26 June 2010

Pengumuman

Assalamualaikum wa rahmatullah.
Dear my beloved friends;


gambar hiasan diambil dari Green Team 


MY BLOG IS UNDER HEAVY CONSTRUCTION
will have no any updates for weeks.

Apologize me, and hope that Allah always be with you.
Enjoy your life..!!

Wassalamullahi `alaikum.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

21 June 2010

Everything Is Under His Will

Assalamualaikum wa rahmatullah. Semoga rakan-rakan semua berada dalam keadaan sihat selalu dan semoga rakan-rakan berada dalam bimbingan dan petunjuk Allah S.W.T. Alhamdulillah; MB bersyukur dan berterima kasih sangat-sangat kepada Allah S.W.T yang masih perkenan memberi lagi kehidupan untuk hari ini, dengan nikmat-nikmat tambahan yang tak putus-putus sejak dari kecil lagi. Alhamdulillah.


Hari ni; subuh tadi MB dapat satu khidmat pesanan ringkas dari kawan sekolah menengah dulu. Mesej sedih. Katanya; “Salam, terima berita dari Jeddah tadi, Cikgu Yahya dari MATRI; yang mengikuti rombongan umrah bersama Ust Hadi, meninggal dunia jam 8 malam waktu sana tadi akibat lelah. InsyaAllah, kebumi di sana.”


Hmm..


Sorang-sorang cikgu MB pulang menghadap Allah S.W.T. Sebelum ni, dah 3 orang. Ummi (nama sebenar Halimaton Husin, isteri mudir), Cikgu Ghazali Omar, dan Cikgu Zainuddin Jusoh. Dan sekarang, Cikgu Yahya menyusul mereka. Tak tahu nak tulis apa. Teringat semua kenangan dengan dia.


Al-Marhum Cikgu Yahya


Al-Marhum Cikgu Yahya; dia GPK Kurikulum. Tegas dan sangat ambil berat dengan pencapaian dan prestasi akademik pelajar sekolah. Ada satu cerita; MB dengan dia. Masa form4 dulu, al-Marhum cikgu ngajar MB EST; English for Science and Technology. Cara dia ajar, memang best. Tak berani tidur dalam kelas oden. Kelas dibahagi ke beberapa kumpulan yang terdiri at least 4 orang setiap satu. Dipendekkan cerita; sepanjang kelas dia adalah kuiz. Memang kena pusing otak 360 degree. Jawab betul; we get reward. Reward dia akhir tahun; hamper besar, memang best sebab kongsi empat orang. Dan memang kumpulan MB yang dapat pun; sebab team MB memang mata material (haha), aktif take part, dan selalu jawab betul. Team MB dapat first prize. Dia senyum; dan hasilnya, subjek English 1119 kiteorang ada peningkatan.


Tapi masa MB form5, dia macam kecewa sikit dengan MB. Sebab MB drop subjek dia. Kalau tak, MB amek 12 subjek, tapi malas punya pasal, 11 sudah. Masa kelas dia, dia suruh pelajar yang tak amek EST keluar; carik port lain untuk study subjek lain. Hmm.. adakah MB dah kecewakan dia?


Ada beberapa perkara yang MB sendiri admire dia. Al-Marhum cikgu ni tak pernah tinggal solat jemaah kat masjid; setakat MB perhatikan dari form1 sampai form5. Tiap-tiap waktu ada dia. Solat kat saff pertama pulak tu. Bila dia ngajar ke..sembang biasa ke..lembut suaranya. Al-Marhum cikgu jugak dulu, dia selalu jemput MB dan kawan-kawan makan kat rumah dia. Sup tulang; pecah peluh sey. Tapi sekarang, semua dah tinggal kenangan.


Semoga ruhnya Allah S.W.T tempatkan dikalangan orang-orang yang Allah redhai. Ameen.


2 minggu lagi


Tempoh 2 minggu sebelum hari pendaftaran; macam-macam perkara boleh terjadi. Sibuk-sibuk kita buat persiapan dan bergembira; mana tahu Allah jemput kita menghadapNya? Mana tahu, kan? Allah Maha Berkuasa, Dia boleh buat apa saja. Kalau dah ajal kita sehari sebelum pendaftaran, dah tak dapat sambung belajar. Kalau dah ajal kita seminggu sebelum pendaftaran, dah tak dapat nak jejak kaki ke IPTA. Waktu tu, semua orang akan fikir, “alahai, sayangnya…lagi berapa hari je nak daftar…dia dah meninggal”.


Peringatan untuk MB juga; jangan leka dan berasa aman dengan perancangan Allah S.W.T. Bila sekali Allah perintahkan kepada jantung, “wahai jantung, berhentilah kamu berdegup”; habislah kita. Perancangan dan pelaksanaan Allah mengatasi segalanya. Allah tak tunggu kita dah daftar atau belum, Allah tak tunggu kita habis belajar atau belum, Allah tak tunggu kita dah kerja atau belum. Allah tak tunggu kita dah kahwin atau belum. Apa yang Allah S.W.T rancang, maka itulah yang akan terjadi.


“ Ya Allah, bila aku teringat akan kuasaMu; aku tak tahu nak buat apa dan nak cakap macam mana… aku hanya mampu serahkan diri dan jiwaku untukMu pegang. Kerana Kaulah satu-satuya Pencipta dan Penguasa aku… taqdirku terletak dalam rancanganMu, dan aku tak tahu apa rancanganMu terhadapku akan datang… aku pasrah dengan ketetapanMu… hajat aku ya Allah; berilah kepadaku anugerah yang terbaik menurut hemahMu… dan jadikanlah aku ini hambaMu yang sabar dan bersyukur…”


Wallahu `aalaam..


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

18 June 2010

'Dia' Yang Bagi Semua Ni


Assalamualaikum wa Rahmatullah. Semoga rakan-rakan berada dalam keadaan sihat sejahtera dan semoga rakan-rakan juga berada dalam limpahan kasih sayang dan bimbingan Allah S.W.T. Alhamdulillah, segala puji dan segala rasa syukur MB tujukan hanya pada Allah; kerana dengan izin dan perkenanNya, MB hari ni dapat hidup lagi macam hari-hari yang lepas; boleh berjalan, boleh bercakap, boleh melihat, boleh pegang, dan macam-macam lagilah.


Hari ni hari Jumaat; nak share isi khutbah ke? Tak. Sebab, tadi bila khatib bagi mukaddimah je, tiba-tiba suasana jadi gelap..sunyi, tak tahulah kenapa. Hehe.


Hari ni jugak, Allah S.W.T tambah lagi nikmatNya kepada MB. Allah bagi MB peluang untuk sambung belajar lagi. Rasa syukur dan best sangat. Tak tahu nak cakap macam mana. Sebaik tahu je MB dapat tawaran sambung belajar, emak gembira bukan kepalang; terus kena peluk dan cium dengan emak. Segala puji, terima kasih dan syukur hanya untuk Allah yang bagi semua ni.


Daftar dan lapor diri dua minggu lagi. Dokumen-dokumen disuruh sediakan secukupnya. Dua minggu, sekejap je tu, tak lama dah. Istilah-istilah seperti dewan kuliah, tuition, tutorial, lecturer, esaimen, presentation, progress test, quiz, lab, café, fakulti, sekolah, hostel akan mula berlegar kembali di kotak fikiran. Betapa diri ni agak melekat dengan istilah-istilah tu, dulu. Sekarang, oleh kerana dah jadi jeruk sebab memerap kat rumah je; jadi MB rasa macam dah tak berapa nak…ntah, tak tahu nak guna bahasa apa yang sesuai. Semangat timba ilmu dah tumpul agaknya; kena gilap dan asah balik nih.


Serius, tengah berdebar ni tunggu dua minggu lagi.


Oh, lupa. Untuk rakan-rakan yang dah dapat tawaran dan dah sambung belajar, MB ucapkan tahniah. Semoga kalian kuat dengan jalan yang kalian rintis dan pilih. MB nak ingatkan untuk diri MB terutamanya dan kepada sahabat dan rakan-rakan; pertamanya, belajar biar ikhlas. Apa yang kita belajar tu ilmu. Jangan fikirkan sangat dengan sijil Ijazah Sarjana Muda bla bla bla dengan Kepujian. Jangan fikirkan sangat bahawa kita belajar ni adalah untuk nak carik duit satu hari nanti. Belajarlah untuk kebaikan diri dulu; belajar untuk kebaikan kita di dunia fana dan di dunia abadi. Lepas tu, kalau ada rezki dengan perantaraan sijil yang diidam-idamkan; teruskanlah raih. Anugerah dari Allah S.W.T tu.


Keduanya; untuk peringatan MB jugak khususnya; janganlah kita larut dengan suasana yang tidak berapa sihat yang ada. Kita jadi diri kita sendiri. Jadilah ikan siakap yang dagingnya tak masin walaupun hidup dalam lautan yang sangat masin. Enjoy tak salah, tapi berpada. Kenangan kita di KIPSAS biar kita jadikan pedoman. Yang tak elok menurut hemat peribadi, janganlah diulang; perbaikilah di dunia baru ini. Yang elok, teruskan dan pertingkatkan. Yang pasti, dunia yang bakal kita tempuhi ini menjanjikan cabaran yang baru, dugaan yang baru, lebih keras dan lebih menekankan.


Ketiganya; sambil kita hidup di sana dan sambil kita menelan ujian; binalah diri kita, bina peribadi kita, bina sikap kita. Yang baik-baiklah, jangan yang tak elok pulak; maksud MB, bina diri sebagaimana yang Allah S.W.T nak. Suasana disana memang suasana yang kondusif untuk membina peribadi yang elok-elok. Sebabnya, kita duduk dalam suasana menuntut ilmu. Majlis ilmu ni adalah sebuah taman dari taman-taman syurga (lupa ungkapan ni dari siapa; sape yang tahu bagitahu MB ya?). Hidup kita di sana, jangan Persia-siakan. Kalau ada program dan aktiviti, joinlah sekadar mampu; ingat, kita ikut serta adalah untuk bina diri dan kutip pengalaman.


Keempatnya; bila kita dah bergelar mahasiswa/I, jangan lupa daratan. Ingat-ingatlah asal-usul kita. Allah S.W.T jangan lupa; sebab Dialah yang bagi kita peluang ni. Emak ayah jangan dilupa juga; sebab merekalah yang bersusah payah jaga kita sampai sekarang. Sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang lepas juga usah dilupa; kerana mereka juga adalah sebahagian dari hidup kita. Mencipta kenangan dan pengalaman bersama, mengenal kehidupan bersama. Jangan rasa diri tu dah banyak sangat ilmu; jangan rasa kita dah berada kedudukan yang mulia dan tinggi. Allah S.W.T ada berpesan; orang yang paling mulia di sisi Allah hanya yang lebih tinggi taqwanya.


Kelimanya; dah kot, banyak sangat da…yang penting, semua ni untuk peringatan diri MB sendiri.


Buat rakan-rakan yang tak dapat tawaran untuk sambung belajar; janganlah putus asa. Buatlah rayuan. MB dapat ni pun sebab Allah S.W.T yang bagi. Kalau Allah tak izin, MB tak dapat tawaran sambung belajar. Lagipun, kalau MB mati sekarang, tak dapatlah nak merasa alam baru tu. Mudah-mudahan Allah gantikan dengan kalian kekosongan tu, kan?


Apakah sahabat dan rakan-rakan rasa dan fikir bahawa dengan sekeping sijil tu akan buat kita berjaya? Kaya? Bahagia? Tak, rakan-rakan. Rezki, kebahagiaan semuanya Allah S.W.T yang bagi. Bukan sijil. Allah yang bagi. Sijil tak dapat buat apa-apa. Ia hanya sekeping kertas keras. Tak dapat memberi manfaat dan tak dapat memberi mudharat sekalipun. Sesiapa yang mengejar sijil tu semata-mata; seolah-olah dia telah menjadikan sijil itu berhala dalam hati dia; na`uuzubillahi min zalik.


Tengoklah jutawan-jutawan kat Malaysia nih. Boleh dikatakan semuanya belajar tak sampai peringkat tinggi pun. Ada yang setakat darjah empat je. Tapi tengok; siap digelar jutawan dan dapat anugerah datuk tan sri tun lagi. Apa kesimpulannya? Kesimpulannya, rezki tu bukan sijil yang bagi; tapi Allah yang bagi. Sebenarnya, inilah juga cabaran buat MB; nak ikhlas untuk belajar. Buat rakan-rakan yang tak dapat tawaran belajar di IPTA; janganlah kecewa dan putus asa dari rahmat Allah S.W.T. Jalan rezki, kejayaan dan bahagia bukan dengan sijil semata-mata; banyak lagi di luar sana. Tapi kunci dia tetap satu; usaha bersungguh-sungguh dan jangan putus asa dari rahmat Allah S.W.T.


Huh. Banyak sangat dah melalut nih. Setakat ni jelah kot. Semua ni adalah peringatan untuk diri MB terutamanya. Last, doakanlah MB ni kuat dalam suasana baru; dan MB doakan juga buat sahabat dan rakan-rakan sekalian. Selamat maju jaya..!!


Wallahu `aalaam…jumpa lagi rakan-rakan…


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

17 June 2010

Durian


Assalamualaikum wa rahmatullah. Apa kabar rakan-rakan semua? Sihat? Semoga hari ni kalian berada dalam keadaan sejahtera bahagia cergas dan semoga rakan-rakan juga berada dalam bimbingan dan petunjuk Allah. Syukur, Alhamdulillah; untuk hari ni, Allah S.W.T masih lagi mengizinkan MB untuk hidup hari Khamis ni, masih ada lagi mak dan ayah, masih ada adik beradik, masih ada lagi sahabat-sahabat dan rakan-rakan, masih boleh bernafas dan banyak lagi.


Tadi, MB belasah durian. Marvelous. 1 bijik setengah habis kena sental. Alone!! Hoho. Memang kedarah betul. MB sebenarnya bukan hantu durian, tapi kalau dah benda tu ada kat rumah; takkan letak dalam guni tak bawak-bawak keluar, kan? Rezki tu, Allah bagi…selagi mampu, makan.


Sekarang ni kat tempat MB tengah musim durian. Rasa-rasanya satu Malaysia kot tengah musim nih. Dipendekkan cerita, tempat MB ni kawasan dusun. Jadi, nak kata di tepi sepanjang jalan nak ke rumah MB tu ada pondok jual durian, tak lah banyak sangat. Kebanyakan pembeli yang singgah, diorang tak beli bungkus bawak balik rumah. Kebanyakannya makan kat situ jugak; orang kata baru feel. Tapi ada jugak yang bawak balik, makan dengan family atau pun diorang nak buat bubur, lempuk, tempoyak, serawa atau yang seangkatan dengannya.


Info durian


Cerita pasal durian dari segi saintifiknya; orang yang ada darah tinggi tak boleh makan durian. Setakat nak jamah boleh jelah kot. Sebab apa? Sebab, durian ni akan menambah kepekatan darah dalam badan. Jadi, bila darah pekat, pengaliran darah ke badan tidak berapa lancar. Dan kalau dah darah tu pekat dan tiba-tiba stuck peratus orang itu untuk mendapat minor strok tinggi. Jadi, sila lakukan pemeriksaan sebelum makan durian. 


tak banyak pon isinya..5 ulas je semua, kulit je tebal


Ada satu lagi cerita; ada orang kata, lepas makan durian tak boleh minum kopi. Sebab, nanti boleh mati. Dan, kebanyakannya memang mati; setakat mendengar cerita orang tua-tua. Mungkin konsep dia sama kot; menjadikan darah lagi tu pekat.


Belajar dari alam


Majalah Solusi keluaran Jun isu 20; header dia “Belajar Daripada Alam”. Pun ada sentuh pasal durian jugak. Saya nukilkan untuk dikongsi bersama, ya.


Perhatikan pokok buah-buahan. Renungi keajaibannya. Pokok buah-buahan yang bermacam-macam jenis itu tumbuh di atas tanah yang sama, mendapat air dari tanah atau sungai yang sama, mendapat cahaya daripada sinaran matahari yang sama, mendapat garam galian yang sama… tetapi aneh, rasa buah-buah itu tidak sama.


Rasa buah manggis tidak sama dengan buah durian walaupun kedua-duanya tumbuh bersebelahan. Tidak pernah kita makan buah langsat dengan rasa buah rambutan walaupun kedua-duanya tumbuh di atas tanah yang sama. Aneh bukan? Memang aneh tetapi kita tidak terasa keanehan sebab sudah terlalu biasa. – Pahrol Mohamad Juoi; Manfaat Hasil Belajar daripada Alam; Solusi isu no. 20; m/s 21.


Kesimpulannya, kita ni kurang fikir; MB jela kot, rakan-rakan tak. Allah S.W.T pun suruh sangat-sangat kita berfikir; sebab berfikir itu adalah jalan menuju hidayah. Segala ciptaanNya, semua janji-janjinya; Allah ajak hamba-hambaNya berfikir.


Wallahu `aalaam…


Spain kalah plak first match…huhu


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

15 June 2010

Just Faham

gambar hiasan diambil dari  publicmb.files.wordpress.com


Assalamualaikum wa rahmatullah. Pertamanya; kepada Allah S.W.T MB bersyukur dan berterimakasih atas peluang dan kesempatan untuk hidup lagi hari ini. Tanpa keizinan dan kehendak Allah, mustahil untuk diri ini hidup lagi hari ini sambil mencicipi pemberian-pemberianNya yang lain. Keduanya; didoakan semoga rakan-rakan berada dalam keadaan sihat walafiat dan semoga berada dalam pimpinan Allah S.W.T.


FIFA World cup 2010


Hari ni dah masuk hari ke 6 kalau tak silap. Sukan yang dianjurkan 4 tahun sekali, disertai oleh negara-negara yang telah melayakkan diri melalui siri pertandingan kelayakan sebelum ini. Spain, Italy, Paraguay, France, Brazil, Portugal, dan jemaah-jemaahnya. Malaysia? Moga-moga 2014 nanti Malaysia menjadi salah sebuah negara peserta dalam pertandingan bola sepak dunia ini.


Bola sepak


Best ke bola sepak ni? Ntah lah. Bagi MB sendiri lah kan, tengok orang lawan tak berapa nak best; tapi kalau kita sendiri yang main, memang syok habis. Sekalipun kaki bangku dan kaki besi. Haha. Cerita bab bola, teringat masa kat KIPSAS dulu. Padang comel sebelah Blok F; jam 5.45 petang, ia menjadi sasaran ‘star-star’ untuk tunjuk aksi, skill, dan yang penting sekali, meng‘ole’. Bajet.


 MB dengar cerita, bola sepak Malaysia dulu bagus-bagus. Main peringkat Asia, menang; layak bermain di peringkat Olimpik; ada Supermokh dan banyak lagi kemenangan yang dicatat semasa era MB belum lahir lagi. Jadi, MB memang sekadar tahu pasal bola sepak Malaysia ni hanya serba serbi. Ada orang cerita pasal bola, MB balas; “oooo…yeke…”. Buat-buat tahu sudah.


MB ada jugak baca sejarah bola sepak Malaysia ni. Ada orang dakwa, sebab dan punca prestasi dan pencapaian jatuh merudum adalah rasuah. Mboh yo mboh orak. Kalau MB, MB tak cakap rasuah itu punca jatuhnya martabat dan prestasi bola sepak negara. Macam yang MB katakan dalam post sebelum ni, it’s all about iman.


Main bola pun nak guna iman jugak ke?


Ya, bagi MB. Kalaulah iman itu menjadi tenaga kebangkitan Arab Jahiliyah yang memang telah terbukti berhasil sehingga menguasai 2/3 dunia; jadi formulanya tetap sama; iman jugalah yang selayaknya jadi pemangkin kebangkitan umat Islam sekarang. Inikan pula bola sepak. Maksud MB bukan nak suruh pemain bola tu main pakai jubah pakai songkok pakai kopiah; tapi nilai diri dan asas pembinaan prinsip itu harus berpaksi dan dibina di atas iman. Training, training lah macam biasa yang mereka lakukan. Iman tak kisah training diorang macam mana.



Apa yang iman kisah; ialah matlamat mereka bermain kerana apa, wasilah yang mereka pilih apa dia, nilai yang mereka ambil bagaimana, jiwa dan hati mereka terisi dengan apa, dan banyak lagi lah perkara yang perlu dipandang berat. Soal hati dan soal jiwa sebenarnya menjadi satu prioriti dalam mana-mana aspek kehidupan. Janganlah hanya fikir bahawa ‘outer’ itu adalah segala-galanya, tapi ‘inner’ itu hakikatnya adalah input kepada ‘outer’ itu sendiri. Walau setinggi mana pokok menjulang langit, walau serendang mana pokok memayung bumi; puncanya masih sama, akar yang berada dalam tanah. Kalau akar rosak, masakan pokok boleh tinggi dan merendang?


Iman, iman la weh; apsal kaitkan dengan bola plak!!


Erk..nak cakap macam mana ya? Kalau cakap macam ni ok tak?;


“saudara, adakah saudara fikir bahawa Islam itu terpisah dari kehidupan kita? Adakah saudara juga terlintas dihati bahawa Islam ini satu kongkongan untuk buat itu dan buat ini, termasuk main bola sepak? Setahu saya, tak ada nas atau dalil yang memakruhkan dan mengharamkan; apatah lagi mewajibkan men’sunat’kan. Selagi tak ada nas haram makruh wajib sunat, ia adalah mubah iaitu harus; suka hati saudara nak buat ke tak nak. Jadi, dimana sebenarnya tekanan yang Islam beri kepada saudara dalam lapangan bola sepak?”


“ada satu lagi perkara. Tahu tak saudara, bahawa Islam juga mengiktiraf sukan bola sepak ni? Saudara boleh dapat pahala tau kalau main bola ni. Cuma syaratnya, saudara kena faham. Just faham. Kalau kita buat apa-apa perkara, sekalipun free-kick corner-kick dan bersorak; kalau kita buat dengan niat kerana nak redhaAllah dan tak langgar batas syarak; ia dikira ibadah tau saudara. Saudara siap dapat pahala lagi..”


Oh, yeke macam tu..?


“iye..lainlah kalau bola sepak sekarang ada unsur judi, para penyokong bercampur antara lelaki dan perempuan, langgar waktu solat. Yang tu memang buat Allah murka. Cuba saudara tengok; sikit je yang Allah tak kasi kita buat. Yang lain, bebas atas pilihan dan kehendak saudara, kan?”


Tadi ko cakap iman; ni apsal tukar Islam plak?


“oh..ok ok. Kalau orang tu ada iman; tak kesahlah si player ke, si pnyokong ke, si coach ke; kalau diorang beriman, diorang tak buat semua benda-benda yang Allah murka tadi. Solat jaga, aurat pun jaga, rasuah tak ada, permainan bersih…jadi, objektif sukan tercapai, pahala pun dapat jugak insyaAllah.”


“bukan setakat main bola je, permainan apa-apa pun boleh. Kriket, ragbi, perahu layar, lumba kereta, lumba motor, lumba kuda, macam-macam lagi lah. Semua boleh, asalkan niat kerana Allah dan tak langgar had syarak.”


Hakikat yang kita sendiri harus tanamkan dalam diri adalah; iman ini bersatu dengan kehidupan. Kehidupan tanpa iman diibaratkan hidup tanpa ruh. Kosong. Sebab tu ada baju yang tulis “jiwa kosong”. Sebab jiwa hati dan hidup dia tak hadirkan iman itu bersama. Hidup terasa sunyi. Si penyeri adalah perasaan cinta monyet mereka semata-mata. Sebab tu bila putus cinta, menonggeng. Sampai ada yang nak bunuh diri. Itu salah satu contoh.


Kembali kepada cerita bola sepak balik


Serius, MB tak dapat tengok World Cup kali ni. Bukan apa. Rumah ada tv, tapi disebabkan satu peristiwa tu, ayah MB parang wayar ariel. Jadi, tak dapatlah tengok. Huhu.


Sekarang, MB dah pencen dah main bola. Hehe. Injured. Bukan apa; kaki kanan tanam besi, jadi kalau sepak sakit; kaki kiri pulak kekok kalau nak sepak. Hmm..tak apalah. Rezki badan. Bila tengok member main bola, jeles gak tengok sebab tak dapat main sekali; geram.


Ok, dah.


Wallahu `aalaam..jumpa lagi ya..!!


Spain!! Spain!!


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

14 June 2010

Alahai Diri..

Assalamualaikum wa rahmatullah. Semoga rakan-rakan berada dalam keadaan sihat selalu dan semoga berada dalam bimbingan Allah S.W.T. Alhamdulillah, segala rasa syukur dan setinggi rasa terima kasih kita tujukan kepada Allah S.W.T; sebab hari ni, kita dapat hidup lagi. Ya, kita dapat hidup lagi; satu pemberian, satu anugerah, juga bermaksud satu peluang dan satu kesempatan.


Selawat dan salam atas Nabi kita Muhammad Rasulullah S.A.W. dan kepada ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat r.hum, dan kepada mereka yang setia dengan perjuangan baginda hingga hari kiamat.


Hari ni hari isnin, paginya redup. Tenang. Sejuk. Nyaman. Kemudian diiring dengan hujan. Hujan rahmat barangkali. Hari ni hari pertama dalam bulan Rejab. Bulan depan dah Sya'ban. Lepas tu Ramadhan. Pantas betul masa berlalu. Rasa seperti baru semalam bersahur berbuka dan bertarawih. Rasa seperti baru semalam berbuka dengan rakan-rakan kat bilik asrama.




“aku bersyukur kepadaMu ya Allah; sebab Kau bagi lagi aku kesempatan untuk hidup dalam bulanMu”


Masa saya di sekolah menengah di MATRI, ustaz-ustaz saya cakap; bulan-bulan yang mulia ni macam Rejab, Sya’ban, dan Ramadhan adalah satu peluang keemasan yang Allah S.W.T berikan kepada hamba-hambaNya. Ustaz saya cakap, semua ini adalah ‘perhentian’ ataupun ‘mahattah’ dalam bahasa arabnya. Bulan-bulan macam ni adalah musim bunga bagi orang-orang beriman, ‘rabiul abrar’; tambah mereka.


Masa tu MB budak-budak; bahasa mereka tak berapa nak faham.


Sekarang, Alhamdulillah. Baru saya faham sikit-sikit. Apa yang saya faham? Ntah. Hehe.


Sebenarnya, setakat yang MB faham; bulan-bulan ni Allah S.W.T dengan segala sifat Pemurah dan PengasihNya; Allah bagi kepada hamba-hambaNya ‘offer’. Amalan-amalan nafilah digandakan ganjarannya, semuanya Allah S.W.T. bagi sebagai persediaan mental dan fizikal sebelum kedatangan Ramadhan Karim. Sejauh mana nak percaya, tepuk dada tanya iman.


Bila teringat akan tiga bulan ni, Rejab-Sya’ban-Ramadhan; alahai diri…macam langsung tak ada perubahan selepas keluar dari tiga bulan tersebut pada tahun-tahun sebelum ini. Masuk dalam bulan-bulan special ni dah lah diri ni teruk, dan keluar pulak lagi teruk, worse. Teringat kat satu hadis tu. Ya, ingat…ruginya MB…


Hmm…


“ya Allah, aku cuma nak minta satu je dari Kau ya Allah; berilah aku kekuatan untuk istiqamah; peliharalah aku dari ajakan nafsu dan musuh-musuhMu. Aku hamba lemah, aku hamba dha`if”


Bulan Rejab, fasa pertama untuk kita bersedia. Bersedia untuk apa? Bersedia untuk meraih malam yang lebih baik dari seribu bulan. ‘Offer’ yang Allah S.W.T tawarkan memang tak ada dalam bulan-bulan lain dan tempat lain; itupun bagi orang yang yakin dan percaya. Ya, kita kena yakin semua ni. MB mesti kena yakin. Rakan-rakan pun mesti kena yakin jugak. Keyakinan menuntut amalan; itulah masalahnya.


اللهم باركلنا في رجب و شعبان و بلغنا رمضان



Ya Allah, bagilah hambaMu ini kekuatan…


Wallahu `aalaam.


.: SELAMAT MENYAMBUT BULAN REJAB..!! :) :.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

13 June 2010

Kenapa?


Assalamualaikum wa rahmatullah. Segala puja dan puji hanyasanya untuk Allah S.W.T, kepadaNyalah kita memohon pertolongan, kepadaNya juga kita mohon perlindungan, kepadaNya juga kita memohon ampun, dan kepadanya juga kita memohon petunjuk. Hai rakan-rakan..! Apa kabar? Semoga rakan-rakan berada dalam keadaan sihat selalu dan semoga rakan-rakan berada dalam bimbingan Allah S.W.T.


Kelmarin hari Jumaat. Jadi, MB sebagai orang lelaki; pergi ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Ya, memang ada sesuatu yang MB nak kongsikan kat sini. Tentang isi khutbah jumaat semalam. Tajuk yang diuatarakan memang ‘rare’ kalau dipandang dari kaca mata dunia sekarang; maksud MB, tajuk ini memang jarang kita dengar dalam suasana dunia dan negara yang ‘tidak berapa mahu berpihak’ kepada Islam.


MB tak berniat nak tulis seluruh teks khutbah tu, sebab MB pun bukan ingat semua. Tapi ada antaranya yang MB ingat. Khatib bercerita tentang Hari Mahsyar. Hari di mana semua manusia yang pernah hidup kat atas bumi ni dikumpulkan di satu tempat yang sangat luas. Luas sangat-sangat. Orang dari zaman Nabi Adam A.S sehingga manusia yang terakhir sekali mati di atas bumi ini, semua kumpul kat situ. Khatib bawak satu hadis yang menyatakan bahawa, semua manusia waktu tu telanjang; telanjang bulat. Tapi Rasulullah sabda bahawa waktu tu, manusia dah tak hirau dah; telanjang ke..tak telanjang ke..semuanya dah nafsi nafsi dah, semua cuma fikir, kalut, sibuk dan risau akan nasib masing-masing. Cuba bayang, kita punyalah fikir pasal diri sendiri sampai kita dan orang sebelah kita telanjang pun buat tak kesah. Emak, bapak, adik beradik, anak, sahabat handai; semuanya dah tak terfikir dah. Semua dah fikir nasib masing-masing; syurgakah atau neraka? Bahagiakah atau sengsara? Disana juga, kita sebagai umat manusia akan diadili dengan seadil-adilnya oleh Allah S.W.T. Mana-mana yang pernah dizalimi akan dibenarkan mengambil kebaikan si pembuat zalim sebagai tukaran; sebab duit dengan emas tak laku kat sana.


Khatib menambah lagi; kegagalan masyarakat sekarang dalam menghayati peristiwa Mahsyar ini adalah punca kepada berlakunya jenayah dan kebejatan sikap pada hari ini. Buang bayi, zina, merompak, mencuri, berbunuhan, pecah amanah, rasuah, dera kanak-kanak, fitnah..semuanya berpunca dari tipisnya penghayatan Hari Mahsyar dalam kehidupan; katanya.


Iman


Hidup kita memang tak boleh lari dari Iman. Kehidupan tanpa iman adalah kehidupan yang sengsara. Kehidupan tanpa iman adalah kehidupan yang sangat sia-sia. Dengan iman, baru diri kita ada nilai. Dengan iman, baru hidup kita bermakna.


Semuanya adalah berpunca dari iman. Setiap gerakan dan perilaku kita, semuanya adalah berpunca dari iman. Setiap peristiwa yang berlaku disekeliling kita; adalah berpunca dari iman. Kenapa dikatakan segala-galanya bermula dari iman? Kenapa?


Kalau seseorang itu dikatakan yakin dan percaya bahawa Allah itu adalah Pencipta dia, Penguasa dirinya, Yang Maha Melihat, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Mendengar, Yang Maha Bijaksana, dan semua sifat-sifatNya..tapi kenapa masih ada lagi yang rasuah? Kenapa masih ada lagi zina? Kenapa masih ada lagi penindasan dan penganiayaan? Dia tahu benar Allah S.W.T itu Maha Halus PenelitianNya, Allah itu Maha Keras seksaanNya, Allah itu Maha Pengasih atas hambaNya..tapi kenapa masalah-masalah ini berlaku?


Kalau seseorang itu dikatakan yakin dan percaya bahawa akhirat, hari qiamat, hari pembalasan itu benar-benar akan berlaku..akan ada perhimpunan mega di Mahsyar, akan ada pengadilan di Mizan, akan ada titian Sirat, akan ada pembalasan Syurga dan Neraka..tapi kenapa masih ada lagi fitnah-memfitnah? Kenapa masih ada lagi mengambil dan merampas hak orang lain tanpa kebenaran? Kenapa masih ada lagi yang makan harta secara batil dan haram? Orang itu tahu dan arif benar bahawa Allah S.W.T Maha Adil hukumanNya, Allah itu Maha Pedih seksaanNya, Allah itu Maha Pemurah memberi nikmatNya..tapi kenapa masalah-masalah ini masih lagi berlaku?


Kenapa?


MB memang tak layak nak isukan soal iman kat sini, sebab MB bukan orangnya. Nak lagi mendalam, tanya lah Ustaz dan Ustazah diluar sana. MB cuma cerita apa yang MB faham.


Tapi bagi MB, beriman itu sangat penting. Kan beriman itu fitrah manusia? Iman=fitrah; memang tak boleh lari. Fitrah manusia, iaitu fitrah diri MB sendiri; tak dinafikan memang nak sangat sangat hidup bahagia, tenang, harmoni, tak banyak ancaman dan risiko hidup, sempurna. Tak ada sorang pun yang nak hidupnya tak bahagia, kan? Disinilah fungsi iman bagi MB. Iman ni diibaratkan macam ‘way’, cara, jalan untuk memperoleh apa yang disebutkan tadi. Ia memandu kehidupan dengan cara yang membolehkan fitrah-fitrah kita tadi tercapai. Hidup beriman, means hidup berfitrah.


Nak terang macam mana iman tu memandu hidup kita, MB susahlah nak cerita..tak apa, nanti MB carik artikel dan MB share kan kat sini…it’s such a complicated thing to say – speaking weh, hoho. Okay, cerita bab iman setakat ini dulu. Semoga perkongsian ini menjadi peringatan dan usaha islah untuk diri MB sendiri.


Blog


Bukak cerita bab blog pulak. Amacam? Ok tak wajah baru blog Musafir Bulat nih? Hehe. Link kawan-kawan blogger dah ada. Header pulak tukar; adobe sendiri tu..boleh tahan la (syok sendiri pulak…). Tak banyak warna. Corak-corak pun tak ada. Plain. Biarlah. Ni MB edit guna tab ‘design’ tu ha..blogger baru buat, kan? Tengok template, layout dia, background; boleh tahan la smart; bagi MB lah…MB bukan apa tukar appearance blog ni…maklumlah, lelaki cepat boring..haha.


Wallahu `aalaam…jumpa lagi!


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

08 June 2010

Keciciran


Assalamualaikum wa rahmatullah. Semoga rakan-rakan berada dalam keadaan sihat sejahtera dan semoga rakan-rakan berada dalam petunjuk serta bimbingan Allah S.W.T. Segala puji dan syukur hanya untuk Allah S.W.T yang telah memperkenankan diri ini untuk hidup sekali lagi di atas bumiNya.


Malam tadi, MB sekeluarga pergi ke Hospital Pakar Puteri kat JB. Sahabat kepada ayah MB masuk hospital. Ayah MB cerita, tekanan darah dia tinggi sangat; 170/90. Nak bukak mata pun tak boleh, pening pusing-pusing; katanya. Menurut cerita zaujah dia, kisahnya bermula pada sebelah pagi. Sebelum pergi kerja, dia jogging. Bila jogging, dia terasa pening dan berpusing-pusing. Jadi dia balik rumah. Balik je rumah dia bagitahu kat zaujah dia yang dia pening-pening. Lepas tu dia terus rebah kat kerusi; tak sedarkan diri. Hantar ke hospital.


Masa ziarah malam tadi, Alhamdulillah dia dah sedar.


Bila MB terfikir atau terbayang atau terlintas di fikiran pasal hospital, bab kesihatan mesti teringat jugak. Tak tahulah kenapa. MB yakin, semua orang tak menafikan akan kepentingan kesihatan dalam hidup. Dengan kesihatan yang Allah bagi ni, macam-macam perkara kita boleh buat. Syukur Alhamdulillah.


Kesihatan ni pun amanah jugak, kena jaga molek-molek. Makan, jangan makan yang bukan-bukan. Kalau terlebih control sikit..hehe. Exercise jangan lupa. Lagi satu, doa jangan tinggal. MB ni bukannya perunding kesihatan, tapi peringatan untuk diri sendiri saja…jangan salah faham. Semoga blog ni jadi wasilah untuk MB perbaiki diri…islah nafsaka, wad`uu ghairaka…heheh.


Cerita pasal blog ni, tadi MB cadang nak tukar appearance. Tapi malangnya, terdelete pulak semua link-link member blogger kat sebelah tu. Makin jadi banyak koje pulak kan? Tak apa, nanti buat balik. MB cadang nak tukar nama blog. MB = Musafir Bulat; doa tu..hehe. Dah lah bulat, nanti jadi lagi bulat. Cadang nak tukar kepada MK = Musafir Kurus; ok tak? Hahaha. Tak apalah, bab ni letak tepi. Kalau rakan-rakan ada nama yang sesuai nak kongsi, boleh jugak kan…tapi moto tu tak ubah lah…insyaAllah…


Sekarang dah bulan Jun. Sekejap betul rasa masa ni berlalu. Apa pencapaian diri kita setakat enam bulan pertama tahun 2010 ya? Tak lama lagi dah nak bulan Rejab. Aduh, rasa keciciran pulak dengan masa. Hmm…umur makin bertambah, taklif makin besar, amanah makin banyak, masa pulak jalan terus; tak ada rehat tak berhenti tak berundur. Apa yang patut kita buat? Kesali masa lepas yang telah disia-siakan? Buat tak tahu apa yang dah dilakukan? Salahkan orang lain? teruskan kehidupan macam biasa? ………………………. Kadang-kadang, jawapan semua tu alasan. Bagi MB, kesilapan dan kekhilafan yang dah kita buat lepas; kita terima ia sebagai kekurangan dan kelemahan diri. Dan ia harus dijadikan pedoman untuk kegunaan akan datang kita. Tahun ni mesti kena lagi bagus dari tahun lepas, kan?


Kepada sahabat-sahabat MB yang dah berjaya menyambungkan pelajaran dan dah dapat tawaran belajar, MB ucapkan tahniah..!! semoga kalian menjadi insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang di sisi manusia dan di sisi Allah. Kalau kalian dah duduk kat majlis ilmu, janganlah kedekut kredit nak bagi nasihat dan pesanan buat peringatan MB. Yang menyampai ni bukan sempurna. MB sorang saja yang belum sambung belajar… semoga Allah permudah urusan MB..

Sudi-sudilah 'Like' post ni..

02 June 2010

Langkah Pertama

gambar diambil dari vivapalestina.org



Assalamualaikum wa rahmatullah. Apa kabar rakan-rakan? Sihat? Didoakan semoga rakan-rakan semua berada dalam keadaan sihat walafiat, dan semoga rakan-rakan berada dalam bimbingan dan petunjuk dari Allah S.W.T. Alhamdulillah syukur dan terima kasih untuk kesekian kalinya kepada Allah S.W.T yang masih membenarkan kita hidup hari ini. Ya, betul kata pujangga; hidup ini satu pemberian. Dan tak lupa juga, mari kita kirimkan doa buat sahabat kita yang berada dalam konvoi LifeLineForGaza yang kena serang Israel dalam beberapa hari ini.


Allahummanshurna, wa la tanshur `alaynaa…


Isu Palestin lagi.


Kenapa ya, bila Palestin kena serang ataupun terima apa-apa tekanan baru dari Israel baru kita nak bising-bising? Adakah isu Palestin ini adalah satu sentiment yang bermusim dalam diri kita? Mungkinlah kot, MB pun kadang-kadang macam tu jugak, dan kita mesti ubah sikap ni. Ya, kena ubah. Tapi kalau macam doa dengan boikot barang tu jangan putus lah kan. Usaha macam tu biar berterusan-The Long Breath War-perang nafas panjang.


Sakit hati.


Memang banyak sebab untuk kita mensakitkan hati kita dalam isu Palestin ni. Antara sebabnya ialah; (1) Halocaust. (2) PBB. (3) OIC. (4) Liga Arab. (5) Diri kita sendiri. Israel dengan Amerika tu memang dah buat kita darah tinggi dah, tak payah nak sebut. Segala carutan yang terhebat di dunia dah bagi setepek kat Israel, tak ada kesan, kan? Macam anjing menyalak bukit.


Life Line For Gaza


Bagi peserta konvoi tu, mereka dah terjun ke lapangan jihad yang sebenar, kan? Dah telan peluru Israel. Bangganya MB kalau MB jadi mereka. Memang bangga. Syahid kerana ukhwah. Sanggup mati kerana sahabat di sana. Ya Allah, bagilah aku kekuatan untuk sertai rombongan mereka. Ya Allah, kalau syahid itu adalah anugerahMu yang paling mulia, maka matikanlah semua ahli konvoi itu sebagai syuhada’. Dan kalau kemenangan itu adalah pilihan dan ketentuanMu, kuatkanlah hati dan jiwa mereka supaya mereka setia menunggu pelaksanaan Qada’Mu. Ya Allah, ilayKa arjuu wa anaab…


Any last word?


Langkah pertama untuk kita sebagai orang Islam kembali bangkit; adalah bermula dengan perubahan diri kita. Kata orang; kalau setiap orang sapu laman rumah masing-masing, satu Negara pasti bersih. Masih belum terlambat untuk buat kebaikan. Biar perubahan itu sedikit. Sekalipun perubahan yang kita buat itu sikit dan tak menumbangkan mereka, sekurang-kurangnya, biar perubahan kita itu menggegarkan paksi keangkuhan mereka. Ya Allah bagilah kami kekuatan, bagilah kami petunjukMu, bagilah kami hidayahMu.


Perbaiki diri adalah langkah pertama mengubah dunia.


Ya Allah…

Sudi-sudilah 'Like' post ni..