Assalamualaikum wa Rahmatullah. Kepada semua rakan-rakan, saya berharap semoga kalian berada dalam keadaan sihat walafiat cergas ceria, dan semoga rakan-rakan juga berada dalam petunjuk dan bimbingan Allah S.W.T. Untuk hari ini, MB panjatkan rasa syukur dan terima kasih MB kepada Pemilik jiwa MB, Pencipta diri MB, dan Penguasa hidup MB; Allah S.W.T, kerana hari ini adalah genap 21 tahun MB hidup dengan perkenanNya.
Senyum…!!
Eh, senyumlah rakan-rakan…
Hari ni, merujuk kepada tahun masihi; umur MB dah genap 21 tahun. Kalau ikut kepada tahun hijriyah, sebenarnya MB dah 21 tahun lebih dah. Kejap betul dah 21 @ 22 tahun. Rasa macam baru semalam je lepas amek UPSR. Betapa masa ni pantas berlalu kan? Kesibukan kita dengan hal-hal dunia melekakan kita untuk terus awas dengan peredaran masa. Terus lalai dengan hambatan-hambatannya. Terus hanyut dengan keseronokannya. Terus asyik dengan nyanyiannya. Hmm…aduhai diri.
Bila umur ni dah lebih 20, ada satu perkara yang MB risaukan. Adakah MB ni dah matang? Umur dah 20 lebih, tapi matangkah diri?
Yang pasti, bagi MB; kematangan sudah semestinya tidak diukur melalui tahap umur. Ini berdasarkan kajian yang MB buat kat Facebook tadi, huhu. Jutaan terima kasih buat Cikgu Suhaimi, Madam Shuhada, dan Firdaus kerana sudi bagi pendapat. Kesimpulan dari bancian tadi; bahawa kematangan itu diukur melalui tingkah laku kita. Ya, MB setuju. Hmm..tak apalah. Topik “maturity” ni insyaAllah untuk akan datang, nanti tak ada modal lak kang.
Sempena 31 May 2010.
Hari ni, merujuk kepada Al-Jazeera Middle East; Israel telah menyerang konvoi bantuan kemanusiaan ke Palestin. MB dah tak tahu nak cakap macam mana. Makin dicakap, makin sakit hati. Kenapalah Israel nak serang diorang, padahal sorang tentera dan satu senjata pun tak ada kat kapal tu. Hmmph. Dah memang yahudi macam tu, kalau tak, itu bukan yahudi namanya. Ya tak?
Palestin ini adalah isu besar. Isu yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap individu yang mengaku Allah itu Rabb dan Ilahnya dan yang mengaku Rasulullah itu Utusan Allah dan contoh ikutan. Berat isu Palestin ni kalau nak dibincangkan. Dah ramai yang bagi ceramah pasal isu ni. Kempen pun banyak. Persatuan-persatuan pun dah banyak jugak. MB sendiri sakit hati bila mendapat perkhabaran pasal yahudi serang mereka. Menyentuh bab Palestin ni, MB tak nak cakap banyak; MB nak kongsikan satu petikan dari tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi untuk renungan bersama. Dia berkata;
“Untuk menyelamatkan orang lain, umat Islam mestilah membuktikan bahawa mereka mampu terlebih dahulu menyelamatkan diri mereka sendiri. Tegasnya, dari segi lahiriah, negara Islam mestilah membina kekuatan ekonomi, politik, dan ketenteraan mereka sendiri. Manakala di sudut rohaniah pula, umat Islam mestilah mampu membina satu kehidupan yang lebih adil, amanah, jujur, bertimbang rasa, pemaaf, pemurah, berani, dan bersih dari kemungkaran dan kemaksiatan. Jika kedua-dua syarat ini dipenuhi, maka Islamlah yang layak menggantikan Barat sebagai peminpin dunia. Islam mesti mengambil gilirannya untuk mendominasi tamadun dunia dengan penuh keharmonian. Asakan kekejaman bukan alasan untuk berlaku kejam. Jika demikian, bilakah kekejaman akan berakhir?” – Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir?, Telaga Biru, m/s 285 & 286.
MB tak nak ulas, piker la sendiri apa maksud yang nak disampaikan.
Semoga hari baru esok dan seterusnya, MB harap sangat Allah bimbing hidup MB. MB dah tak nak berfoya-foya dah. MB nak serius dengan hidup ni.
Ya Allah, bimbinglah aku dalam setiap pekerjaan, pemikiran, amal dan keputusan yang aku buat. Ya Allah ya tuhanku, aku tak boleh hidup tanpa bimbingan dari Mu. Aku tak boleh hidup tanpa pimpinan dari Mu. Aku tak boleh hidup tanpa petunjuk dari Mu. Aku tak boleh hidup tanpa hidayah dari Mu. Ya Allah, kalau Kau tak bimbing aku, pasti nafsu yang mengambil alih diriku. Aku tak nak hal itu berlaku, aku tak nak ya Allah. Bila nafsu menguasai aku, pasti aku sesat ya Allah. Aku tak nak aku sesat, bimbinglah aku ya Allah sepanjang baki hayat aku yang masih tinggal.
Allahumma ameen…
No comments:
Post a Comment