05 May 2010

L . A . L


Assalamualaikum wa rahmatullah. Pertamanya, syukur alhamdulillah hari ini Allah bagi lagi kita hidup; hidup dalam keadaan kita boleh buat macam-macam, boleh cakap, boleh melihat, boleh jalan, boleh angkat tangan, boleh makan, boleh bernafas ikut hidung, boleh macam-macam lagi lah. Keduanya, semoga rakan-rakan berada dalam keadaan sihat walafiat dan semoga juga rakan-rakan berada dalam bimbingan dan petunjuk Allah.


Entah kenapa saya hari ini terdetik untuk kongsi satu perkara yang saya amat amat pentingkan. Saya nak cerita tentang sesuatu yang lebih bersifat ‘dalaman’ yang setiap orang ada, tetapi dia tak perasan kepentingannya. Saya nak berkongsi tentang KESEDARAN. Bagi saya, kesedaran ini amat penting. Sepanjang pengalaman saya yang tak berapa banyak; 6 tahun di sekolah rendah, 5 tahun di sekolah menengah berasrama, 3 tahun di kolej; saya berani katakan bahawa kesedaran itu adalah ‘basement’ bagi seseorang itu untuk bangkit. Ia satu elemen yang paling asas dalam membina diri dan kehidupan seseorang; tak kiralah orang itu pelajarkah, atau ahli ekonomikah, ahli politikkah, ahli akademikkah, atau juga ahli pembinaankah mahupun ahli bomba dan polis; semua langkahnya bermula dari kesedaran.


Sebab apa saya pilih kesedaran itu adalah tiang utama untuk berdiri, pasak utama untuk bangkit, anak tangga pertama dalam melangkah? Kenapa? Sebab, selama saya perhatikan diri saya sebagai seorang pelajar, saya sendiri bangkit dari macam-macam masalah bermula hanya dengan sekelumit kesedaran. Saya tak faham subjek yang diajar, saya sedar saya perlu lebih beri tumpuan pada subjek tersebut; ada orang lagi cekap dan mahir dari saya, saya sedar saya perlu lebih berusaha untuk jadi lebih baik dari dia; saya lihat senior-senior saya terkapai-kapai untuk melepaskan diri dari pointer cukup makan, jadi saya sedar saya perlu berusaha lebih untuk dapat ‘dean award’; saya lihat kawan-kawn saya tak pergi kuliah sebab main game sampai subuh, jadi saya sedar saya perlu jauhkan diri dari game…sekalipun kadang-kadang main NFSMW..hahaha. ok, dah, cukup saya cerita sikit pasal saya.


Kesedaran kesedaran kesedaran. Apa itu kesedaran sampai saya ambil kisah sangat?. Menurut kamus elektronik dewan bahasa kepala otak Musafir Bulat (seterusnya akan disebut MB), kesedaran itu ditafsirkan sebagai satu PERASAAN YANG MEMBUATKAN SESEORANG ITU KELUAR DARI KEPOMPONG LEKA, ALPA, DAN LALAI. Selagi mana seseorang itu ada kesedaran, sekalipun dia masih lagi duduk cun besanding dan hidup berselimut dengan LAL (Leka, Alpa, Lalai) dan tidak membawa diri dia keluar dari LAL itu, dia masih lagi belum dianggap mempunyai kesedaran yang betul-betul boleh dianggap kesedaran. Menurut MB, itu hanyalah sepinggan bebola tahi ayam yang hangat ‘coated with chocolate’. Emm, sedap.


Lapangkan dada, bukakan fikiran.


Kita halakan terus persepsi ‘KESEDARAN’ menurut kepala otak MB ke alam sosial. Kita dapat lihat dari satu sudut, bahawa di sana terdapat manusia yang bergelar pelajar sekolah rendah sudah pandai menghisap rokok (bagi MB, merokok adalah satu kesalahan; kalau orang lain tak tahulah). Di sana juga, terdapat manusia yang bergelar pelajar sekolah menengah sudah ada yang terlibat dengan aktiviti tuuuuuuut. Di sana juga, terdapat manusia yang bergelar siswa/i atau mahasiswa/i yang dah termasuk ke dalam reban dadah. Tapi sekarang, masalah-masalah ini dah tak boleh dibahagikan ikut kategori umur; semua (mereka-kereka itu) dah merasa. Dari pelajar sekolah rendahnya sampailah ke peringkat sarjana mudanya. Dari lepak-lepak sampailah kepada tuuuuuuuut, minum arak, dadah, bunuh, judi, lawan mak bapak? Tak yah cakaplah…selalu sangat. Apa yang pincang sangat ni? Mereka itu asset Negara. Mereka itu juga harta Negara. Apa yang terjadi sampai benda-benda macam ni boleh jadi kat mereka? Kes anak yang dibuang-buang, anak siapa? Pecahkan tabung surau dengan masjid, siapa yang buat? Yang ‘mengimarahkan’ jalan raya malam-malam, siapa? Yang ‘ambil’ cepat-cepat buah durian kat dusun Pak Seman, siapa? Tak kan saya? Hehehe.


Fikirkan, apa yang kurang, apa yang tidak ada, apa yang perlu ada.


Sekarang, mari kita lihat pula erti kesedaran dari kacamata MB dalam institusi kekeluaragaan dan rumahtangga. Baca tak akhbar Harian Metro dalam seminggu dua lepas? Kalau yang baca, mesti perasankan tentang laporan-laporan yang diketengahkan. Ada suami belasah isteri sampai matilah. Ada yang awek suami halau isteri si suami lah. Ada yang suami itu songsanglah. Ada yang cerai situ situ sana sini lah. Dan macam-macam lagilah. Lah lah lah lah. Heheh. Eh, bukan suami a.k.a lelaki yang terlibat, puak isteri pun apa hebatnya. Itu baru laporan dari Harian Metro, belum lagi BH, TS, NST, Kosmo, Sinar. Yang online tak masuk lagi. Yang tak termasuk sebab tak muat kertas tu tak termasuk lagi. Kalau nak sebut semua, mahu tak patah jari naip ni yop. Bab keluarga, cukup setakat ini.


Kita halakan pula kepada satu institusi yang penting dalam Negara, institusi ekonomi. Apa yang bobroknya institusi ini? Bagi MB (setakat yang MB tahu), ekonomi di Malaysia boleh tahan lah; sebab tukaran matawang asing negara masih lagi boleh kukuh dalam keadaan yang sangat-sangat ‘unpredictable’. Kegiatan eksport pun boleh tahan. Jadi, apa yang saya nak isukan disini? Isunya ialah, berapa banyak syarikat milik orang Islam yang menjaya dan mengukuhkan ekonomi Negara? setakat jual cengkodok kat tepi jalan Wong Ah Jang, boleh ke? Setakat jual rokok kat simpang Taman Guru tu, boleh ke? Bukan niat MB nak memperlekeh, tapi tak kan umat kita bisnes dia setakat jual gula-gula? Mari kita lihat beberapa kajian yang MB ketengahkan ini.


“Berdasarkan statistik tahun 2004 yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi menunjukkan pendapatan orang Melayu 37.5 peratus lebih rendah daripada orang Cina. Manakala pendapatan orang Melayu adalah 22.4 peratus lebih rendah berbanding orang India.”



“Berdasarkan data purata pendapatan bulanan mengikut kumpulan etnik utama pada tahun 2004 oleh Unit Perancang Ekonomi, purata pendapatan bulanan orang Melayu ialah RM2,711, orang Cina RM4,437 dan orang India RM3,456.”



“Amanah Saham Wawasan (ASW) 2020 yang bernilai 490 juta unit habis dilanggan oleh bukan bumiputera dalam masa 6 jam 10 minit sahaja. Pada 18 Julai 2007 lalu, sejumlah 500 juta unit Amanah Saham Malaysia (ASM) telah dilanggan oleh bukan bumiputera dalam masa hanya 39 minit sahaja.”



“Pada tahun 2004 menunjukkan kemiskinan orang Melayu adalah 8.3 peratus jauh lebih tinggi daripada orang Cina (0.6 peratus) dan orang India (2.9 peratus).”


Nak tahu lebih lanjut, klik sini. Jadi, macam mana sekarang?


Kita masuk bab lain pula, bab politik. Bab panas ini, politik lagi. Tak apa, kebebasan bersuara dijamin sebagaimana yang disebutkan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan…hehehe. Isu scorpene MB dah malas nak cerita. Isu NTV7 pun dah malas juga MB nak sibuk-sibuk. Kalau masuk dalam bab politik ni, MB selalu terfikir; mana-mana YB (bukan Yang Bulat ya, tapi Yang Berhormat) yang dah terlibat dalam arena panas ini, masing-masing ada banglo sendiri, masing-masing ada villa sendiri. Ingat lagi tak kes banglo berapa bilik ntah yang kat Klang beberapa tahun lepas? Itu milik YB tu. MB bukan tak kasi mereka nak beli itu beli ini, tapi MB hairan; tahulah elaun tu banyak, tapi sampai orang kata monopoli projek dan kawal badan-badan tertentu tu apa cerita?. Lagi satu, bagi rakyat Malaysia mesti dah masak sangat-sangat lah, bukan setakat dah masak, dah hangit agaknya..hehe; berkaitan pilihanraya. Nak PRU saja, jalan turap baru, projek-projek cepat-cepat buat papan tanda, bagi beras lah, itulah inilah. Kan? Apa makna? No komen.


Sekali lagi; fikirkan, apa yang kurang, apa yang tidak ada, apa yang perlu ada.


Dah fikir? Tak apa, sila simpan dahulu apa yang difikirkan. Sekarang adalah masa MB bercakap. Bagi MB, semuanya berpunca dari penyakit LAL; LEKA ALPA dan LALAI. LEKA dengan apa? ALPA dengan apa? LALAI dengan apa? Lu piker lah sendiri..haha. Macam ini, LAL ini sebenarnya adalah penyakit dari zaman Nabi Allah Adam lagi. Turun dan menurun sampai ke kita sekarang ini. Penyakit ini pernah dihidapi oleh masyarakat `Aad, pernah dihidapi oleh masyarakat Tsamud, juga pernah dihidapi oleh masyarakat Luth, juga pernah dihidapi oleh masyarakat Madyan, pernah juga dihidapi oleh adik beradik Nabi Allah Yusuf, juga pernah dihidapi oleh Qarun-Firaun-Haman, juga pernah dihidapi oleh masyarakat Saba’, dan sudah tentu dan terutamanya penghidap dan penyebar tegar virus LAL ini; Yahudi a.k.a Zionis al-mal`uunah. Wah, kita ni pewaris yang ke berapa lah yang mewariskan penyakit kuno ini.


Kenapa MB gambarkan LAL yang dikatakan penyakit atau virus yang diwarisi dari zaman berzaman melangkaui tamadun dan bangsa-bangsa agung dunia sebagai satu marabahaya? Kenapa? Tak apa, MB ringkaskan idea MB. Sebenarnya macam ini. MB rasa rakan-rakan pasti yakin bahawa tamadun Mesopotamia pernah wujud bukan? Tamadun Mesir juga pernah wujud bukan? Tamadun apa lagi ya, MB lupa lah. Persoalannya, kemana tamadun-tamadun tersebut pergi? Kemana tamadun-tamadun tersebut hilang? Yang tinggal Cuma taman tergantung Babylon dengan pyramid dan dengan sphinx, kan? Apa kaitan keruntuhan tamadun-tamadun dan bangsa-bangsanya dengan LAL? Apa rasionalnya?


Rasional dan kaitannya ialah, bagi MB; bangsa dan tamadun-tamadun tersebut LEKA, ALPA, dan LALAI dengan peringatan-peringatan yang Allah berikan. Oleh sebab mereka sudah obsess dengan kegahan tamadun yang mereka bina, oleh sebab mereka rasa sudah mencapai satu tahap hidup yang membanggkan, mereka fikir peringatan yang Allah sampaikan melalui para utusannya adalah satu pesanan yang akan memundurkan daya kreativiti dan kekreatifan pemikiran mereka. Allah pesan apa pada mereka? Allah Cuma suruh mereka ingat Dia, ingat akhirat, ingat mati, dan taat perintah Allah. Allah tak larang pun nak buat bangunan tinggi-tinggi, Allah tak larang pun buat kebun besar-besaran.



Saya bawa contoh tamadun Mesir. Mesir itu dahulunya sebuah Negara yang penduduk dan bangsanya beriman kepada Allah; kan Nabi Allah Yusuf yang perintah. Jadi, Allah bagi kemakmuran, sampai tujuh tahun kemarau pun seolah-olah macam tak ada kemarau, semua rakyat cukup makan. Dan masa terus berlalu sehingga Mesir diperintah oleh Ramses, firaun yang Allah sebut-sebut dalam al-Quran tu. Sekali dia perintah, apa yang jadi? Dia LEKA, dia ALPA, dia LALAI dengan ketamadunan yang dia anggap dia yang cipta. Dia rasa betapa diri dia itu sangat berkuasa sampai dia isytiharkan, dialah tuhan yang paling tinggi. Hebat. Setan pun tak mengaku tuhan. Hehe. Akhirnya Allah runtuhkan tamadun Mesir dengan penjajahan Rom seiring dengan Allah tenggelamkan firaun tu dalam Laut Merah.


Nampak tak point di sini? Apa punca LAL itu?


Ya. Materealistik. Mengecapi kebahagiaan dunia memang tak salah, bahkan Allah galakkan kita maju dan berharta banyak. Tapi jangan sampai over. Kalau dah syok sangat, tu yang jadi lain. Sampai anak tak kenal bapak, sampai emak tak kenal emak dia…kalau tak kenal sebab dah tua tak apa, ni lain ceritanya. Yup, MB nak tegaskan disini, AGEN PENULARAN VIRUS ‘L.A.L’ adalah CINTA DUNIA a.k.a MATERIALISTIK. Dunia dah buat hati orang-orang Islam terutamanya ialah MB sendiri kebas. Hati dah kebas dengan ke’syok’kan dunia, sampai kita terutamanya MB sendiri LEKA, ALPA, dan LALAI dengan segenap hal dari mengingati Allah dan peringatan-peringatannya. Hati dah kebas dengan dosa dan maksiat, sebab bila buat dosa dah tak rasa macam tu benda salah pula, kan kebas tu?


Sebelum MB nak tamat dan simpulkan buah fikiran MB, MB nak kongsi beberapa tip nak kongsi dengan rakan-rakan, bagaimana cara nak bangkitkan kesedaran kita. MB nak tegaskan, kesedaran ini bukan hanya semata-mata sedar dari sudut agama sahaja, tapi MB umumkan takrif kesedaran itu sebagaimana yang MB sebutkan kat atas tadi. Sedar dalam aspek pendidikan, sedar dalam aspek kekeluargaan, sedar dari aspek ekonomi, sedar dari aspek politik dan sedar dalam pelbagai skop hidup yang MB tak disebut lagi. Dan semestinya, kesedaran itu mesti dibina dahulu atas prinsip-prinsip yang Allah tetapkan. Bagi MB, cara yang paling praktikal ialah, (1) lihat apa yang sedang berlaku disekeliling kita dan kejadian yang telah berlalu. (2) fikir-fikirkan dengan akal yang matang, seimbang, dan waras apa yang kita lihat. (3) ambil sehelai kertas, tulis apa yang kita rasa dari pengamatan kita tadi.


Akhir kalam, agaknyalah kot..hehehe; bagi MB, kesedaran yang betul, yang benar-benar boleh dikatakan kesedaran adalah kesedaran yang MELAHIRKAN RASA KEBERTUNTUTAN YANG DALAM dan membuak-buak dalam diri untuk melakukan perubahan yang positif; rasa diri itu mahu saja terus bekerja demi perubahan yang dirasakan perlu untuk diubah. Diri itu rasa dia dituntut untuk melakukan sesuatu. Bila kita lemah dalam subjek tertentu, kita harus sedar bahawa kita harus mengatasi kelemahan itu, lalu kita ambil inisiatif untuk jumpa pensyarah, buat kajian di perpustakaan, berbincang dengan rakan-rakan dan lain-lain lagilah. Itu contoh, contoh ini memang sangat rapat dalam kehidupan MB, sebab MB sendiri pun masih seorang pelajar. MB yakin, dengan kesedaran yang benar-benar dalam erti kata kesedaran, Allah pasti akan menunjukkan jalan keluar dan dipermudah untuk mengorak langkah hidup yang seterusnya. Yup, yakin.


Huh, panjang betul post ini. Tapi tak apa, ini baru siri satu..haha. ada lagi yang panjang-panjang lepas ini. Dan MB harap, perkongsian sedikit dari hidup diri Musafir Bulat sendiri, ada gunanya walau sedikit. Tak nak guna pun tak apa, MB memberi apa yang MB ada. Nak ambil ke..taknak ambil ke..itu terpulang. MB tak ada kuasa.


Akhir kalam..ni betul-betul akhir punya..hahaha; selamat maju jaya. Kalau dia benar-benar dah ada kesedaran, MB yakin, potensi yang terpendam selama ini dalam dirinya pasti akan nampak dan keluar satu per satu. :) . Ya, mulakan hidup kita dengan bina KESEDARAN.


Wallahu `aalaam.
Sudi-sudilah 'Like' post ni..

2 comments:

eqbalzack said...

salam...
abg eq terbaca anda punya blog di FB...
selamat datang ke dunia blog...
entry per-1 yang menarik...

Musafir Bulat said...

tkasih abg eq..hehe
sy bodo lg bab2 blog ni..
tu pon usha2 blog org laen..
nk editnye x pandai..huhu..
tksih sbb komen, abg eq..