05 February 2011

Kita & Peranan

Assalamualaikum rakan-rakan.


Apabila kita memperkatakan tentang peranan & tanggungjawab, saya yakin, apa yang terbayang dan terlintas di fikiran kita adalah tugas-tugas yang banyak, kerja itu dan kerja ini yang tak kunjung habis, berat dan penat, dan kadang-kadang terasa malas untuk dilaksanakan.


Apa yang saya cuba tekankan kali ini, adalah satu perkara yang saya sendiri sering lupa akannya. Bila kita sebut peranan & tanggungjawab, kita tidak seharusnya merasa bangga dengannya. Tanggungjawab bukan untuk dipamer dan dibanggakan, jauh sekali untuk menindas dan menzalimi orang lain.


Peranan & tanggungjawab itu menuntut kita untuk sentiasa memberi.


Ada tak orang yang berperanan besar, memiliki tanggungjawab yang besar; kerjanya adalah kumpul kereta, harta banyak-banyak untuk bagi pada anak cucu dan kerabat handai? Kerjanya menerima gaji yang banyak? Kerjanya menerima sanjungan, dato’ datin, tan sri tun sri? Kerjanya menerima undangan perkahkahwinan dan majlis-majlis keramaian saja? Kerjanya menerima pakej perlancongan, jalan sana jalan sini? Kerjanya menerima kupon makan di hotel; cuma makan, rasa lauk itu rasa lauk ini? Apakah itu cara orang yang empunya peranan dan tanggungjawab?


Orang yang memiliki tanggungjawab sebenarnya adalah orang yang hidupnya sentiasa memberi. Memberi, memberi, dan memberi. Beri masa, beri rehat, beri wang, beri tenaga, beri idea, beri sokongan.


Hatta seorang pelajar pun ada tanggungjawabnya. Dia bertanggungjawab terhadap pelajarannya; mendapat cemerlang setiap subjek dan di setiap semester. Dia juga bertanggungjawab terhadap ilmunya; jaga kesuciannya, tidak menggelapkan hati dengan maksiat, amal apa yang dipelajari, sampaikan kepada yang tidak mengetahui, dan berusaha untuk menjadi insan yang amil kamil. Dia juga bertanggungjawab terhadap dirinya, keluarganya, agamanya, ummatnya, bangsanya, negaranya, dunianya, akhiratnya.


Dari seorang pelajar, hinggalah kepada pesawah, penoreh getah, penggali petroleum, hafiz al-quran, ustaz, pensyarah, ahli kewangan dan perbankan, menteri-menteri, tukang sapu sampah, jurutera kereta bangunan jalan; semuanya ada peranan dan tanggungjawab. Mereka memberi; bukan menerima. Memberi!


Seronokkah bila ada tanggungjawab besar?


Tanggungjawab itu memperuntukkan kita sedikit kuasa untuk buat itu dan buat ini. Ia selari dengan bentuk tugas kita bagaimana. Tak lama lagi, kita akan dipersoal berkenaan tanggungjawab kita; bagaimana kita lunas dan laksanakan. Adakah kita buat sebagaimana yang digariskan? Adilkah atau berat sebelah?


Satu persoalan yang saya mahu timbulkan; apa beza wazir zaman khulafa’ ar-rasyidin dengan wazir zaman muaa’sirin?




Sudi-sudilah 'Like' post ni..

No comments: