhan dari keluarga. Di Perlis nuh, jauh. Balik johor pun masa cuti sekolah je. Masa tengok mak dengan abah mula meninggalkan perkarangan sekolah, aduuuyh, rasa macam hancur hati ni. Mak tak yah lah nak cakap, banjir dah. Abah pun tengok sebak semacam je. MB lagilah. Dengan muka budak-budak lagi, dengan muka tahan air mata dari meleleh, bayang-bayangkanlah muka MB macam mana..huhu. Tapi, bila dah kena tinggal sorang-sorang kat negeri orang; pandai-pandailah nak hidup, kan? Kena kuat semangat, kena kuat pendirian, mental, emosi, fizikal, semua kena kuat lah. Bila mak dengan abah dah balik, MB pun bawalah diri ini ke asrama. Tengok barang-barang. Tengok baju, banyak betul; mak bawak semua baju yang ada kat rumah, takut tak cukup baju. Tengok stock; huhu..cukup untuk buat mengalas perut selama 2 bulan. Lepas tu, tak tahu nak buat apa; kawan sorang pun tak kenal, lalu MB tidur. Ok, lepas solat maghrib, MB kumpul kat masjid sekolah. Masa tu tunggu senior hidangkan makan malam. MB terkezut; makan kat talam dengan orang-orang yang tak dikenali. HIV positif, AIDS, JE, malaria menghantui pemikiran. Tapi nak buat macam mana, tak makan lapar pulok kang. Masa tu lah MB mula kenal dengan orang lain dan senior yang besar-besar. Kecut perut tengok dengan ke’besar’an mereka. Waktu ni, MB dah terlupa pasal mak dengan abah; sebabnya MB lebih terfikir macam mana nak survive dalam suasana baru. The rest akan bersambung, insyaAllah.


Hari pendaftaran di KIPSAS


Kali ni tak sedih. Ada sedikit semangat, ada sedikit takut. Ok, proses daftar selesai. MB ditempatkan di blok E. nombor bilik dah lupa. Roommate yang pertama sekali jumpa ialah, Pok CIk, Panjang, Afiq, Atok, Shark, Penghulu, Wan Bera, Wan Perlis dan siapa lagi ntah lupa. Semua ada 12 orang. Nak tahu tak apa yang terjadi kat MB? CULTURE SHOCK. Hahahaha. Biasalah, duduk asrama tak pernah keluar, tak pernah bergaul dengan orang luar. Sekali keluar dan bergaul dengan diorang; nah kau, amek. Agak tension, haha. Petang tu ‘rokol’ (ejaan klu salah bagitau) kat depan kafe barakah. Sembang-sembang dengan member dari bilik lain, buat-buat sporty lah kononnya. Lepas tu pegi makan kat kafe na’im. Masih buat cool, tapi dalam hati macam nak melalak kat situ jugak, haha. Dalam hati, tak apalah, biarlah..follow the flow dulu…lepas tu solat maghrib dan seterusnya bermulalah proses orientasi MB.


Tadi


Tengok adik tadi, sebak jugak rasa. Yelah, selama ni, dialah yang basuh baju kat rumah, bancuh air teh 0 masa sarapan…sekarang dia dah sambung belajar. Takut jugak tinggalkan dia sorang-sorang kat tempat orang, maklumlah perempuan…mana tak risau. Hmm..semoga dikau jadi kuat dengan suasana baru. Biar jadik pulau bila dicampak ke laut; biar jadi gunung bila dicampak ke darat; biar jadi kejora bila dilontar ke langit. Jadikan dirimu boleh hidup dalam mana-mana suasana, tapi hidup dengan cara kamu sendiri. Kuatkan semangatmu, kuatkan keazamanmu, gandakan usahamu; semoga kejayaan Allah beri, insyaAllah. Abang sayang kamu.


MB nak rehat, minta diri dulu....


ilal liqa'..

Sudi-sudilah 'Like' post ni..

24 May 2010

Dia Datang Lagi

Assalamualaikum wa rahmatullah. Salam ceria dan salam senyum senyum! Semoga rakan-rakan sekarang berada dalam keadaan sihat dan semoga rakan-rakan berada dalam bimbingan Allah. Untuk hari ini, alhamdulillah Allah masih bagi lagi peluang untuk hidup. Dan Syukur jugak, sebab…ah, terlalu banyak sebab nak disebut.


Kali ni MB nak ambil kesempatan untuk bagi tahu kepada rakan-rakan sekalian tentang satu perkara yang MB rahsiakan selama ni. Kalau MB bagitau, memang rakan-rakan tak sangka yang ini adalah diri MB. Nampak je macam ni, tapi pada hakikatnya jauh panggang dari api.


‘Dalam tempoh dua bulan lepas atau dalam tempoh belakangan ini, penyakit lama MB datang balik. Penyakit apa? Biarlah MB dan keluarga MB dan Allah je yang tahu. Menurut doctor yang merawat MB, Dr. Izar, penyakit ni sekarang dah sampai tahap 4 kekritikalannya dan sangat hampir untuk mencecah tahap 5. tunggu masa saja. Setelah hampir 5 tahun panyakit ni memendam, Dr. kata; ia tiba-tiba meletup dan mengganas. Dr. cakap lagi, MB mesti menjalani pembedahan dan mengambil rawatan secepat mungkin kalau nak survive lebih lama lagi. Dan sekarang, MB sedang Menjalani rawatan kat Hospital IDTC.


MB ceritakan sikit pasal penyakit ni. Ia adalah satu penyakit yang bermula dari kekurangan unsur @#$%& dalam badan. Unsur ni sebenarnya amat penting dalam membina tisu dalaman badan. Jadi, badan akan bertindak balas dengan mencari unsur ni. Oleh kerana kandungan unsur @#$%& dalam badan tidak mencukupi atau tak ada; sesetengah organ akan bermutasi untuk menyesuaikan  dengan keadaan badan ataupun ia akan mengalami kegagalan menjalankan fungsi. Tapi malangnya, perubahan yang dimaksudkan merosakkan badan. Dr. Izar cakap, selain dari sebab ini, ada lagi yang menyumbang kepada munculnya penyakit ini. Iaitu suasana atau persekitaran yang tak kondusif untuk dalaman badan. Suasana ini akan menyumbang secara aktif akan pertumbuhannya. Tanda-tanda atau gejala awal yang mungkin seseorang itu boleh lihat yang dia mengidap penyakit ini ialah dia akan rasa tak sedap badan, gelisah, bahagian kepala sentiasa merah, berhingus setiap kali penyakit ini menyerang, dan rasa tekanan yang mendalam.


Sebelum ni, MB ada ambil ubat. MB fikir penyakit ni dah reda dan hilang, sebab tu MB berhenti kejap makan ubat beberapa bulan lepas. Tapi tak sangka pulak macam ni jadiknya. Tak apa lah, salah MB sendiri.’


Oleh demikian, buat rakan-rakan yang mengenali diri MB; kalau ini adalah post yang terakhir, MB mintak maaf sangat-sangat pada kalian kalau MB ada tersalah bahasa dan terkasar cakap atau MB ada mengguris perasaan rakan-rakan. MB mintak maaf sangat.


Blog ni memang banyak kenangan. Untuk pengetahuan rakan-rakan; MB rindu sahabat-sahabat MB, MB sayang sahabat-sahabat MB. Doakanlah MB cepat sihat, atau doakanlah MB yang baik-baik, ya? Salam rindu MB buat kalian, semoga jumpa lagi dalam post akan datang, kalau diizinkan Allah, insyaAllah.


Bye!

Sudi-sudilah 'Like' post ni..

22 May 2010

Matlamat


Assalamualaikum wa rahmatullah. Hai rakan-rakan, apa khabar? Semoga rakan-rakan berada dalam keadaan sihat ceria dan semoga berada dalam lindungan dan rahmat Allah. Untuk kesekelian kalinya, MB bersyukur sebab Allah masih izinkan lagi untuk MB hidup, Allah izinkan MB untuk buat macam-macam perkara, dan yang pasti; Allah izinkan juga untuk MB update blog ni.


Sebelum tu, MB nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke laman ini. Ya, MB tahu, page ni bukannya macam blog-blog lain. Kalau ada yang mengarut dan melalut sebelum sebelum ni, anggaplah ia sebagai ‘gula dalam kopi’ ya..heheh.


Dah seminggu MB tak update blog. Hari ni alhamdulillah Allah bagi senang dan tenang nak menaip. Bukan MB tak ada topik, ada, banyak lagi. Cewah. Oleh kerana banyak sangat idea, bila nak keluarkan jadi stuck plak. Haha…bajet. MB kali ni rasa terpanggil untuk sambung balik topik yang MB tangguhkan lepas, L.A.L. Topik yang MB nak sentuh ialah pasal MATLAMAT. Anda disyorkan untuk baca entry sebelum ini kalau nak faham lebih. Hehe.


MATLAMAT, yang turut juga dikenali sebagai CITA-CITA dan TUJUAN, atau ‘GOAL’, ‘AIM’ dalam bahasa inggerisnya atau ‘GHAYAH’, ‘HADAF’ dalam bahasa arabnya amat sinonim dan tak boleh lari dari kehidupan setiap orang. MB pun tak terkecuali. MB sebagai seorang hamba kepada Tuhan, punya matlamat juga. MB sebagai anak, punya matlamat juga. MB sebagai seorang pelajar, pun ada matlamat juga. MB sebagai rakan kepada rakan-rakan, pun ada matlamat juga. MB sebagai anggota masyarakat dan Negara, pun ada matlamat jugak. MB sebagai penduduk bumi ni, pun ada matlamat juga. MB yakin, rakan-rakan pun macam gitu jugak kan? Walau kita berada dalam lapangan mana sekalipun, kita tak boleh lari dari meletakkan matlamat.


MB teringat, masa MB di zaman budak berhingus lagi. Waktu tu, MB ni cucu kesayangan almarhum mbah MB. MB sayang kat dia, betul-betul sayang. Rindu rasanya, lama dah tak jumpa. Ok, tak apa. Pasal almarhum mbah MB, nanti MB cerita ya. Balik kepada topik, dengan suara lembut dari seorang wanita tua, almarhum nenek kesayangan MB tanya kat MB; “aji, esok besar Aji nak jadi apa?” “aji nak jadi banyak mbah” “apa dia?” “Aji nak jadi cikgu, Aji nak jadi peguam, Aji nak jadi jurutera, Aji nak jadi doctor, Aji nak jadi tukang urut” “wah, banyaknya Aji nak jadi…hmm…tak apa Aji” sambil mengusap-usap kepala MB, almarhum mbah MB teruskan bicara; “kalau macam tu, MB belajar rajin-rajin ya…nanti Aji boleh jadi semua tu…kawan dengan orang yang elok-elok…” scene yang tak boleh lupa.


Dari zaman kita kat tadika, kita dah pun pasang angan-angan nak jadi apa bila besar nanti. Kemudian kita menginjak ke alam sekolah rendah; lalu kita dah boleh fikir sedikit tentang masa depan, kita mula ‘set’ cita-cita dari pemerhatian rambang kita terhadap peristiwa-peristiwa, dari buku teks, dari penjelasan cikgu-cikgu. Kemudian kita melonjak ke alam sekolah menengah. Di sini, segala pandangan menjadi lebih realistic terhadap kemampuan dan potensi diri. Matlamat rasa berada di depan mata untuk digapai. Seolah-olah rasa macam senang nak meraih matlamat. Berkobar-kobar. Nak masuk kelas sains, nak masuk kelas akaun, nak masuk U tu, nak masuk U ni, nak amek course tu, nak amek course ni. Bina matlamat dan angan-angan memang seronok.


Matlamat; bagi MB punya ciri, sifat dan karaktor yang tersendiri. Tanpa ciri dan sifat tersebut, kita tak boleh nak anggap ia sebagai satu matlamat yang hakiki. Matlamat itu sendiri sifatnya adalah JELAS dan TIDAK KABUR. Ia menjadikan diri kita FOKUS. Dan matlamat juga sifatnya MEMIMPIN sikap dan tingkah laku kita seharian. Ada tiga ciri yang telah MB sebutkan disini. Ni setakat pemerhatian dalam hidup MB lah, kalau rakan-rakan ada pendapat lain, ceritalah kat blog sendiri, haha.


MB tak boleh nak cerita satu-satu ciri-ciri tu; sebab bila MB nak lontarkan pandangan tentang salah satu dari sifat-sifat tersebut; rasa macam ada yang tak kena. Jadi adalah lebih elok kalau MB kongsikan pandangan sambil menyepadukan ciri-ciri tu. Lagipun bagi MB, kalau ‘lack’ salah satu dari tiga ‘item’ tu, it is no longer fittable to call it “MATLAMAT”. Tak dipanggil matlamatlah kalau salah satu dari sifat tu tak ada. Macam solat jugak lah, kalau tak baca surah al-fatihah dan kalau sujudnya adalah mencangkung; tak panggil solat namanya, tak sempurna sifat.


Contoh terdekat dalam hidup kita bila membincangkan soal matlamat ni; adalah diri kita sendiri, kan? Kalau kita sebagai seorang pelajar; sudah pasti ada matlamat yang telah disetkan. Kalau kita sebagai seorang guru dan pendidik; pun sudah ada matlamat yang disemat. Kalau kita sebagai seorang anggota tentera, pun kita dah letakkan matlamat kenapa kita nak jadi tentera. Sebagai seorang ahli politik; sudah pasti ada matlamat yang telah ditentukan dan harus dicapai juga. Bagi seorang ahli ekonomi, mereka juga telah ada matlamatnya sendiri yang harus dituju. Doctor, ahli perundangan, ahli penguatkuasa, ahli perniagaan, petani, nelayan, dan lain-lain lagi; pasti mereka ada matlamat dalam hidupnya.


Dulu, masa MB habis sekolah rendah, MB tak tahu nak belajar kat sekolah menengah mana. Last-last, kene ikut cakap ayah; ayah hantar MB kat perlis. Nak buat macam mana, dah kena paksa..hoho. Sebenarnya, ada satu lagi sebab yang MB ikut je cakap ayah pergi sekolah kat sana. Sebabnya; minggu orientasinya buat kat Langkawi. Part ni je yang MB nak, yang lain tak. Haha. Matlamat waktu tu; nak seronok dan enjoy. Tu dulu. Dan masa pun terus berlalu, pejam celik pejam celik, dah habis lima tahun MB kat sana. MB sendiri akui, MB tak dapat ceduk semua ‘mutiara’ yang ada kat sana, sebab awal matlamat MB ialah nak seronok, jadi yang MB dapat Cuma seronok jalan jauh, tu jelah. Hehe…


Lepas habis sekolah menengah, MB masuk KIPSAS. Kali ni memang matlamat MB nak belajar Sungguh-sungguh. Belajar, belajar dan terus belajar. Jadi apa yang MB dapat dengan masuk belajar ke sana dengan matlamat belajar? Alhamdulillah, Allah bagi jugak rasa sedikit kejayaan. Tapi apa yang mendukacitakan MB; MB tak banyak sertai aktiviti luar kuliah. Entah lah, mungkin sebab dah terlalu ‘mind setting’ untuk belajar belajar belajar. Bukan MB tak ikut langsung, ikut jugak, tapi tak banyak dan tak aktif macam sahabat-sahabat yang lain. Ini satu hal. Hal yang lain, pasal kehidupan kebanyakan pelajar di kolej itu sendiri. MB tengok, mereka banyak meluangkan masa untuk enjoy. Game, motor, kereta, aweknya lagi, lepak-lepak kat Bandar, dan macam-macam lagilah. Kalau study tiptop, MB memang respect lah. Tapi masalahnya, kuliah pun tak datang, esaimen pun tak buat, tesis tak siap-siap, nanti bila dah dekat nak exam dan bila nama tu dah tersenarai dalam golongan yang bakal kena ban; hah, mula la terhegeh-hegeh jumpa lecturer tu lecturer ni; mintak pengampunan dan peluang konon. Kalau sekali dalam seumur hidup di kolej tu tak apa, ni tiap-tiap sem macam tu, setiap kali nak exam muka dialah yang selalu menghadap ketua jabatan. Hadoyh…apa la nak jadi dengan mereka. Mintak maaf ya, statement ni adalah untuk budak junior; yang satu batch dengan MB tak macam ni, semuanya baik-baik.


Satu cerita.


Sebelum ni, MB ada jadi faci untuk minggu orientasi mereka. Ada seorang budak ni yang memang rapat jugak lah dengan MB semasa program tu. Tak tahu lah kenapa dia boleh terpencot dengan MB..hahaha. Sepanjang program orientasi tu berjalan, dia banyak ceritakan tentang hidup dia sebelum dia masuk ke kolej ni. Dia cerita yang dia ni dari golongan yang tak berada, otai, tak pandai, macam-macam lagilah yang dia cerita. Terpaksalah tadah telinga ni. Samapai pada satu bahagian, dia cerita tentang matlamat dia datang sini. Dia cakap, dia nak belajar Sungguh-sungguh, dia nak contohi aku, dia nak berubah. Dia cakap lagi, dia tak sangka boleh masuk sini, dan dia jugak tak sangka yang dia pakai baju kemeja dengan tie. Kalau ada apa-apa dia nak jadikan aku sebagai kiosk pertanyaan..heh. Lepas tu, dia cerita jugak harapan mak ayah dia, mereka nak tengok diri dia berjaya. MB dengar jela..sambil buat gaya-gaya berminat dengan apa yang diceritakannya. Dan masa terus berlalu. Ni adalah first sem baginya, dan final sem bagi MB. Sejak dari saat dia bercerita tentang hidup dia tu, MB perhatikan dari jauh kehidupan dia kat kolej. Dia duduk kat apartmen, MB pulak duduk kat hostel yang macam sekolah menengah punya, tak apa, not big deal. Nampak pada permulaan ni, dia seorang yang begitu bersemangat untuk belajar. Dia ni peramah orangnya, cepat masuk kepala; jadi dia selalu bertanya macam mana nak buat esaimen tu, subjek ni macam mana nak study, yang ni betul ke tak…ok lah tu, MB cerita kat dia semuanya. Lama kelamaan dia dah jarang bertanya. Sapa tu sapalah jugak, tapi cuma gitu-gitu jelah. Tak berapa lama lepas tu, dia dah ada motor sendiri dah. Pergi kuliah bermotor, pergi tutorial bermotor, pergi Bandar pun naik motor jugak..hehe, dah ada motor naik la motor, takkan naik basikal. Sejak dia bermotor, dia jarang dah jumpa MB, tegur pun susah. Bukan dia sombong, diakan naik motor, jadi nak kemana lajulah, bukan macam MB ni yang berjalan kaki walau ke mana saja. Kadang-kadang ada jugak terserempak, bagi salam. Then, pada suatu hari, MB bertembung dengan dia kat library. Masa tu MB tengah lepak-lepak dengan kawan-kawan sambil baca surat khabar. Dia tegur;


‘hai bang, apa khabar? Lama tak sembang yek? Hehe’


‘oh, ko rupanya, apa khabar? Sihat? Study camne?’


‘alah bang, saya ada masalah lah bang’


‘apa dia masalahnya tu?’.


Dengan muka sedih dan kusutnya, dia cerita; ‘bang saya sekarang rasa dah malas nak pergi kelas dengan kuliah…tak tahu nak buat macam mana…kawan-kawn serumah saya pun macam tu jugak…esaimen tak buat, ditambah dengan bilik yang bersepah…kusut saya dibuatnya’. MB waktu tu diamkan aje.


MB tanya balik; ‘kenapa boleh jadik macam tu? Ada apa-apa masalah ke? Masalah duit ke? Masalah keluarga ke?’


‘tak bang…duit ok, keluarga pun ok…ntah lah bang’.


Jadi sebagai seorang senior yang bertanggungjawab, cewah, MB bagilah sikit nasihat yang tak berapa nak betul…heheh. Last sekali pesan kat dia, kalau ada apa-apa masalah, bagitau la.


Cop, nak diingatkan, mamat ni bukan adik angkat MB ok! MB tak pernah ada dan terniat pun nak ada adik angkat. Hahaha.


Ni kejadian pertama. Kejadian kedua dan terakhir jugak berlaku dalam tempat yang sama; library. Selang waktu antara kejadian pertama dan kedua adalah lama, dimana kejadian pertama dipertengahan sem dan yang kedua diambang peperiksaan. Waktu tu MB sorang-sorang kat library tengah carik bahan untuk menyiapkan tesis. Tiba-tiba dia lalu kat rak sebelah MB dan dia terus sapa MB. Kali ni, nampak dari muka dia risau tahap cipan, ntah apa yang buat dia jadik macam tu. Kemudian dia tanya MB;


‘bang mintak tolong boleh? Penting sangat ni bang’


‘erk, apa dia? Apsal gelabah semacam je ni?’


‘macam ni bang, tolong carikkan saya bahan untuk esaimen ni, saya betul-betul blur ni bang. Kalau ni tak siap, saya kena ban exam nanti. Lecturer tu cakap, ni peluang terakhir saya, kalau saya tak siapkan jugak, saya dilarang ambil final exam sem ni’


‘wah, macam mana boleh jadik macam tu? Tak buat esaimen ke sebelum ni?’


‘ermm..ha`ah…kuliah pun saya dah jarang datang…ni pun baru lepas jumpa lecturer merayu untuk bagi amek exam. Nasib baik dia bagi bang, kalau tak, tak tahulah saya nak buat macam mana’. Hmm…


MB tolong…kesian kat budak junior ni. Last MB pesan kat dia, jangan buat lagi macam ni sem depan. Sekarang ni, tak tahulah macam mana jadi kat dia. Semoga dia berjaya.


Dari apa yang MB cerita tadi, dapat MB highlightkan bahawa, budak ni ada matlamat, ada cita-cita, dan ada impian untuk dikejar. Tapi penghujungnya, kenapa dia boleh jadik sampai macam tu sekali? Sebabnya; MATLAMAT dia TAK JELAS. Bila matlamat tak jelas, JALAN untuk menuju matlamat jadi TAK TENTU HALA dan TAK JELAS jugak. Bila dia dah tak pasti jalan mana yang harus dia ambil untuk meraih apa yang dimatlamatkan, jadi dia dah TAK FOKUS kepada apa yang dicita-citakan. Di sini, dapat disimpulkan, matlamat dia GAGAL dalam MEMBINA dan MEMIMPIN sikap yang baik kearah apa yang dituju.


Ni baru dari aspek kehidupan seorang pelajar.



gambar hiasan carian google


Lagi satu.


Ada satu lagi bab kehidupan yang MB nak sentuh pasal matlamat. Soal pendidikan. Pendidikan ni bagi MB adalah satu perkara yang penting, sangat-sangat-sangat penting dalam kehidupan. Sebab dengan pendidikanlah yang menjadikan MB sekarang ini adalah MB. Boleh tak kat sini, kalau MB katakan system pendidikan Negara kita GAGAL? Ya, gagal. Sebab apa, system pendidikan sekarang ni telah banyak melahirkan graduan-graduan yang buang anak, melahirkan graduan yang berjaya dalam bisnes dadah, melahirkan graduan yang berjaya dalam mengimarahkan pusat serenti, melahirkan graduan yang sukses dalam lumba kuda, melahirkan graduan yang kompeten dalam arena sek bebas. Menurut Abu Hasan Ali An-Nadwi, sistem pendidikan sekarang dah gagal membentuk graduan yang menangis kerana buat dosa dan juga gagal dalam membentuk graduan yang takut kepda Allah. Bahkan menurut pemerhatian kasar MB, ada dari kalangan ahli akademik sendiri terlibat dengan polemic Ayah Pin suatu Ketika dulu. Apakah sistem pendidikan Negara kita sekarang ini dah tak lagi ampuh dalam proses memberi kenal pelajar-pelajarnya benar dan salah? Hak dan batil? Halal dan haram?


Kalau kita tengok kembali falsafah pendidikan Negara, memang baik belaka. Tapi persoalan sekarang, dimana berlaku kesimpangan pada matlamat? Baru-baru ni, kerajaan nak keluarkan lesen judi pertaruhan untuk piala dunia. Kalau diluluskan, MB cadangkan supaya pusat integriti yang ditubuhkan mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi dibubarkan. Tak payah buat. Buat apa nak buat kalau benda-benda macam ni diluluskan, sedangkan kita mahu Negara dan rakyatnya bersih; bersih dari sudut aqidah, bersih dari sudut ilmu dan pemikiran, bersih dalam tindak tanduk kehidupan. Lagi satu, dalam tahun ni kalau tak silap MB, kerajaan dah memperuntukkan sebanyak RM 7 billion kepada semua sektor kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi. Kira ok lah kalau dah bagi tu, stabil lah sikit ekonomi dan kewangan Negara. Tapi sekarang, kerajaan nak kita melabur pulak intensif-intensif yang dibagi melalui judi piala dunia tu? Tak ada maknanya Pakej Rangsangan Ekonomi tu…baik bagi MB je 7 billion tu, buat bayar PTPTN dengan pergi haji, hahaha.


Satu lagi indikator yang menyebabkan sistem pendidikan Negara ini gagal adalah; terberanaknya secara besar-besaran industri hiburan tanah air. Cuba sebut sikit apa program-program hiburan tu…AF1, AF2, AF3, AF4, AF5, AF6, AF7, AF8, Mentor1, Mentor2, Mentor3, OIAM1, OIAM2, OIAM3, MystarLG, Malaysian Idol, bintang tu, bintang ni, huuuuuuh, banyaknya, ni ada lagi yang tak tersebut. Kalau bab hiburan, MB sokong akan kata-kata Wardina Safiah. Dia cakap, seniman dan artis sekarang ni dah tak boleh nak dijadikan ikon dan contoh untuk rakyat. Betul, setuju sangat. Industri ni telah merencatkan perjalanan dalam membumikan falsafah pendidikan Negara. Ada tak budak-budak sekarang nak ambil orang akademik, orang jutawan, orang politik sebagai ikon dan contoh? MB berani kata, tak ada. Kalau ada pun, sikit sangat. Umat MB ni, khususnya Melayu-Islam dah terlalu sebati dengan bahan-bahan picisan macam ni. Sampaikan cara sikat rambut pun nak ikut mereka; kalau yang artis perempuannya ‘legging’, nanti adalah budak-budak yang mengekor.


Jadi, dalam isu pendidikan ni; MB tak tahu pihak mana yang harus dipersalahkan. ‘Seseorang’ telah memesongkan haluan falsafah pendidikan Negara. Tak tahulah sama ada ‘dia’ terlupa apa matlamat pendidikan Negara, atau ‘dia’ ada kepentingan tersendiri atau lain-lain lagi. Tapi secara kasarnya, matlamat yang sedia ada tidak dapat merintis jalan yang benar-benar berkesan dan terbaik, dan tidak dapat juga memimpin ‘individu tertentu’ dalam membentuk sikap sebagai seorang yang ada matlamat. Oleh kerana, ‘dia’ dah tak bekerja mengikut matlamat pendidikan Negara, boleh tak kalau MB tegaskan yang falsafah pendidikan Negara ni hanya jadi bahan politik kepada sesuatu pihak?


Ok, dah. 


Baiklah, MB ulang balik main idea MB dalam topik kali ni. Membina matlamat adalah tangga kedua dalam membina perubahan dalam dan luar diri. Ia bermula dari kesedaran sebagaimana yang MB tegaskan dalam post sebelum ni. Jadi, matlamat yang boleh dikatakan sebagai matlamat yang sebenar; adalah matlamat yang mampu buat kita bekerja keras, bersungguh-sungguh, dan mengerah sepenuh tenaga dalam mencapainya. Selagi mana matlamat yang kita ada itu tidak menjadikan seorang itu individu yang bekerja, maka ia tak layak untuk dipanggil sebagai matlamat. Itu adalah angan-angan


Huhu..dah panjang melalut nih, tak tahulah rakan-rakan sanggup baca sampai ayat ni. Haha. Tapi tak apa, saya dah sampaikan. Moga-moga rakan dapat point saya. Bajet macam ada orang yang baca jek. Hahaha.


Wallahu `aalaam.

Sudi-sudilah 'Like' post ni..

13 May 2010

Rasa-rasa Hidup

gambar hiasan carian google


Assalamualaikum wa rahmatullah. Bismillah. Untuk kesekian kalinya, alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur kita tujukan khas buat Allah; dengan izin dan kehendakNya, Allah bagi kita peluang lagi untuk hidup di muka bumiNya sampai saat kita menatap page ini. Sekalipun kita banyak buat salah, silap, dan khilaf; Allah masih tetap bagi lagi kita hidup dengan nikmat-nikmatNya, khususnya diri MB sendiri lah. Kepada rakan-rakan maya ataupun yang bukan maya; semoga rakan-rakan berada dalam keadaan sihat selalu dan semoga rakan-rakan berada dalam hidayah dan petunjuk Allah.


Rakan-rakan yang dihormati,


Sepanjang kita hidup di atas dunia setakat ini, memang kita tak nafikan, tanggungjawab, amanah, beban, dan tuntutan-tuntutan lain sentiasa mengiringi walau kemana saja kita pergi. Bahkan, hari demi hari, amanah dan tanggungjawab semakin bertambah. Tidak pernah berkurang. Tidak cukup dengan tanggungjawab dan amanah yang belum terlunas, Allah bagi lagi ujian dan dugaan dalam pelbagai bentuk untuk kita hadapi. Allah duga kita dengan kehilangan orang tersayang, Allah duga dengan kecacatan anggota badan, Allah duga dengan kesempitan rezki, Allah duga dengan layanan social, Allah duga harta yang bertimbun, Allah duga dengan penyakit-penyakit, Allah duga dengan kegagalan, Allah duga dengan macam-macam lagi lah. Suka kehendak Allah lah nak bagi ujian tu macam mana, kan?


Tapi, kadang-kadang, MB sendiri rasa penat nak hidup, penat nak galas tanggungjawab, penat nak melunasi amanah di bahu, penat nak menongkah ujian, penat nak layan tuntutan-tuntutan hidup. Bukan MB kecewa MB jadi sekarang ini, bahkan MB bersyukur MB jadi macam sekarang. Jadi macam mana? Debab? Hahaha…apa-apa lah. Bukan, maksud MB; kadang-kadang kita rasa tak kuat nak pikul kehidupan dan segala isinya ni serentak. Masalah yang itu tak selesai, masalah yang ini pula timbul. Cerita di sana tak habis, cerita di sini pula dah datang, kan? Hmm…tak apalah, MB gantungkan cerita rasa MB kat sini, lain kali MB sambung insyaAllah. Jom, kita layan lagu pulak. Hehehe…


Sebenarnya, MB nak cari lagu ‘Allahu Ghayatuna’ kat Youtube, tapi tak jumpa pulak kan. Cari-cari, tak jumpa; jadi MB ambil lagu ni lah bawak kat sini, Sunnah Berjuang. Dulu, lagu ni jadi lagu rasmi sekolah menengah MB dulu, MATRI. Jom kita santai-santai sikit. Zass…




Nasyid ni banyak mengimbau kenangan masa kat sekolah menengah dulu. Waktu perhimpunan nyanyi lagu ni, waktu 'rokol' nyanyi lagu ni. Hah, kalau rakan-rakan ada jumpa lagu ‘Allahu Ghayatuna…quraanuna dusturuna…’ kat Youtube, bagitau link dia kat MB, ya? Ok, MB mintak diri dulu...


Wallahu `aalaam.
Sudi-sudilah 'Like' post ni..

Aduh, apa yang dah aku buat ni...bingung...

Hari ini, untuk kesekian kalinya,
Aku sakitkan lagi hati sahabat aku…
Aku dah buat dia terasa dengan sikap dan perkataan aku…
Aku dah ulang balik apa yang dah aku buat kat dia…


Aduh, apa yang aku nak buat ni?
Apa yang harus aku lakukan…?
Bingung………………


Nak mintak maaf?
Aduh, kalau nak mintak maaf,
Termasuk ni dah berapa kali dah aku mintak maaf kat dia…
Kalau aku mintak maaf dari dia,
Nak ke dia maafkan aku lagi…?
Sesenang macam tu aje ke nak maafkan…??
Aduh, nak buat macam mana ni…


Ok, katakanlah dia maafkan,
Tapi besi yang bengkok,
Senang ke nak luruskan…??


Aduh, BINGUNG BINGUNG BINGUNG…!!!
Ya Allah…tolong aku…


Aku yakin,
Dia memang betul-betul terasa dengan sikap aku…
Ya Allah…nak buat macam mana ni…
Aku malu ya Allah nak cakap dengan dia lagi…

Memang tak lena aku tidur malam ni,
Asyik memikirkan dan menyesal
Atas apa yang dah aku lakukan terhadap dia…

Dia baik, dia penyabar, dia selalu tolong aku…
Tapi hari ni,
Ntah kenapa aku buat dia kecewa dengan sikap aku lagi…
Kenapa la aku ni suka buat orang lain sakit hati…?
Aduh, apa yang patut aku buat…

Bersemuka dengan dia??
Mesti bin konpem dia dah tak nak tengok muka aku lagi…
Buat tambah serabut dan kusut hidup dia je…
Aku pulak yang jadi kusut dengan apa yang aku dah buat…


Argh!!!
Aku kusut, aku serabut, aku dah tak tahu nak buat apa…
Tak apalah…kalau dia dah buang aku dari senarai kawan-kawan dia,
Apa boleh aku buat…tak apalah…
Aku pasrah…
Hmm...... :(


p/s :- kepada rakan-rakan semua, jagalah adab anda ketika bermuamalah dengan sahabat anda. jangan jadik macam MB. :( wassalamun alaikum.
Sudi-sudilah 'Like' post ni..

11 May 2010

Kawin oh kawin..

gambar hiasan hasil carian google


Assalamualaikum wa rahmatullah. Diharapkan semoga rakan-rakan berada dalam keadaan sihat sejahtera dan semoga berada dalam bimbingan dan petunjuk Allah. Hari ini, alhamdulillah syukur kepada Rabb dan Ilah; Allah, sebab dapat buat macam-macam perkara. Bermula dari bangun tidur, gosok gigi, mandi, sarapan, tidur lagi..hehe, dan macam-macam lagi lah. Semuanya sebab Allah bagi peluang untuk kita buat perkara-perkara tadi.


Topik apa yang saya nak sentuh ya?


Saya nak sentuh isu kahwin awal..haha. Bagi budak bawah umur, anda ditegah sama sekali untuk membaca entri ini. Kalau nak baca juga, sila dapatkan bimbingan dari penjaga anda yang boleh dipercayai..haha.


Kahwin awal, atau dengan bahasa yang lebih sopan; nikah awal jadi satu perkara yang mengganggu fikiran MB sejak akhir-akhir ini. MB ada ikuti beberapa perbincangan yang terdapat di facebook yang menyentuh bab ini. MB rasa memang bagus; segala alasan, sebab yang diutarakan tak dinafikan memang cukup untuk membuatkan seseorang itu patut dan perlu kahwin awal.


Tapi ada sesetangah bahagian, sebenarnya MB agak terkilan sedikit. Maklumlah, MB ni kan muda lagi..hehe. Pada pandangan MB, sebenarnya tidak cukup sekadar beri alasan-alasan untuk golongan muda kahwin awal. Point MB kat sini, “SHOW US THE WAYS”. Jangan hanya setakat memberi sebab musabab yang bombastik, tapi bagi dan tunjukkanlah juga jalan, ‘solutions’, ‘ways’, kaedah yang terbaik kepada kami ini (golongan muda) berkahwin a.k.a bernikah. MB ada sebut dalam post sebelum ini, janganlah jadi seorang doctor yang hanya tahu mengdiagnostik penyakit pesakit, jangan jadi doctor yang hanya tahu jual botol kosong, tapi berikan juga penawar dan ubat yang terbaik.


Melihat kepada sebab yang ditonjolkan, memang dah patut pun golongan muda berkahwin awal; tapi tak kan hanya berbekal sebab musabab itu kami terus mendirikan sebuah rumahtangga? Tak kan mahu golongan muda; yang setelah berkahwin muda atas sebab-sebab yang diberikan itu; terkapar-kapar dan bingung tak tahu nak buat macam mana untuk meneruskan langkah berumahtangga? Persoalan-persoalan yang macam inilah yang membuatkan MB terfikir sendirian. Jangan asyik nak sebut ‘tanggungjawab-tanggungjawab bla bla bla bla bla…’, cuba dalam situasi ini bagi idea dan tunjukkan jalan macam mana nak kendalikan tanggungjawab itu kepada golongan muda. Memang tak dinafikan, banyak aspek yang kena ambil kira, tapi tak kan golongan yang dah berpengalaman tak boleh kongsi atau bagi idea bagaimana mahu mengendalikan rumahtangga pada usia muda. Tengok sebab, memang dah mantop, tapi tak kan golongan yang berkahwin awal dibiar begitu tanpa jalan?


Kat sini, MB nak kongsi pandangan. Ingat, hanya pandangan MB semata-mata. Untuk mengambil pandangan MB sebagai rujukan utama adalah dilarang sekeras-kerasnya dan ini bukan pandangan profesional. Segala kerugian yang dialami adalah bukan berada dalam tanggungjawab MB…hahaha.


Bagi MB, masalah utama untuk golongan muda kahwin awal; sudah tentu adalah masalah kewangan. Dari mana nak dapat duit? Semuanya dah lah bukan free. Betul. Mulakan dari berjimat cermat. Kan duit PTPTN kan banyak. Duit pinjaman dari badan-badan lain kan ada lebih. Duit zakat pun dapat jugak, kan? Jadi, kalau nak kahwin sangat; berjimat, jangan tukar henset, jangan beli game, jangan asyik nak beli baju kasut seluar boot sneaker. Bukan maksud MB kedekut, makan maggi tiap-tiap hari, tak beli nota belajar, pergi kuliah tak wangi. Tapi maksud MB, belanjakan wang pada perkara yang utama dan penting. Lepas dah kumpul, katakan dah dapat RM 500, duit itu MB cadangkan kembangkan dengan cara buka akaun pelaburan am di mana-mana bank yang mengamalkan perbankan Islam. Ada sesetengah bank, paling minima RM 500 dalam akaun, ada yang RM 1000. Kemudian meterai kontrak untuk ikat duit itu selama 5 tahun atau lebih. Nak kurang pun boleh, tapi perempuan sekarang dah mata duitan; 2 ribu mana nak,,,hehe, mintak maaf orang perempuan. Kalau boleh, tiap-tiap bulan masukkan lagi duit ke dalam akaun itu; lagi banyak masuk, lagi banyak masyuk. MB cadangkan, kalau betul nak buat akaun pelaburan am ini, MB syorkan buka akaun di bank Public Mutual Bank, bagus bank tu, selalu dapat untung besar. Kalau nak tahu lebih pasal akaun ni, pergi bank sendiri, page ni bukan kaunter pertanyaan bank..haha.


Selain dari ni, MB juga cadangkan beli stock. Kalau akaun kita tadi dah sampai tempoh matang dan masih tak cukup, keluarkan wang dari akaun tadi dan ceburkan diri dalam urusniaga stock. Ini cadangan saja ya. Bila terlibat dengan jualbeli stock, ia melibatkan kemahiran-kemahiran tertentu dan ia juga mempunyai risiko-risiko yang tertentu. Ingat, ini cadangan saja.



Sebenarnya, banyak lagi yang nak kena sentuh. Contohnya, lepas kahwin nak duduk mana, nak makan apa, nak anak sekarang ke tak nak, nak sambung belajar lagi ke..dan macam-macam lagi. Serabut juga memikirkan masalah ni. Sebab itulah ramai orang hanya boleh bagi sebab-sebab yang bombastik untuk kahwin awal. ‘solution’ dia tak bagi. Memang tepat kalau MB gelar mereka sebagai ‘doktor yang jual botol ubat kosong’.


Bab-bab lain, kalau Allah bagi kesempatan; MB nak bincang lagi pasal bab ni. MB nak cerita tentang seorang kawan MB ni (lelaki) yang masa tu umur dia baru 21 tahun dan MB Ketika itu baru 18 tahun; dia dah kahwin…pergh, best betul. InsyaAllah, MB akan bawa cerita ini ke depan. Ok? Kalau ada apa-apa pandangan, bagilah. Jangan segan-segan. MB mintak diri dulu…


WaAllahu `aalaam.
Sudi-sudilah 'Like' post ni..

08 May 2010

Sayang Mak..

Assalamualaikum wa rahmatullah. Hai rakan-rakan, jumpa lagi. Semoga rakan-rakan berada dalam keadaan sihat walafiat dan semoga rakan-rakan berada dalam petunjuk dan bimbingan Allah selalu. Untuk hari  ni, alhamdulillah sebab Allah bagi lagi peluang untuk hidup hari ini; dan syukur juga sebab hari ni Allah masih lagi bagi guna nikmat-nikmatNya. Selagi hayat dikandung badan, selagi itu kita enjoy nikmat-nikmat yang ada, kan? Hehe.


Esok Hari Ibu, sebagaimana yang diuar-uarkan. MB tak tahu nak buat macam mana dengan sambutan esok. Sebab, sebelum-sebelum ni, MB tak pernah pun sambut hari ibu..hahaha..kejam. Bagi MB, hari-hari adalah hari ibu MB. Bukannya MB tak sokong dan memperlekah sambutan-sambutan macam ni, tapi ntahlah..tak tahu nak cakap macam mana. Tak kan hanya setiap 9 Mei, layanan kepada ibu kita lebih istimewa dan lebih ‘special’ dari hari-hari yang tidak dipromot sebagai hari ibu? Kan?


Tapi tak apalah..MB ikut-ikut sokong..hehe. Sebenarnya, kita dituntut untuk mengistimewakan ibu tiap-tiap hari, bukan setakat 9 Mei saja. Semua pun dah sedia maklum; Allah suruh kita muliakan ibu dan bapa; Nabi Muhammad juga berpesan pada perkara yang sama. Dan MB pun yakin, rakan-rakan pun tahu dalil-dalilnya…wah gitu.



Ada satu perkara disebalik hari ibu yang ‘mereka’ promosikan ini; apa dia? Mula dah nak melalut ni..haha..macam-macam. Hah, apa dia? Rakan-rakan perasan tak; ada pihak luar yang cuba membentuk budaya kita? Ya, ada orang lain yang menciptakan budaya untuk kita. Sebenarnya, kalau kita perhatikan dalam sejarah-sejarah lepas, mana ada orang dari kalangan kita (orang Islam) yang sambut hari itu dan hari ini, kan? Hari kekasih lah, hari bapa lah, hari bumi lah. Dari aspek ini, MB rasa memang fikiran kita (orang Islam) telah dijajah secara tak sedar. Padahal, selagi mana kita orang Islam; selagi itulah hari-hari yang dilalui adalah hari bapa hari ibu hari bumi hari itu dan hari ini. Allah sendiri pesan kat kita awal-awal; semua kerosakan kat atas muka bumi ini, semuanya adalah dari hasil kerja tangan kita; jadi maksudnya, Allah suruh kita jaga bumi ini molek-molek. Lagipun, kita ini adalah khalifah, ya tak?


