10 October 2010

Tawakkal Budak U




Assalumualaikum rakan-rakan! Jumpa lagi hari ni. Didoakan semoga rakan-rakan sihat-sihat sahaja, insyaAllah.


MB nak kongsi dua cerita, tapi isu yang sama, perkara yang sama, benda yang sama. Cerita ni pasal kehilangan computer riba ataupun dikenali sebagai laptop disebabkan dicuri. Computer riba atau laptop ni bagi MB, merupakan satu benda yang agak penting dalam hidup seorang student. Menyiapkan esaimen, buat tutorial, download nota dari portal pelajar, nak tahu aktiviti university, baca berita online, carik bahan tugasan, dan terkecuali main game untuk sesetengah orang adalah di antara kegunaan laptop.


Tapi sayang, kene curik.


Bahan esaimen dan dokumen-dokumen penting hilang.


Blue print blue print projek hilang.


Tesis hilang.


Gambar-gambar video-video kenangan hilang.


Pendek kata, semuanya lesap.


Tekanan; pasti empunya laptop tu tekanan.



Cerita satu.


Ni cerita pertama yang MB nak kongsi. Jumaat lepas, 8 hb 10 2010, sebelum solat jumaat, laptop seorang rakan MB hilang dicuri. Waktu tu, kat rumah dia hanya ada dua orang; dia dan kawan bilik sebelah. Masing-masing tunggu giliran untuk mandi. Jadi kawan yang hilang laptop ni pergi mandi dulu dan yang satu lagi ada kat bilik layan radio…kot.


Dia pergi mandi dalam keadaan laptopnya ditinggalkan di dalam bilik tanpa ada sesiapa yang tolong tengok; biliknya tidak berkunci; dan pintu rumahnya pun terbuka, tak dikunci jugak. Lepas mandi, baru dia perasan yang laptopnya tidak ada kat atas cooler. Lepas tu, kecoh satu aras yang laptop dia dah lesap.


Lepas tu, dia nak report polis. MB cakap kat dia,


“nak report polis ke?”


“ha’ah”


“nanti dulu…bagitahu kat Pejabat Asrama dengan JAKSA dulu, bagi diorang bertindak dulu. Lepas tu kalau ko nak report, report lah..”


“hmm…aku nak call makcik aku lah, mintak dia jumpa bomoh, carikkan sape yang curik laptop aku tuh”


“haha…tu la, dulu aku bagi ko mantra seru jin pagar rumah ko taknak, cakap syirik lah ape lah…sekarang jumpa bomoh pulak nak carik laptop? Lagi lah syirik…”


“hmm…”


Kecewa barangkali kawan MB tu. MB sendiri tak tahu nak buat macam mana. Benda dah hilang. Pencuri tu pulak tak tinggalkan jejak. Susah lah nak carik. Nak suruh kawan tu redha, tak sampai hati pulak. MB pun diam. Diam. Dan sampai sekrang, tak ada perkembangan lagi pasal kecurian laptop dia.



Cerita dua.


Yang ni cerita nombor dua. Kes kecurian ni berlaku masa MB kat KIPSAS lagi. Waktu lecturemate MB perasan yang laptopnya hilang adalah waktu malam, masa balik dari kuliah ganti. Yang ni satu kes lain. Member MB yang sorang ni, dia kunci locker dia. Tapi kunci locker tu, dia letak bawah tilam. Lagilah senang si pencuri tu nak curik.


Lepas tu, semua ahli block F rokol malam-malam. Lepas tu, member-member yang sebilik dengan dia pakat-pakat baca Surah Yasin 3 kali. Fellow pun dah dimaklumkan. Dan fellow pun telah memberi ucapan-ucapan nasihat-nasihat kepada ahli Block F, mintak kepada yang mengambil laptop, untuk pulangkan; dan kalau dipulangkan, namanya akan dirahsiakan dari mana-mana pihak kecuali Allah dan fellow. Amaran-amaran dan janji Allah diulang-ulang.


Apa yang terjadi? 2 3 hari lepas tu, si pencuri tu pulangkan. Subhanallah. Ada lagi pencuri yang berhati lembut macam ni. Tepat sangat sebagaimana yang Allah firmankan dalam al-Quran. “Seseungguhnya Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia mahu”.


**********************************************************************************


Satu pengajaran untuk diri MB dan kita semua; jangan cuai. Jaga asset kita, jaga barang kita, jaga amanah kita, jaga hak kita; jaga semua itu dengan rapi. Nak pergi mana-mana, simpan barang berharga di dalam almari, kuncikan; bilik kunci; rumah kunci. Lepas tu baru kita boleh tawakkal kat Allah S.W.T, sebab kita dah usaha semaksimum kita dalam menjaga barang berharga kita. Kalau nak hilang jugak, itu terserah pada Allah, redha jelah.



Sudi-sudilah 'Like' post ni..

2 comments:

Anonymous said...

antara sebab pencerobohan / kecurian adalah kelalaian tuan punya barang itu sendiri. Kita kena sentiasa beringat dan berwaspada dengan barang2 berharga kita. Apa2 pun, sebagai hamba Allah, semuanya itu mesti dilihat dari sudut ujian dan cabaran yang ALlah berikan kepada hambaNya yang disayangi.

Musafir Bulat said...

betul tu En. Hisyam...tapi hati mane tak berat kalau laptop hilang...2 ribu tu.