23 May 2011

Asingkan!

Assalamualaikum wa rahmatullah.


Semalam. Saya ada sembang dengan seorang bekas rakan sekelas. Dia baru balik dari latihan PALAPES selama 9 hari, kalau tak silap. Dia ada cerita serba sedikit tentang pengalamannya sepanjang latihan; naik bukit turun bukit, redah hutan, terjun tasik, sesat, dan macam-macam lagi.


Dan itu bukan isu yang saya nak tekankan.


Pertamanya, saya nak ajukan satu soalan kepada rakan-rakan yang sedang baca post ini.


Apa pendapat kalian apabila wanita turut serta dalam latihan PALAPES ini? (Tak tahu apa itu PALAPES? Klik sini!) Dengan program-program yang diserapkannya yang memang latihan yang diberikan kepada seorang askar (tapi lembut sikit rasanya, sebab student kot), masuk hutan naik puncak turun gaung terjun sungai, patutkah kalian rasa seorang wanita menyertai program-program macam itu? Adakah sudah tiada program ko-kurikulum lain yang ada kat dunia ini?



Ada segelintir wanita berhujah bahawa, “ini adalah kebebasan kami! Kami tidak mahu didiskriminasikan berdasarkan gender! Kenapa kami tak boleh nak join program dan ko-ku macam ini? Kami juga mahu cari pengalaman! Kami juga mahu ada skill dan kemahiran ketenteraan! Kami nak berjuang di jalan Allah! Kalau ada jihad, kami juga nak angkat senjata!”


Apa kalian nak jaawab?


Ok, kalian boleh jawab kat ruangan comment kat bawah, kalau kalian nak lah.


Ini jawapan saya.


Wanita (nak gelar perempuan, bunyi macam kasar sikit) sebenarnya boleh join, TAPI, asingkan antara lelaki dan wanita. Syara’ kena jaga pertama sekali. Percampuran antara lelaki dan perempuan boleh menyumbang dan membuka ruang kepada pintu-pintu nafsu. Sekalipun berada di bawah pengawasan jurulatih, tapi dengan keadaan fizikal wanita yang berpakaian tentera lalu menampakkan bentuk tubuh dan lurah-lurahnya; ia tetap menjadi dosa kepada golongan lelaki yang melihatnya. Kalau sekali terpandang itu tak apalah lagi, tapi kalau dah redah hutan sama-sama dan sebelah menyebelah serta main tarik-tarik pula; apa tak dipanggil maksiatkah itu?


Seharusnya, jika pihak pentadbiran university mahu menyediakan ko-kurikulum yang bersifat ketenteraan; sila asingkan antara lelaki dan perempuan. Itu lebih baik. Takkan lah sebab ini pun nak berkira sangat dengan income statement. Nama pun university Islam, tunjukkan nilai Islam anda. Perkara yang jelas tak boleh, tetap tak boleh, jangan buat.



Bila sentuh bab hak, ya, silakan wahai wanita untuk serta ko-ku seperti itu. Memang tiada salah. Tapi pastikanlah ko-ku itu khas untuk golongan wanita sahaja. Tak molek lah kalau campur aktiviti-aktiviti keras dengan golongan lelaki. Bukan nak tutup kelemahan-kelemahan lelaki, bahkan mahu menjaga nilai diri seorang wanita itu sendiri. Serius saya katakan, diri wanita terlalu terdedah kepada banyak marabahaya.


Lagi satu.


Wanita ini kaum yang lemah, maksud saya dari segi kudrat dan tenaganya. Masuk hutan apa semua tu sambil angkut barang-barang yang bertimbun kat belakang ditambah dengan pegang senapang yang berat dan ditambah lagi dengan daki gunuung yang curam, rasa-rasanya golongan lelaki lah yang kena penat lebih. Jadi tukang bawak pulak. Silap-silap jadi jambatan pulak untuk golongan wanita ini nak menyeberang sungai. Betul, orang lelaki ini cepat kasihan pada golongan wanita, memang fitrahnya macam tu. Cepat rasa sayang, cepat rasa kesian; pantang wanita menghadapi kesusahan, pasti tangan dihulur.


Ah, apa-apalah. Tapi, put Syara' first!


Wallahu ‘aalaam.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

1 comment:

Sang Penulis said...

urusan dunia mna pandang agama bro. USIM campur, UIA pun campur. elokla tu.. dengn otak2 geliga thp plastik bag memg seswai untuk campur antara laki2 n pmpuan. yela, nk mewujudkan kerjasama antara jantina nti seng nk buat keje. melatih mereka untuk memperthnkn negara sambil2 melontar mereka ke dlm prit y arusnya menuju kpd kemurkaan Allah.. cantekla tu. duit cukai y aku byr sume g kat situ kan, aku byr cukai tanah, cukai pintu(p/s-wpun muda, sy ade aset sy senddiri),cukai2 tu cukai ni. sume untuk tu la.. xpe, dah manusia sengal y jadi bos.. kene tunggu mase jela diorg turun n y manusia xsengal pegang negara!!! mampus tentera dajal untuk agama!!!