Dari aspek lain, MB pun rasa ada eloknya kita sokong dan sahut kempen-kempen dan promosi mereka. Bukan kat sini MB nak jadi biawak lidah bercabang; MB cuba nak jadi ‘open minded’; dan ‘open minded’ tak bermakna liberal, kan? Apa yang dihidangkan di depan mata kita, nilailah dengan sehemat yang kita mampu. Ok, balik kepada topic..haha. pasal apa ya? Lupalah.


Oh ya, ingat dah. Seruan-seruan hari ibu, hari bapa, hari bumi dan yang seangkatan dengannya itu, bagi MB ada baiknya juga. Macam post MB yang sebelum ini, MB sentuh bab kesedaran; promosi-promosi macam ni kadang-kadang membantu diri kita dalam membina kesedaran. Contohnya; macam tayangan iklan dan video yang berkaitan dengan jasa dan pengorbanan ibu. Memang bagus. Lebih-lebih lagi drama yang dimainkan di tv, memang menangislah kalau Wan Maimunah berlakon jadi ibu..haha..Wan Maimunah is my favourite actress; lakonannya memang berkesan..hehe..selingan jep.


Apa ‘main idea’ nya kat sini? Fikirlah sendiri, itu pun nak bagitahu. Haha.


WaAllahu `aalaam.


♥ SELAMAT HARI IBU!! SAYANG MAK!! ♥
Sudi-sudilah 'Like' post ni..

05 May 2010

L . A . L


Assalamualaikum wa rahmatullah. Pertamanya, syukur alhamdulillah hari ini Allah bagi lagi kita hidup; hidup dalam keadaan kita boleh buat macam-macam, boleh cakap, boleh melihat, boleh jalan, boleh angkat tangan, boleh makan, boleh bernafas ikut hidung, boleh macam-macam lagi lah. Keduanya, semoga rakan-rakan berada dalam keadaan sihat walafiat dan semoga juga rakan-rakan berada dalam bimbingan dan petunjuk Allah.


Entah kenapa saya hari ini terdetik untuk kongsi satu perkara yang saya amat amat pentingkan. Saya nak cerita tentang sesuatu yang lebih bersifat ‘dalaman’ yang setiap orang ada, tetapi dia tak perasan kepentingannya. Saya nak berkongsi tentang KESEDARAN. Bagi saya, kesedaran ini amat penting. Sepanjang pengalaman saya yang tak berapa banyak; 6 tahun di sekolah rendah, 5 tahun di sekolah menengah berasrama, 3 tahun di kolej; saya berani katakan bahawa kesedaran itu adalah ‘basement’ bagi seseorang itu untuk bangkit. Ia satu elemen yang paling asas dalam membina diri dan kehidupan seseorang; tak kiralah orang itu pelajarkah, atau ahli ekonomikah, ahli politikkah, ahli akademikkah, atau juga ahli pembinaankah mahupun ahli bomba dan polis; semua langkahnya bermula dari kesedaran.


Sebab apa saya pilih kesedaran itu adalah tiang utama untuk berdiri, pasak utama untuk bangkit, anak tangga pertama dalam melangkah? Kenapa? Sebab, selama saya perhatikan diri saya sebagai seorang pelajar, saya sendiri bangkit dari macam-macam masalah bermula hanya dengan sekelumit kesedaran. Saya tak faham subjek yang diajar, saya sedar saya perlu lebih beri tumpuan pada subjek tersebut; ada orang lagi cekap dan mahir dari saya, saya sedar saya perlu lebih berusaha untuk jadi lebih baik dari dia; saya lihat senior-senior saya terkapai-kapai untuk melepaskan diri dari pointer cukup makan, jadi saya sedar saya perlu berusaha lebih untuk dapat ‘dean award’; saya lihat kawan-kawn saya tak pergi kuliah sebab main game sampai subuh, jadi saya sedar saya perlu jauhkan diri dari game…sekalipun kadang-kadang main NFSMW..hahaha. ok, dah, cukup saya cerita sikit pasal saya.


Kesedaran kesedaran kesedaran. Apa itu kesedaran sampai saya ambil kisah sangat?. Menurut kamus elektronik dewan bahasa kepala otak Musafir Bulat (seterusnya akan disebut MB), kesedaran itu ditafsirkan sebagai satu PERASAAN YANG MEMBUATKAN SESEORANG ITU KELUAR DARI KEPOMPONG LEKA, ALPA, DAN LALAI. Selagi mana seseorang itu ada kesedaran, sekalipun dia masih lagi duduk cun besanding dan hidup berselimut dengan LAL (Leka, Alpa, Lalai) dan tidak membawa diri dia keluar dari LAL itu, dia masih lagi belum dianggap mempunyai kesedaran yang betul-betul boleh dianggap kesedaran. Menurut MB, itu hanyalah sepinggan bebola tahi ayam yang hangat ‘coated with chocolate’. Emm, sedap.


Lapangkan dada, bukakan fikiran.


Kita halakan terus persepsi ‘KESEDARAN’ menurut kepala otak MB ke alam sosial. Kita dapat lihat dari satu sudut, bahawa di sana terdapat manusia yang bergelar pelajar sekolah rendah sudah pandai menghisap rokok (bagi MB, merokok adalah satu kesalahan; kalau orang lain tak tahulah). Di sana juga, terdapat manusia yang bergelar pelajar sekolah menengah sudah ada yang terlibat dengan aktiviti tuuuuuuut. Di sana juga, terdapat manusia yang bergelar siswa/i atau mahasiswa/i yang dah termasuk ke dalam reban dadah. Tapi sekarang, masalah-masalah ini dah tak boleh dibahagikan ikut kategori umur; semua (mereka-kereka itu) dah merasa. Dari pelajar sekolah rendahnya sampailah ke peringkat sarjana mudanya. Dari lepak-lepak sampailah kepada tuuuuuuuut, minum arak, dadah, bunuh, judi, lawan mak bapak? Tak yah cakaplah…selalu sangat. Apa yang pincang sangat ni? Mereka itu asset Negara. Mereka itu juga harta Negara. Apa yang terjadi sampai benda-benda macam ni boleh jadi kat mereka? Kes anak yang dibuang-buang, anak siapa? Pecahkan tabung surau dengan masjid, siapa yang buat? Yang ‘mengimarahkan’ jalan raya malam-malam, siapa? Yang ‘ambil’ cepat-cepat buah durian kat dusun Pak Seman, siapa? Tak kan saya? Hehehe.


Fikirkan, apa yang kurang, apa yang tidak ada, apa yang perlu ada.


Sekarang, mari kita lihat pula erti kesedaran dari kacamata MB dalam institusi kekeluaragaan dan rumahtangga. Baca tak akhbar Harian Metro dalam seminggu dua lepas? Kalau yang baca, mesti perasankan tentang laporan-laporan yang diketengahkan. Ada suami belasah isteri sampai matilah. Ada yang awek suami halau isteri si suami lah. Ada yang suami itu songsanglah. Ada yang cerai situ situ sana sini lah. Dan macam-macam lagilah. Lah lah lah lah. Heheh. Eh, bukan suami a.k.a lelaki yang terlibat, puak isteri pun apa hebatnya. Itu baru laporan dari Harian Metro, belum lagi BH, TS, NST, Kosmo, Sinar. Yang online tak masuk lagi. Yang tak termasuk sebab tak muat kertas tu tak termasuk lagi. Kalau nak sebut semua, mahu tak patah jari naip ni yop. Bab keluarga, cukup setakat ini.


Kita halakan pula kepada satu institusi yang penting dalam Negara, institusi ekonomi. Apa yang bobroknya institusi ini? Bagi MB (setakat yang MB tahu), ekonomi di Malaysia boleh tahan lah; sebab tukaran matawang asing negara masih lagi boleh kukuh dalam keadaan yang sangat-sangat ‘unpredictable’. Kegiatan eksport pun boleh tahan. Jadi, apa yang saya nak isukan disini? Isunya ialah, berapa banyak syarikat milik orang Islam yang menjaya dan mengukuhkan ekonomi Negara? setakat jual cengkodok kat tepi jalan Wong Ah Jang, boleh ke? Setakat jual rokok kat simpang Taman Guru tu, boleh ke? Bukan niat MB nak memperlekeh, tapi tak kan umat kita bisnes dia setakat jual gula-gula? Mari kita lihat beberapa kajian yang MB ketengahkan ini.


“Berdasarkan statistik tahun 2004 yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi menunjukkan pendapatan orang Melayu 37.5 peratus lebih rendah daripada orang Cina. Manakala pendapatan orang Melayu adalah 22.4 peratus lebih rendah berbanding orang India.”



“Berdasarkan data purata pendapatan bulanan mengikut kumpulan etnik utama pada tahun 2004 oleh Unit Perancang Ekonomi, purata pendapatan bulanan orang Melayu ialah RM2,711, orang Cina RM4,437 dan orang India RM3,456.”



“Amanah Saham Wawasan (ASW) 2020 yang bernilai 490 juta unit habis dilanggan oleh bukan bumiputera dalam masa 6 jam 10 minit sahaja. Pada 18 Julai 2007 lalu, sejumlah 500 juta unit Amanah Saham Malaysia (ASM) telah dilanggan oleh bukan bumiputera dalam masa hanya 39 minit sahaja.”



“Pada tahun 2004 menunjukkan kemiskinan orang Melayu adalah 8.3 peratus jauh lebih tinggi daripada orang Cina (0.6 peratus) dan orang India (2.9 peratus).”


Nak tahu lebih lanjut, klik sini. Jadi, macam mana sekarang?


Kita masuk bab lain pula, bab politik. Bab panas ini, politik lagi. Tak apa, kebebasan bersuara dijamin sebagaimana yang disebutkan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan…hehehe. Isu scorpene MB dah malas nak cerita. Isu NTV7 pun dah malas juga MB nak sibuk-sibuk. Kalau masuk dalam bab politik ni, MB selalu terfikir; mana-mana YB (bukan Yang Bulat ya, tapi Yang Berhormat) yang dah terlibat dalam arena panas ini, masing-masing ada banglo sendiri, masing-masing ada villa sendiri. Ingat lagi tak kes banglo berapa bilik ntah yang kat Klang beberapa tahun lepas? Itu milik YB tu. MB bukan tak kasi mereka nak beli itu beli ini, tapi MB hairan; tahulah elaun tu banyak, tapi sampai orang kata monopoli projek dan kawal badan-badan tertentu tu apa cerita?. Lagi satu, bagi rakyat Malaysia mesti dah masak sangat-sangat lah, bukan setakat dah masak, dah hangit agaknya..hehe; berkaitan pilihanraya. Nak PRU saja, jalan turap baru, projek-projek cepat-cepat buat papan tanda, bagi beras lah, itulah inilah. Kan? Apa makna? No komen.


Sekali lagi; fikirkan, apa yang kurang, apa yang tidak ada, apa yang perlu ada.


Dah fikir? Tak apa, sila simpan dahulu apa yang difikirkan. Sekarang adalah masa MB bercakap. Bagi MB, semuanya berpunca dari penyakit LAL; LEKA ALPA dan LALAI. LEKA dengan apa? ALPA dengan apa? LALAI dengan apa? Lu piker lah sendiri..haha. Macam ini, LAL ini sebenarnya adalah penyakit dari zaman Nabi Allah Adam lagi. Turun dan menurun sampai ke kita sekarang ini. Penyakit ini pernah dihidapi oleh masyarakat `Aad, pernah dihidapi oleh masyarakat Tsamud, juga pernah dihidapi oleh masyarakat Luth, juga pernah dihidapi oleh masyarakat Madyan, pernah juga dihidapi oleh adik beradik Nabi Allah Yusuf, juga pernah dihidapi oleh Qarun-Firaun-Haman, juga pernah dihidapi oleh masyarakat Saba’, dan sudah tentu dan terutamanya penghidap dan penyebar tegar virus LAL ini; Yahudi a.k.a Zionis al-mal`uunah. Wah, kita ni pewaris yang ke berapa lah yang mewariskan penyakit kuno ini.


Kenapa MB gambarkan LAL yang dikatakan penyakit atau virus yang diwarisi dari zaman berzaman melangkaui tamadun dan bangsa-bangsa agung dunia sebagai satu marabahaya? Kenapa? Tak apa, MB ringkaskan idea MB. Sebenarnya macam ini. MB rasa rakan-rakan pasti yakin bahawa tamadun Mesopotamia pernah wujud bukan? Tamadun Mesir juga pernah wujud bukan? Tamadun apa lagi ya, MB lupa lah. Persoalannya, kemana tamadun-tamadun tersebut pergi? Kemana tamadun-tamadun tersebut hilang? Yang tinggal Cuma taman tergantung Babylon dengan pyramid dan dengan sphinx, kan? Apa kaitan keruntuhan tamadun-tamadun dan bangsa-bangsanya dengan LAL? Apa rasionalnya?


Rasional dan kaitannya ialah, bagi MB; bangsa dan tamadun-tamadun tersebut LEKA, ALPA, dan LALAI dengan peringatan-peringatan yang Allah berikan. Oleh sebab mereka sudah obsess dengan kegahan tamadun yang mereka bina, oleh sebab mereka rasa sudah mencapai satu tahap hidup yang membanggkan, mereka fikir peringatan yang Allah sampaikan melalui para utusannya adalah satu pesanan yang akan memundurkan daya kreativiti dan kekreatifan pemikiran mereka. Allah pesan apa pada mereka? Allah Cuma suruh mereka ingat Dia, ingat akhirat, ingat mati, dan taat perintah Allah. Allah tak larang pun nak buat bangunan tinggi-tinggi, Allah tak larang pun buat kebun besar-besaran.



Saya bawa contoh tamadun Mesir. Mesir itu dahulunya sebuah Negara yang penduduk dan bangsanya beriman kepada Allah; kan Nabi Allah Yusuf yang perintah. Jadi, Allah bagi kemakmuran, sampai tujuh tahun kemarau pun seolah-olah macam tak ada kemarau, semua rakyat cukup makan. Dan masa terus berlalu sehingga Mesir diperintah oleh Ramses, firaun yang Allah sebut-sebut dalam al-Quran tu. Sekali dia perintah, apa yang jadi? Dia LEKA, dia ALPA, dia LALAI dengan ketamadunan yang dia anggap dia yang cipta. Dia rasa betapa diri dia itu sangat berkuasa sampai dia isytiharkan, dialah tuhan yang paling tinggi. Hebat. Setan pun tak mengaku tuhan. Hehe. Akhirnya Allah runtuhkan tamadun Mesir dengan penjajahan Rom seiring dengan Allah tenggelamkan firaun tu dalam Laut Merah.


Nampak tak point di sini? Apa punca LAL itu?


Ya. Materealistik. Mengecapi kebahagiaan dunia memang tak salah, bahkan Allah galakkan kita maju dan berharta banyak. Tapi jangan sampai over. Kalau dah syok sangat, tu yang jadi lain. Sampai anak tak kenal bapak, sampai emak tak kenal emak dia…kalau tak kenal sebab dah tua tak apa, ni lain ceritanya. Yup, MB nak tegaskan disini, AGEN PENULARAN VIRUS ‘L.A.L’ adalah CINTA DUNIA a.k.a MATERIALISTIK. Dunia dah buat hati orang-orang Islam terutamanya ialah MB sendiri kebas. Hati dah kebas dengan ke’syok’kan dunia, sampai kita terutamanya MB sendiri LEKA, ALPA, dan LALAI dengan segenap hal dari mengingati Allah dan peringatan-peringatannya. Hati dah kebas dengan dosa dan maksiat, sebab bila buat dosa dah tak rasa macam tu benda salah pula, kan kebas tu?


Sebelum MB nak tamat dan simpulkan buah fikiran MB, MB nak kongsi beberapa tip nak kongsi dengan rakan-rakan, bagaimana cara nak bangkitkan kesedaran kita. MB nak tegaskan, kesedaran ini bukan hanya semata-mata sedar dari sudut agama sahaja, tapi MB umumkan takrif kesedaran itu sebagaimana yang MB sebutkan kat atas tadi. Sedar dalam aspek pendidikan, sedar dalam aspek kekeluargaan, sedar dari aspek ekonomi, sedar dari aspek politik dan sedar dalam pelbagai skop hidup yang MB tak disebut lagi. Dan semestinya, kesedaran itu mesti dibina dahulu atas prinsip-prinsip yang Allah tetapkan. Bagi MB, cara yang paling praktikal ialah, (1) lihat apa yang sedang berlaku disekeliling kita dan kejadian yang telah berlalu. (2) fikir-fikirkan dengan akal yang matang, seimbang, dan waras apa yang kita lihat. (3) ambil sehelai kertas, tulis apa yang kita rasa dari pengamatan kita tadi.


Akhir kalam, agaknyalah kot..hehehe; bagi MB, kesedaran yang betul, yang benar-benar boleh dikatakan kesedaran adalah kesedaran yang MELAHIRKAN RASA KEBERTUNTUTAN YANG DALAM dan membuak-buak dalam diri untuk melakukan perubahan yang positif; rasa diri itu mahu saja terus bekerja demi perubahan yang dirasakan perlu untuk diubah. Diri itu rasa dia dituntut untuk melakukan sesuatu. Bila kita lemah dalam subjek tertentu, kita harus sedar bahawa kita harus mengatasi kelemahan itu, lalu kita ambil inisiatif untuk jumpa pensyarah, buat kajian di perpustakaan, berbincang dengan rakan-rakan dan lain-lain lagilah. Itu contoh, contoh ini memang sangat rapat dalam kehidupan MB, sebab MB sendiri pun masih seorang pelajar. MB yakin, dengan kesedaran yang benar-benar dalam erti kata kesedaran, Allah pasti akan menunjukkan jalan keluar dan dipermudah untuk mengorak langkah hidup yang seterusnya. Yup, yakin.


Huh, panjang betul post ini. Tapi tak apa, ini baru siri satu..haha. ada lagi yang panjang-panjang lepas ini. Dan MB harap, perkongsian sedikit dari hidup diri Musafir Bulat sendiri, ada gunanya walau sedikit. Tak nak guna pun tak apa, MB memberi apa yang MB ada. Nak ambil ke..taknak ambil ke..itu terpulang. MB tak ada kuasa.


Akhir kalam..ni betul-betul akhir punya..hahaha; selamat maju jaya. Kalau dia benar-benar dah ada kesedaran, MB yakin, potensi yang terpendam selama ini dalam dirinya pasti akan nampak dan keluar satu per satu. :) . Ya, mulakan hidup kita dengan bina KESEDARAN.


Wallahu `aalaam.
Sudi-sudilah 'Like' post ni..

04 May 2010

I Love You; Malaysia


Assalamualaikum wa rahmatullah. Semoga rakan-rakan berada dalam keadaan sihat-sihat selalu dan semoga rakan-rakan juga berada dalam bimbingan dan petunjuk Allah. Alhamdulillah, dah masuk bulan Mei. Alhamdulillah juga sebab Allah bagi lagi peluang untuk kita hidup sampai saat ini. Alhamdulillah juga sebab Allah masih lagi terus menerus tambah anugerahNya kepada kita. Banyak betul Allah dah bagi kat diri kita bukan? Bagi peluang dan kesempatan, bagi kemudahan dan kesenangan, dan macam-macam lagilah, tak tersebut. Yang penting, kita terutamanya saya; kena selalu sedar..kena selalu faham..kena selalu ingat; kenapa kita hidup, apa matlamat hidup, jalan hidup mana yang patut ikut…perkara-perkara ini, kita dan terutamanya saya; mesti kena ‘refresh’kan tiap-tiap hari. Kalau tak, rasa macam hidup ini ‘meaningless’. Betul…ini hanya perasaan saya semata-mata, tak tahulah rakan-rakan macam mana…heheh.


Nak cerita apa?


Tak ada cerita apa-apa. Cuma, sejak saya berblogging ni, rasa macam melalut-lalut pula menge’post’ post..hahah. sekarang, saya nak re-fokus kepada matlamat saya menjebakkan diri ke Dunia blog. Belakangan ini, kan Negara kita hangat dengan PRK Hulu Selangor, pengundi hantu lah, APCO lah, liwat lah, ugut bunuh lah, PDRM tak telus lah, kapal selam Perancis lah, dan macam-macam lagi lah. Saya tengok semua blog-blog yang mengupas isu-isu tersebut. Saya tak nafikan, memang ‘panas’..hahaha.


Apa yang saya dapat, Dunia blog ni memang ada peranan yang tersendiri, tak kisah lah blog ke web ke hape ke..asalkan itu adalah tempat melontarkan suara dan mengutarakan pandangan; macam-macam yang dimuntahkan. Ada yang baik tu, baiklah. Ada yang tak berapa molek tu, fikir dua kali lah. Kalau silap ayat je, silap hari bulan makan saman orang tu. Kebanyakannya yang saya lihat dan baca, subjek yang diisukan adalah tindakan atau hasil tindakan seseorang. Ada juga yang mengkritik peribadi-peribadi tertentu, tapi tengok individu tersebut macam selamber saje..agaknya dah lali kot dengan ayat-ayat macam tu..dah naik ketuat dah telinga dengan mata diorang..hahah. Tapi ayat diorang memang boleh buat saya percaya dengan akal rasional dan akal logik. Tak percaya? Cuba baca blog mereka…


Lain kepala lain otak.


Yup. Betul. Lain kepala, mestilah lain otak. Kalau dah lain otak, mestilah lain corak pemikiran. Kalau dah lain pemikiran, mestilah perangai pun seribu satu macam. Yang saya cerita tadi itu, semuanya otak politik-king..haha. sori ahli politik semua. Saya ada juga ‘jalan-jalan’ ke blog atau web yang berorientasikan ekonomi semata-mata. Memang sangat berguna. Mereka ajak kita berfikir 360 darjah. Tak kira lah, dari sudut permintaan ke, dari sudut pemasaran ke, dari sudut tenaga buruh ke, dari sudut ramalan akan datang ke, dari sudut instrument ke. Memang pemikiran mereka ni..ish..kalau tak disusun, boleh jadi kena jumpa psikiatrik. Yang penting, cara mereka ‘organise’ input dan output tu memang saya tabik, sekalipun saya ni ‘not bisnes oriented’..hahaha. Dah tak pandai, nak buat-buat pandai lak nak komen diorang.


Rasa-rasa, macam dah seminggu tak ‘post’ post kat MUSAFIR BULAT. Bukan apa, asset untuk saya blogging ni kat workshop..tengah repair, entah apa yang buat rosak. Tu yang tak ada feel nak post tu. Ini pun guna PC awam..maksud saya keluarga punya lah.


Tak puas hati lagi.


Saya merujuk kepada scenario semasa di Malaysia sekarang. Terutamanya lapangan politik. Tak salahkan saya sentuh bab ini? Kan ada kebebasan bersuara. Ya, kebebasan bersuara. Cerita pasal kebebasan bersuara ini, minggu lepas tak silap saya, ada seorang eksekutif penerbit NTV7 letak jawatan. Ada dengarkan cerita pasal ini? Saya tahu pasal ini semua dari blog, sebab rumah saya tak ada tv..ariel dia kena parang dengan ayah dulu..huhu. Kembali kepada topic, saya malas nak ulang balik siapa watak-watak yang terlibat dan plot-plot kejadian; makin di fikir, makin serabut kepala otak. Tapi kes ini, ada ‘value’ yang sangat tinggi bagi saya. Ada satu perkara yang boleh kita ambil buat renungan. Soal kredebiliti. Ah, malas saya cerita, buat penat je. Kalau saya cerita pun, saya komen pun, saya bagi pandangan pun, bukannya ada perubahan. Buat lagi sakit hati adalah. Apa yang penting kat sini, kerjasama…..heheh, democracy is no longer democracy.


Lagi satu, isu kapal selam Scorpene. Ya Allah hai……malu malu malu tahu tak. Macam mana boleh sampai ada skandal rasuah?? Sampai peguam Perancis datang sini buat siasatan. Hadoyh…………mesti masuk berita Dunia lah ni. Dahlah kita ni ‘negara Islam’, jadi pengerusi OIC pulak tu…buat rosak nama Islam, buat rosak nama Malaysia!!! Lagi satu, macam mana lah boleh ada kaitan dengan ‘al-mal`uunah’ Altantuya?? Hadoyh…pening pening…serabut serabut…apa yang boleh aku buat untuk Negara aku ni?? Kalau habis satu kes, lepas tu kes baru datang tak apa la jugak..ni kes lepas tak habis-habis lagi dah datang kes baru…what the hell is going on here??? Ni belum cerita pasal APCO lagi ni. Kang jadi lagi serabut kepala otak aku….*kan dah keluar aku*. Dah, cukup aku cerita. Lagi aku cerita lagi tinggi peratus aku bakal kena saman..hahaha.


Fikir-fikirkanlah. Cuba fikir, kita ni baru je nak membangun. Sedang menempa nama dengan sukan Komenwel, dengan hub halalnya, dengan apa-apa lagi lah. Kalau dah Negara kita ni terpalit dengan isu rasuah, agak-agaknya nak ke pelabur-pelabur datang kat Malaysia? Mereka paling tidak pun mesti fikir macam ni “owh, Malaysia…that nation is no longer fittable to us to invest. If we want to succeed there, we should hand them money below the pillow to get the project..think it wiser bro”…kalau nak tahu, Malaysia ni baru je nak membangun dengan institusi kewangan dan perbankan Islamnya. Tup tup..isu rasuah pula naik ke mata Dunia. Hmm…


Akhir kalam.


Seruan saya, kepada rakan-rakan terutamanya saya; fikirkanlah cara untuk bagi molek sikit Negara Malaysia kita yang tercinta ini. Seburuk manapun Malaysia ini, ia tetap Negara kita, tetap tanahtumpah darah kita, tetap jadi tempat kita kenal Islam, tetap jadi tempat kita kenal Allah, tetap jadi tempat kita kenal kehidupan, tetap jadi tempat kita kenal kawan-kawan.


Wallahu `aalaam.
Sudi-sudilah 'Like' post ni..