18 May 2011

Konvensyen Mahasiswa Selangor

Assalamualaikum buat rakan-rakan.


Alhamdulillah, semalam, bersempena cuti hari wesak untuk perayaan penganut agama Buddha; saya telah berpeluang untuk menghadiri satu konvensyen mahasiswa di Dewan Jubli Perak SUK Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor. Konvensyen tersebut bermula pada jam 9 pagi dengan program ice breaking dan diakhiri dengan makan malam dan dialog bersama Yang Berhormat MB Selangor Tan Sri Dato’ Khalid Ibrahim pada jam 9 malam.


Konvensyen ini dianjurkan buat julung kalinya oleh Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor (MPSM). Sebenarnya, konvensyen mahasiswa ini mengumpulkan mahasiswa anak Selangor dan mereka yang belajar di institut pengajian tinggi yang ada di Selangor, sejajar dengan namanya. Jumlah peserta ysng hadir, Alhamdulillah, mencecah 400 orang lebih.


Slot pertama pada hari itu adalah slot ‘pemecahan ais’, maksudnya, saya dan seluruh peserta diperkenalkan apa itu MPSM; visi dan misinya, program-programnya, serta badan pentadbiran dan AJK-AJKnya. Slot ini, best. Diisi oleh penaung MPSM sendiri, Puan Mastura Hj Muhammad. Beliau adalah AJK Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan negeri Selangor dan beliau juga adalah Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.


Sepanjang slot beliau, Puan Mastura banyak memberi input yang selama ini ‘disorok’ oleh sesetengah pihak. Contohnya seperti pencapaian dan prestasi kerajaan negeri Selangor, sedikit perkongsian tentang kadar jenayah, serta beberapa isu pendidikan seperti biasiswa dan aktiviti kemahasiswaan.


Menurut beliau, MPSM ditubuhkan adalah untuk menjadikan satu platform kepada mahasiswa anak negeri dan pelajar IPT di Selangor untuk membantu dari segi akademik dan pembentukan akhlak. Dua inilah yang menjadi teras kepada program-program MPSM berikutnya. Alhamdulillah, sekalipun program ini bercampur antara pelajar muslim dan bukan muslim, tapi penerapan input yang bersifat islamik amat berkesan insyaAllah.



Keseluruhannya, konvensyen ini bersifat mahu membentuk diri mahasiswa supaya lebih focus kepada pelajaran dan menggalakkan untuk terjun ke dalam kehidupan rakyat. Biarpun pelajaran menjadi core bisnes seorang mahasiswa, tetapi jangan dilupa rakyat biasa; perlu juga merasai kehidupan mereka, bantu mereka, beri sumbangan dan yang paling penting, jadikan diri kita ini sebagai ejen perubah dalam membentuk sebuah negeri baldatun thayyibatun wa rabbun ghafuur.


Ada beberapa maklumat yang saya mahu kongsikan berkaitan dengan kadar jenayah di negeri Selangor. Dari Ketua Polis Selangor diriwayatkan oleh Puan Mastura lalu beliau berkata, “dulu, semasa tahun 2009, purata orang yang bunuh diri adalah 7 orang sehari. Tetapi pada tahun 2010, purata ini meningkat kepada 19 orang sehari!” tambah beliau lagi, “anak sumbang mahram sekarang ni mencecah 300,000 setahun terhasil. Ini baru anak sumbang mahram, belum anak luar nikah. Kalau anak luar nikah pula, purata kelahirannya adalah setiap 17 minit seorang anak luar nikah lahir”. Wow!


Beliau amat menegaskan bahawa, sekalipun negeri Selangor maju dengan mall yang bersepah-sepah, bangunan yang gah-gah; tetapi didapati jiwa dan ruh rakyatnya tetap kosong. Di sinilah dapat dilihat peranan pemuda dan mahasiswa sebagai ejen perubah untuk menjadikan Selangor sebuah negeri yang thayyibatun wa rabbun ghafuur. Jadi, pemuda-pemuda ini harus dibentuk terlebih dahulu dengan diisi dengan perkara-perkara yang membawa peningkatan iman, taqwa, amalan dan ilmu yang holistic. Justeru, Puan Mastura menggesa kepada mahasiswa-mahasiswa Selangor untuk menyertai program S.P.I.E.S, anjuran MPSM. S.P.I.E.S bermaksud Spiritual, Physical, Intelectual, Emotional, dan Sosial.


Slot seterusnya diisi oleh seorang pensyarah dari fakulti kesenian UM, Profesor Madya Dr. Abu Hassan. Kemudian, disambung pula dengan slot yang diisi dengan Profesor Dr. Muhaya Muhammad. Penyampaian yang diberikan sangat best dan menarik. Input-input yang diberikan sangat berguna sekalipun saya tak pernah tengok rancangan belaiu “Dari Mata ke Hati”.


Dan kemudian, acara kemuncaknya adalah makan malam bersama menteri besar. Part ini lah yang best. Sebab apa? Sebenarnya begini. Satu meja diperuntukkan untuk 10 orang. Namun saya bersama rakan-rakan di USIM (lelaki) Cuma 4 orang saja, dan kebetulan tiada siapa yang mahu duduk makan semeja dengan kami (dengan nada kecewa dan kecil hati). Dan Alhamdulillah, kami berempat Berjaya menghabiskan kesemua lauk, kecuali nasi. Alhamdulillah.


Berkenaan dengan dialog pula, saya rasa tidak banyak isu kemahasiswaan yang timbul ataupun isu-isu dalaman negeri. Perkara yang banyak dibincangkan adalah berkaitan dengan penyaluran bantuan ke KUIS dan UNISEL, memandangkan kedua-dua IPT ini memang di bawah kerajaan negeri.


Sebenarnya ada lagi yang mahu dikongsikan, tapi tak apalah, sudah malas menaip panjang-panjang.


Wassalam.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

1 comment:

Anonymous said...

haha
betul