10 December 2010

Minyak Oh Minyak..

Assalamualaikum dan salam satu ummah buat rakan-rakan. Semoga rakan-rakan hari ini dalam keadaan sihat-sihat belaka, Insha'Allah. Hari ini, MB nak mengudarakan pandangan tentang isu yang memang hangat menjadi bualan ramai orang di negara kita sekarang ini. Pasal kenaikan harga minyak; maksud MB adalah minyak yang dijadikan bahan bakar, bukannya bahan ramuan masakan. Sebagaimana yang diketahui umum, minyak menjadi salah satu tenaga dan bahan bakar komoditi yang utama di negara kita. Selain dari Malaysia yang menjadikan minyak sebagai sumber pendapatan utama, terdapat beberapa negara yang lain yang menjadikan minyak sebagai sumber ekonomi mereka, seperti beberapa negara di Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin.


Kenaikan harga minyak sebanyak 5 sen pada 3 disember lepas memang banyak memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Bukan setakat kenaikan baru-baru ini, tetapi kenaikan yang sebelum-sebelum ini sudah banyak memberi impak kepada kehidupan rakyat di negara ini.


Sebelum itu, MB mahu ajak rakan-rakan telusuri Economic Transformation Program (ETP) yang baru saja diperkenalkan kerajaan. Bab yang menceritakan berkaitan minyak ini adalah bab 6; bab yang membincangkan perihal dan suasana industry minyak, gas dan tenaga di Malaysia. Dengan penceritaan iklim industry tersebut yang bermula dengan pendedahan kepada masalah dan cabaran semasa, kemudian disusuli dengan peluang-peluang, dan diakhiri dengan cadangan serta pelan tindakan.


Daripada tindakan-tindakan yang digariskan dan yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan dalam membangunkan sector minyak, gas dan tenaga ini; MB dapati kerajaan memerlukan modal dari aspek kewangan bernilai hampir RM 250 billion. Ini meliputi pembiyaan terhadap (1) proses pelestarian pengeluaran minyak, (2) proses peningkatan pertumbuhan hiliran [proses minyak mentah kepada petrol ron95, ron97 dan lain-lain], (3) menjadikan Malaysia sebagai pusat perkhidmatan telaga minyak nombor satu di asia, dan (4) pembangunan platform tenaga untuk pertumbuhan seterusnya.


Ini adalah bajet setakat yang diperlukan kerajaan bagi menyuntik industry utama negara ini. Bajet bagi sector-sektor lain seperti pelancongan, pertanian, pembangunan ‘greater kuala lumpur’, pendidikan dan lain-lain lagi; juga kerajaan memerlukan ratusan billion. Kalau dicampur kesemuanya, bukankah hampir trillion jumlahnya? Persoalannya, dari manakah kerajaan mahu mencari modal sebanyak itu bagi membiayai kos-kos yang terlibat? Cukai-cukai itu sudah pasti.


Pada pandangan MB, rancangan ETP itu sendiri menjadi salah satu penyebab kepada ‘penyelarasan’ harga minyak.


Sukacita untuk dikongsikan; apabila membaca matlamat-matlamat, tujuan-tujuan, haluan-haluan kepada penghasilan ETP ini, ia memang sangat bagus. Teratur. Dan nampak satu bentuk kemajuan dalam perancangan dan pentadbiran ekonomi. Antaranya adalah; rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkatkan pencapaian pelajar, dan meningkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah.


Pendirian saya dalam isu ‘penyelarasan’ harga minyak ini adalah tidak setuju.


(1) Apa yang bermain dalam fikiran MB adalah, apa rasional di sebalik kenaikan harga minyak ini? Kita sedia maklum bahawa kebanyakan rancangan-rancangan kerajaan seperti RMK dan DEB adalah bertujuanutama untuk membasmi kemiskinan. Lebih-lebih lagilah ETP ini. Salah satu matlamat RMK-10 adalah untuk menjadikan golongan yang berpendapatan paling rendah yang bergaji RM1440 meningkat kepada RM2300 dengan kadar purata sebulan adalah satu omong kosong semata, minta maaf. Serupa sahaja. Tidak ada yang berubah jika gaji mereka naik. Ini kerana, bila harga minyak naik, maka harga barang makanan dan keperluan diri yang lain seperti pendidikan, kesihatan dan lain-lain lagi pasti turut meningkat sama. Tak ada beza. Itu kalau yang berpendapatan RM1000 lebih sekarang ini. Kalau yang lebih rendah dari itu, jadi bertambah melaratlah hidup orang yang miskin. Harga semua naik, tapi pendapatan tidak naik-naik. Kalau harga minyak naik lima tahun sekali tidak mengapa, ini lima bulan dua kali; sakit!


(2) Siapa kata kenaikan harga minyak ini tidak akan menyebabkan produktiviti negara menurun dengan mendadak dan sekaligus akan membantutkan sedikit demi sedikit rancangan-rancangan dan program-program kerajaan? Saya kata ya! Produktiviti itu datang dari mana? Sudah pasti dari tenaga mahir. Tenaga mahir itu siapa, makhluk asing dari planet zorogon kah? Sudah tentulah manusia. Manusia pula datang dari mana, menetas macam telur ayamkah? Sudah tentu tidak, sudah pastilah dari kedua ibubapa. Dan, ibubapa itu kalau nak buat anak, bukankah mesti ‘buat’ dahulu? dan bukankah sebelum ‘buat’, mereka mesti menjadi pasangan yang sah? Ya! Itu mesti! Tetapi, bukankah nak menjadi pasangan yang sah, nak membina keluarga; perlu kepada kekukuhan ekonomi? Jadi, kalau lah mereka fikir bahawa nak berkahwin perlu kepada ekonomi yang kukuh; dah ada kereta sendiri, dah ada rumah sendiri, dah ada tanah sendiri; kalau macam itu umur 40 tahun lah jawabnya baru nak buat anak. Lepas 10 tahun mati sebab sakit jantung. Anak baru saja dua. Syukurlah lahir dua tenaga mahir baru, dari tak ada langsung.


(3) Kadang-kadang, saya ada terfikir dengan fikiran yang agak kotor juga apabila mengenangkan isu kenaikan harga minyak ini. Minta maaf, adakah kenaikan harga minyak ini ada kaitan dengan isu politik? Mana tahu. Yelah, mana tahu kalau kerajaan mahu mencari dana untuk menguatkan jentera pilihan raya umum akan datang.


(4) Kerajaan sepatutnya tidak boleh menghalang peniaga-peniaga untuk menaikkan harga barang disebabkan kenaikan harga minyak. Kenaikan harga barang lain itu bagi MB adalah patut dengan keadaan semasa. Peniaga juga adalah manusia. Mereka punya anak yang perlu disuap, perlu diberi pendidikan, dan perlu diberi penjagaan kesihatan yang baik. Kerajaan tak boleh halang. Habis, kalau dah tak bagi peniaga naik harga barang, janganlah naikkan harga minyak. Kalau dah alasan kerajaan adalah ‘ikut harga pasaran’, maka peniaga juga mengikut harga pasaran semasa. Amat tidak adil untuk kerajaan mengawal kenaikan harga barang-barang lain; kerajaan boleh buat, yang lain tak boleh buat. Yang susah, rakyat juga. Saya jamin, peniaga-peniaga mesti sakit hati kalau harga jualan tak bagi naik, tapi harga minyak naik. Tindakan ini akan menyebabkan peniaga rugi. Yang kita sebagai pengguna, tidak ada pilihan, terpaksa beli juga.



Wallahu 'Aalaam.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

No comments: