gambar hiasan diambil dari publicmb.files.wordpress.com
Assalamualaikum wa rahmatullah. Pertamanya; kepada Allah S.W.T MB bersyukur dan berterimakasih atas peluang dan kesempatan untuk hidup lagi hari ini. Tanpa keizinan dan kehendak Allah, mustahil untuk diri ini hidup lagi hari ini sambil mencicipi pemberian-pemberianNya yang lain. Keduanya; didoakan semoga rakan-rakan berada dalam keadaan sihat walafiat dan semoga berada dalam pimpinan Allah S.W.T.
FIFA World cup 2010
Hari ni dah masuk hari ke 6 kalau tak silap. Sukan yang dianjurkan 4 tahun sekali, disertai oleh negara-negara yang telah melayakkan diri melalui siri pertandingan kelayakan sebelum ini. Spain, Italy, Paraguay, France, Brazil, Portugal, dan jemaah-jemaahnya. Malaysia? Moga-moga 2014 nanti Malaysia menjadi salah sebuah negara peserta dalam pertandingan bola sepak dunia ini.
Bola sepak
Best ke bola sepak ni? Ntah lah. Bagi MB sendiri lah kan, tengok orang lawan tak berapa nak best; tapi kalau kita sendiri yang main, memang syok habis. Sekalipun kaki bangku dan kaki besi. Haha. Cerita bab bola, teringat masa kat KIPSAS dulu. Padang comel sebelah Blok F; jam 5.45 petang, ia menjadi sasaran ‘star-star’ untuk tunjuk aksi, skill, dan yang penting sekali, meng‘ole’. Bajet.
MB dengar cerita, bola sepak Malaysia dulu bagus-bagus. Main peringkat Asia, menang; layak bermain di peringkat Olimpik; ada Supermokh dan banyak lagi kemenangan yang dicatat semasa era MB belum lahir lagi. Jadi, MB memang sekadar tahu pasal bola sepak Malaysia ni hanya serba serbi. Ada orang cerita pasal bola, MB balas; “oooo…yeke…”. Buat-buat tahu sudah.
MB ada jugak baca sejarah bola sepak Malaysia ni. Ada orang dakwa, sebab dan punca prestasi dan pencapaian jatuh merudum adalah rasuah. Mboh yo mboh orak. Kalau MB, MB tak cakap rasuah itu punca jatuhnya martabat dan prestasi bola sepak negara. Macam yang MB katakan dalam post sebelum ni, it’s all about iman.
Main bola pun nak guna iman jugak ke?
Ya, bagi MB. Kalaulah iman itu menjadi tenaga kebangkitan Arab Jahiliyah yang memang telah terbukti berhasil sehingga menguasai 2/3 dunia; jadi formulanya tetap sama; iman jugalah yang selayaknya jadi pemangkin kebangkitan umat Islam sekarang. Inikan pula bola sepak. Maksud MB bukan nak suruh pemain bola tu main pakai jubah pakai songkok pakai kopiah; tapi nilai diri dan asas pembinaan prinsip itu harus berpaksi dan dibina di atas iman. Training, training lah macam biasa yang mereka lakukan. Iman tak kisah training diorang macam mana.
Apa yang iman kisah; ialah matlamat mereka bermain kerana apa, wasilah yang mereka pilih apa dia, nilai yang mereka ambil bagaimana, jiwa dan hati mereka terisi dengan apa, dan banyak lagi lah perkara yang perlu dipandang berat. Soal hati dan soal jiwa sebenarnya menjadi satu prioriti dalam mana-mana aspek kehidupan. Janganlah hanya fikir bahawa ‘outer’ itu adalah segala-galanya, tapi ‘inner’ itu hakikatnya adalah input kepada ‘outer’ itu sendiri. Walau setinggi mana pokok menjulang langit, walau serendang mana pokok memayung bumi; puncanya masih sama, akar yang berada dalam tanah. Kalau akar rosak, masakan pokok boleh tinggi dan merendang?
Iman, iman la weh; apsal kaitkan dengan bola plak!!
Erk..nak cakap macam mana ya? Kalau cakap macam ni ok tak?;
“saudara, adakah saudara fikir bahawa Islam itu terpisah dari kehidupan kita? Adakah saudara juga terlintas dihati bahawa Islam ini satu kongkongan untuk buat itu dan buat ini, termasuk main bola sepak? Setahu saya, tak ada nas atau dalil yang memakruhkan dan mengharamkan; apatah lagi mewajibkan men’sunat’kan. Selagi tak ada nas haram makruh wajib sunat, ia adalah mubah iaitu harus; suka hati saudara nak buat ke tak nak. Jadi, dimana sebenarnya tekanan yang Islam beri kepada saudara dalam lapangan bola sepak?”
“ada satu lagi perkara. Tahu tak saudara, bahawa Islam juga mengiktiraf sukan bola sepak ni? Saudara boleh dapat pahala tau kalau main bola ni. Cuma syaratnya, saudara kena faham. Just faham. Kalau kita buat apa-apa perkara, sekalipun free-kick corner-kick dan bersorak; kalau kita buat dengan niat kerana nak redhaAllah dan tak langgar batas syarak; ia dikira ibadah tau saudara. Saudara siap dapat pahala lagi..”
Oh, yeke macam tu..?
“iye..lainlah kalau bola sepak sekarang ada unsur judi, para penyokong bercampur antara lelaki dan perempuan, langgar waktu solat. Yang tu memang buat Allah murka. Cuba saudara tengok; sikit je yang Allah tak kasi kita buat. Yang lain, bebas atas pilihan dan kehendak saudara, kan?”
Tadi ko cakap iman; ni apsal tukar Islam plak?
“oh..ok ok. Kalau orang tu ada iman; tak kesahlah si player ke, si pnyokong ke, si coach ke; kalau diorang beriman, diorang tak buat semua benda-benda yang Allah murka tadi. Solat jaga, aurat pun jaga, rasuah tak ada, permainan bersih…jadi, objektif sukan tercapai, pahala pun dapat jugak insyaAllah.”
“bukan setakat main bola je, permainan apa-apa pun boleh. Kriket, ragbi, perahu layar, lumba kereta, lumba motor, lumba kuda, macam-macam lagi lah. Semua boleh, asalkan niat kerana Allah dan tak langgar had syarak.”
Hakikat yang kita sendiri harus tanamkan dalam diri adalah; iman ini bersatu dengan kehidupan. Kehidupan tanpa iman diibaratkan hidup tanpa ruh. Kosong. Sebab tu ada baju yang tulis “jiwa kosong”. Sebab jiwa hati dan hidup dia tak hadirkan iman itu bersama. Hidup terasa sunyi. Si penyeri adalah perasaan cinta monyet mereka semata-mata. Sebab tu bila putus cinta, menonggeng. Sampai ada yang nak bunuh diri. Itu salah satu contoh.
Kembali kepada cerita bola sepak balik
Serius, MB tak dapat tengok World Cup kali ni. Bukan apa. Rumah ada tv, tapi disebabkan satu peristiwa tu, ayah MB parang wayar ariel. Jadi, tak dapatlah tengok. Huhu.
Sekarang, MB dah pencen dah main bola. Hehe. Injured. Bukan apa; kaki kanan tanam besi, jadi kalau sepak sakit; kaki kiri pulak kekok kalau nak sepak. Hmm..tak apalah. Rezki badan. Bila tengok member main bola, jeles gak tengok sebab tak dapat main sekali; geram.
Ok, dah.
Wallahu `aalaam..jumpa lagi ya..!!
Spain!! Spain!!
No comments:
Post a Comment