05 December 2010

Peperiksaan, Tamat Sudah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat rakan-rakan maya yang sangat-sangat dirindui. Rasanya macam dah lama tak update blog ini. Serius, rasa sangat rindu pada rakan-rakan maya, rindu untuk menulis, dan rindu untuk berkongsi idea, cerita dan pengalaman. Syukur, Alhamdulillah; sebab Allah masih lagi beri kesempatan dan peluang kepada MB untuk mengemaskini laman ini untuk kesekian kalinya.



Peperiksaan
Alhamdulillah, hari ini MB rasa bersyukur sangat sebab peperiksaan akhir bagi semester pertama telah pun berakhir. Kertas terakhir adalah dari matapelajaran Sitem Undang-undang di Malaysia ataupun di dalam bahasa Inggerisnya Malaysian Legal System. Sebenarnya, subjek ini telah pun MB belajar di semester pertama di KIPSAS lagi. Jadi, bagi mereka yang dah belajar mungkin menganggap tidak ada masalah dalam menjawabnya untuk yang kedua kali. Boleh lah, tapi yang lainnya di sini; belajarnya dalam bahasa Inggeris, menjawab soalan peperiksaan akhir pun berbahasa Inggeris. Kalau semasa di KIPSAS dahulu, jam kedua sudah keluar; tapi di sini, lima minit terakhir baru MB berjaya meletakkan noktah pada ayat terakhir. Isi itu mungkin tidak ada banyak masalah sekalipun ada di beberapa tempat, tetapi yang mencabarnya adalah dari segi istilah yang digunakan dalam bahasa tersebut dan tatabahasanya. Nak tulis, fikir dua kali. Bila masa mendesak, langsung tak sempat fikir.


Kalau nak dibandingkan dengan Universiti Kebangsaan Malaysia, mungkin pelajar-pelajarnya tidak menghadapi masalah seperti yang MB hadapi ini. Sebab, dari maklumat yang diperolehi; mereka belajar dan menjawab soalan peperiksaan adalah dengan berbahasa Melayu. Adakah ini satu kelebihan, ataukah satu kekurangan? Walau apapun, pada pandangan MB, ini bukanlah satu isu yang besar. Isunya adalah sejauh mana kita menghayati ruh ilmu itu ke dalam hidup kita. Banyak lagi perkara-perkara besar yang perlu kita memeningkan diri dengannya.


Sejak dua minggu lepas, memang minggu yang agak sakit. Tak mahu salahkan sesiapa, ini semua berpunca dek sikap dan kelalaian diri sendiri. Belajar di saat akhir. Sepatutnya, mengulangkaji di saat akhir; ini tidak. Pengajarannya di sini; BELAJAR DARI AWAL SEMESTER, BUAT NOTA, dan yang paling penting DISIPLIN DIRI.


Semester pertama
Alhamdulillah, semester ini berjalan sebagaimana yang Allah rancang dan tentukan. Apa yang Allah rancang, itulah taqdir MB. Setiap yang Allah aturkan, pasti ada hikmahnya; itu kena yakin. Sama ada yang berlaku ke atas kita itu berupa nikmatkah, atau sengsarakah; pasti ada pengajaran untuk kita disebaliknya. Terpulang kepada kita untuk memandang apa yang Allah beri itu dari aspek apa. Kalau dari aspek negative, maka kita hanya akan melihat bahawa kepentingan-kepentingan kita telah hilang. Kalau pandang dari aspek positif, maka kita hanya mampu bersyukur dengan apa yang masih ada dan bersyukur kerana telah mengecapinya sebelum ini serta sabar dalam mengharungi dan menunggu janji Allah.


Pejam-celik pejam-celik, dah habis satu semester. Terlalu sekejap rasa. Masuk dahulu bulan Julai, sekarang sudah berada di bulan Disember. Ada banyak perkara yang MB dapat sepanjang satu semester ini. Antaranya adalah, kita harus menjadi individu yang banyak ilmu; bukan setakat banyak tetapi meluas mencakupi pelbagai bidang sekalipun ilmu berkenaan tidak berkaitan dengan pengkhususan program pengajian. Oleh itu, nak banyak ilmu; haruslah banyak membaca, harus hadir seminar-seminar ilmiah, hadir ke kursus-kursus dan program-program. Alahai, duit pendaftaran seminar dengan duit beli buku pun mahu berkira jugakah? Bukannya mencari ilmu itu untuk sombong atau untuk menunjuk-nunjuk, tapi untuk kebaikan, manfaat, dan kegunaan seharian kita.


Betul, kita semakin lama semakin dewasa. Dahulu kita masih kanak-kanak, kemudian meningkat remaja. Dan sekarang adalah zaman dewasa. Semakin dewasa juga bermakna semakin besar tanggungjawab dan tuntutan. Dan semakin besar tuntutan, semakin tinggi keperluan kita terhadap ilmu dalam pelbagai bidang. Sebabnya, banyaknya tuntutan memerlukan kepada pengurusan dan pengendalian yang betul, tepat, efisen, dan mesra alam.


Sekarang
Alhamdulillah, peperiksaan pun sudah tamat. Sekarang ini boleh dikatakan masa sangat lapang. Pada 8hb Disember hingga 15hb ini, pihak university telah mewajibkan kepada semua pelajar tahun satu unutk mengikuti ALSP (Arabic Language Support Programme) dan ELSP (English Language Support Programme). Tidak boleh tidak, kena datang jugalah ke kelas lagi. Kemudian, masuk semester baru pula pada 2hb Januari 2011. Sungguh cepat rasanya masa berjalan.


......................(^_^)


Untuk pengetahuan rakan-rakan yang dikasihi, di kesempatan ini, MB Cuma mahu memberitahu bahawa MB sudah bertukar program pengajian. Sebelum ini, MB mengambil program pengajian Fiqh dan Fatwa Fakulti Syariah dan Undang-undang; tetapi sekarang, MB mengikuti program pengajian kepada Pentadbiran Muamalat Fakulti Ekonomi dan Muamalat berkuatkuasa semester hadapan. Syukur, permohonan MB telah diluluskan oleh Senat Universiti. Kenapa tukar? Saja, mahu kelainan dan pembaharuan. Hehe.


Okay, cukuplah setakat ini dahulu. Jumpa lagi dalam waktu terdekat, Insha'Allah.


p/s: sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini, selesai saja MB habis exam, lagu akan dibuang.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

2 comments:

farhana said...

salam..nape tukar prog lak..? bukan ke bez belajar fiqh fatwa.. :)
tapi xpe, teruskn perjuangan anda bersama prog baru..

Musafir Bulat said...

wsalam..hehe. terima kasih, mudah2an Allah permudah dan perkuat..