23 December 2011

Berhajat Kepada Momentum



Assalamualaikum.


Bismillah.


Hari ini adalah hari terakhir dalam tempoh 14 minggu perkuliahan. 4 minggu seterusnya adalah minggu-minggu kritikal bagi aku. Minggu-minggu pulun. Minggu-minggu untuk menyentuh buku teks untuk subjek tersebut buat kali yang terakhir.


Musim ini akan kembali merodai kehidupan aku untuk 2 tahun setengah lagi, insyaAllah.


Betapa masa itu berlalu meninggalkan kita; dan yang kita bawa dari masa-masa yang lepas itu Cuma dosa dan pahala, Cuma ilmu dan pengalaman.


Aku terfikir, kalau itulah Cuma yang kita kumpul lalu dibawa bersama; bagaimana pula aku menghadapi hari-hari seterusnya, meraih pahala dan menghindar dosa, mencari ilmu dan menimba pengalaman.


Hidup ini singkat, semestinya. Dan bagaimana mahu mengoptimumkan kehidupan, itu persoalannya.


Pahala. Dosa. Ilmu. Pengalaman


Aku, berhajat kepada momentum


“Ya Rabb, sesungguhnya aku tahu Engkau sedang melihat aku, serba-serbi tahu tentang aku, lebih kenal aku dari ibubapaku. Ya Rabb, jadi Engkau gerakkanlah aku untuk meraih redhaMu, jauhkanlah aku dari murkaMu, penuhkanlah aku dengan ilmu-ilmuMu, anugerahkanlah aku pengalaman-pengalaman berharga dariMu. Bukan setiap minggu, bukan setiap hari, bukan juga setiap jam; namun setiap hela nafasku. Tanpa Engkau ya Rabb, tiada makna dan tiada erti hidup aku. Ya Rabb. Ya Rabb. Ya Rabb”



Bagi rakan-rakan yaang sedang dan bakal menduduki peperiksaan akhir semester; saya ucapkan selamat maju jaya!


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

19 December 2011

Saya Sedih



Assalamualaikum.


Buat rakan-rakan maya; didoakan semoga Allah bersama kalian, semoga Allah rahmati kalian, semoga Allah bimbing kalian. Iyyaanaa wa iyyaakum ajma`iin.


Saya sedih. Betul-betul sedih.


Rakan-rakan ada tengok video pasal sekumpulan orang yang mahu menampar dan meludah mahasiswa dek menurunkan bendera yang padanya ada gambar Perdana Menteri Malaysia? Dan, video yang menayangkan seorang saudara yang menyerang penganjur BEBAS?


Kalau belum lihat lagi, saya sediakan di bawah.






Saya sedih. Saya sedih selepas melihat kedua-dua video ini. Saya juga pelik dan hairan. Apalah besar sangat Melayu itu sehingga begitu marah sekali kepada mahasiswa. Perdana Menteri saja pun. Itupun hanya di atas bendera. Bukan main melenting marahnya.


Saya jadi lagi sedih apabila tiada tindakan-tindakan sebegini dilakukan sebagai bantahan terhadap kenyataan-kenyataan CSL dan video-video sembang rakyat yang menghina Islam. Marahnya tidak semarah mereka terhadap penghina-penghina Islam. Kadar responsivnya tidak setangkas mereka yang menentang pencaci-pencaci Islam. Perdana Menteri, diam. UMNO, diam. PERKASA, juga diam.


Melayu tak bawa kita masuk syurga, kan rakan-rakan?


Namun di sini, saya tidak pula bermaksud untuk meminggirkan bangsa Melayu. Cuma usah dilebihkan bangsa dari Islam. Melayu tak jamin kita keselamatan di akhirat, tapi Islam ya. Rasulullah S.A.W ada bersabda yang mafhumnya lebih kurang begini; “kamu masuk Islam, kamu selamat”.


Beria-ia sungguh disuruhnya penganjur untuk memohon maaf terhadap tindakan itu. Namun pada masa yang sama, adakah mereka juga meminta dari CSL dan si pembuat video sembang rakyat itu untuk memohon maaf?


Kadang-kadang saya ada bertanya kepada diri saya sendiri. Kenapa situasi begini boleh terjadi? Adakah ia salah makbapak yang melahirkan? Adakah ia salah diri sendiri? Adakah disebabkan pendedahan dan gambaran mereka tentang Islam itu salah? Adakah disebabkan mereka kurang didikan agama atau ia silap system pendidikan di Negara kita sendiri?


Tak apalah, biarlah mereka. Yang penting, mari kita kembali bersama-sama merenung ke dalam ke jiwa, mari kita tanyakan kepada diri kita “di mana Islam dalam hidup kita?”.


Aduhai, di mana Islam dalam hidup kita.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

18 December 2011

CBP 2011 - Sedikit Komen


Assalamualaikum.


Sebelum saya nak sambung study balik subjek perakaunan perniagaan di mana esok ada test II, saya nak ambil kesempatan sedikit sahaja [ sedikit lah sangat ] untuk saya melontarkan pandangan saya berkenaan beberapa isu di Malaysia.


Pasal hudud kah? Eh, bukan. Saya bukan orangnya untuk berbicara secara tafsil.


Pasal undang-undang Lembaga Juru Komputer Profesional 2011 atau dalam bahasa inggerisnya Computer Profesional Board 2011 (CPB 2011). Masih dalam rang undang-undang lagi; belum digazetkan.


CPB 2011 ini, kandungannya antara lain ialah (1) mensyaratkan semua pihak yang ingin melibatkan diri dalam bidang pengkomputeran, diwajibkan mendaftar kepada CPB yang diwujudkan sebagai badan kawalselia seperti MMC bagi para doktor, Bar Council bagi pengamal undang-undang. (2) Sesiapa yang terlibat dengan perkhidmatan atau jual-beli komputer, perkakasan dan perisian akan diwajibkan mendaftar dengan CPB. Ini termasuklah syarikat milik tunggal, perkongsian dan badan korporat. (3) Di bawah CPB, penyedia perkhidmatan komputer ini akan dibahagikan kepada tiga golongan iaitu Pengamal Pengkomputeran Berdaftar, Profesional Pengkomputeran Berdaftar dan Penyedia Perkhidmatan Perkomputeran Berdaftar. (4) Tidak ada mana-mana entiti yang terlibat dalam Prasarana Maklumat Kritikal Kebangsaan - Critical National Information Infrastructure (CNII) dibenar menggunakan perkhidmatan pihak yang tidak berdaftar dengan CPB. Entiti CNII merangkumi bidang-bidang pertahanan dan keselamatan kebangsaan, perbankan dan kewangan, komunikasi dan maklumat, tenaga, pengangkutan, air, perkhidmatan kesihatan, kerajaan, perkhidmatan kecemasan, makanan dan pertanian. Yang tiada, tanah perkuburan sahaja. (5) Sekiranya melanggar peraturan yang yang ditetapkan di bawah Akta CPB2011, pihak yang berkaitan boleh didakwa di mahkamah dan sekiranya didapati bersalah, boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulanatau kedua-duanya sekali. [rujuk sini]


Saya tertarik kepada satu pernyataan di dalam artikel tersebut. Pernyataan itu berbunyi;



Sungguh, saya setuju dengan pernyataan tersebut bersandarkan pada ilmu yang saya pelajari. Persoalan di sini yang saya mahu ajukan kepada rakan-rakan ialah, sejauh mana penggazetan undang-undang ini memberi kesan kepada kehidupan kita dari sudut ekonomi.


Baiklah, saya akan cuba cerita step by step.


1. Secara lumrah, umum, dan diterima akal; industry perkomputeran dan ICT cepat berkembang dan berubah dengan inovasi-inovasi yang gempak-gempak. Juga, bidangnya terlalu luas. Mereka yang tiada sijil juga kadang-kadang lebih pakar dari yang ada sijil kelayakan. Ini menunjukkan industry ini lebih menonjolkan kepada kebolehan individu. Siapa cekap, siapa mahir, siapa power, siapa kreatif; dia dapat. Untuk memastikan para pengguna menerima produk perkhidmatan yang selamat dan berkualiti dari juru-juru komputer, tidak ada ‘pengawal’ yang lebih baik daripada persaingan dalam pasaran terbuka atau open market. Pengguna sendiri boleh menentukan kualiti dan tahap kompetensi seseorang jurukomputer dan pengguna mempunyai pilihan siapa yang mereka mahu gunakan. Dalam suasana persaingan yang efektif, kepentingan pengguna akan terpelihara.


2. Kemudian, apabila rang undang-undang tersebut Berjaya digazetkan; cuaca di dalam industry akan bertukar. Nak mencipta sesuatau yang baru akan menjadi sukar berikutan campurtangan kerajaan dalam mengolah inovasi mereka. Ini menampakkan satu lagi jenis sekatan ke atas inovasi di Malaysia. Bagi para pengguna pula, mereka terhalang untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik dan gajet yang tercanggih; dan ini menyebabkan industry perkomputeran dan ICT tidak mesra pasaran.


3. Hal ini akan menyebabkan para juru kompouter dan ICT akan mencari peluang yang lebih luas untuk mereka jual inovasi mereka. Oleh kerana di Malaysia ini punya undang-undang yang menyekat penjualan inovasi mereka, mereka akan mencari peluang di luar Negara di mana tiada sekatan yang seumpama di Malaysia dikenakan. Apabila mereka mencari peluang di luar dan mereka keluar meninggalkan Malaysia, Malaysia akan mengalami shortage pekerja mahir.


4. Apabila sumber pekerja mahir ini scarce, maka akan ramailah syarikat-syarikat, institusi-institusi, bank-bank, kilang-kilang berlumba-lumba untuk mendapatkan pekerja mahir tersebut. Ini akan menyebabkan syarikat-syarikat atau apa-apa entity bersedia untuk mengupah mereka dengan harga yang tinggi. Juru-juru computer pasti akan pilih tempat yang menawarkan upah yang tinggi kan. For sure.


5. Apabila sesebuah syarikat itu memberi gaji dan upah yang tinggi demi memperoleh perkhidmatan juru computer, maka kos untuk sesebuah produktiviti akan meningkat. Untuk menampung peningkatan dari sudut kos, syarikat tersebut terpaksa menaikkan harga produk dan servis yang dikeluarkan.


6. Maka, bagi rakyat, mereka tiada pilihan. Rakyat terpaksa membeli barangan tersebut di mana harganya telah naik. Maka situasi yang terjadi ini disebut sebagai INFLASI. Kita memang tidak boleh lari dari inflasi, tetapi kalau kadar inflasi itu tinggi; ia bukan suatu petanda yang baik dalam ekonomi Malaysia secara keseluruhannya.


Saya mahu tanya rakan-rakan. Sector mana dalam Negara kita ini yang tak guna kepakaran computer dan ICT? Nak buat kilang makanan pun perkhidmatan jurukomputer digunakan [untuk system mesin-mesin]. Nak buat bank pun perkhidmatan jurukomputer digunakan [security information]. Bar code di tesco pun gunakan perkhidmatan mereka. Nak auditing company pun guna software yang mereka cipta. Pejabat pos pun guna kepakaran mereka. Kiosk bookdrop dan pinjam buku pun guna juga kepakaran mereka. Nak format laptop pun gunakan perkhidmatan mereka. Jadi, serba serbi harga barang dan perkhidmatan akan naik disebabkan kos upah jurukomputer naik.


Err..faham tak? Kalau tak faham tak apalah. Saya budak baru belajar. Kalau ada salah, betulkan. Hehe.. Sebenarnya, akan ada banyak lagi consequencesnya. Tapi tak apalah, kira ini pun jadilah untuk dikongsikan.


Okay sudah. Nak basuh baju dan sambung study pula.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

16 December 2011

We're Fatter & Sicker



Assalamualaikum.


Kesihatan ni penting untuk dijaga. Islam juga menuntut untuk kita bertanggungjawab terhadap kondisi diri dan kesihatan. Tak percaya? Ini sebahagian dari mafhum dalil tuntutan menjaga kesihatan.


                 - Allah S.W.T suruh makan dan minum, tapi jangan berlebih-lebih [al-‘aaraf:31]

                 - Allah S.W.T larang kita untuk mencampakkan diri ke dalam kebinasaan [al-baqarah:195]

             - Rasulullah S.A.W (selawat dulu) juga mengingatkan supaya makan pabila lapar dan berhenti dari makan sebelum kenyang [hadis riwayat Abu Daud]

                 - Rasulullah S.A.W juga pernah berlumba lari dengan Ummul Mukminin ‘Aaisyah
                    [hadis riwayat Ahmad]


Bagi aku, kalau nak sihat tubuh badan; kena pandang dari dua sudut. Yang pertama, (1) apa yang dimasukkan ke dalam badan kita; dan yang kedua, (2) apa yang dikeluarkan dari dalam badan kita.


Itu secara umumnya. Lebih saintifik lagi ialah; berapa banyak kalori yang kita ambil dan berapa banyak kalori yang kita keluarkan @ gunakan.


Cerita pasal kalori ni susah sikit. Tapi tak apa, aku nak kongsi sikit




Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori

Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar)
akan menaikkan 1kg berat badan.





Oleh sebab aku nak kurus [ :p ], aku tak boleh ambil kalori sebanyak itu dalam sehari. Kena kurangkan. Dan harus pula untuk aku bersenam dan workout. Ceeh..


Aku terpaksa particular dengan benda-benda dan figure-figure macam ni, sebab aku sudah dikatagorikan sebagai obes. Adoyai.


Moral of the story; kesihatan kena jaga. Jasad yang ruh kita tumpang ini juga adalah amanah untuk kita pelihara. Biar nanti nak beribadah senang, biar nanti tua tua tak menyusahkan diri dan orang, biar nanti tidak membazirkan wang sebab kena rawat penyakit-penyakit. Wallah’aalam.


p/s: malam tadi ada orang promote dan suggest kat aku Herbalife. Erk..


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

14 December 2011

Bangun Subuh


Assalamualaikum wa rahmatUllah.


Bismillah.


Segala puji-pujian hanya bagi Allah; kepadaNya kita meminta pertolongan dan kepadaNya kita memohon perlindungan dan kepada Allah S.W.T jugalah kita menagih untuk dicukupkan keperluan. Selawat dan salam atas junjungan besar, penutup para nabi, ikutan dan contoh utama dalam meneladani kehidupan; Nabi Muhammad, rasulullah S.A.W.


Ada satu perkara yang saya benar-benar mahu luahkan di sini. Ia berkaitan dengan sikap. Orang inggeris oyak ‘attitude’.


Sikap yang saya ingin sentuh ini, bagi saya, bukanlah dari sikap orang-orang yang menuju kejayaan. Minta maaflah, saya pun tak tahu nak namakan sikap itu dengan nama apa, tapi bunyinya lebih kurang begini; suka meletakkan kesalahan diri sendiri ke bahu orang lain. Maksudnya; dia buat salah, tapi orang lain juga turut dipersalahkan atas kesilapan yang dilakukan.


Contoh paling dekat yang saya mahu bawa ialah, bangun tidur untuk melaksanakan solat fardhu subuh. Sudahlah subuhnya terlajak, bangkit tidur pula marah-marah orang yang disebelah kerana tidak menggerakkannya untuk bangkit solat subuh. Tak pasal-pasal.


Golongan begini, saya ada ayat untuk mereka.


“kamu tidak solat subuh, mengapa kamu mahu salahkan orang lain dahulu? Mengapa kamu tidak memarahi diri kamu sendiri kerana bangun lewat? Adakah kamu tahu, apa punca kamu lewat untuk bangun subuh? Sebabnya kamu tidak bersungguh-sungguh untuk bangkit. Kamu tidak berhajat kuat untuk bangun awal. Kamu tidak bersedia untuk melawan nafsu diri kamu sendiri. Kerana kamu tidak menyenaraikan solat itu dalam jadual seharian kamu. Lihat, atas segala sikap kamu tadi, kamu letak pula dosa kamu lewat solat subuh itu pada orang lain. Jangan begitu! Salahkan diri kamu dahulu yang pertamanya!”


“ya, kalau kamu katakan menggerakkan rakan-rakan untuk solat subuh itu tanggungjawab rakan yang sudah bangun, saya setuju dan ada benarnya juga. Pada masa yang sama juga kamu harus ingat, kamu harus persoalkan; bagaimana sikap kamu dan persediaan kamu untuk menghadap Allah S.W.T pagi-pagi itu. Mahu orang lain mempersiapkan diri kamu? Mahu orang lain mensiagakan diri kamu di hadapan Allah? Kalau kamu jadi mayat, barulah boleh aku tolong siap-siapkan”


“bagi saya, ia bukan soal tanggungjawab rakan sebelah untuk menggerakkan kamu subuh yang pertama; tetapi ia soal tanggungjawab kamu dengan Allah S.W.T dan bagaimana sikap kamu dalam melunasi amanahNya yang utama. Ia menjadi cerminan bahawa siapa diri kamu sebenarnya bila berhadapan dengan suruhan dan larangan Allah S.W.T”




“nasihat saya untuk kamu, jangan letakkan kesalahan diri kamu itu pada orang lain suka suki hati kamu. Lihat dahulu diri kamu, koreksi kembali mana yang perlu dikoreksi. Bersungguh-sungguh itu kuncinya. Kesedaran itu tapaknya. Hanya yang boleh mengingatkan diri kamu itu adalah kamu, bukan orang lain.”


p/s: irritated dengan orang begini.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

12 December 2011

Kerja Berpasukan


Assalamualaikum.


Saya ada satu keyakinan perihal kerja berpasukan. Tak kisah lah sama ada kerja berpasukan itu dalam konteks buat esaimen, menjayakan program, melaksanakan misi dan visi persatuan, dan tak dilupakan juga kerja berpasukan dalam konteks sukan.


Apa keyakinan saya?


Saya yakin, ada beberapa ramuan utama dan penting untuk menjayakan sesuatu matlamat secara berpasukan. Antaranya;


1. Jelas matlamat.

2. Ada pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan tentang perkara yang dilakukan.

3. Percaya kepada diri sendiri yang kita boleh lakukan.

4. Percaya kepada ahli pasukan yang lain bahawa mereka juga boleh lakukan tugas dan tanggungjawab dengan baik.

5. Faham posisi dan kedudukan serta tanggungjawab dalam pasukan.

6. Melaksanakan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh.

7. Mengakui kelemahan diri, terbuka dan sedia untuk ditegur dan diperbetul.

8. Keserasian antara ahli.


Aku nak tekankan yang nombor 4 itu. Kalau tak percaya kat member sendiri dalam kumpulan, susahlah macam tu. Bergerak sorang-sorang. Kerja berpasukan pun tidak efisen. Nak capai matlamat jadi susah. Mungkin tak berapa serasi lagi kot.


Hmmm…….


Wa Allahu ‘aalam.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

10 December 2011

Saya Pandai Masak


Assalamualaikum.


Hari ini tiada isu nak digosipkan bersama. Cuma nak kongsi beberapa gambar. Gambar masakan hasil dari air tangan aku.


Tak boleh blah kan tajuk post ni. Macam masuk bakul angkat sendiri pula. Heheh.

this is my first cook at rumah sewa; sup ayam. 

masakan saya yang kedua ialah kari ikan. tapi tak sempat nak snap.


this is my third cook; bening bayam. nyum nyum! 


and this is my forth cook; bubur candil. urrrgh, sedap gila :p


Amacam, Nampak sedap kan? Hehe. Nak rasa? datanglah rumah, nanti aku masakkan..


Sudi-sudilah 'Like' post ni..