02 June 2010

Langkah Pertama

gambar diambil dari vivapalestina.org



Assalamualaikum wa rahmatullah. Apa kabar rakan-rakan? Sihat? Didoakan semoga rakan-rakan semua berada dalam keadaan sihat walafiat, dan semoga rakan-rakan berada dalam bimbingan dan petunjuk dari Allah S.W.T. Alhamdulillah syukur dan terima kasih untuk kesekian kalinya kepada Allah S.W.T yang masih membenarkan kita hidup hari ini. Ya, betul kata pujangga; hidup ini satu pemberian. Dan tak lupa juga, mari kita kirimkan doa buat sahabat kita yang berada dalam konvoi LifeLineForGaza yang kena serang Israel dalam beberapa hari ini.


Allahummanshurna, wa la tanshur `alaynaa…


Isu Palestin lagi.


Kenapa ya, bila Palestin kena serang ataupun terima apa-apa tekanan baru dari Israel baru kita nak bising-bising? Adakah isu Palestin ini adalah satu sentiment yang bermusim dalam diri kita? Mungkinlah kot, MB pun kadang-kadang macam tu jugak, dan kita mesti ubah sikap ni. Ya, kena ubah. Tapi kalau macam doa dengan boikot barang tu jangan putus lah kan. Usaha macam tu biar berterusan-The Long Breath War-perang nafas panjang.


Sakit hati.


Memang banyak sebab untuk kita mensakitkan hati kita dalam isu Palestin ni. Antara sebabnya ialah; (1) Halocaust. (2) PBB. (3) OIC. (4) Liga Arab. (5) Diri kita sendiri. Israel dengan Amerika tu memang dah buat kita darah tinggi dah, tak payah nak sebut. Segala carutan yang terhebat di dunia dah bagi setepek kat Israel, tak ada kesan, kan? Macam anjing menyalak bukit.


Life Line For Gaza


Bagi peserta konvoi tu, mereka dah terjun ke lapangan jihad yang sebenar, kan? Dah telan peluru Israel. Bangganya MB kalau MB jadi mereka. Memang bangga. Syahid kerana ukhwah. Sanggup mati kerana sahabat di sana. Ya Allah, bagilah aku kekuatan untuk sertai rombongan mereka. Ya Allah, kalau syahid itu adalah anugerahMu yang paling mulia, maka matikanlah semua ahli konvoi itu sebagai syuhada’. Dan kalau kemenangan itu adalah pilihan dan ketentuanMu, kuatkanlah hati dan jiwa mereka supaya mereka setia menunggu pelaksanaan Qada’Mu. Ya Allah, ilayKa arjuu wa anaab…


Any last word?


Langkah pertama untuk kita sebagai orang Islam kembali bangkit; adalah bermula dengan perubahan diri kita. Kata orang; kalau setiap orang sapu laman rumah masing-masing, satu Negara pasti bersih. Masih belum terlambat untuk buat kebaikan. Biar perubahan itu sedikit. Sekalipun perubahan yang kita buat itu sikit dan tak menumbangkan mereka, sekurang-kurangnya, biar perubahan kita itu menggegarkan paksi keangkuhan mereka. Ya Allah bagilah kami kekuatan, bagilah kami petunjukMu, bagilah kami hidayahMu.


Perbaiki diri adalah langkah pertama mengubah dunia.


Ya Allah…

Sudi-sudilah 'Like' post ni..

1 comment:

Anonymous said...

Menyumbanglah untuk membantu saudara2 Palestin mengikut kemampuan kita.. dan terus2an komited dengan sumbangan kecil kita itu..