29 May 2010

A meet with my sahabat..


Assalamualaikum wa rahmatullah. Semoga rakan-rakan berada dalam keadaan sihat sejahtera dan semoga rakan-rakan berada dalam limpah kasih sayang Allah dan bimbinganNya. Alhamdulillah, MB rasa syukur dan berterima kasih kepada Allah selaku Pemilik dan Pentadbir MB; sebab hari ni Allah masih lagi benarkan untuk MB hidup macam semalam. Masih lagi ada nikmat yang semalam, masih lagi ada pemberian yang semalam, walhal MB sendiri akui MB banyak buat kesalahan dan kesilapan. Ya, Khaliq MB Maha Pemurah dan Pengasih. Dan untuk renungan MB sendiri, “adakah sifat pemurahNya itu hanya sekadar memberi memberi memberi dan memberi?”


Semalam 28 May 2010. Hari jumaat. MB tak tahu nak mulakan cerita macam mana. Semalam, MB seronok dan terhibur. Rasa tenang, rasa tenteram, rasa sedikit bahagia, rasa bersyukur sangat, rasa berterima kasih sangat-sangat. Hal ini, MB akui, ia satu pemberian istimewa dari Allah buat MB.

Oklah, diringkaskan cerita, semalam; MB keluar lepak-lepak dengan sahabat MB, Hanafi. Lama dah tak jumpa. Rindu yang lama terpendam akhirnya terlerai jua. Bohonglah kalau MB tak rindu sahabat sendiri. Mulut kata tak, tapi hati kata ya, heheh. Itulah ego. Semalam, janji pukul 4 nak jumpa kat pontian. Last-last, 4.30 jugak. Tak apa, jalan JB-Pontian jem, katanya. Alasan diterima, haha.



Kitorang lepak kat tambak Pontian, sambil mengadap laut selat Melaka; kitorang sembang-sembang. Cerita gelak, cerita gelak, cerita gelak. Alhamdulillah, dia dah dapat tawaran sambung belajar, MB je ni yang belum dapat-dapat lagi. Dah rezki dia. Lepas tu, kitorang bergerak ke Masjid Pontian, solat Asar. Terlewat sikit, biasalah. Banyak perkara yang disembangkan, sampai dah pukul 5 lebih pun tak perasan. Habis solat, dia ajak minum-minum. Ingatkan minum saja, rupanya makan sekali. MB ikut je lah. Kitorang makan nasik goreng kampong, ikan siakap sweet sour, dengan air tembikai. Tambah satu lagi, otak—otak. Sedap dan kekenyangan. Sangat kenyang. Berkat duit dia tu..semua dia belanja, tu yang sedap tu..haha. Lepas tu, kitorang bergerak ke rumah MB pulak. Masa tu nak dekat malam dah, pukul 7 tak silap. Kat rumah, mak dah masak ketiaw goreng dah, tapi dah tak boleh nak masuk; terlalu kenyang. Tapi dia maintain, makan lagi ketiaw tu. Siap cicah biskut dengan teh-o lagi lepas tu. Lepas makan, kitorang solat maghrib. Lepas solat maghrib, sembang-sembang kejap; dia mintak diri nak balik. Dia cakap dah malam, nanti mak ayah dia risau pulak. Ok lah, tak apa. Silakan.


Sebelum balik, dia panggil MB datang kat kereta dia. Dia hulurkan MB sebuah buku, hadiah sempena ulangtahun kelahiran MB yang ke-21 isnin depan ni. MB tak boleh lupa scene ni. Rasa macam nak menangis pun ada, tapi cover-cover la kan..hehe; terharu beb.


Sebenarnya, dia tak bagi MB kongsikan pertemuan semalam kat blog ni. Erm, nak buat macam mana ya? Ah, biarkan. Mintak maaf hanafi, heheh. “aku cerita surface je, contain aku tak cerita”.

************************************************************************************

Sahabat adalah satu pemberian yang sangat istimewa dari Allah. Tak tergambar dan tak terungkap rasa syukur yang terbuku-buku di hati ini sejak sekian lama. Hadirnya dalam kehidupan memberi sejuta warna seribu rasa di sepanjang perjalanan dan perjuangan hidup. Sahabatlah yang mengajar kita makna kehidupan, sahabat jugalah yang mengajar kita hakikat kekerdilan diri, sahabat jugalah yang mendidik kita untuk menjadi manusia yang ada makna dan ‘isi’.

Yang paling tidak boleh dinafi dan disangkal, sahabatlah yang paling setia disisi. Waktu suka, waktu duka, waktu gembira, waktu nestapa, waktu senang, waktu susah, waktu lapang, waktu sibuk, waktu sihat, waktu sakit, waktu gembira, waktu menangis; sahabat pasti ada disisi. Dialah telinga kita untuk kita dengarkan masalah; dialah tangan kita untuk kita paut dan bangkit dari kelesuan; dialah bahu kita untuk kita rangkul, menuntun diri kembali melangkah di atas dunia. Ah, betapa di lubuk hati ini mahu saja menuturkan terima kasih dan memberi penghargaan; tetapi tak terluah dan tak terdaya nak sampaikan. Tak terluah!!. Betapa berharga dan istimewanya sahabat dalam diri dan hidup. Betapa hadirnya memberi warna dan seri dalam hidup. Cukuplah Allah saja yang tahu betapa bersyukur dan berterimakasihnya aku sebab ada sahabat, macam dia.

Melihat wajahnya mengingatkan aku sentiasa kepada Tuhan. Tidak pernah jemu bila berbicara dengannya, kerana kata-katanya adalah ilmu yang dipraktikkan. Cahaya wajahnya terpancar setiap kali dia tersenyum, sehingga aku tidak pernah jemu untuk menatapnya. Bahasanya lembut, tutur kata juga sopan. Tapi pertemuan kami hanyalah sekali sekala. Ini membuatkan aku sentiasa rindu padanya. Berdepan dengannya terasa sangat kekurangan pada diri ini. Kadang-kadang terasa seperti dia tahu gerak hatiku. Seperti dia kenal benar dengan peribadiku yang banyak berdosa ini. Malunya aku…

Sahabatku, sering aku berdoa meminta dan merayu agar Allah kekalkan sahabat sepertimu untuk aku. Aku tidak bersedia untuk kehilanganmu; sungguh, aku tak bersedia. Hilangmu bererti aku kehilangan sesuatu yang sangat berharga. Sesuatu yang tidak dapat ditukar ganti walau dengan dunia ini sekali pun.

Ziarah aku di hospital, melawat ketika aku ditimpa musibah, menasihati dan menegur kesalahan aku, meminjamkan wang, ajak aku ke masjid, ajak aku study, ajar aku nak survive dalam kehidupan; ah, terlalu banyak untuk diri ini sebutkan satu per satu.

Bagi diriku, inilah bukti kasih seorang teman yang bergelar sahabat. Kasihnya bukan atas dasar mahu dibelanja ataupun upah…tapi kasihnya bertolak atas rasa keimanan terhadap Allah… “tidak sempurna iman seseorang itu, sehinggalah dia menyintai saudaranya sebagaimana dia menyintai dirinya”… “Tujuh golongan yang akan dinaungi arasy Allah pada hari di mana tidak ada naungan kecuali naunganNya iaitu…dua orang lelaki yang berkasih kerana Allah, di mana mereka bertemu keranaNya dan berpisah kerana-Nya…”

************************************************************************************


Bro, aku rasa sekejap sangat kita jumpa semalam. Sekejap sangat. Topik mula nak panas, masa pula yang mengekang. Entah bila lagi boleh keluar jumpa dan jalan-jalan lagi. Atas makan dan minum yang kau belanja tu; terima kasih banyak-banyak. Atas hadiah buku tu, terima kasih sangat-sangat. Aku tak tahu nak cakap macam mana; tapi, terima kasih atas semuanya, terima kasih…sahabat.
Sudi-sudilah 'Like' post ni..

No comments: