18 December 2011

CBP 2011 - Sedikit Komen


Assalamualaikum.


Sebelum saya nak sambung study balik subjek perakaunan perniagaan di mana esok ada test II, saya nak ambil kesempatan sedikit sahaja [ sedikit lah sangat ] untuk saya melontarkan pandangan saya berkenaan beberapa isu di Malaysia.


Pasal hudud kah? Eh, bukan. Saya bukan orangnya untuk berbicara secara tafsil.


Pasal undang-undang Lembaga Juru Komputer Profesional 2011 atau dalam bahasa inggerisnya Computer Profesional Board 2011 (CPB 2011). Masih dalam rang undang-undang lagi; belum digazetkan.


CPB 2011 ini, kandungannya antara lain ialah (1) mensyaratkan semua pihak yang ingin melibatkan diri dalam bidang pengkomputeran, diwajibkan mendaftar kepada CPB yang diwujudkan sebagai badan kawalselia seperti MMC bagi para doktor, Bar Council bagi pengamal undang-undang. (2) Sesiapa yang terlibat dengan perkhidmatan atau jual-beli komputer, perkakasan dan perisian akan diwajibkan mendaftar dengan CPB. Ini termasuklah syarikat milik tunggal, perkongsian dan badan korporat. (3) Di bawah CPB, penyedia perkhidmatan komputer ini akan dibahagikan kepada tiga golongan iaitu Pengamal Pengkomputeran Berdaftar, Profesional Pengkomputeran Berdaftar dan Penyedia Perkhidmatan Perkomputeran Berdaftar. (4) Tidak ada mana-mana entiti yang terlibat dalam Prasarana Maklumat Kritikal Kebangsaan - Critical National Information Infrastructure (CNII) dibenar menggunakan perkhidmatan pihak yang tidak berdaftar dengan CPB. Entiti CNII merangkumi bidang-bidang pertahanan dan keselamatan kebangsaan, perbankan dan kewangan, komunikasi dan maklumat, tenaga, pengangkutan, air, perkhidmatan kesihatan, kerajaan, perkhidmatan kecemasan, makanan dan pertanian. Yang tiada, tanah perkuburan sahaja. (5) Sekiranya melanggar peraturan yang yang ditetapkan di bawah Akta CPB2011, pihak yang berkaitan boleh didakwa di mahkamah dan sekiranya didapati bersalah, boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulanatau kedua-duanya sekali. [rujuk sini]


Saya tertarik kepada satu pernyataan di dalam artikel tersebut. Pernyataan itu berbunyi;



Sungguh, saya setuju dengan pernyataan tersebut bersandarkan pada ilmu yang saya pelajari. Persoalan di sini yang saya mahu ajukan kepada rakan-rakan ialah, sejauh mana penggazetan undang-undang ini memberi kesan kepada kehidupan kita dari sudut ekonomi.


Baiklah, saya akan cuba cerita step by step.


1. Secara lumrah, umum, dan diterima akal; industry perkomputeran dan ICT cepat berkembang dan berubah dengan inovasi-inovasi yang gempak-gempak. Juga, bidangnya terlalu luas. Mereka yang tiada sijil juga kadang-kadang lebih pakar dari yang ada sijil kelayakan. Ini menunjukkan industry ini lebih menonjolkan kepada kebolehan individu. Siapa cekap, siapa mahir, siapa power, siapa kreatif; dia dapat. Untuk memastikan para pengguna menerima produk perkhidmatan yang selamat dan berkualiti dari juru-juru komputer, tidak ada ‘pengawal’ yang lebih baik daripada persaingan dalam pasaran terbuka atau open market. Pengguna sendiri boleh menentukan kualiti dan tahap kompetensi seseorang jurukomputer dan pengguna mempunyai pilihan siapa yang mereka mahu gunakan. Dalam suasana persaingan yang efektif, kepentingan pengguna akan terpelihara.


2. Kemudian, apabila rang undang-undang tersebut Berjaya digazetkan; cuaca di dalam industry akan bertukar. Nak mencipta sesuatau yang baru akan menjadi sukar berikutan campurtangan kerajaan dalam mengolah inovasi mereka. Ini menampakkan satu lagi jenis sekatan ke atas inovasi di Malaysia. Bagi para pengguna pula, mereka terhalang untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik dan gajet yang tercanggih; dan ini menyebabkan industry perkomputeran dan ICT tidak mesra pasaran.


3. Hal ini akan menyebabkan para juru kompouter dan ICT akan mencari peluang yang lebih luas untuk mereka jual inovasi mereka. Oleh kerana di Malaysia ini punya undang-undang yang menyekat penjualan inovasi mereka, mereka akan mencari peluang di luar Negara di mana tiada sekatan yang seumpama di Malaysia dikenakan. Apabila mereka mencari peluang di luar dan mereka keluar meninggalkan Malaysia, Malaysia akan mengalami shortage pekerja mahir.


4. Apabila sumber pekerja mahir ini scarce, maka akan ramailah syarikat-syarikat, institusi-institusi, bank-bank, kilang-kilang berlumba-lumba untuk mendapatkan pekerja mahir tersebut. Ini akan menyebabkan syarikat-syarikat atau apa-apa entity bersedia untuk mengupah mereka dengan harga yang tinggi. Juru-juru computer pasti akan pilih tempat yang menawarkan upah yang tinggi kan. For sure.


5. Apabila sesebuah syarikat itu memberi gaji dan upah yang tinggi demi memperoleh perkhidmatan juru computer, maka kos untuk sesebuah produktiviti akan meningkat. Untuk menampung peningkatan dari sudut kos, syarikat tersebut terpaksa menaikkan harga produk dan servis yang dikeluarkan.


6. Maka, bagi rakyat, mereka tiada pilihan. Rakyat terpaksa membeli barangan tersebut di mana harganya telah naik. Maka situasi yang terjadi ini disebut sebagai INFLASI. Kita memang tidak boleh lari dari inflasi, tetapi kalau kadar inflasi itu tinggi; ia bukan suatu petanda yang baik dalam ekonomi Malaysia secara keseluruhannya.


Saya mahu tanya rakan-rakan. Sector mana dalam Negara kita ini yang tak guna kepakaran computer dan ICT? Nak buat kilang makanan pun perkhidmatan jurukomputer digunakan [untuk system mesin-mesin]. Nak buat bank pun perkhidmatan jurukomputer digunakan [security information]. Bar code di tesco pun gunakan perkhidmatan mereka. Nak auditing company pun guna software yang mereka cipta. Pejabat pos pun guna kepakaran mereka. Kiosk bookdrop dan pinjam buku pun guna juga kepakaran mereka. Nak format laptop pun gunakan perkhidmatan mereka. Jadi, serba serbi harga barang dan perkhidmatan akan naik disebabkan kos upah jurukomputer naik.


Err..faham tak? Kalau tak faham tak apalah. Saya budak baru belajar. Kalau ada salah, betulkan. Hehe.. Sebenarnya, akan ada banyak lagi consequencesnya. Tapi tak apalah, kira ini pun jadilah untuk dikongsikan.


Okay sudah. Nak basuh baju dan sambung study pula.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..