21 July 2010

Makan Pasir Berlauk Rumput

gambar hiasan diambil dari http://emlm.ws/


Assalamualaikum wa rahmatullah. Semoga rakan-rakan semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan semoga kalian jugak berada dalam bimbingan dan petunjuk Allah. Pertamanya, MB bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah memberi peluang kepada MB untuk hidup lagi pada hari ini; dan MB bersyukur jugak sebab Allah bagi lagi MB kesempatan untuk mengupdate page ni.


Kali ni, MB tak boleh nak lama-lama sangat. Sekejap je kot singgah kat sini dropping some text… OK lah… MB straight to the point; kat sini MB nak kongsi tentang perancangan kewangan. Perancangan kewangan ni penting. Sangat penting. Tidak terkecuali kepada seorang student; apatah lagi golongan yang bekerja, kan? Sebagaimana yang kita tahu, duit digunakan untuk banyak tujuan. Beli makanan, beli kereta, beli rumah, simpanan persaraan, dan semestinya kahwin dan lain-lain lagi.


Bagi golongan pekerja, sudah tentu sumber kewangan mereka adalah kerjaya mereka; dan bagi student pulak mungkin diperoleh dari PTPTN, yayasan negeri, badan-badan NGO, ahlong (eh?), atau mungkin jugak FaMa… persoalannya di sini, apa tindakan kita selepas kita memperoleh sejumlah wang?


Persoalan ini harus kembali kepada perancangan hidup kita dalam 2 atau 5 atau 7 atau 10 tahun akan datang. Short term planning; midterm planning; and long term planning. Rakan-rakan semua ada planning hidup tak? Untuk jangka pendek jangka sederhana dan jangka panjang, ada tak? Planning hidup mesti kena ada; kena rancang awal-awal. OK, pasal planning ni; MB akan cerita masa MB lapang nanti. Sekarang main idea nya adalah how to plan our financial.


OK… langkah pertama yang harus kita ambil setelah kita dapat wang atau income atau lain-lain; pastikan kita tolak tepi sejumlah wang untuk kita simpan. Bukannya bila kita dapat income dan kemudian kita belanjakan duit tu dan bakinya baru kita simpan; itu salah. Jelas tak? OK, tak apa. Kat bawah ialah equation yang sepatutnya kita buat.

ni yang tak betul



yang ni yang sepatutnya



Amacam? Ada faham ka sekarang? Emm… sebab tulah kebanyakan dari kita yang dah kering kontang sebab makan pasir berlauk rumput hujung-hujung bulan. Sebab, dia tak peruntukkan sebahagian dari income dia untuk kegunaan masa depan. Kalau lah hujung bulan pun dah ikat perut, macam mana nak kahwin dalam 3 tahun lagi…hehe. Kena plan betul-betul..dapatkan khidmat nasihat dari perancang kewangan yang bertauliah…


Wallahu `aalaam…



Sudi-sudilah 'Like' post ni..

16 July 2010

Mumtazah !! Mumtazah !!

Assalamualaikum wa rahmatullah. Hai, jumpa lagi rakan-rakan. Semoga rakan-rakan semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan semoga rakan-rakan berada dalam bimbingan dan petunjuk Allah. MB bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah memberi peluang dan kesempatan lagi kepada MB untuk hidup di saat ini. Dan MB bersyukur jugak sebab Allah S.W.T masih lagi perkenan untuk MB mengecap dan menikmati anugerah serta pemberianNya. MasyaAllah, memang banyak nikmat pinjamanNya.


Alhamdulillah, hari ni dah nak seminggu MB belajar di USIM dan dah hampir 2 minggu MB kat sini. Syukur kepada Allah yang telah memilih MB sekali lagi untuk hidup dalam suasana ilmu. MB akui, keterpilihan MB duduk di dunia ilmu adalah salah satu nikmat yang MB rasa cukup besar. Memang cukup besar. Tak tergambar perasaan MB bila Allah masih pilih MB duduk kat sini.




Ntah kenapa; tiba-tiba MB rasa seronok sangat dengan ilmu, semangat sangat-sangat nak belajar. Belajar dari professor-professor, belajar dari duktur-duktur. Ya Allah, betapa bahagianya berdamping dengan mereka. Terpancar dari raut wajah dan langkah mereka cahaya tsiqah dan hibah. Rasa diri ini cukup kerdil dan hina dibandingkan dengan mereka. Ilmu mereka, pengalaman mereka, pandangan mereka; subhanaAllah.


Segala puji bagi Allah S.W.T yang telah memberi MB kesempatan dan peluang semahal ini.


Kongsi rasa


Suasana kat sini memang best. MB dah jatuh cinta dengan tempat ni. Nak speaking arab dengan English pun tak malu dah. Semua orang layan balik kalau kita speaking. Muhadhir-muhadhir pun tetap layan jugak kalau MB cakap broken, haha.


Ingat lagi masa tengah rehat kat café fakulti; tiba-tiba datang seorang muhadhir datang makan semeja dengan MB. Dah lah muhadhir tu duktur dari Sudan, speaking arab dengan MB pulak tu..hadoyh, gelabah. Terpaksalah bukak gelanggang, hahaha. Alih-alih, dia cakap “mumtazah mumtazah!!”. Hush, seronok kalau kita speaking orang lain dapat faham. Nama muhadhir tu Dr. Elsaddig Dowelnor Abdelgader. MB admire dia, huhu.


Adab Penuntut Ilmu


Bila kita menjadi seorang penuntut ilmu, ada satu perkara yang MB sangat pentingkan pada diri MB. Adab. Bagi MB, adab sangat sangat penting dalam kehidupan seorang penuntut ilmu. Jujur MB nak cakap; MB pantang dengan orang yang tak beradab, dan MB sendiri mencari sahabat mengikut adab yang ada padanya.


Di kesempatan ini, MB sukacita nak berpesan kepada MB diri sendiri terutamanya dan kepada rakan-rakan MB; agar kita selalu menjaga adab sebagai seorang penuntut ilmu. Pertamanya; niat. Jernihkan niat adalah adab pertama dan utama bagi seorang pelajar. Niat harus betul. Niat mesti kerana Allah S.W.T. Niat menuntut ilmu mesti adalah untuk memperbaiki diri. Niat menuntut ilmu adalah untuk jadi orang yang beriman. Niat menuntut ilmu adalah untuk jadi hamba Allah yang bertaqwa. Inilah selalu pesanan ayah MB; selalu beliau pesan kat MB macam ni. Ayah MB cakap “Aji, abah nak Aji kat sana jadilah orang yang bertaqwa. Cukuplah taqwa saje yang Aji dapat kat sana, abah dah bahagia dah”. MB tersentuh dan terkesan dengan pesanan abah MB. Sayang abah…muah!!



Keduanya; hati. Hati ni kena bersih. Hati seorang penuntut ilmu mesti bersih dari maksiat dan bersih dari segala kedurhakaan kepada Allah S.W.T. Sebabnya; ilmu ni cahaya, manakala maksiat dan kedurhakaan itu pulak adalah kegelapan yang akan menggelapkan hati. Jadi, cahaya dan kegelapan tak boleh duduk sekali. Bukan apa, kita sebagai penuntut ilmu seharusnya beradab dengan ilmu. Sedangkan maksiat dan kedurhakaan kepada Allah sendiri akan menghilangkan keberkatan ilmu yang kita pelajari. MB teringat akan salah satu tazkirah dari Ustazah Azlina semasa MB masih di KIPSAS lagi. Beliau cakap “cukuplah seorang pelajar itu memelihara ilmunya. Apabila seseorang itu memelihara ilmu yang dipelajarinya, secara tak langsung dia memelihara dirinya jugak. Dan hanyasanya perkara yang boleh memelihara ilmu adalah berakhlak dengan akhlak seorang Muslim”. Betul apa yang Ustazah Azlina cakap. MB rindu nak dengar nasihat Ustazah…


Ketiganya; rendahkan hati, tundukkan hati, dan serahkan seluruh jiwa raga kita dalam proses menuntut ilmu. Dalam bab ni, MB sudi nak berkongsi kata-kata dari Imam Syafi’ei yang MB dapat dari Mudir MB dulu semasa di MATRI. Al-Imam rahimahullah berkata “ilmu itu tak akan kamu dapat sebahagian darinya, selagimana kamu tidak memberi seluruh jiwa raga kamu kepadanya – العلم لا يعطيك بعضه حتى تعطيه كلك”. Bila berhadapan dengan pensyarah; anggaplah diri kita ni kosong, bersedia untuk menimba ilmu darinya. Bila tengah kuliah; diam dan tumpu perhatian pada apa yang disyarahkan. Buat apa yang ditugaskan. Dan jangan lupa, senyum selalu… bila senyum, kita akan jadi tenang sikit dari biasa…hehe.


Contohi mereka


Cukuplah tiga perkara ini jadi peringatan untuk diri MB terutamanya setakat ini. Dan MB rasa, tiga perkara inilah adab-adab utama kita sebagai seorang pelajar bila menuntut ilmu. Bagi MB, cemerlang dalam lapangan akademik bukan satu pilihan kepada seorang penuntut ilmu; tapi adalah tanggungjawab yang sudah sedia tergalas di bahu kita.


Lihatlah Imam-imam mazahib. Semuanya mumtazah mumtazah belaka; tapi yang pasti, 4plat dan first class honor bukan matlamat mereka belajar. Mereka belajar untuk kebaikan dunia dan akhirat mereka, dan mereka belajar untuk memberi sumbangan kepada umat mereka. Dan syukur kepada Allah S.W.T, keberkatan ilmu mereka dapat kita rasakan hingga kini.


Last but not the least; MB harap sangat Allah bantu dan bimbing MB dalam menempuh samudera ilmu ini. Dan MB berdoa jugak, semoga rakan-rakan juga dipimpin Allah S.W.T. melalui jalan yang Dia redha. MB tak nafikan, kehidupan di sini perlu kepada mental yang kuat. Sangat kuat. Kalau tak pandai jaga diri, habis kita.


Ok lah, setakat ni jelah kali ni. Esok-esok jumpa lagi ya…


Wallahu `aalaam…


p/s: doakan MB di sini ya…………………………….


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

14 July 2010

Aku Kembali



Assalamualaikum wa Rahmatullah. Rakan-rakan semua apa khabar?? Sihat?? Aywah!! Semoga rakan-rakan semua berada dalam keadaan yang sejahtera selalu, dan semoga rakan-rakan berada dalam bimbingan dan petunjuk Allah. Segala puji dan syukur MB persembahkan kepada Rabb dan Sembahan MB; Allah S.W.T kerana dengan izinNya, MB masih lagi hidup sampai sekarang. Tambahan pula, nikmat-nikmat yang diberi tak pernah kunjung kurang bahkan semakin bertambah hari demi hari. Sungguh, tak setara nikmat yang Allah beri kepada MB ni andai durhaka dan maksiat sebagai imbalannya.


Fuhh.. rasanya dah cukup lama MB menyepi dari alam maya ni. Baru je dua minggu lebih. Hmm.. Sebenarnya, blog MB ni bukannya under heavy construction sangat pun. Cuma yang tengah constructnya hati MB ni ha. Agak celaru sikit sejak belakangan ini. Tapi sekarang, Alhamdulillah lah; under control…kot. Bukan apa, bukannya maksud MB nak tulis tu kena dari hati; tu pun MB setuju. Dan MB sentiasa berhati. Tapi bagi MB; hati yang gelap masakan mampu menerangi hati orang lain…kan? Tapi, hati yang gelap ini juga mesti diterangi. Untuk berinya cahaya supaya terang, hati harus duduk dalam satu proses. Proses apa? Haaa…proses membaikpulih… cuma, berikan ia masa...


Ok lah… Untuk hari ini, setakat ini dulu. MB sebenarnya ada banyak lagi yang nak dikongsikan. Biar perkongsian yang MB ketengahkan akan menjadi satu disiplin buat diri MB; apa yang kamu katakan, kamu harus buat. Dan mudah-mudahan, Allah beri kekuatan kepada MB khususnya dan kepada sahabat-sahabat MB amnya.


Wallahu `aalaam...jumpa lagi nanti...
Sudi-sudilah 'Like' post ni..