Assalamualaikum wa rahmatullah. Hai rakan-rakan, apa khabar? Semoga rakan-rakan berada dalam keadaan sihat ceria dan semoga berada dalam lindungan dan rahmat Allah. Untuk kesekelian kalinya, MB bersyukur sebab Allah masih izinkan lagi untuk MB hidup, Allah izinkan MB untuk buat macam-macam perkara, dan yang pasti; Allah izinkan juga untuk MB update blog ni.
Sebelum tu, MB nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke laman ini. Ya, MB tahu, page ni bukannya macam blog-blog lain. Kalau ada yang mengarut dan melalut sebelum sebelum ni, anggaplah ia sebagai ‘gula dalam kopi’ ya..heheh.
Dah seminggu MB tak update blog. Hari ni alhamdulillah Allah bagi senang dan tenang nak menaip. Bukan MB tak ada topik, ada, banyak lagi. Cewah. Oleh kerana banyak sangat idea, bila nak keluarkan jadi stuck plak. Haha…bajet. MB kali ni rasa terpanggil untuk sambung balik topik yang MB tangguhkan lepas, L.A.L. Topik yang MB nak sentuh ialah pasal MATLAMAT. Anda disyorkan untuk baca entry sebelum ini kalau nak faham lebih. Hehe.
MATLAMAT, yang turut juga dikenali sebagai CITA-CITA dan TUJUAN, atau ‘GOAL’, ‘AIM’ dalam bahasa inggerisnya atau ‘GHAYAH’, ‘HADAF’ dalam bahasa arabnya amat sinonim dan tak boleh lari dari kehidupan setiap orang. MB pun tak terkecuali. MB sebagai seorang hamba kepada Tuhan, punya matlamat juga. MB sebagai anak, punya matlamat juga. MB sebagai seorang pelajar, pun ada matlamat juga. MB sebagai rakan kepada rakan-rakan, pun ada matlamat juga. MB sebagai anggota masyarakat dan Negara, pun ada matlamat jugak. MB sebagai penduduk bumi ni, pun ada matlamat juga. MB yakin, rakan-rakan pun macam gitu jugak kan? Walau kita berada dalam lapangan mana sekalipun, kita tak boleh lari dari meletakkan matlamat.
MB teringat, masa MB di zaman budak berhingus lagi. Waktu tu, MB ni cucu kesayangan almarhum mbah MB. MB sayang kat dia, betul-betul sayang. Rindu rasanya, lama dah tak jumpa. Ok, tak apa. Pasal almarhum mbah MB, nanti MB cerita ya. Balik kepada topik, dengan suara lembut dari seorang wanita tua, almarhum nenek kesayangan MB tanya kat MB; “aji, esok besar Aji nak jadi apa?” “aji nak jadi banyak mbah” “apa dia?” “Aji nak jadi cikgu, Aji nak jadi peguam, Aji nak jadi jurutera, Aji nak jadi doctor, Aji nak jadi tukang urut” “wah, banyaknya Aji nak jadi…hmm…tak apa Aji” sambil mengusap-usap kepala MB, almarhum mbah MB teruskan bicara; “kalau macam tu, MB belajar rajin-rajin ya…nanti Aji boleh jadi semua tu…kawan dengan orang yang elok-elok…” scene yang tak boleh lupa.
Dari zaman kita kat tadika, kita dah pun pasang angan-angan nak jadi apa bila besar nanti. Kemudian kita menginjak ke alam sekolah rendah; lalu kita dah boleh fikir sedikit tentang masa depan, kita mula ‘set’ cita-cita dari pemerhatian rambang kita terhadap peristiwa-peristiwa, dari buku teks, dari penjelasan cikgu-cikgu. Kemudian kita melonjak ke alam sekolah menengah. Di sini, segala pandangan menjadi lebih realistic terhadap kemampuan dan potensi diri. Matlamat rasa berada di depan mata untuk digapai. Seolah-olah rasa macam senang nak meraih matlamat. Berkobar-kobar. Nak masuk kelas sains, nak masuk kelas akaun, nak masuk U tu, nak masuk U ni, nak amek course tu, nak amek course ni. Bina matlamat dan angan-angan memang seronok.
Matlamat; bagi MB punya ciri, sifat dan karaktor yang tersendiri. Tanpa ciri dan sifat tersebut, kita tak boleh nak anggap ia sebagai satu matlamat yang hakiki. Matlamat itu sendiri sifatnya adalah JELAS dan TIDAK KABUR. Ia menjadikan diri kita FOKUS. Dan matlamat juga sifatnya MEMIMPIN sikap dan tingkah laku kita seharian. Ada tiga ciri yang telah MB sebutkan disini. Ni setakat pemerhatian dalam hidup MB lah, kalau rakan-rakan ada pendapat lain, ceritalah kat blog sendiri, haha.
MB tak boleh nak cerita satu-satu ciri-ciri tu; sebab bila MB nak lontarkan pandangan tentang salah satu dari sifat-sifat tersebut; rasa macam ada yang tak kena. Jadi adalah lebih elok kalau MB kongsikan pandangan sambil menyepadukan ciri-ciri tu. Lagipun bagi MB, kalau ‘lack’ salah satu dari tiga ‘item’ tu, it is no longer fittable to call it “MATLAMAT”. Tak dipanggil matlamatlah kalau salah satu dari sifat tu tak ada. Macam solat jugak lah, kalau tak baca surah al-fatihah dan kalau sujudnya adalah mencangkung; tak panggil solat namanya, tak sempurna sifat.
Contoh terdekat dalam hidup kita bila membincangkan soal matlamat ni; adalah diri kita sendiri, kan? Kalau kita sebagai seorang pelajar; sudah pasti ada matlamat yang telah disetkan. Kalau kita sebagai seorang guru dan pendidik; pun sudah ada matlamat yang disemat. Kalau kita sebagai seorang anggota tentera, pun kita dah letakkan matlamat kenapa kita nak jadi tentera. Sebagai seorang ahli politik; sudah pasti ada matlamat yang telah ditentukan dan harus dicapai juga. Bagi seorang ahli ekonomi, mereka juga telah ada matlamatnya sendiri yang harus dituju. Doctor, ahli perundangan, ahli penguatkuasa, ahli perniagaan, petani, nelayan, dan lain-lain lagi; pasti mereka ada matlamat dalam hidupnya.
Dulu, masa MB habis sekolah rendah, MB tak tahu nak belajar kat sekolah menengah mana. Last-last, kene ikut cakap ayah; ayah hantar MB kat perlis. Nak buat macam mana, dah kena paksa..hoho. Sebenarnya, ada satu lagi sebab yang MB ikut je cakap ayah pergi sekolah kat sana. Sebabnya; minggu orientasinya buat kat Langkawi. Part ni je yang MB nak, yang lain tak. Haha. Matlamat waktu tu; nak seronok dan enjoy. Tu dulu. Dan masa pun terus berlalu, pejam celik pejam celik, dah habis lima tahun MB kat sana. MB sendiri akui, MB tak dapat ceduk semua ‘mutiara’ yang ada kat sana, sebab awal matlamat MB ialah nak seronok, jadi yang MB dapat Cuma seronok jalan jauh, tu jelah. Hehe…
Lepas habis sekolah menengah, MB masuk KIPSAS. Kali ni memang matlamat MB nak belajar Sungguh-sungguh. Belajar, belajar dan terus belajar. Jadi apa yang MB dapat dengan masuk belajar ke sana dengan matlamat belajar? Alhamdulillah, Allah bagi jugak rasa sedikit kejayaan. Tapi apa yang mendukacitakan MB; MB tak banyak sertai aktiviti luar kuliah. Entah lah, mungkin sebab dah terlalu ‘mind setting’ untuk belajar belajar belajar. Bukan MB tak ikut langsung, ikut jugak, tapi tak banyak dan tak aktif macam sahabat-sahabat yang lain. Ini satu hal. Hal yang lain, pasal kehidupan kebanyakan pelajar di kolej itu sendiri. MB tengok, mereka banyak meluangkan masa untuk enjoy. Game, motor, kereta, aweknya lagi, lepak-lepak kat Bandar, dan macam-macam lagilah. Kalau study tiptop, MB memang respect lah. Tapi masalahnya, kuliah pun tak datang, esaimen pun tak buat, tesis tak siap-siap, nanti bila dah dekat nak exam dan bila nama tu dah tersenarai dalam golongan yang bakal kena ban; hah, mula la terhegeh-hegeh jumpa lecturer tu lecturer ni; mintak pengampunan dan peluang konon. Kalau sekali dalam seumur hidup di kolej tu tak apa, ni tiap-tiap sem macam tu, setiap kali nak exam muka dialah yang selalu menghadap ketua jabatan. Hadoyh…apa la nak jadi dengan mereka. Mintak maaf ya, statement ni adalah untuk budak junior; yang satu batch dengan MB tak macam ni, semuanya baik-baik.
Satu cerita.
Sebelum ni, MB ada jadi faci untuk minggu orientasi mereka. Ada seorang budak ni yang memang rapat jugak lah dengan MB semasa program tu. Tak tahu lah kenapa dia boleh terpencot dengan MB..hahaha. Sepanjang program orientasi tu berjalan, dia banyak ceritakan tentang hidup dia sebelum dia masuk ke kolej ni. Dia cerita yang dia ni dari golongan yang tak berada, otai, tak pandai, macam-macam lagilah yang dia cerita. Terpaksalah tadah telinga ni. Samapai pada satu bahagian, dia cerita tentang matlamat dia datang sini. Dia cakap, dia nak belajar Sungguh-sungguh, dia nak contohi aku, dia nak berubah. Dia cakap lagi, dia tak sangka boleh masuk sini, dan dia jugak tak sangka yang dia pakai baju kemeja dengan tie. Kalau ada apa-apa dia nak jadikan aku sebagai kiosk pertanyaan..heh. Lepas tu, dia cerita jugak harapan mak ayah dia, mereka nak tengok diri dia berjaya. MB dengar jela..sambil buat gaya-gaya berminat dengan apa yang diceritakannya. Dan masa terus berlalu. Ni adalah first sem baginya, dan final sem bagi MB. Sejak dari saat dia bercerita tentang hidup dia tu, MB perhatikan dari jauh kehidupan dia kat kolej. Dia duduk kat apartmen, MB pulak duduk kat hostel yang macam sekolah menengah punya, tak apa, not big deal. Nampak pada permulaan ni, dia seorang yang begitu bersemangat untuk belajar. Dia ni peramah orangnya, cepat masuk kepala; jadi dia selalu bertanya macam mana nak buat esaimen tu, subjek ni macam mana nak study, yang ni betul ke tak…ok lah tu, MB cerita kat dia semuanya. Lama kelamaan dia dah jarang bertanya. Sapa tu sapalah jugak, tapi cuma gitu-gitu jelah. Tak berapa lama lepas tu, dia dah ada motor sendiri dah. Pergi kuliah bermotor, pergi tutorial bermotor, pergi Bandar pun naik motor jugak..hehe, dah ada motor naik la motor, takkan naik basikal. Sejak dia bermotor, dia jarang dah jumpa MB, tegur pun susah. Bukan dia sombong, diakan naik motor, jadi nak kemana lajulah, bukan macam MB ni yang berjalan kaki walau ke mana saja. Kadang-kadang ada jugak terserempak, bagi salam. Then, pada suatu hari, MB bertembung dengan dia kat library. Masa tu MB tengah lepak-lepak dengan kawan-kawan sambil baca surat khabar. Dia tegur;
‘hai bang, apa khabar? Lama tak sembang yek? Hehe’
‘oh, ko rupanya, apa khabar? Sihat? Study camne?’
‘alah bang, saya ada masalah lah bang’
‘apa dia masalahnya tu?’.
Dengan muka sedih dan kusutnya, dia cerita; ‘bang saya sekarang rasa dah malas nak pergi kelas dengan kuliah…tak tahu nak buat macam mana…kawan-kawn serumah saya pun macam tu jugak…esaimen tak buat, ditambah dengan bilik yang bersepah…kusut saya dibuatnya’. MB waktu tu diamkan aje.
MB tanya balik; ‘kenapa boleh jadik macam tu? Ada apa-apa masalah ke? Masalah duit ke? Masalah keluarga ke?’
‘tak bang…duit ok, keluarga pun ok…ntah lah bang’.
Jadi sebagai seorang senior yang bertanggungjawab, cewah, MB bagilah sikit nasihat yang tak berapa nak betul…heheh. Last sekali pesan kat dia, kalau ada apa-apa masalah, bagitau la.
Cop, nak diingatkan, mamat ni bukan adik angkat MB ok! MB tak pernah ada dan terniat pun nak ada adik angkat. Hahaha.
Ni kejadian pertama. Kejadian kedua dan terakhir jugak berlaku dalam tempat yang sama; library. Selang waktu antara kejadian pertama dan kedua adalah lama, dimana kejadian pertama dipertengahan sem dan yang kedua diambang peperiksaan. Waktu tu MB sorang-sorang kat library tengah carik bahan untuk menyiapkan tesis. Tiba-tiba dia lalu kat rak sebelah MB dan dia terus sapa MB. Kali ni, nampak dari muka dia risau tahap cipan, ntah apa yang buat dia jadik macam tu. Kemudian dia tanya MB;
‘bang mintak tolong boleh? Penting sangat ni bang’
‘erk, apa dia? Apsal gelabah semacam je ni?’
‘macam ni bang, tolong carikkan saya bahan untuk esaimen ni, saya betul-betul blur ni bang. Kalau ni tak siap, saya kena ban exam nanti. Lecturer tu cakap, ni peluang terakhir saya, kalau saya tak siapkan jugak, saya dilarang ambil final exam sem ni’
‘wah, macam mana boleh jadik macam tu? Tak buat esaimen ke sebelum ni?’
‘ermm..ha`ah…kuliah pun saya dah jarang datang…ni pun baru lepas jumpa lecturer merayu untuk bagi amek exam. Nasib baik dia bagi bang, kalau tak, tak tahulah saya nak buat macam mana’. Hmm…
MB tolong…kesian kat budak junior ni. Last MB pesan kat dia, jangan buat lagi macam ni sem depan. Sekarang ni, tak tahulah macam mana jadi kat dia. Semoga dia berjaya.
Dari apa yang MB cerita tadi, dapat MB highlightkan bahawa, budak ni ada matlamat, ada cita-cita, dan ada impian untuk dikejar. Tapi penghujungnya, kenapa dia boleh jadik sampai macam tu sekali? Sebabnya; MATLAMAT dia TAK JELAS. Bila matlamat tak jelas, JALAN untuk menuju matlamat jadi TAK TENTU HALA dan TAK JELAS jugak. Bila dia dah tak pasti jalan mana yang harus dia ambil untuk meraih apa yang dimatlamatkan, jadi dia dah TAK FOKUS kepada apa yang dicita-citakan. Di sini, dapat disimpulkan, matlamat dia GAGAL dalam MEMBINA dan MEMIMPIN sikap yang baik kearah apa yang dituju.
Ni baru dari aspek kehidupan seorang pelajar.
gambar hiasan carian google
Lagi satu.
Ada satu lagi bab kehidupan yang MB nak sentuh pasal matlamat. Soal pendidikan. Pendidikan ni bagi MB adalah satu perkara yang penting, sangat-sangat-sangat penting dalam kehidupan. Sebab dengan pendidikanlah yang menjadikan MB sekarang ini adalah MB. Boleh tak kat sini, kalau MB katakan system pendidikan Negara kita GAGAL? Ya, gagal. Sebab apa, system pendidikan sekarang ni telah banyak melahirkan graduan-graduan yang buang anak, melahirkan graduan yang berjaya dalam bisnes dadah, melahirkan graduan yang berjaya dalam mengimarahkan pusat serenti, melahirkan graduan yang sukses dalam lumba kuda, melahirkan graduan yang kompeten dalam arena sek bebas. Menurut Abu Hasan Ali An-Nadwi, sistem pendidikan sekarang dah gagal membentuk graduan yang menangis kerana buat dosa dan juga gagal dalam membentuk graduan yang takut kepda Allah. Bahkan menurut pemerhatian kasar MB, ada dari kalangan ahli akademik sendiri terlibat dengan polemic Ayah Pin suatu Ketika dulu. Apakah sistem pendidikan Negara kita sekarang ini dah tak lagi ampuh dalam proses memberi kenal pelajar-pelajarnya benar dan salah? Hak dan batil? Halal dan haram?
Kalau kita tengok kembali falsafah pendidikan Negara, memang baik belaka. Tapi persoalan sekarang, dimana berlaku kesimpangan pada matlamat? Baru-baru ni, kerajaan nak keluarkan lesen judi pertaruhan untuk piala dunia. Kalau diluluskan, MB cadangkan supaya pusat integriti yang ditubuhkan mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi dibubarkan. Tak payah buat. Buat apa nak buat kalau benda-benda macam ni diluluskan, sedangkan kita mahu Negara dan rakyatnya bersih; bersih dari sudut aqidah, bersih dari sudut ilmu dan pemikiran, bersih dalam tindak tanduk kehidupan. Lagi satu, dalam tahun ni kalau tak silap MB, kerajaan dah memperuntukkan sebanyak RM 7 billion kepada semua sektor kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi. Kira ok lah kalau dah bagi tu, stabil lah sikit ekonomi dan kewangan Negara. Tapi sekarang, kerajaan nak kita melabur pulak intensif-intensif yang dibagi melalui judi piala dunia tu? Tak ada maknanya Pakej Rangsangan Ekonomi tu…baik bagi MB je 7 billion tu, buat bayar PTPTN dengan pergi haji, hahaha.
Satu lagi indikator yang menyebabkan sistem pendidikan Negara ini gagal adalah; terberanaknya secara besar-besaran industri hiburan tanah air. Cuba sebut sikit apa program-program hiburan tu…AF1, AF2, AF3, AF4, AF5, AF6, AF7, AF8, Mentor1, Mentor2, Mentor3, OIAM1, OIAM2, OIAM3, MystarLG, Malaysian Idol, bintang tu, bintang ni, huuuuuuh, banyaknya, ni ada lagi yang tak tersebut. Kalau bab hiburan, MB sokong akan kata-kata Wardina Safiah. Dia cakap, seniman dan artis sekarang ni dah tak boleh nak dijadikan ikon dan contoh untuk rakyat. Betul, setuju sangat. Industri ni telah merencatkan perjalanan dalam membumikan falsafah pendidikan Negara. Ada tak budak-budak sekarang nak ambil orang akademik, orang jutawan, orang politik sebagai ikon dan contoh? MB berani kata, tak ada. Kalau ada pun, sikit sangat. Umat MB ni, khususnya Melayu-Islam dah terlalu sebati dengan bahan-bahan picisan macam ni. Sampaikan cara sikat rambut pun nak ikut mereka; kalau yang artis perempuannya ‘legging’, nanti adalah budak-budak yang mengekor.
Jadi, dalam isu pendidikan ni; MB tak tahu pihak mana yang harus dipersalahkan. ‘Seseorang’ telah memesongkan haluan falsafah pendidikan Negara. Tak tahulah sama ada ‘dia’ terlupa apa matlamat pendidikan Negara, atau ‘dia’ ada kepentingan tersendiri atau lain-lain lagi. Tapi secara kasarnya, matlamat yang sedia ada tidak dapat merintis jalan yang benar-benar berkesan dan terbaik, dan tidak dapat juga memimpin ‘individu tertentu’ dalam membentuk sikap sebagai seorang yang ada matlamat. Oleh kerana, ‘dia’ dah tak bekerja mengikut matlamat pendidikan Negara, boleh tak kalau MB tegaskan yang falsafah pendidikan Negara ni hanya jadi bahan politik kepada sesuatu pihak?
Ok, dah.
Baiklah, MB ulang balik main idea MB dalam topik kali ni. Membina matlamat adalah tangga kedua dalam membina perubahan dalam dan luar diri. Ia bermula dari kesedaran sebagaimana yang MB tegaskan dalam post sebelum ni. Jadi, matlamat yang boleh dikatakan sebagai matlamat yang sebenar; adalah matlamat yang mampu buat kita bekerja keras, bersungguh-sungguh, dan mengerah sepenuh tenaga dalam mencapainya. Selagi mana matlamat yang kita ada itu tidak menjadikan seorang itu individu yang bekerja, maka ia tak layak untuk dipanggil sebagai matlamat. Itu adalah angan-angan
Huhu..dah panjang melalut nih, tak tahulah rakan-rakan sanggup baca sampai ayat ni. Haha. Tapi tak apa, saya dah sampaikan. Moga-moga rakan dapat point saya. Bajet macam ada orang yang baca jek. Hahaha.
Wallahu `aalaam.
No comments:
Post a Comment