02 October 2010

Melayu is Too Generous!!

gambar hiasan diambil dari webshaper.com.my

Assalamualaikum rakan-rakan semua! Diharapkan semoga rakan-rakan semua sihat walafiat selalu. Hari ni, hari sabtu; MB dari pagi sampai tengah hari tadi menghadiri satu seminar berkaitan dengan Tamadun Islam Tamadun Asia dan Hubungan Etnik di kampus USIM. Ada 4 slot syarahan, hanya satu daripadanya MB tidur dari awal sampai habis; terbaik!


Temanya secara umum berkisar tentang pembinaan Gagasan 1Malaysia. Di sini, MB tertarik tentang perbezaan pendapat yang sangat ketara antara 2 orang jemputan tadi. Yang pertama adalah dari Profesor Dr. Mansor Mohd Nor, Felo Utama Penyelidik KITA (Institut Kajian Etnik), Universiti Kebangsaan Malaysia; dan yang kedua adalah dari Dr. Muhammad Riduan Abdullah Tee, Pensyarah Kanan Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.


Menurut Prof. Dr. Mansor Mohd Nor, hubungan antara kaum di Malaysia ni adalah dalam keadaan yang tak berapa tegang, ok, dan tak ada banyak sangat masalah. Kalau ada pun, beliau cakap “not big deal”. Rumusan kajian beliau ini adalah kontra dengan pandangan Dr. Riduan Tee Abdullah. Dr. Riduan kata, hubungan antara kaum di Malaysia ini adalah ibarat bara api; di mana bila-bila masa saja akan marak.


Dari sisi MB pula, MB bersependirian dengan Dr. Riduan Abdullah Tee. Pada pandangan MB sendiri, perpaduan antara kaum di Malaysia perlu kepada pengorbanan yang besar. Pengorbanan ini tidak harus berlaku satu hala saja, bahkan perlu dari dua arah. Maksudnya, perlu kepada perbuatan saling berkorban. Masing-masing perlu berkorban akan kepentingan masing-masing. Itupun kalau setiap etnik dan kaum di Malaysia ini benar-benar menyahut seruan kepada pembinaan gagasan 1Malaysia. Tak akan ada perpaduan selagi tidak ada pengorbanan dari dua pihak, dan tidak akan ada pengorbanan selagi tidak boleh nak bertolak ansur, dan tidak akan ada tolak ansur selagi sifat pentingkan diri itu tersemat erat dalam hati.


MB amat terkilan sangat dengan situasi di Negara kita ni. Khususnya kaum MB sendiri, Melayu. Orang Melayu ni terlalu baik hati sangat. Kaum lain nak tu, bagi. Kaum lain nak ni, bagi. Kaum lain tuntut tu, bagi. Kaum lain tuntut ni, bagi. Terlampau pemurah. Contohnya pasal kuota pelajar bukan Melayu dan bukan bumiputera di MRSM. Secara seriusnya, MRSM ni di bawah MARA. Jadi, MARA ni adalah hak orang Melayu dan bumiputera. Tetapi kerajaan telah melonggarkan undang-undang dengan memperuntukkan sebanyak 10% kaum bukan bumiputera untuk masuk MRSM. Dan dalam tempoh setahun dua tahun lepas, ada ura-ura nak tambahkan 10% itu kepada 30%.


Lagi satu isu. Ini berkenaan system pendidikan kita di Malaysia. Sepatutnya, Negara kita ini tidak boleh tidak mesti ada satu system sahaja. Bukannya seperti yang wujud seperti sekarang ini. Sekarang ini Negara kita mengamalkan system pendidikan vernacular, iaitu system yang membenarkan pendidikan sekolah jenis kebangsaan. Kenapa boleh wujud sekolah jenis kebangsaan ni? Sebabnya orang Melayu terlampau baik hati dan terlampau pemurah sangat. Baiklah, sebenarnya, satu masa dulu, ada Akta Pendidikan 1961 di Negara kita. Akta tu menyebut bahawa Menteri Pendidikan berhak untuk menukar dan menutup sekolah jenis kebangsaan ini. Namun atas desakan kaum-kaum bukan Melayu, kerajaan terpaksa memansuhkan akta ini, dan kemudian diperkenalkan pula Akta Pendidikan 1996. Akta ini memperuntukkan bahawa menteri Pendidikan tidak berbidangkuasa untuk memansuhkan system Vernakular, tetapi hanya berbidangkuasa dalam penyelarasan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pengajaran di sekolah-sekolah. Tetapi yang mendukacitakan, Akta ini juga didesak untuk dimansuhkan oleh kaum-kaum yang tak mengenang sifat ‘mengalah’ orang Melayu.


Ada satu isu lagi yang timbul 2 tahun lepas. Isu ini juga berkaitan dengan system pendidikan Negara jugak. Dalam 2 tahun lepas, kerajaan telah merangka satu pelan untuk membumikan Gagasan 1Malaysia. Ada 3 pelan utama yang kerajaan bentangkan iaitu (1) Bahasa Melayu di ajar tiap-tiap hari di sekolah jenis kebangsaan, (2) Silibus pengajaran Bahasa Melayu diseragamkan di seluruh Malaysia, dan yang (3) matapelajaran baru iaitu Negaraku Malaysia diperkenalkan dan diajar di semua sekolah di Malaysia. Rakan-rakan nak tahu apa reaksinya? Kaum lain menolak mentah-mentah cadangan ini, dan kerjaan pun diam. Orang Melayu ni baik sangat lah. Ingat lagi tak pasal cadangan bahawa setiap akhbar cina disispkan dengan terjemahan bahasa Melayu? Tahu tak apa yang terjadi? fikir lah sendiri.



Ada lagi isu di sini. Berkaitan dengan bahasa kita, Bahasa Melayu. Kenapa dengan bahasa kita? Lekeh sangat ke? Tak komersial ke? Sampaikan kemampuan berbahsa cina adalah satu kelebihan untuk dapat kerja? Di mana kedudukan bahasa Melayu ni? MB ada dapat maklumat dan maklumat ni MB boleh percaya. Pada satu ketika dalam Negara sedang hangat menjalankan bancian, ada laporan mendakwa ada ramai warga cina di ibukota tidak faham bahasa melayu dan tidak pandai berbahasa Melayu. Apakah ini? Duduk di Tanah Melayu tapi tak boleh nak faham dan bertutur bahasa Melayu?


Lagi situasi. Semua orang tahu bahawa dalam perlembagaan ada menyatakan, tanah rezab adalah hak milik orang Melayu dan bumiputera; tak kiralah dari segi pemilikan atau dari aspek penyelenggaraannya. Tapi hakikatnya di Malaysia Negara kita ni, ada banyak tanah rezab kita di usahakan oleh orang yang bukan dari kaum kita. Ini semua belum lagi masuk bab agama di Malaysia. Cukuplah setakat contoh-contoh ni.


See!, Melayu is too generous, giving them whatever their claimed. But we get nothing. If they cannot sacrifice their own interest, so why we still talk about unity? We had give and sacrifice too much to them, give them spaces, give them places in our country, share our absolute right to them. Then finally, when we ask them to consider in certain matter, they said no. How could they?


Pada pendapat MB sendiri; kalau mereka tak boleh nak consider pasal perkara-perkara kritikal di Negara kita demi untuk mencapai matlamat penubuhan gagasan 1Malaysia, adalah lebih baik kalau kerajaan ikut cara Amerika. Dilarang semua anggota masyarakat bertutur selain dari bahasa melayu. Tidak ada system pendidikan vernacular, tidak ada sekolah jenis kebangsaan, semua masuk sekolah yang sama kelas yang sama silibus yang sama. Kaum minority tidak boleh tidak mesti hidup dengan budaya kaum majority, belajar budaya mereka dan memperdalami. Kalau kaum lain tak nak bertolak ansur macam kaum Melayu, adalah jalan yang terbaik bagi MB kalau kerajaan ikut cara Amerika tadi. Kalau kaum lain tak boleh nak ikut, lebih baik keluar saja dari Malaysia, cari kerakyatan dari Negara lain.


Hendak diingatkan, tolak ansur harus berlaku dua hala. Satu hala tak jadi. Tu yang sesetengah pihak amat menjengkelkan perangainya. Membuatkan MB sendiri pun kadang-kadang sakit hati.


Ingat! NO TOLAK ANSUR, NO UNITY!! IF YOU DO NOT WANT TO TOLAK ANSUR, FAHAM-FAHAM SAJALAH…

MB kisah akan negara, perpaduan, dan kaum Melayu...


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

No comments: