20 December 2010

Mahasiswa, Dosa dan Pahala

Assalamualaikum buat rakan-rakan sekalian. semoga kalian sihat dan semoga berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah.


Ada mahasiswa yang Allah lapangkan hatinya dengan Islam. Suka dengar ceramah agama. Suka menghafaz, mengulang dan membaca kalam Allah. Tak pernah tinggal solat fardhu berjemaah di masjid. Suka kepada nasihat-nasihat. Gemar bersahabat dengan ulama’ dan solihin. Cergas dalam menyampaikan kebaikan. Tidak jemu mengajak untuk tolak kemungkaran.


Ada juga mahasiswa yang Allah panaskan hatinya dengan Islam. Tak suka tabligh datang rumah. Panas telinga dengar tazkirah. Panas bontot duduk di majlis ilmu. Malas solat berjemaah apatah lagi ke masjid. Melambat-lambatkan solat. Dengar lagu yang melalaikan. Berkawan dengan orang yang buruk tingkahlaku dan peribadi. Mengherdik mereka yang sungguh-sungguh berpegang dengan Islam. Suka buang masa.


Mereka yang Allah lapangkan hatinya dengan Islam itu, Alhamdulillah. Syukurlah kalian sebab Allah pilih kalian jadi sebahagian dari mereka. Tapi untuk mereka yang gelisahkan dirinya dengan Islam; ambillah sedikit masa, muhasabah sebentar.


Saya mengaku, ada masa-masa tertentu; saya seperti golongan yang kedua itu. Rasa seperti diri ini cukup untuk digelar seorang fasik. Ketika saya rasa seperti itu, saya ambil masa. Ambil masa untuk berdialog dengan hati; saya hadirkan bersama-samanya dengan akal, saya jemput sama ilmu yang tak seberapa. Dialoglah dengan mereka.


Saya selami sedikit ilmu yang saya ada sejak dari lahir hingga saat ini; saya bongkar kembali pengalaman yang tak seberapa yang saya kutip; lalu saya ajukan soalan kepada hati; “aku tahu kalau kita buat perkara-perkara baik diadun bersama dengan ikhlas, Allah pasti akan ganjarkan kita pahala dan redhaNya Insha'Allah. Dan dengan redha dan rahmatNya, Allah pasti anugerahkan kita syurga sebagai balasan. Tidakkah kau yakini formula itu?”


“aku tahu kalau kita buat perkara-perkara hodoh, maka dosa dan murka Allah adalah hasilnya. Dan dengan dosa, keingkaran, kedurhakaan, kemaksiatan, ditambah pula dengan murka Allah, Allah pasti akan beri neraka kepada kita, azab kita, seksa kita. Tidakkah kau yakini itu semua?”.


Maka akal menjawab tahu, pengalaman menjawab tahu, namun hati kelu.


Semua orang tahu hati itu raja kepada tubuh. Sakit raja, sakitlah tubuh. Mati raja, matilah tubuh. Lumpuh raja, lumpuhlah tubuh. Saat itu, saya sedar; rupa-rupanya hati itu sudah kebas. Derianya sudah tidak mampu untuk merasai mana satu pahala dan mana satu dosa. Hati telah gagal menjalankan fungsinya yang hakiki.


Patutlah buang masa tak rasa berdosa. Patutlah merayau di Bandar-bandar tak tentu pasal tidak rasa berdosa. Patutlah mata melingas ke atas dan kebawah tak rasa berdosa. Patutlah ponteng kuliah dan tutorial tak rasa berdosa. Patutlah melewat-lewatkan solat tak rasa berdosa. Patutlah main game dari malam sampai azan subuh tak rasa berdosa. Patutlah tak rasa berdosa bercouple berdating berpegang-pegang tangan. Patutlah mencarut tak rasa berdosa. Padanlah buat perkara-perkara yang tak elok dipandangan Allah rasa tak berdosa; sebabnya hati itu dah kebas dari merasai dosa dan pahala.


Dengan sebab itu; kadang-kadang kita ragu-ragu, kadang-kadang kita berhenti sejenak di tengah perjalanan. Mahu pilih yang mana satu. Dosakah? Atau pahala? Padahal kita tahu dan arif benar formula-formula yang Allah berikan. 


“Amal baik + ikhlas = pahala = redha dan rahmat Allah = syurga”


“amal buruk + ingkar perintah Allah = dosa = murka dan laknat Alllah = neraka”.


Kita tahu dengan jelas perkara ini.


Tapi malang, hati tetap gagal membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Hati sudah kebas.


Wallahu ‘aalaam.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

No comments: