22 December 2010

Kita, Masalah & Falsafah


Assalamualaikum, bismillah. Semoga rakan-rakan sihat-sihat selalu.


Ada satu fakta yang memang semua orang tak nafikan; selagi mana kita ini masih manusia, selagi mana kita ini masih bergelar hamba Allah S.W.T; selagi itulah kita akan menghadapi masalah. Masalah ini punya dua persepsi yang berbeza bagi dua golongan. Ada yang menganggap masalah itu sebagai kaffarah atas dosa-dosanya yang lalu, sebagai ujian untuk menduga sabar seterusnya mendapat pahala, ada juga yang menganggap bahawa masalah itu adalah batu loncatan kepada kejayaan.


Pada sudut pandangan yang lain; ada sebahagiannya menganggap masalah itu adalah penyusah dan penyiksa hidup, penzaliman, pemusnah harapan, dan macam-macam lagi. Tapi kali ini, bukan ini yang saya mahu bincangkan.


Hari ini, saya dapat lihat ribuan remaja bahkan jutaan dari kalangan mereka hidup bergelumang dengan pelbagai masalah. Sudah tentu, saya juga tidak terkecuali. Dari pemerhatian saya di laman social yang sedang hangat sekarang ini, boleh saya katakan masalah-masalah yang mereka kongsikan adalah dari sekecil-kecil perkara hingga ke besar-besar perkara.


Ubat gigi habis, sakit kepala, kucing meninggal, kucing dah beranak, mahu makan lauk apa, pergi pasar nak beli apa, kasut warna ungu, memberitahu bahawa dia sudah makan lauk ikan masin, putus cinta, merajuk dengan kekasih hati, bergaduh dengan kawan-kawan; dari perkara-perkara tersebut hinggalah kepada usaha mengajak para peserta laman social kembali mengamalkan Islam yang sebenar; semuanya ada.


Saya bukan mahu katakan perkara-perkara tersebut adalah salah untuk dikongsikan, saya akui saya juga kadang-kadang ada juga seperti itu. Tapi ada satu masa, saya perhatikan masalah-masalah yang dikongsikan itu begitu menyentuh hati dan perasaan walaupun sebenarnya tak terasa mana pun.


Ada satu benda yang menarik perhatian saya. Kebanyakannya apabila menghadapi masalah; mereka mengambil kata-kata yang entah dari mana. Maksud saya, mereka lebih suka mengambil kata-kata yang berbau falsafah sebagai penyejuk hati dan bukannya Kata-kata Allah S.W.T ataupun sabda Rasulullah S.A.W mahupun para sahabat, ulama’-ulama’ dan ilmuwan-ilmuwan Islam.


Perkara ini sebenarnya bukan sahaja berlaku di dalam laman social sahaja sebenarnya, bahkan juga berada di luar laman social tersebut. Betul, dalam kita sedang diselubung dengan pelbagai masalah; kita sekarang lebih gemar mengambil kata-kata falsafah sebagai pemotivasi dan dorongan. Bahkan ada di antara kita pandai  menyusun ayat sendiri sebagai penyejuk hati dan pententeram perasaan.


Saya tak cakap salah bahkan saya tidak pula menuduh tidak elok. Tetapi bila saya fikir kembali; bila hidup kita disapa masalah dan mehnah; kepada siapakah patut kita kongsikan pertamanya? Apakah sumber yang patut kita pegang dikala diri kita goyah? Adakah falsafah-falsafah itu lebih hebat penangannya berbanding Kalam Allah sendiri? Adakah falsafah-falsafah itu cukup melegakan hati bila kita selami dan hayati? Adakah dengan ayat-ayat ciptaan akal dan nafsu manusia itu lebih ampuh dalam me‘release’kan masalah?


Saya bukan anti falsafah. Falsafah itu bagus, tapi dalam kita mencari sumber pegangan dalam hidup ini; kita tidak boleh buta dalam meletakkan priority. Kalam Allah S.W.T yang turun dari tujuh petala langit yang disampaikan melalui dua bibir Rasulullah yang langsung tak pernah berdusta; harus dijadikan tongkat utama kita. “ sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan akan perjumpaan dengan Kami dan merasa redha serta tenteram dengan kehidupan dunia adalah orang yang lalai dari mengingati ayat-ayat Kami” – Yunus; 7.


Apa yang saya tuliskan ini, hanyalah prejudis semata. Sebab mungkin ahli-ahli laman social itu telah mengadu dan merintih kepada Allah S.W.T di sepertiga malam, kemudian baru dikongsikan bersama dunia melalui laman tersebut, mana tahu; kan? Ingat, tulisan ini langsung tiada kaitan dengan sesiapa.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

No comments: