14 June 2010

Alahai Diri..

Assalamualaikum wa rahmatullah. Semoga rakan-rakan berada dalam keadaan sihat selalu dan semoga berada dalam bimbingan Allah S.W.T. Alhamdulillah, segala rasa syukur dan setinggi rasa terima kasih kita tujukan kepada Allah S.W.T; sebab hari ni, kita dapat hidup lagi. Ya, kita dapat hidup lagi; satu pemberian, satu anugerah, juga bermaksud satu peluang dan satu kesempatan.


Selawat dan salam atas Nabi kita Muhammad Rasulullah S.A.W. dan kepada ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat r.hum, dan kepada mereka yang setia dengan perjuangan baginda hingga hari kiamat.


Hari ni hari isnin, paginya redup. Tenang. Sejuk. Nyaman. Kemudian diiring dengan hujan. Hujan rahmat barangkali. Hari ni hari pertama dalam bulan Rejab. Bulan depan dah Sya'ban. Lepas tu Ramadhan. Pantas betul masa berlalu. Rasa seperti baru semalam bersahur berbuka dan bertarawih. Rasa seperti baru semalam berbuka dengan rakan-rakan kat bilik asrama.




“aku bersyukur kepadaMu ya Allah; sebab Kau bagi lagi aku kesempatan untuk hidup dalam bulanMu”


Masa saya di sekolah menengah di MATRI, ustaz-ustaz saya cakap; bulan-bulan yang mulia ni macam Rejab, Sya’ban, dan Ramadhan adalah satu peluang keemasan yang Allah S.W.T berikan kepada hamba-hambaNya. Ustaz saya cakap, semua ini adalah ‘perhentian’ ataupun ‘mahattah’ dalam bahasa arabnya. Bulan-bulan macam ni adalah musim bunga bagi orang-orang beriman, ‘rabiul abrar’; tambah mereka.


Masa tu MB budak-budak; bahasa mereka tak berapa nak faham.


Sekarang, Alhamdulillah. Baru saya faham sikit-sikit. Apa yang saya faham? Ntah. Hehe.


Sebenarnya, setakat yang MB faham; bulan-bulan ni Allah S.W.T dengan segala sifat Pemurah dan PengasihNya; Allah bagi kepada hamba-hambaNya ‘offer’. Amalan-amalan nafilah digandakan ganjarannya, semuanya Allah S.W.T. bagi sebagai persediaan mental dan fizikal sebelum kedatangan Ramadhan Karim. Sejauh mana nak percaya, tepuk dada tanya iman.


Bila teringat akan tiga bulan ni, Rejab-Sya’ban-Ramadhan; alahai diri…macam langsung tak ada perubahan selepas keluar dari tiga bulan tersebut pada tahun-tahun sebelum ini. Masuk dalam bulan-bulan special ni dah lah diri ni teruk, dan keluar pulak lagi teruk, worse. Teringat kat satu hadis tu. Ya, ingat…ruginya MB…


Hmm…


“ya Allah, aku cuma nak minta satu je dari Kau ya Allah; berilah aku kekuatan untuk istiqamah; peliharalah aku dari ajakan nafsu dan musuh-musuhMu. Aku hamba lemah, aku hamba dha`if”


Bulan Rejab, fasa pertama untuk kita bersedia. Bersedia untuk apa? Bersedia untuk meraih malam yang lebih baik dari seribu bulan. ‘Offer’ yang Allah S.W.T tawarkan memang tak ada dalam bulan-bulan lain dan tempat lain; itupun bagi orang yang yakin dan percaya. Ya, kita kena yakin semua ni. MB mesti kena yakin. Rakan-rakan pun mesti kena yakin jugak. Keyakinan menuntut amalan; itulah masalahnya.


اللهم باركلنا في رجب و شعبان و بلغنا رمضان



Ya Allah, bagilah hambaMu ini kekuatan…


Wallahu `aalaam.


.: SELAMAT MENYAMBUT BULAN REJAB..!! :) :.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

No comments: