17 June 2010

Durian


Assalamualaikum wa rahmatullah. Apa kabar rakan-rakan semua? Sihat? Semoga hari ni kalian berada dalam keadaan sejahtera bahagia cergas dan semoga rakan-rakan juga berada dalam bimbingan dan petunjuk Allah. Syukur, Alhamdulillah; untuk hari ni, Allah S.W.T masih lagi mengizinkan MB untuk hidup hari Khamis ni, masih ada lagi mak dan ayah, masih ada adik beradik, masih ada lagi sahabat-sahabat dan rakan-rakan, masih boleh bernafas dan banyak lagi.


Tadi, MB belasah durian. Marvelous. 1 bijik setengah habis kena sental. Alone!! Hoho. Memang kedarah betul. MB sebenarnya bukan hantu durian, tapi kalau dah benda tu ada kat rumah; takkan letak dalam guni tak bawak-bawak keluar, kan? Rezki tu, Allah bagi…selagi mampu, makan.


Sekarang ni kat tempat MB tengah musim durian. Rasa-rasanya satu Malaysia kot tengah musim nih. Dipendekkan cerita, tempat MB ni kawasan dusun. Jadi, nak kata di tepi sepanjang jalan nak ke rumah MB tu ada pondok jual durian, tak lah banyak sangat. Kebanyakan pembeli yang singgah, diorang tak beli bungkus bawak balik rumah. Kebanyakannya makan kat situ jugak; orang kata baru feel. Tapi ada jugak yang bawak balik, makan dengan family atau pun diorang nak buat bubur, lempuk, tempoyak, serawa atau yang seangkatan dengannya.


Info durian


Cerita pasal durian dari segi saintifiknya; orang yang ada darah tinggi tak boleh makan durian. Setakat nak jamah boleh jelah kot. Sebab apa? Sebab, durian ni akan menambah kepekatan darah dalam badan. Jadi, bila darah pekat, pengaliran darah ke badan tidak berapa lancar. Dan kalau dah darah tu pekat dan tiba-tiba stuck peratus orang itu untuk mendapat minor strok tinggi. Jadi, sila lakukan pemeriksaan sebelum makan durian. 


tak banyak pon isinya..5 ulas je semua, kulit je tebal


Ada satu lagi cerita; ada orang kata, lepas makan durian tak boleh minum kopi. Sebab, nanti boleh mati. Dan, kebanyakannya memang mati; setakat mendengar cerita orang tua-tua. Mungkin konsep dia sama kot; menjadikan darah lagi tu pekat.


Belajar dari alam


Majalah Solusi keluaran Jun isu 20; header dia “Belajar Daripada Alam”. Pun ada sentuh pasal durian jugak. Saya nukilkan untuk dikongsi bersama, ya.


Perhatikan pokok buah-buahan. Renungi keajaibannya. Pokok buah-buahan yang bermacam-macam jenis itu tumbuh di atas tanah yang sama, mendapat air dari tanah atau sungai yang sama, mendapat cahaya daripada sinaran matahari yang sama, mendapat garam galian yang sama… tetapi aneh, rasa buah-buah itu tidak sama.


Rasa buah manggis tidak sama dengan buah durian walaupun kedua-duanya tumbuh bersebelahan. Tidak pernah kita makan buah langsat dengan rasa buah rambutan walaupun kedua-duanya tumbuh di atas tanah yang sama. Aneh bukan? Memang aneh tetapi kita tidak terasa keanehan sebab sudah terlalu biasa. – Pahrol Mohamad Juoi; Manfaat Hasil Belajar daripada Alam; Solusi isu no. 20; m/s 21.


Kesimpulannya, kita ni kurang fikir; MB jela kot, rakan-rakan tak. Allah S.W.T pun suruh sangat-sangat kita berfikir; sebab berfikir itu adalah jalan menuju hidayah. Segala ciptaanNya, semua janji-janjinya; Allah ajak hamba-hambaNya berfikir.


Wallahu `aalaam…


Spain kalah plak first match…huhu


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

No comments: