12 August 2011

Air Soya


Saya ada cerita nak kongsi. Cerita yang diungkit kembali setelah berkurun lama disimpan di dalam memori.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Mak, air soya ni mak beli kat depan gerai yong taufu ek?” saya mulakan bicara.


“Ha`ah” balas emak.


“air tebu takde ke mak?”


“Mak cari tak jumpa lah..”


“emm, takpe lah”


“minum air soya campur cincau ni pun dah kenyang..” tambah adik perempuan saya.


“ha`ah, emak muak dah ni” balas emak lagi.


“air soya ni, cara buatnya dengan perah mak ye?” adik perempuan ajukan pertanyaan.


“ha`ah. Mula-mula rebus, lepas tu blender, lepas tu perah, lepas tu tapis.. Emak ingat lagi dulu, mak ada buat air soya ni. Abah ko jual”


“hah! Ye ke mak? Kat pasar Ramadhan jugak?” saya mencelah.


“ha`ah, kat pasar ramadhan. Pagi-pagi mak dah rebus. Lepas rebus blender. Lepas blender perah. Sampai lah bungkus. Huh, penat mak..”


“ooh..Aji ingat lagi..mak buat kat bawah rumah kan…?” sampuk saya.


“ha`ah..”


“masa tu Ayun ada mak?” tanya adik bongsu pula.


“masa tu Ayun takde lagi..Ayun tak lahir lagi..”


“tahun dua ribu berapa mak mak jual? Ha mak?” (tak faham..maksudnya tahun 1990-an lah. Si adik bongsu ni lahir 2001, adeh)


“mak jual soya tu kat pasar Ramadhan? Sebungkus berapa mak jual?” adik perempuan pula bertanya.


“sebungkus seringgit je…sekali buat dapat 50 bungkus, jadi 50 ringgit lah sehari..”


“tiap-tiap hari ke 50 bungkus tu mak?” tambah adik.


“ha`ah..”


“habis semuanya?”


“habis lah..tengoklah siapa yang jual..abah ko..”


“yelah. Awak tu tahu penat je, sikit-sikit nak rehat. Jual kat pasar tak nak” sampuk abah pula.


“hehehe..” emak gelak.


“eh, awak ingat lagi tak motor tayar tiga kita tu yang selalu bawak soya, kat mane ye sekarang?” tanya abah pula kepada emak.


“entahlah..” jawab emak.


“emm, duit jual soya tu awak ingat lagi tak ke mana pergi..?” tanya abah lagi.


“alah..beli mesin basuh..mesin basuh yang dah rosak pulak tu”


“hehehe..” abah balas dengan senyuman.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Nak diceritakan sedikit latar belakang saya, saya lahir dari keluarga petani. Arwah datuk dan nenek adalah pesawah. Abah pula seorang petani. Emak pula membantu abah. Dalam tempoh awal perkahwinan emak dan abah saya sehingga saya berumur enam tahun, telah banyak pekerjaan yang abah saya telah lakukan. Antaranya ialah berniaga, tanam sayur, jual-jual sayur, masuk hutan cari daun palas dan bukak restoran. Gagal satu, cuba lagi yang baru. Begitulah seterusnya. Dengan karenah saya yang nakal, suka mainan; abah dan emak tetap sabar dalam mencari rezki. Saya sempat merasa hidup dalam zaman susah mereka.


Takpe. Saya akan sambung lagi cerita saya akan datang. Nak cerita semua sekarang tak best lah kan. Heheh.


Apa yang saya dapat dari perbualan kami sekeluarga semasa berbuka tadi; kesusahan itu mengajar kita untuk bangkit dan tidak mengenal erti putus asa, sentiasa ada jalan keluar, dan perlukan kesungguhan untuk keluar darinya. Dan apabila sudah keluar dari kepompong kesusahan, kita harus bersyukur. Alhamdulillah.


Semoga Allah pelihara keluarga saya, murahkan rezeki, panjangkan umur, dan semoga Allah pererat lagi hubungan antara kami sekeluarga. Amin.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

11 August 2011

Debit Card vs Credit Card


Assalamualaikum wa rahmatullah.


Bismillah.


Semoga, rakan-rakan hari ini berada dalam rahmat Allah S.W.T.


Menyentuh satu perkara yang berkaitan dengan kewangan kali ini. Bukan cerita pasal produk kewangan dan perbankan yang gempak-gempak, cuma nak kongsi pengalaman yang telah saya lalui. DEBIT KAD.


Ya, debit kad.


Semua orang dah biasa dengar pasal kredit kad; dan saya yakin apabila sebut saja kredit kad, pasti perkataan ‘hutang’ yang pertama sekali muncul dalam fikiran. Ya, betul; kredit kad adalah produk kewangan berasaskan hutang. Pembayaran hutangnya melibatkan interest atau dengan istilah yang lebih tepat, riba’. Makin lambat bayar, makin tinggi kadar interest. Jauhkan!

both debit cards are mine  :)

Tapi sekarang, dah ada produk baru (lama dah, cuma saya ketinggalan). Namanya DEBIT CARD. Alhamdulillah satu alternative baru yang saya rasa tidak melibatkan hutang dan interest. Saya juga dapati, penggunaannya sedang disebarluaskan kepada masyarakat.


Debit card, bagaimana fungsinya?


Caranya senang saja. Pertamanya, anda harus memiliki akaun wadi`ah (simpanan) di mana-mana bank yang menawarkan perbankan Islam. Bila anda sudah memiliki akaun tersebut dan telah diberi kad ATM oleh pihak bank, anda bolehlah simpan atau masukkan seberapa banyak duit yang anda ada ke dalam akaun anda itu. Dan sila pastikan kad yang anda terima itu adalah debit card, kalau tak pasti sila tanya mereka.


Konsepnya mudah. Kalau rakan-rakan tak masukkan duit dalam akaun kalian, kad debit kalian tidak boleh nak buat sebarang pembayaran. Sama juga situasinya jika jumlah wang di dalam akaun simpanan kalian tidak mencukupi atau sudah habis. Gambarannya sama dengan penggunaan wang tunai, serahan melalui tangan ke tangan pada satu majlis; Cuma debit card adalah pemindahan sejumlah amaun dari akaun kita ke akaun si penerimabayar pada satu majlis yang sama.


Tak faham lagi konsepnya macam mana? Begini, rakan-rakan ada henset kan? Apabila kalian mahu menghubungi rakan-rakan yang lain, sudah pasti henset kalian ada kredit bukan? Kalau tak ada kredit, tak boleh lah nak calling-calling mesej-mesej, kan? Kalau dah tak ada kredit, sudah tentu rakan-rakan topup, kan? Begitulah juga dengan debit card ini. Kalau tak di topup (memasukkan duit kalian ke dalam akaun bank), debit card kalian tak boleh guna (tak boleh nak buat pembayaran).


Jadi, maksudnya di sini, kalau kalian tak ada duit nak dimasukkan ke dalam akaun dan akaun kalian kosong, tak payahlah beli barang guna debit card. Pinjam duit dari member-member dulu sudah.


Bagi saya, penggunaan debit kad ini lebih secure (selamat), kerana kita tak akan boros menggunakannya, lebih berjimat dan lebih berhati-hati untuk membeli barang. Kekurangannya Cuma satu pada pandangan saya. Anda kena jaga betul-betul debit card anda dari dicuri orang. Kalau dalam akaun anda Cuma ada seringgit dua ringgit tak apa, tapi kalau lima puluh lebih, gigit jari beb.


Saya dah guna. Serius, mudah. Tak perlu bertebal dompet. Beli barang keperluan di pasaraya-pasaraya besar, makan di pizza hut, beli baju-baju, beli peralatan belajar.



Sudi-sudilah 'Like' post ni..

07 August 2011

Blog Mati Tak Mahu


Assalamualaikum buat rakan-rakan. Semoga rahmat Allah dan maghfirahNya mengiringi hari hari kalian di Ramadhan ini.


Belakangan ini, saya tak update blog. Ditinggal sepi. Kelihatan seperti hidup segan mati tak mahu laman MUSAFIR BULAT.


Sepanjang ketidakaktifan saya di laman ini, saya punya kesempatan mencari jawaban mengapa ismirazi.blogspot tidak seaktif dahulu (dulu pun lebih kurang juga).


1. Tidak jelas matlamat penulisan

2. Tidak banyak membaca

3. Tidak banyak berjalan, merantau, mengembara

4. Tidak mahu membebankan diri (tak mahu perah otak lebih-lebih)

5. Malas


Atas sebab diatas, saya terhenti untuk mencoret sesuatu untuk saya kongsikan.


Saya sebenarnya amat kagum dengan blog seorang blogger ini. Klik sini. Sungguh analitikal pemikirannya. Setiap ayat, setiap hujah, setiap fakta; pasti ada sumbernya. Sungguh, tulisannya punya kredibiliti tersendiri.


Saya simpulkan, seorang analitikal punya sikap rajin membaca. Apa jua ilmu, apa jua bidang, apa jua isu; harus diambil tahu. Seorang analitikal punya sikap rajin berfikir. Apa, mengapa, siapa, kenapa, bila, dimana, bagaimana; setiap soalan mesti dijawab dengan fakta, dan fakta mesti datang dari sumber yang punya autoriti.


Sekian dari hamba yang dhaif, semoga Allah permudah urusan kalian.
Sudi-sudilah 'Like' post ni..