13 June 2010

Kenapa?


Assalamualaikum wa rahmatullah. Segala puja dan puji hanyasanya untuk Allah S.W.T, kepadaNyalah kita memohon pertolongan, kepadaNya juga kita mohon perlindungan, kepadaNya juga kita memohon ampun, dan kepadanya juga kita memohon petunjuk. Hai rakan-rakan..! Apa kabar? Semoga rakan-rakan berada dalam keadaan sihat selalu dan semoga rakan-rakan berada dalam bimbingan Allah S.W.T.


Kelmarin hari Jumaat. Jadi, MB sebagai orang lelaki; pergi ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Ya, memang ada sesuatu yang MB nak kongsikan kat sini. Tentang isi khutbah jumaat semalam. Tajuk yang diuatarakan memang ‘rare’ kalau dipandang dari kaca mata dunia sekarang; maksud MB, tajuk ini memang jarang kita dengar dalam suasana dunia dan negara yang ‘tidak berapa mahu berpihak’ kepada Islam.


MB tak berniat nak tulis seluruh teks khutbah tu, sebab MB pun bukan ingat semua. Tapi ada antaranya yang MB ingat. Khatib bercerita tentang Hari Mahsyar. Hari di mana semua manusia yang pernah hidup kat atas bumi ni dikumpulkan di satu tempat yang sangat luas. Luas sangat-sangat. Orang dari zaman Nabi Adam A.S sehingga manusia yang terakhir sekali mati di atas bumi ini, semua kumpul kat situ. Khatib bawak satu hadis yang menyatakan bahawa, semua manusia waktu tu telanjang; telanjang bulat. Tapi Rasulullah sabda bahawa waktu tu, manusia dah tak hirau dah; telanjang ke..tak telanjang ke..semuanya dah nafsi nafsi dah, semua cuma fikir, kalut, sibuk dan risau akan nasib masing-masing. Cuba bayang, kita punyalah fikir pasal diri sendiri sampai kita dan orang sebelah kita telanjang pun buat tak kesah. Emak, bapak, adik beradik, anak, sahabat handai; semuanya dah tak terfikir dah. Semua dah fikir nasib masing-masing; syurgakah atau neraka? Bahagiakah atau sengsara? Disana juga, kita sebagai umat manusia akan diadili dengan seadil-adilnya oleh Allah S.W.T. Mana-mana yang pernah dizalimi akan dibenarkan mengambil kebaikan si pembuat zalim sebagai tukaran; sebab duit dengan emas tak laku kat sana.


Khatib menambah lagi; kegagalan masyarakat sekarang dalam menghayati peristiwa Mahsyar ini adalah punca kepada berlakunya jenayah dan kebejatan sikap pada hari ini. Buang bayi, zina, merompak, mencuri, berbunuhan, pecah amanah, rasuah, dera kanak-kanak, fitnah..semuanya berpunca dari tipisnya penghayatan Hari Mahsyar dalam kehidupan; katanya.


Iman


Hidup kita memang tak boleh lari dari Iman. Kehidupan tanpa iman adalah kehidupan yang sengsara. Kehidupan tanpa iman adalah kehidupan yang sangat sia-sia. Dengan iman, baru diri kita ada nilai. Dengan iman, baru hidup kita bermakna.


Semuanya adalah berpunca dari iman. Setiap gerakan dan perilaku kita, semuanya adalah berpunca dari iman. Setiap peristiwa yang berlaku disekeliling kita; adalah berpunca dari iman. Kenapa dikatakan segala-galanya bermula dari iman? Kenapa?


Kalau seseorang itu dikatakan yakin dan percaya bahawa Allah itu adalah Pencipta dia, Penguasa dirinya, Yang Maha Melihat, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Mendengar, Yang Maha Bijaksana, dan semua sifat-sifatNya..tapi kenapa masih ada lagi yang rasuah? Kenapa masih ada lagi zina? Kenapa masih ada lagi penindasan dan penganiayaan? Dia tahu benar Allah S.W.T itu Maha Halus PenelitianNya, Allah itu Maha Keras seksaanNya, Allah itu Maha Pengasih atas hambaNya..tapi kenapa masalah-masalah ini berlaku?


Kalau seseorang itu dikatakan yakin dan percaya bahawa akhirat, hari qiamat, hari pembalasan itu benar-benar akan berlaku..akan ada perhimpunan mega di Mahsyar, akan ada pengadilan di Mizan, akan ada titian Sirat, akan ada pembalasan Syurga dan Neraka..tapi kenapa masih ada lagi fitnah-memfitnah? Kenapa masih ada lagi mengambil dan merampas hak orang lain tanpa kebenaran? Kenapa masih ada lagi yang makan harta secara batil dan haram? Orang itu tahu dan arif benar bahawa Allah S.W.T Maha Adil hukumanNya, Allah itu Maha Pedih seksaanNya, Allah itu Maha Pemurah memberi nikmatNya..tapi kenapa masalah-masalah ini masih lagi berlaku?


Kenapa?


MB memang tak layak nak isukan soal iman kat sini, sebab MB bukan orangnya. Nak lagi mendalam, tanya lah Ustaz dan Ustazah diluar sana. MB cuma cerita apa yang MB faham.


Tapi bagi MB, beriman itu sangat penting. Kan beriman itu fitrah manusia? Iman=fitrah; memang tak boleh lari. Fitrah manusia, iaitu fitrah diri MB sendiri; tak dinafikan memang nak sangat sangat hidup bahagia, tenang, harmoni, tak banyak ancaman dan risiko hidup, sempurna. Tak ada sorang pun yang nak hidupnya tak bahagia, kan? Disinilah fungsi iman bagi MB. Iman ni diibaratkan macam ‘way’, cara, jalan untuk memperoleh apa yang disebutkan tadi. Ia memandu kehidupan dengan cara yang membolehkan fitrah-fitrah kita tadi tercapai. Hidup beriman, means hidup berfitrah.


Nak terang macam mana iman tu memandu hidup kita, MB susahlah nak cerita..tak apa, nanti MB carik artikel dan MB share kan kat sini…it’s such a complicated thing to say – speaking weh, hoho. Okay, cerita bab iman setakat ini dulu. Semoga perkongsian ini menjadi peringatan dan usaha islah untuk diri MB sendiri.


Blog


Bukak cerita bab blog pulak. Amacam? Ok tak wajah baru blog Musafir Bulat nih? Hehe. Link kawan-kawan blogger dah ada. Header pulak tukar; adobe sendiri tu..boleh tahan la (syok sendiri pulak…). Tak banyak warna. Corak-corak pun tak ada. Plain. Biarlah. Ni MB edit guna tab ‘design’ tu ha..blogger baru buat, kan? Tengok template, layout dia, background; boleh tahan la smart; bagi MB lah…MB bukan apa tukar appearance blog ni…maklumlah, lelaki cepat boring..haha.


Wallahu `aalaam…jumpa lagi!


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

2 comments:

mustafiyah said...

wah!!! cantek laa blog..!!

best gak dpt tawu isi khutbah.. stp mgu up-date laa isi khutbah kat cnie..~ ;)

Musafir Bulat said...

insyaAllah ustazah.. :)