18 August 2010

Penat Nak 'Taip'


gambar hiasan ini diambil dari engeldvh.wordpress.com


Assalamualaikum wa Rahmatullah. Pertamanya; segala rasa syukur dan rasa berterimakasih MB tujukan hanya pada Allah S.W.T, kerana dengan izin dariNya MB hari ini masih lagi diberi kesempatan dan diberi peluang untuk hidup lagi..lebih-lebih lagi untuk hidup dalam bulan Ramadhan ini. MB juga bersyukur sebab hari ini, Allah S.W.T masih lagi perkenan untuk kekalkan nikmat-nikmat dan kemudahan-kemudahan dalam hidup MB; masih boleh berjalan ke bazaar Ramadhan, masih boleh melihat aneka juadah, masih boleh menyuap nasik, masih boleh menghidu masakan-masakan; “terima kasih ya Allah…”


Rasanya, MB dah lama tak kongsikan pandangan MB tentang topik yang serius-serius. Asyik cerita yang ntah apa-apa. Tambahan pulak dah tak selalu update. Sibuk? Sebenarnya tak berapa sibuk pun, tapi sibuklah jugak. Cuma, rasa penat dan malas, tu yang sekejap timbul sekejap tenggelam kat alam maya nih.


Tadi, MB ada baca satu post dari Ustazah MB masa MB kat KIPSAS dulu, Ustazah Hasiah. Mulanya, MB tanya beliau satu soalan berkaitan isu pembubaran nikah dari pandangan wanita. Dan, akhirnya beliau jawab jugak soalan MB. Jawapan yang Ustazah berikan memang best bagi MB, kerana MB sendiri nak tahu bagaimana perasaan seorang wanita bila berhadapan dengan kes pembubaran nikah dan rumahtangga. Maklumlah, MB ni lelaki dan bakal menjadi suami orang tak lama lagi…insyaAllah, heheh, semoga Allah permudah.


Mengetahui pandangan dari orang yang berbeza latar belakang, mahupun berlainan jantina kaum ras dan bangsa; adalah satu peluang kepada diri kita untuk membuka minda. Mengetahui ‘world view’ antara mereka adalah menjadi satu titik tolak dan tiang utama untuk membina toleransi dan persefahaman. Dan sekali lagi buat Ustazah Hasiah ucapan terima kasih banyak-banyak dari MB, kerana beliau sudi menurunkan dan berkongsi pengalaman yang sangat berguna kepada MB khususnya dan kepada orang lain umumya. Kerana bagi MB, penceritaan pengalaman oleh generasi tua (Ustazah tak tua lagi ya…ustazah jangan ambil hati) kepada generasi muda adalah salah satu antara jalan-jalan yang boleh mencegah kerosakan dan juga salah satu jalan menuju kejayaan. Kenapa? Kenapa rakan-rakan tanya?


Ini kerana, generasi tua telah mencipta kehidupan lebih awal dari kita yang muda; mereka telah melalui pelbagai masalah dan pancaroba, mereka telah harungi bermacam badai dan gelora. Hasilnya, mereka menyimpan seribu satu macam pengalaman, yang harus mereka peturunkan dan berikan kepada generasi sesudahnya. Agar nanti, apabila satu masa mereka sudah tiada; maka kita tidak akan ulangi kesilapan mereka, kita tidak akan mula dari ‘zero’ bahkan kita akan terus sambung kehidupan mereka dengan berbekalkan pengalaman mereka dan ilmu-ilmu baru yang akan kita pelajari.


Berbalik kepada isu rumahtangga; setelah MB baca cerita beliau ayat demi ayat, MB dapat rasa bahawa membina melayari dan mengemudi alam rumahtangga bukan suatu perkara yang mudah. MB dah dapat rasakan membentuk sebuah rumahtangga dan keluarga yang bahagia yang hakiki itu adalah penat dan akan memenatkan. Nak taip post ni pun dah penat, apatah lagi nak ‘taip’ kehidupan dengan orang lain. Memang tak dinafikan ada banyak pasangan yang berjaya membina sebuah rumahtangga yang rukun hingga akhir hayat, tetapi disebelah pihak terdapat segelintir pasangan yang rumahtangganya tidak kekal; mereka bubar ikatan nikah mereka.


Setakat pengetahuan MB, talak atau bubar nikah ini adalah perkara halal yang Allah S.W.T paling tak suka hambaNya lakukan. Kerana MB percaya dengan apa yang Ustazah bagitau;


“Perceraian tidak banyak sedikit pastinya mengganggu emosi dan perkembangan anak-anak. Kecuali perceraian disebabkan kematian”.


 gambar hiasan diambil dari roc4life.com

Sebagaimana yang MB ceritakan sebelum ni dan sebagaimana yang diketahui umum; anak-anak adalah orang yang bakal hidup pada masa akan datang, merekalah yang akan mencorak negara kita dan yang akan memimpin negara kita. Pertimbangan emosi anak-anak yang tidak seimbang, akan mencarik-carik ketenangan hidupnya. Mana tak nya; mak bapak sibuk dengan urusan mahkamah padahal anak-anak tengok depan mata proses perceraian mereka. Aduh, kalau lah anak tu MB sendiri, tension, serius beb; wa al-`iiyadzubillah. Study terganggu, perhatian kurang, duit sangu sekolah dapat ala kadar, dan macam-macam lagilah. Dan sebab ini jugaklah, anak-anak itu akan mencari perhatian dari orang lain, terutamanya rakan dan teman rapat mereka. Kalau kawan mereka tu baik, Alhamdulillah lah; tapi kalau dapat kawan yang hu ha hu ha, habis. Akan terberanak lagilah masalah-masalah social di tanah air tercinta kita nih.


Ok, dah, cukup setakat ni yang MB dapat kongsikan dari pandangan MB. Nak buat esaimen pulak.


Oh, selamat berpuasa buat semua rakan-rakan yang mengenali diri MB. Do the best for this Ramadhan!!


Wa Allahu `aalaam…

Sudi-sudilah 'Like' post ni..

13 August 2010

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak.. ! !


 
Kepada rakan-rakan maya yang dirindui sekalian, MB tak ada apa nak cakap... cuma, bulan Ramadhan ni bulan promosi dan pakej dari Allah S.W.T... jadi, MB berpesan kepada diri MB sendiri terutamanya dan bingkisan buat rakan-rakan, buatlah yang terbaik.... semoga Allah bersama kalian... :)
Sudi-sudilah 'Like' post ni..