18 June 2010

'Dia' Yang Bagi Semua Ni


Assalamualaikum wa Rahmatullah. Semoga rakan-rakan berada dalam keadaan sihat sejahtera dan semoga rakan-rakan juga berada dalam limpahan kasih sayang dan bimbingan Allah S.W.T. Alhamdulillah, segala puji dan segala rasa syukur MB tujukan hanya pada Allah; kerana dengan izin dan perkenanNya, MB hari ni dapat hidup lagi macam hari-hari yang lepas; boleh berjalan, boleh bercakap, boleh melihat, boleh pegang, dan macam-macam lagilah.


Hari ni hari Jumaat; nak share isi khutbah ke? Tak. Sebab, tadi bila khatib bagi mukaddimah je, tiba-tiba suasana jadi gelap..sunyi, tak tahulah kenapa. Hehe.


Hari ni jugak, Allah S.W.T tambah lagi nikmatNya kepada MB. Allah bagi MB peluang untuk sambung belajar lagi. Rasa syukur dan best sangat. Tak tahu nak cakap macam mana. Sebaik tahu je MB dapat tawaran sambung belajar, emak gembira bukan kepalang; terus kena peluk dan cium dengan emak. Segala puji, terima kasih dan syukur hanya untuk Allah yang bagi semua ni.


Daftar dan lapor diri dua minggu lagi. Dokumen-dokumen disuruh sediakan secukupnya. Dua minggu, sekejap je tu, tak lama dah. Istilah-istilah seperti dewan kuliah, tuition, tutorial, lecturer, esaimen, presentation, progress test, quiz, lab, cafĂ©, fakulti, sekolah, hostel akan mula berlegar kembali di kotak fikiran. Betapa diri ni agak melekat dengan istilah-istilah tu, dulu. Sekarang, oleh kerana dah jadi jeruk sebab memerap kat rumah je; jadi MB rasa macam dah tak berapa nak…ntah, tak tahu nak guna bahasa apa yang sesuai. Semangat timba ilmu dah tumpul agaknya; kena gilap dan asah balik nih.


Serius, tengah berdebar ni tunggu dua minggu lagi.


Oh, lupa. Untuk rakan-rakan yang dah dapat tawaran dan dah sambung belajar, MB ucapkan tahniah. Semoga kalian kuat dengan jalan yang kalian rintis dan pilih. MB nak ingatkan untuk diri MB terutamanya dan kepada sahabat dan rakan-rakan; pertamanya, belajar biar ikhlas. Apa yang kita belajar tu ilmu. Jangan fikirkan sangat dengan sijil Ijazah Sarjana Muda bla bla bla dengan Kepujian. Jangan fikirkan sangat bahawa kita belajar ni adalah untuk nak carik duit satu hari nanti. Belajarlah untuk kebaikan diri dulu; belajar untuk kebaikan kita di dunia fana dan di dunia abadi. Lepas tu, kalau ada rezki dengan perantaraan sijil yang diidam-idamkan; teruskanlah raih. Anugerah dari Allah S.W.T tu.


Keduanya; untuk peringatan MB jugak khususnya; janganlah kita larut dengan suasana yang tidak berapa sihat yang ada. Kita jadi diri kita sendiri. Jadilah ikan siakap yang dagingnya tak masin walaupun hidup dalam lautan yang sangat masin. Enjoy tak salah, tapi berpada. Kenangan kita di KIPSAS biar kita jadikan pedoman. Yang tak elok menurut hemat peribadi, janganlah diulang; perbaikilah di dunia baru ini. Yang elok, teruskan dan pertingkatkan. Yang pasti, dunia yang bakal kita tempuhi ini menjanjikan cabaran yang baru, dugaan yang baru, lebih keras dan lebih menekankan.


Ketiganya; sambil kita hidup di sana dan sambil kita menelan ujian; binalah diri kita, bina peribadi kita, bina sikap kita. Yang baik-baiklah, jangan yang tak elok pulak; maksud MB, bina diri sebagaimana yang Allah S.W.T nak. Suasana disana memang suasana yang kondusif untuk membina peribadi yang elok-elok. Sebabnya, kita duduk dalam suasana menuntut ilmu. Majlis ilmu ni adalah sebuah taman dari taman-taman syurga (lupa ungkapan ni dari siapa; sape yang tahu bagitahu MB ya?). Hidup kita di sana, jangan Persia-siakan. Kalau ada program dan aktiviti, joinlah sekadar mampu; ingat, kita ikut serta adalah untuk bina diri dan kutip pengalaman.


Keempatnya; bila kita dah bergelar mahasiswa/I, jangan lupa daratan. Ingat-ingatlah asal-usul kita. Allah S.W.T jangan lupa; sebab Dialah yang bagi kita peluang ni. Emak ayah jangan dilupa juga; sebab merekalah yang bersusah payah jaga kita sampai sekarang. Sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang lepas juga usah dilupa; kerana mereka juga adalah sebahagian dari hidup kita. Mencipta kenangan dan pengalaman bersama, mengenal kehidupan bersama. Jangan rasa diri tu dah banyak sangat ilmu; jangan rasa kita dah berada kedudukan yang mulia dan tinggi. Allah S.W.T ada berpesan; orang yang paling mulia di sisi Allah hanya yang lebih tinggi taqwanya.


Kelimanya; dah kot, banyak sangat da…yang penting, semua ni untuk peringatan diri MB sendiri.


Buat rakan-rakan yang tak dapat tawaran untuk sambung belajar; janganlah putus asa. Buatlah rayuan. MB dapat ni pun sebab Allah S.W.T yang bagi. Kalau Allah tak izin, MB tak dapat tawaran sambung belajar. Lagipun, kalau MB mati sekarang, tak dapatlah nak merasa alam baru tu. Mudah-mudahan Allah gantikan dengan kalian kekosongan tu, kan?


Apakah sahabat dan rakan-rakan rasa dan fikir bahawa dengan sekeping sijil tu akan buat kita berjaya? Kaya? Bahagia? Tak, rakan-rakan. Rezki, kebahagiaan semuanya Allah S.W.T yang bagi. Bukan sijil. Allah yang bagi. Sijil tak dapat buat apa-apa. Ia hanya sekeping kertas keras. Tak dapat memberi manfaat dan tak dapat memberi mudharat sekalipun. Sesiapa yang mengejar sijil tu semata-mata; seolah-olah dia telah menjadikan sijil itu berhala dalam hati dia; na`uuzubillahi min zalik.


Tengoklah jutawan-jutawan kat Malaysia nih. Boleh dikatakan semuanya belajar tak sampai peringkat tinggi pun. Ada yang setakat darjah empat je. Tapi tengok; siap digelar jutawan dan dapat anugerah datuk tan sri tun lagi. Apa kesimpulannya? Kesimpulannya, rezki tu bukan sijil yang bagi; tapi Allah yang bagi. Sebenarnya, inilah juga cabaran buat MB; nak ikhlas untuk belajar. Buat rakan-rakan yang tak dapat tawaran belajar di IPTA; janganlah kecewa dan putus asa dari rahmat Allah S.W.T. Jalan rezki, kejayaan dan bahagia bukan dengan sijil semata-mata; banyak lagi di luar sana. Tapi kunci dia tetap satu; usaha bersungguh-sungguh dan jangan putus asa dari rahmat Allah S.W.T.


Huh. Banyak sangat dah melalut nih. Setakat ni jelah kot. Semua ni adalah peringatan untuk diri MB terutamanya. Last, doakanlah MB ni kuat dalam suasana baru; dan MB doakan juga buat sahabat dan rakan-rakan sekalian. Selamat maju jaya..!!


Wallahu `aalaam…jumpa lagi rakan-rakan…


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

11 comments:

Anonymous said...

Tahniah!! Dapat tawaran ke universiti mana? program pengajian apa? selamat mengharung warna warni hidup bergelar mahasiswa..

Musafir Bulat said...

Terima kasih En. Hisyam.. Alhamdulillah, saya dapat tawaran sambung belajar di USIM... doakan saya cemerlang ya En. Hisyam..

mustafiyah said...

wuhuuuu!!!~

nice khutbha!! . . eh bkn2!!

nice2 *xtawu nk ckp pe*


beh dpt course ape ea kat USIM??



*Allah Ma'ak!* :)

Musafir Bulat said...

Mustafiyah:: hamdan lillah, dpt course F & F :)

Mustafiyah dpt tawaran sambung belajar mana? Org oversea kan dpt tahu awal......

kalau tak dapat, tu bukannya "mustafiyah"....hehe

BintHaron said...

Mabruk Razi!~
Ma'attaufiq wannajah wama'a nasrillah,Allahu Musta'an
(:

mustafiyah said...

Razi,F & F 2 Fiqh & Fatwa ker???

*Subhanallah* seronoknyer!!


ermmmm, FYI, mus apply pon tdk .. jd cane ny nk dpt twrn?? mmg xley nak buktikan lah "mustafiyah"


Insya Allah bile ade keizinan akan mus sambong jgk nti.. :)

Astaudi'uka fillah!! baarakallahu fiik!

mustafiyah said...
This comment has been removed by the author.
Musafir Bulat said...

ya....

lorh, kenapa tak apply..? ada agenda lain ya? cerita sikit.... nak dengar jugak rancangan "the chosen one" ni... kot kot koi buleh ambil iktibar ke........ :)

semoga Allah permudah segala urusan aok..!! semoga Allah luaskan pintu rezkiNya utk aok..!! semoga Allah selalu bersama aok..!! :)

Anonymous said...

salam..
wah, bgus entri ni..
eceli, rindu sgt2 kat kipsas ngn kwn2..
huhu
*tmpt yg byk memberi kenangan & ilmu yg sgt berguna*

yunique0307 said...

razi2... klw tk slap naqiah kan... yg ungkapan psl2 tman2 syurga tu dr imam nawawi.. "riyadus shalihin" = taman2 bg org yg solih. nama slh 1 buku yg dikarang oleh imam nawawi,, klw tk silap lah... klw silap mohon diperbetulkan...

mustafiyah said...

razi:

perancangan mus xdlah bsar sgt.. cme mus carik pngalaman bkerje dlu.. :) smbl2 2 bley spy2 pluang yg ade.. hahah!

mus ny agenda lpas nie adlah nk buat sstu yg laen dr org laen, biiznih!

Ameen!!~

nk tawu pe die..?? jeng3!!

kite tunggu & lihat!!~ :D