28 March 2010

Suatu Ketika ke Kafe..


Assalamualaikum wa rahmatullah. Semoga rakan-rakan berada dalam keadaan sihat sejahtera dan semoga berada dalam bimbingan Allah.

Dalam tempoh saya mem‘pause’kan pembelajaran saya sejak habis dari kolej tahun lepas, saya dapati ada sesuatu yang berlaku dalam diri. Ya, kesedaran saya dan pemikiran saya berubah arah dan corak. Sebenarnya, perkara ini mula bermain-main di kepala sejak akhir tahun saya di kolej.

Kesedaran.

“baru aku tahu, umur duapuluhan ni sangat bahaya”. Ungkapan yang saya tak jangka akan keluar dari mulut seorang teman sekuliah. Saya terpana seketika, berfikir betapa benarnya kata-kata beliau. Sambil berjalan beriringan ke kafe, saya sempat meliriknya, memandangnya, tiba-tiba menjadi redup pandangan saya. Saya dapat rasakan, dalam dirinya sedang berlaku perang yang maha dahsyat sebagaimana yang saya alami. Dia pernah bercerita kepada saya, dia selalu rasa sakit hati, dirinya selalu rasa putus asa, dia juga sering terkontang-kanting dengan suasana. “pedih la hidup ni, razi”. Saya tak sanggup nak dengar bila dia berbahasa seperti itu, tertunduk saya sebentar menghela nafas. Saya faham apa masalah dia, sebab saya juga seperti dia; kami remaja yang berumur dua pulahan. Satu peringkat yang sangat kritikal dan genting dalam hayat seseorang baginya, dan bagi saya juga.

Antara saya dan dia, ada banyak persamaan. Pertamanya, sudah tentu kami ini lelaki. Keduanya, kami anak sulung. Ketiganya, kami teman dan rakan sekuliah dan se‘esaimen’. Keempatnya, umur kami sama. Kelima, kami ‘agak skema’ kot. Dan cukuplah yang keenam sebagai penutup, kami orang Islam. Kehadiran beliau dalam hidup saya, hanya saya rasai pada akhir semester saya di kolej.

Saya berani kata, apa yang membuat kami rasa agak tertekan dengan hidup ini, adalah kerana kami menggalas title ‘anak lelaki dan anak sulung’. Title ini membuatkan kami berasa perlu bertanggungjawab terhadap seisi keluarga pada masa hadapan. Bagaimana kehidupan ibu dan ayah, bagaimana kehidupan adik-adik yang lain. Kerunsingan kami ini membuatkan kami perlu fokus kepada pelajaran kerana kami percaya dan kerana kami dengar nasihat orang tua, bahawa ilmu akan membawa kebaikan kepada keluarga. Akhirnya, harga yang terpaksa kami bayar; kami tidak ramai kawan kerana kami kurang bersosial.

Back to the point, kesedaran.

Kesedaran yang dikatakan betul-betul sedar, adalah lahir dari hati dan jiwa yang berpegang teguh kepada pautan yang kukuh. Rasa awas terhadap kadar pegangan sesuatu nilai hidup, menjadi kayu ukur kepada aktiviti hidupnya; itulah kesedaran. Bagi mereka yang tiada kesedaran atau kurang kesedaran, puncanya satu sahaja; nilai hidup yang dipegangnya itu tidak jelas atau berterabur atau terus tidak ada langsung.

Ya. Bagi teman saya itu yang sudah sedia tergalas tanggungjawab dan harapan keluarga, beliau sedar yang beliau kini sedang meniti usia yang penuh onak dan duri. Lihatlah kini, betapa ramai remaja seangkatan kita di luar sana yang saya pun tak tahu nak cakap apa, mana tahu saya tergolong dari kalangan mereka. Saya sendiri akui bahawa saya takut menghadapi hari esok; entah apa ujian dan mehnah yang akan menduga diri, entah apa bentuk badai dan ribut yang akan menjengah. Takut-takut tewas, takut-takut kalah dan mengalah, takut-takut lemas dan hanyut. Mana tidaknya; soal hati, soal kredibiliti, soal karier, soal pelajaran, soal wang. Semua harus dihitung secermat yang mampu. Dan kesemuanya adalah tuntutan yang dianggap penting bagi seorang lelaki, kami lah tu. Soal hati? Tak perlu cerita.

Berat.

Kami sedar yang kami hidup berteman amanah dan tanggungjawab. Kami sedar masa amat pantas berlari. Kami sedar bahawa kami perlu dan mesti bekerja keras. Kami sedar yang kami harus fokus dan tumpu pada matlamat. Kami juga sedar bahawa pada masa yang sama kami tidak boleh biarkan suasana melarutkan kami. Kami sedar bahawa betapa gentingnya realiti dunia sekarang. Kami sedar, jikalau kami tidak bertindak awal, kami akan ketinggalan. Kami sedar, kami perlu pandang jauh kehadapan. Kami sedar, yang suatu hari nanti kami akan jadi dewasa; perlu ada keluarga, perlu ada apa yang patut ada. Kami sedar, semakin kami membesar, semakin bertambah tanggungjawab. “humph”. Mengeluh kecil teman saya itu. Benar, rasa berat bukan hidup ini?

Biarkan kesedaran itu timbul. Dan biar kesedaran itu memacu amal dan usaha. Di sinilah baru terlihat peranan kesedaran itu. Pohon amal itu, kesedaran; rerantingnya adalah ilmu; dedaunnya adalah kefahaman; buahnya adalah amal; maka benihnya adalah dari hati yang hidup. Andai benih mati dan rosak, masakan pohon itu tumbuh dan hidup subur.

Akhir bicara dari saya; arigato, sahabatku..
Sudi-sudilah 'Like' post ni..

18 March 2010

Ikan Pekasam


As-salamualaikum wa rahmatullah... al-hamdulillah, wa ash-sholatu wa as-salaam `ala rasulillah...


Semoga rakan-rakan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, dan semoga kalian semua berada dalam bimbingan dan petunjuk Allah.


Ada satu ketika, kita menyedari bahawa diri ini terlalu banyak kelemahan. Terlalu banyak melakukan kesilapan. Terlalu banyak melepaskan peluang. Saat itu kita akan sesali satu demi satu perkara yang telah dilalui. Mahu saja diundur masa memperbetulkannya, agar semuanya berjalan dengan sempurna dan baik. Namun, kudrat sebagai seorang manusia, makhluk dan hamba membatasi segalanya. Masa depan masih lagi tidak diketahui dan pastinya ia akan datang kepada kita. Dan sekali lagi, kita putikkan harapan agar yang mendatang ini akan lebih baik dari yang lepas.


Sekarang ini, saat yang kita hidup tika ini; adalah harapan sesaat sebelum sekarang, harapan semalam, harapan seminggu lepas, semangat sebulan lepas, iltizam tahun lepas, dan cita-cita sepuluh tahun lepas. Ya. Dan bagi mereka yang insaf, mereka akan bertanya pada diri mereka sendiri, “sejauh mana ia terlunas sehingga saat ini?”. Satu ketika dahulu masa saya masih kanak-kanak, al-marhumah nenek saya selalu bertanyakan saya, “Ji….esok besar Aji nak jadi apa?” “urmm..esok besar, Aji nak jadi tukang urut, Aji nak jadi engineer, Aji nak jadi doktor, Aji nak jadi cikgu, Aji nak jadi perdana menteri, Aji nak jadi usahawan” “banyaknya cita-cita Aji…hurmm..kalau macam tu, Aji kena belajar rajin-rajin, jangan malas-malas, nanti biar pandai, ha..lepas tu Aji boleh jadi engineer, Aji boleh jadi cikgu..”.


Nak jadi dan nak jadi.


Zaman kanak-kanak, semua benda mahu jadi. Jadi itu, jadi ini. Rasa seronok melontar ayat dan rasa bahagia berimaginasi ketika itu. Dan kembali kepada realiti kita saat menatap page ini, sudah lebih dari tiga belas tahun masa meninggalkan dari detik tersebut. Dalam tempoh itu, macam-macam yang telah dilalui. Sehingga tempoh tiga belas tahun itu menjadikan kita yang sekarang ini. Terasa sekejap bukan. Dulu kita kanak-kanak hingusan bermain tanah dan lumpur, dan sekarang kita sudah besar, seorang remaja juga seorang dewasa muda. Cuba kita ambil masa sebentar, duduk di pepenjuru rumah, renung dan buka kembali riwayat hidup kita setakat ini. “Sejauh mana yang telah aku pergi? Sebanyak mana yang telah aku peroleh? Setinggi mana yang telah aku capai?”. Saya mengaku, bila saya jawab soalan ini, saya berasa tiapa apa-apa yang telah saya raih selama ini. Bahkan, saya rasa tertekan kerana banyak lagi tuntutan hidup yang belum terlaksana. Itu satu hakikat bagi saya.


Untuk menjawab soalan ini, bagi saya, kita perlu melihat dari dua sudut yang berbeza. Sudut pertama, kita harus terima bahawa semua itu adalah anugerah Allah. Allah berhak untuk segalanya. Perancangan, perlaksanaan dan kadar adalah di bawah kuasa mutlak Allah. Kita tak boleh pertikai dari sudut ini. Itu dari sudut pertama.


Yang kedua adalah diri kita sendiri. Ya, sikap kita. Persoalkan sikap kita selama ini. Adakah sikap kita selari dengan impian kita selama tempoh tiga belas tahun lepas? Ataukah sikap kita melintang arah dari cita-cita ‘nak jadi, nak jadi dan nak jadi’? Jawablah jujur, jangan tipu hati dan diri kita. Jawapan saya; ya, dalam tempoh tiga belas tahun itu, cerita hidup saya tak semuanya terarah kepada matlamat dan cita-cita.


Sikap.


Satu persoalan besar dalam hidup kita. Oleh kerana sikap saya sendiri juga tidak sebetul mana, jadi adalah lebih elok saya kongsikan seperanggan kata dari tulisan Dr Ibrahim Al-Qua'yyid dalam karangannya berjudul 10 Kebiasaan Manusia Berjaya Tanpa Batasan untuk sama-sama kita renungi. Katanya;


“Kejayaan adalah sejumlah kebiasaan yang harus dilakukan dengan baik kerana kebiasaan dan penerapannya atau pelaksanaannya dalam kehidupan itulah yang akan menentukan keberhasilan atau kejayaan seseoarang baik berkaitan dengan status sosial, kedudukan ataupun keahlian dalam melakukan tugas.”


Jadi, bagaimana? Teruskan berfikir, teruskan merenung dan buatlah apa yang selayaknya kita harus buat.


Tambahan.


Impian yang kita simpan dulu; kita akan selalu tanamnya dalam hati, dan bilamana kita bicarakannya kita tersenyum terkenangnya, terhibur dan seronok mengimaginasikannya kembali. Serupa seperti ikan pekasam; semakin lama diperap dalam tempayan, lagi sedap kalau dimakannya akan datang. Oleh itu seruan saya, simpanlah segala cita-cita, impian, dan harapan anda, semakin lama anda simpan (tak payah jadikannya realiti), tentu lebih seronok dan tergelak seorang-seorang menemani kesunyian hari tua anda.


Salam ikan pekasam.

Sudi-sudilah 'Like' post ni..

15 March 2010

Maher Zain: For The Rest of My Life

Asslamualaikum wa rahmatullah.

Semoga rakan-rakan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, dan semoga kalian semua berada dalam bimbingan dan petunjuk Allah.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur alhamdulillah. Hari ini saya tak tahu apa yang telah terjadi pada diri saya. Saya rasa lain sangat hari ini. Salah satu asbabnya, saya jumpa dengan orang yang saya rindui, saya jumpa dengan orang yang saya kasihi suatu hari dulu. Tapi sekarang dia sudah tiada di sisi. Tidak mengapa, semoga Allah redhai pertemuan dan perpisahan kami.

Mari kita bersantai sejenak. Kita dengar lagu ni. Lagu ni bagi saya memang best. Lirik dia, lagu dia; memang memabukkan kepada sesiapa yang faham. Ah..!! memang best. Bawah ni lagu dia. Selamat ber'layan'.

p/s: semua lagu Maher Zain memang best, "hold my hand", "insya Allah"..semua sedap di dengar dan bagus untuk dijadikan renungan; tapi saya nak share lagu ni; yang lain cari sendiri.



For The Rest Of my Life
Sudi-sudilah 'Like' post ni..

12 March 2010

corat coret dari alam persahabatan saya..

Assalamualaikum wa rahmatullah.

Al-hamdu Lillah, wa asy-syukru Lillah.

Semoga rakan-rakan berada dalam keadaan sihat sejahtera, dan mudah-mudahan rakan-rakan semua masih lagi setia melaksanakan suruhan Allah. Wa ba`ad.


Hidup saya nampaknya Allah beri lagi hari ini. Saya berterima kasih kepada Allah, tapi masih lagi diri ini tidak putus-putus melangkaui batasanNya. “Hamba jenis apa aku ini?”.

Persahabatan yang paling agung yang saya tahu setakat ini, adalah persahabatan antara Raulullah s.a.w dengan Sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq. Percaya antara satu sama lain, tsiqah, susah dan senang sama-sama, hatta hidup dan matinya pun sama-sama. Lihat saja bagaimana kisah mereka berdua dalam peristiwa Isra’ dan Mii’raj. Renungkan pula bagaimana mereka berdua dalam peristiwa Hijrah. Telusurilah juga kisah peperangan yang mereka hadir bersama. Sekalipun Raulullah telah wafat, Sayyidina Abu Bakar tidak berpaling tadah dan arah. Setia dengan pegangan dan ajaran sahabatnya.

Bagi saya, mereka adalah contoh ulung dalam sejarah manusia. Ini bukan cerita dongeng. Ini bukan serita rakyat. Ini bukan juga kisah penglipur lara. Kisah ini adalah haq, dan kewujudan mereka berdua adalah haq. Jangan ragui.

Persahabatan yang hakiki, lahir dari hati-hati yang ikhlas mengharap kebaikan di dunia dan akhirat, macam Rasulullah dan sahabat-sahabatnya. Saling lengkap melengkapi, nasihat menasihati, tegur menegur, saling faham memahami, bertolak ansur dan bersangka baik. Inilah tuntutan seorang sahabat terhadap seorang sahabat yang lain. Nampak senang, tapi sukar sebenarnya mahu dibumikan. Contoh terdekat adalah diri saya sendiri. Susah nak bersangka baik dengan teman dan kenalan. Tak tahulah kenapa, dan saya tahu sikap ini harus diubah dan kena tempat.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dua kisah.

Ada satu kisah yang berlaku dalam hidup saya ketika berada di kolej. Saya tak tahu pun yang dia ni terasa. Seminggu lepas itu baru saya tahu yang dia kecil hati pada saya. Mulanya macam ni. Saya dengan seorang sahabat ini ditugaskan untuk buat esaimen sama-sama, esaimen SKI. Esaimen ni tajuk dia kes-kes yang boleh dibicarakan. Saya tanya dia, dah siap ke belum? Saya ada bahan sikit ni. Sahabat saya cakap, beres, dah siap la maknanya tu. Sebab saya percaya kat dia. Saya pun tanya apa point yang dia isi. Dia cakap apa entah, saya pun tak ingat. Jadi sampai satu masa itu, tibalah waktu present. Tapi sebelum itu, dia suruh saya buat lakaran pembentangan. Jadi saya cakap kat dia, nak mintak point yang dia tulis kat esaimen tu, nak tulis kat kertas mahjong. Dia cakap, tak payah lah, awak buat kes-kes Islam yang boleh dibicara. Ok, saya pun buat. Dan dia pun buat jugak. Dan saya tak tahu menahu apa yang dia buat. Saya buat apa yang dia suruh. Sampai turn saya dan sahabat saya ni present, kami pun bentang lah. Mula-mula saya yang bentang dulu. Saya tengok muka lecturer, dah berkerut dahi dah. Lepas tu sampai turn dia. Dia pun bentang, dan makin berkerut seribu muka muka lecturer tu. Sekarang, sampai masa lecturer tu ulas, dan segala-galanya memecahkan tembelang group esaimen kami. Sahabat saya itu copy bulat-bulat entah dari mana dan saya tak buat kerja. Hahaha. Sejak hari itu, sahabat saya ni mula tak tegur saya. Bila berselisih di jalan, dia buat dokno. Saya pun pelik dan hairan, kenapa dia macam tu. Saya fikir dan fikir, saya rasa saya tahu apa jawapan dia. Saya tak cover dia waktu kene paku dengan lecturer tu. Dah lah dia buat sorang-sorang, lepas tu letak nama saya free-free, lepas tu kena maki kaw kaw lagi, ditambah dengan saya tak backup dia, dahlah dia yang adjust kelas kat dk4 (sebab kaki saya patah, bersemen dan bertongkat, tak boleh naik tangga), macam ni pulak saya balas. Baru saya sedar, dan saya pun diam dengan dia sebab saya tahu saya salah. Lama-lama, dia tegur saya balik. Saya tahu saya dah sakitkan hati dia. Tapi agaknya, dia dah lupakan kot. Dan sekarang, kami baik macam semula. Saya selalu ziarah bilik dia, dan hasilnya saya jadi tempat dia melepaskan maki dan geram dia kat orang lain. Tak apa, saya seronok dan saya tadah ajalah telinga saya. Dan sampai sekarang, dia selalu ambil tahu perkembangan saya, nasihatkan saya, belanja cikedis. Saya harap, persahabatan saya dengan dia, ikhlas semata-mata kerana Allah, mengharapkan kebaikan di dunia dan akhirat. Kalau dia baca post ni, saya nak dia tahu bahawa saya tak menyesal berkawan, berkenalan, dan bersahabat dengan dia. Dan saya nak dia tahu, saya tak mampu nak balas segala jasa dia kat saya dan saya berterima kasih sangat-sangat. Mudah-mudahan Allah murahkan rezki sahabat saya ini di dunia dan akhirat nanti.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Ada satu lagi kisah dari saya, tapi bukan sahabat saya yang tadi. Yang ini datangnya dari sebelah daerah saja. Dia ni memang seorang yang baik, ramai kawan dan ramai kenalan. Memang satu kebolehan dia, dia pandai masuk dan layan semua orang, saya tak nafikan. Kami berbaik-baik sebelum saya eksiden lagi. Entah macam mana saya kenal dia, saya pun tak tahu. Masa Allah izin kaki saya patah dan terlantar dirumah lebih kurang 6 bulan, dia selalu mesej bertanya khabar dan nasihat yang tidak putus-putus. Rasa tenteram sikit hati dengan dugaan berat yang Allah bagi ini. Ketika kaki saya masih lagi bersemen, saya ambil keputusan untuk pergi ke kolej menyambungkan pembelajaran saya lagi. Saya masuk lewat dua minggu. Dan ketika saya berada di kolej sepanjang saya bersemen kaki, dialah yang selalu belikan makanan saya. Sarapan, tengah hari, makan malam hatta makan untuk sahur dan berbuka pun dia belikan. Sampai satu masa, saya ambil keputusan untuk jauhkan diri saya dari dia. Sebab apa? Sebab bagi saya kalau saya rapat dengan dia lagi, dia asyik akan tolong saya saja. Bodoh tak saya masa itu? Bodoh kan. Selama tiga semester kami tidak bertegur sapa. Sampai habis pengajian di kolej, baru kami berbaik kembali. Akibat dari sikap bodoh saya tersebut, dia cakap dia sedih sangat sebab saya tinggalkan dia. Saya bersalah sangat dan sayalah penyebab kepada salah satu tugasan penting dia tidak dapat disiapkan pada waktu yang ditetapkan. Selepas dari itu, kami berbaik semula dan dia selalu bertanya kepada saya, adakah dia ni layak jadi sahabat buat diri saya. Saya kata ya, sebab ketika saya susah, dia selalu tolong saya, nasihatkan saya. Setiap kali berjumpa, dia selalu tanya soalan itu dan saya jawab sebagaimana saya patut jawab. Akhirnya satu malam, dia tanya saya soalan yang sama melalui mesej. Padahal saya dah ingatkan kat dia jangan tanya soalan macam tu lagi sebab saya dah jawab sebelum ini dan saya penat nak ulang balik. Akhirnya, saya jawab dalam keadaan berang sangat. Nak bersahabat dengan saya silakan, dan kalau taknak bersahabat dengan saya sila tinggalkan saya. Dan ada lagi mesej yang saya balas yang ayatnya memang bagi saya sendiri kalau dapat sakit hati jugak. Dan sampai sekarang dia diam dengan saya. Saya ni tak sabar macam dia. Bila saya teringat yang dia selalu belikan makanan untuk saya tiap-tiap hari, saya rasa bersalah sebab tak sabar nak jawab soalan dia. Kalau dia marah pada saya, saya redha sebab saya tahu saya salah; tak sabar. Kalau dia baca post saya ini, saya harap dia dalam keadaan sihat selalu. Saya memang terhutang budi dengan dia banyak sangat dan saya tak mampu membalas segala jasanya dan saya selalu buat dia tersinggung. Saya berdoa semoga Allah bagi yang terbaik dalam hidup dia, semoga Allah anugerahkan dia kecemerlangan di dunia dan akhirat, semoga Allah pelihara hati dan jiwanya, semoga Allah limpahkan rahmat dan kasih sayangNya, dan semoga Allah balas dengan kebaikan atas jasa dia.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Itulah sedikit cerita dari saya perihal persahabatan dalam hidup saya. Agak teruk bukan. Kepada yang membaca, ambil lah iktibar dari kisah saya. Saya nak ungkapkan kata-kata yang dari Sayyidina Umar, tak pun dari Sayyidina Ali. Dia kata, “kalau anda dah berjumpa dengan sahabat yang baik, jangan lepaskan. Kalau anda lepaskan, kamu adalah orang yang rugi”. Begitu lah saya rasa, saya pun lupa-lupa ingat. Kalau salah betulkan ya.

Tambah sikit lagi. Dua atau tiga hari lepas, saya berbalas mesej dengan seorang teman saya. Saya faham apa yang cuba dia sampaikan. Kalau dia berdengki dengan saya, semoga Allah bajai kedengkiannya itu; kalau dia berdendam dengan saya, semoga Allah suburkan dendamnya terhadap saya; kalau dia benci kan saya, semoga Allah semarakkan kebenciannya pada saya.

Akhir kalam, saya sayang semua sahabat saya, saya rindu mereka.

Wa Allahu `aalaam. Wassalam.
Sudi-sudilah 'Like' post ni..

08 March 2010

satu link yang saya nak kongsi sama-sama...

Assalamualaikum wa rahmatullah.

Alhamdulillah, nahmaduhu wa nasykuruhu.

Semoga rakan-rakan semua berada dalam keadaan sihat sejahtera, dan semoga rakan-rakan berada dalam bimbingan Allah.

Di sini, saya mahu berkongsi sebuah artikel yang saya terjumpa sebentar tadi di facebook. Artikel yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Artikel ini memang bagus. Memang cukup tersentuh kepada sesiapa yang jiwa dan hatinya rosak macam saya. Mudah-mudahan, intipati dari artikel ini menjadi kunci kesedaran dan keinsafan untuk saya dan kepada sesiapa yang mahu ambil peringatan. Saya sertakan linknya.

http://www.zaharuddin.net/content/view/470/89/

Sengaja saya tidak mahu copy paste artikelnya. Biar insan-insan yang mengharapkan kebaikan untuk dirinya yang akan klik. Kalau tak, dia hanya pandang sekilas dan close tab blog ni. Malas nak klik banyak-banyak. Semoga perkongsian yang tak seberapa ini, kita semua akan mendapat kekuatan untuk terus ikhlas beribadah di atas hamparan dunia ini.

Ya Allah, peliharalah kami dari godaan nafsu dan syaitan. Iman kami terhadapMu hanya senipis plastik. Pantang ditiup angin, terbang tanpa tujuan. Pantang kena api, merengkut hangus tidak berabu. Ya Allah, peliharalah kami, kuatkanlah kami.
Sudi-sudilah 'Like' post ni..

07 March 2010

aku dan separuh hari ini...

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya sampaikan.

Mudah-mudahan rakan-rakan semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana kita masih lagi diberi peluang untuk meneruskan hidup, boleh bekerja, boleh cari duit, boleh jalan-jalan, boleh macam-macam lagi. Syukur kepada Allah juga saya panjatkan kerana Allah telah beri kepada saya sedikit kekuatan untuk terus berkongsi pengalaman.

Rakan-rakan, sahabat maya yang saya kasihi;

Terus terang saya katakan, semasa saya tulis post ini, saya rasa berat sangat. Bukan badan saya yang berat, tapi perasaan itu. tapi badan saya memang berat pun. Tak tahu mahu diluahkan dengan cara apa. Jiwa yang mahukan kebaikan, tapi di sudut kecil hati itu ada bisikan-bisikan yang mengajak kepada nikmat dunia. Jiwa yang lalai dengan dunia, tapi di satu penjuru lain ada suara halus mengajak kepada kebaikan akhirat.

Susah untuk dileraikan, dua perasaan bersatu di kalbu.

Tulis artikel-artikel atau yang sewaktu dengannya, kalau tidak ada hati, memang tak jadi. Perlu kepada satu perasaan yang mendalam, ikhlas bila digambarkan melalui tulisan. Huh. Dah tak tahu nak tulis apa lagi.

Ok, saya kisahkan hidup saya hari ini. Pagi tadi, lepas mak dengan ayah balik dari pasar, saya sekeluarga bersarap sama-sama. Makan nasi lemak, kuih kasuwi, apam, kuih sagu, bengkang roti, dengan air teh o. Lepas itu, saya baca surat khabar. Berita hari ini saya dah lupa isu dia. Oh, pasal lompat parti dengan kes ustaz Jais kene goda GRO. Lagi yang menghairankan saya ketika membelek helaian akhbar hari ini, iklan-iklan lumba kuda, 4D, nombor-nombor ‘ong’ memenuhi 4 muka surat. Penuh, tak ada yang kosong. Pelik, akhbar Melayu Islam menyiarkan perkara-perkara yang haram. Kerajaan tak buat apa-apa tindakan ke?

Ok, lepas itu, ayah ajak saya ke kebun. Bersihkan semak-semak, tebang pokok, dan macam-macam lagi. Tapi saya ditugaskan ayah untuk membunuh anak-anak sawit. Bunuh dengan senapang gajah, sekali shoot hancur terus. Haha. Lawak jah. Bukan dengan senapang, dengan diesel. Pukul 9 pagi pergi, pukul 12 tengah hari balik. Panas.


Balik-balik, mak dah siap masak. Pergh. Mak masak siput sedut masak lemak dengan batang keladi. Memang kaw kaw pedas. Berhingus makan. Sayur, mak masak petola tumis dengan ikan cermin goreng. Habis je makan dan kemas-kemas, saya buka freezer, sental nangka pula. Nangka ini bukan beli, tanam tepi rumah, baru je tiga hari lepas kopek. Masuk freezer, makan sejuk-sejuk macam tu, lagi sedap.

Lepas itu mandi. Lepas mandi solat zuhur. Lepas solat zuhur tidur di ruang tamu. Exhausted. Bangun tidur pukul 4 setengah petang, layan ngantuk sekejap pukul 5 lebih baru solat asar. Dalam perjalanan pulang dari ambil wuduk nak ke bilik solat, terpandang di atas meja jemput-jemput udang. Wahhahaha. Makan lagi. Mak ni memang rajin sangat. Saya sayang mak. Tapi solat dulu la nak makan tu. Lepas makan-makan sikit, saya ke luar rumah. Tengok, mak tengah mencakar sampah di halaman rumah. Kemudian, mak saya suruh bakar sampah, dan saya pun bakar lah sampah itu. Lepas itu, saya siram pokok limau barli kat sebelah rumah. Dah, cukup setakat ini saya cerita.

Tak semua gembira itu gembira.

Tak semua sedih itu sedih.

Kenapa? Saya gembira sebab malam tadi dinner dengan family di tepi pantai pontian. Disebalik gembira itu, saya sedih sebab apa yang saya order tak dapat, ketiyaw bandung. Disebalik sedih saya ini, saya juga gembira sebab dapat tolong jimatkan bajet ayah. Disebalik gembira ini, saya sedih sebab terpaksa paw makanan-makanan mak, ayah, dan adik-adik. Disebalik kesedihan saya ini, saya gembira sebab dengan paw paw macam ini akan mengeratkan hubungan kami sekeluarga, insyaAllah.

Dan kenapa lagi? Saya sedih sebab kepergian seorang sahabat yang jujur. Saya juga gembira kerana pemergiannya itu, dia jumpa diri dia yang sebenar. Saya juga turut bersedih, sebab lepas ini mungkin dah tidak selalu akan berjumpa. Saya tumpang gembira sebab dia gembira dan puas dengan keputusan yang dia ambil dan itu adalah yang terbaik untuknya. Saya juga kecewa sebab saya pasti tidak akan mendengar lagi nasihatnya. Saya turut gembira, kerana dia telah menjadi dirinya sendiri, dan mudah-mudahan Allah perteguhkan dia di atas jalannya. Dia dah pilih jalan dia, dan saya terus berada dengan jalan saya. Dia dengan dunia dia, dan saya dengan dunia saya.

“one life’s end, another begin”. Ilal Liqa’.
Sudi-sudilah 'Like' post ni..

03 March 2010

cerita lepas; aku eksiden...

Assalamualaikum wa rahmatullah..

Hamdan lillah, wa as-solatu wa as-salam `aala Rasulillah........

Disebalik kesukaran yang kita hadapi, sebenarnya, kita mengharap kesusahan itu datang bersama dengan kekuatan. Usaha kita terbatas. Ikhtiar kita ada had. Kemampuan kita berlimit. Sedar tak sedar, kadangkala kita terinsaf bahawa diri adalah makhluk yang sangat lemah, hamba yang sangat dhaif.

Dugaan berbentuk fizikal silih berganti, terus menerus menekan hati dan perasaan. Itu satu. Dugaan yang terbit dari dalam diri sendiri, itu satu hal lagi. Masing-masing memberi kesan dalam perjalanan hidup kita. Resah, tak tenang, serabut otak, semak perut, semua bertamu menjadi satu.

Tanpa disedari, kadang-kadang kita terkeluh; kalau sedar, mengeluh. Mulut tidak henti mengomel, ada saja yang dirungutnya, ada saja yang tidak dipuashatinya. Ada yang simpan dalam hati; kalau dah penuh, meletup ikut mata, menangis. Ada yang tak simpan; bersukan, nyanyi, vandalize dan macam-macam lagi.

Inilah realiti. Setiap orang ada saja wasilahnya untuk menghadapi masalah dan dugaan. Bermacam-macam bentuk dan cara. Tidak kisahlah walau apa pun metodnya, tapi harus diingat kepada satu perkara. Kita orang Islam, kita istimewa. Kita ada Allah. Ya!! Kita ada Allah. Dialah yang bagi kesukaran dan keserabutan, maka Dia jugalah Si Pemberi penyelesaian.

Se`aties’ mana pun orang itu, bila ditimpa kepayahan, “ya Allah” terpacul juga dari bibirnya. Apatah lagi sebagai orang Islam, malah digalakkan pula. Tapi, hari ini, rata-rata dalam kehidupan kita khususnya telah lari dari ruh “ya Allah” itu. Sekadar menjadikan ucapan adat bila dirundung kesusahan. Ucaplah secara sedar dan faham, mengapa kita ucapkannya.

Ya!! Kita harus sedar dan kita harus faham bahawa Allah itu Rabb kita. Dialah yang Maha Mengetahui hikmah, Dialah yang Maha Bijaksana menyusun, Dialah yang Maha Pemurah memberi, Dialah yang Maha Adil menghukum, Dialah yang Maha Pengasih hamba, Dialah yang Maha Pendengar aduan, Dialah yang Maha Kaya nikmat, Dialah yang Maha Memahami masalah, Dialah yang Maha Maha Maha Maha!! Huh.

Bukankah Allah beritahu kita “Fa Inna ma`aa al-`Uusri yusraa” , sesungguhnya setiap kesusahan selepasnya kemudahan? “Inna ma`aa al-`Uusri yusraa”, dan sekali lagi; sesungguhnya setiap kesusahan itu selepasnya kemudahan. Tak yakin lagi? Mari kita pandang dari sudut penggunaan bahasa Arabnya.

Setiap ayat tersebut didahului dengan ‘Inna’ bukan? Dalam ilmu nahu bahasa Arab, kalimah ‘Inna’ adalah tergolong dari kumpulan ‘ismu taukid’-kata nama yang menunjukkan sungguh-sungguh. Itu satu. Satu lagi, dalam uslub bahasa Arab, kaedah untuk menunjukkan sesuatu itu pasti dan sungguh-sungguh adalah dengan pengulangan perkataan atau ayat. Jadi, ada berapa ‘taukid’ di situ? Dua. Allah serius ni. Maha Serius. Ini belum bincang huraian kalimah ‘ma`aa’ lagi.

Dugaan, kesukaran, kepayahan, memang menyakitkan. Untuk orang yang tidak beriman, lantak diorang lah nak buat apa. Bagi orang Islam, syukur dan sabar adalah jalan terbaik. Syukur sebab Allah tak ambil balik semua nikmatNya, syukur sebab ada orang yang lagi susah kondisinya dari kita. Sabar sebab Allah dah janjikan kesenangan, kemudahan dan pertolongan, sabar sebab kesukaran dan kesusahan itu adalah ujian yang akan sirna seiring masa meninggalkan kita. Pasti.

Ada di antara kita yang tidak berapa nak sabar. Biasalah, sudah tidak dapat tahan dengan masalah dan dugaan, manusia. Bersabar punya bersabar; yang masih bersabar dan bersyukur itu, Alhamdulillah. Tapi yang lain sampai satu tahap, akhirnya terlantun juga pertanyaan ‘bila pertolongan Allah nak sampai ni? – “mataa nashru Ullah?”’. Satu soalan yang kita memang mengharap sangat supaya Allah cepat-cepat cabutkan kesusahan yang menimpa. Jangan fikir Allah tidak jawab soalan kita tadi. Allah balas tahu. Allah jawab dengan penuh optimistik ‘sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat hampir – “Inna nashra Allahi qariib”’. Huh. Sejuk sikit hati kan.

Sat lagi dia mai. Sat lagi pertolongan Allah mai. Tapi kita tungu dan tunggu, masih belum tiba. Bagi yang bertahan, sabar dan terus bersyukur, al-hamdulillah. Kadang-kadang, kita ada juga rasa tidak tertahan sangat dengan ujian yang Allah lilitkan. Sampai satu masa, semua janji Allah tadi kita anggap adalah retorik agama semata-mata. Astaghfirullah; putus asa. ‘kenapa Allah duga aku sampai macam ini sekali? Aku doa, aku mengadu, aku merintih, aku menangis, seolah-olah tidak bersahut. Ya Allah, di mana Kau? Di mana sifat adilMu? Dimana sifat pengasihMu? Aku sekarang ada masalah ya Allah, tolonglah aku’ itulah getus hati kita.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Itulah cetusan kata hati bila kita sudah rasa penat dan jemu mengharap. Longlai, lembik, sudah tidak berdaya lagi menadah tangan meminta pertolongan Allah. Tertunduk kecewa wajah menghadap langit Allah, lesu, berkerut seribu. Wahai kita semua, ‘janganlah berputus asa dari rahmat Allah – “wa laa tai`asuu min raauhi Illah”’. Allah pesan dengan penuh-penuh-penuh-penuh-penuh kelembutan, dengarkanlah dengan penuh perasaan, dengarkanlah kalam nasihatNya; “Wahai hamba-hambaKu, janganlah kamu berputus asa dari memohon rahmatKu”. “Pintalah kepadaKu, akan Aku kabulkan”. “Wahai hamba-hambaKu yang beriman kepadaKu, jadikanlah sabar dan solat itu sebagai penolongmu; sesungguhnya Aku disamping hamba-hambaKu yang sabar”. “Dan Aku benar-benar menyayangi hamba-hambaKu yang sabar”. “Dan Aku, Allah, tidak akan membebani seseorang hambaKu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”. “Dan Aku Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

Apa lagi yang nak dikatakan? Apa lagi bahasa yang nak disusun? Allahu Akbar. Betapa Maha Santunnya Allah terhadap kita. Betapa Maha Pengasih dan Maha Pemeliharanya Dia. Allah tidak mahu kita bermuram durja. Allah tidak mahu kita berduka nestapa. Betapa Allah mahu kita optimis terhadap pertolonganNya. Betapa Allah mahu kita terus menerus rapat kepadaNya dengan kesabaran.

Hasbiya Allahu wa nii’ma al-Wakiil. Cukuplah Allah bagiku, dan Allah lah sebaik-baik Penolong.

Sebenarnya, saya nak cerita pengalaman eksiden saya. Yang semua tadi tu, intro saja. Saya rasa, dah panjang sangat saya tulis. Tak apalah, kisah eksiden saya, insyaAllah saya cerita pada post akan datang.

Wa Allahu `Aalaam.
Sudi-sudilah 'Like' post ni..

01 March 2010

sekadar berkongsi rasa..

Assalamualaikum wa rahmatullah..

Hamdan Lillah, wa as-solatu wa as-salam `aala Rasulillah, wa ba`ad;

Pertamanya; saya bersyukur, al-hamduLillah..sebab hari ini, Allah masih lagi memberi izin kepada saya untuk hidup lagi; dalam kondisi diri yang masih mengenal diriNya sebagai Pencipta saya dan masih kenal lagi Allah sebagai tempat sembahan mutlak saya. Saya tidak nafikan, bahawa diri saya masih banyak kekurangan, masih pincang dalam mengenalNya, masih celaru mengesakanNya. Hakikatnya, memurnikan ibadah kepada Allah memang susah. Banyak betul dugaan kan?? Disogoknya keseronokan dan keasyikan dunia pada hati kita, sehingga hati terasa panas dan tidak selesa berada dalam suasana Islam, sehingga dibuatnya diri cuba untuk berlepas dan keluar dari ikatan Islam, sehingga hati mencetuskan rasa kolot dan terkongkong terhadap kehidupan seorang Islam. Astaghfirullah; hati-hati wahai teman, hati-hati.

Keduanya; saya bersyukur, al-hamduLillah..sebab hari ini, saya berjaya menghabiskan pembacaan ke atas buku “bila Allah menduga kita” karangan Syed Alwi al-Atas..kepada sesiapa yang pernah membaca buku “la tahzan” karangan Dr. `Aidh Abdullah al-Qarni, saya berani kata buku “bila Allah menduga kita” adalah “la tahzan versi kepulauan Melayu”.



Puas hati. Bila baca, rasa terpukul. Maklumlah, saya kan dulu pernah mengalami kemalangan jalan raya, lepas itu agak ‘mental’ sikit. Al-hasil dari kemalangan tersebut, Allah menghendaki kaki kanan saya patah. Patah seperti ranting dipatahkan, boleh bayang tak?? Semuanya bermula pada pagi Jumaat, 4hb 4 2008. Satu taqdir yang saya tidak akan lupa sampai bila-bila. Bahkan, masih ligat berputar di fikiran. Eh, lari topic ni. Tak apa, cerita pasal saya eksiden, saya simpan untuk akan datang.

Ketiganya; saya bersyukur, al-hamduLillah..sebab hari ini, Allah bagi saya kesempatan untuk update lagi blog saya. Saya nak sentuh sedikit mengenai nilai dan prinsip dalam diri individu yang saya sebut dalam post lepas. Sebagai seorang individu yang mengaku dirinya adalah orang Islam, persoalan prinsip dan nilai harus kembali kepada titik permulaan kehidupan sebagai orang Islam. Apa dia?? Kembali kepada “La ilaha illa Allah, Muhammadu rasulullah”. Ia bukan ayat biasa. Ia memiliki pengertian yang sangat mendalam. Ia memiliki tuntutan yang sangat besar. Kalau disyarahkan, tidak akan cukup masa tiga jam, bahkan memerlukan seumur hidup seseorang itu untuk dijelaskan, serius. Dan saya bukan orang yang layak untuk bincang dalam-dalam pasal ni, kot kot salah, berdosa saya; tu satu, cakap pandai tapi tak buat, dosa lagi; tu lagi satu. Carilah orang yang lebih lama hidup dalam Islam dan luas pengetahuannya. Tapi yang penting, itu lah poin dia.

Dah banyak cakap ni..cukuplah..Wa Allahu `aalaam..

Moga-moga, perkongsian yang entah betul entah tidak nih (harap-harap betullah), Allah bimbing hidup saya dan saya berharap sangat-sangat agar Allah beri kita kekuatan untuk terus steady dalam kehidupan yang Allah redhai..

Wa as-salaamu `aalaikum.Sudi-sudilah 'Like' post ni..