28 October 2010

Krisis!?

gambar hiasan diambil dari toastmaster.org


Assalamualaikum buat rakan-rakan yang dihormati sekalian. Apa khabar? Sihat? MB harap agar rakan-rakan semua sihat-sihat belaka, sama ada dari aspek fizikal mahupun mental. Lebih-lebih lagi kepada rakan-rakan yang sedang dan akan menduduki peperiksaan akhir semester. MB doakan semoga rakan-rakan dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan semoga akan dapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.


Alhamdulillah, hari ni MB nak kongsi pandangan MB pasal satu perkara yang perlu dimiliki atau perlu ada dalam diri seseorang apabila ia terlibat dengan sebuah organisasi. Apakah dia tu? Perkara yang MB maksudkan itu adalah; bagaimana mahu mengurus perbezaan pendapat, ataupun dengan istilah yang lebih tepat lagi; pengurusan konflik dalam organisasi.


Sepanjang semester pertama MB di USIM, MB hanya terlibat dengan sebuah organisasi sahaja, tak banyak. MB menyertai kelab Khat, di mana penyertaan kepada kelab ini juga diambil kira jam pertemuannya. Maklumlah, subjek wajib university, semua mahasiswa dari IPTA memang wajib ambil.


Antara projek-projek yang telah dijalankan adalah menyediakan kain rentang dan menyelenggara booth kelab semasa Pesta Ko-kurikulum baru-baru ini. Menarik dan memang hebat Pesta Ko-kurikulum saban hari lepas. Rugi tak tengok, lebih-lebih lagi booth Kelab Khat; ada khidmat menulis nama dengan percuma dengan pelbagai bentuk dan jenis. Mintak je jenis khat apa nak, mintak je nak buat bentuk apa; permintaan pelanggan kami tunaikan.


Kembali kepada tajuk asal. Mengurus perbezaan pendapat.


Bagi MB, bila saja seseorang mengemukakan pendapat atau cadangan atau idea, tidak kiralah sama ada berada di dalam organisasi ataupun tidak; seseorang itu harus ada sikap berfikiran terbuka atau dalam bahasa penjajahnya “open minded”. Bila ada orang lain atau ahli organisasi nak mengutarakan pandangan, beri dia masa untuk kemukakan ideanya beserta hujah-hujahnya; hormati hak bersuaranya yang sedia termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan; jangan potong dan jangan mencelah ketika dia tengah bercakap. Hormat.


Selain itu, kita sebagai anggota organisasi khususnya merangkap sebagai ketua, pengarah program, yang di pertua, presiden; jangan fikir idea yang dikeluarkan itu adalah idea yang terbaik, harus diikuti oleh ahli, yang paling bernas dengan menolak semua cadangan-cadangan yang dikeluarkan oleh anggota. Seperti yang MB nyatakan sebelum ni, buka fikiran. Dengar apa yang mereka nak kata. Kalau releven, bincangkan. Fikir baik buruk setiap tindakan. Fikirkan risiko. Fikirkan untung. Dan yang penting sekali, fikirkan sama ada ia membantu mencapai metlamat organisasi atau tidak. Kemudian, barulah susun gerak kerja.


Jangan ego, jangan keras kepala.


Masih ada satu lagi perkara yang MB nak isukan. Perkara ni penting bagi MB dalam mengawal dan mengurangkan ketegangan organisasi apabila ada di antara anggota yang berbeza pendapat. Apa itu? Senyum, dan percaya kepada keputusan organisasi. insyaAllah selesai masalah.


Hidup kita memang tak boleh lari dari konflik pandangan dan pendapat. Tapi kendalikanlah ketegangan yang wujud dengan cara professional, matang, dan dengan penuh etika. Janganlah jadi macam sesetengah Ahli Perwakilan di Parlimen yang kadang-kadang bila tengok, MB ketawa terbahak-bahak. Macam MB gaduh dengan member MB dulu masa kecik-kecik. Biarkan, ada MB peduli?



Ada satu kisah.


Kisah pasal ada seorang makhluk Allah yang setiap kali pergi solat Jumaat; dia akan tidur waktu khutbah. Jadi, makhluk Allah yang sorang ni pun pening apa yang menjadi punca mengapa setiap kali dengar khutbah; dia tidur. Azamnya yang kuat, cita-citanya yang tinggi untuk mengambil pengajaran dan peringatan dari khutbah Jumaat dan tidak mahu tidur lagi sewaktu mendengarnya; teleh mendorong makhluk Allah ni untuk menjemput tiga makhluk Allah yang lain; lain kepakaran, lain pemikiran, dan lain pula pandangannya; untuk memberi jawapan, penyelesaian kepada masalah ini.


Makhluk Allah yang pertama: Jurutera civil/ jurutera yang tukang buat bangunan.
Makhluk Allah yang kedua: Doktor respiratori/ kardiovaskular.
Makhluk Allah yang ketiga: Alim Ulama’ yang besar serbannya, hitam dahinya.


Maka berlakulah sesi-sesi yang agak-agak tak berapa nak panas.


Makhluk Allah: Wahai cerdik pandai umat, tolonglah aku selesaikan masalah aku ini. Aku dah tak tahan dah. Hati, ruh dan jiwa aku dah nak mati dah ni. Ini semua disebabkan aku tidur masa khatib sedang menyampaikan khutbah. Aku dahagakan makanan ruh…tolonglah aku wahai cendiakwan umat. Apakah punca kepada masalah yang aku hadapi ini?


Jurutera civil: baiklah, biar saya yang mulakan. Ehem ehem. Sebenarnya macam ni. Struktur, dan binaan masjid ini sendiri yang tak bagus. Tengok! Sana tak ada lubang untuk keluar masuk udara! Sana lagi! Tu, sana tu! Haa, sana, ada lagi! Ruang untuk udara keluar masuk tak cukup! Jadi udara kat dalam masjid ni terpekuk! Tak mengalir! Tu sebab awak asyik tidur je masa khutbah!


Makhluk Allah: oh, yeke?


Doktor: eh, memandai je jurutera tu buat kepala sendiri. Bajet bagus. Bukan, sebenarnya macam ni. Awak dengar khutbah, kan duduk. Jadi, darah tak mengalir sempurna kat dalam awak. Kan darah sebagai pengangkut oksigen ke setiap sel dalam badan kita? Oleh kerana awak asyik duduk je, tak gerak-gerak, jadi darah pun jalan perlahan. Kalau dah darah jalan perlahan, oksigen pun lambat lah sampai kat kepala kamu yang kurang oksigen tu. Tu sebab awak asyik tidur time khutbah. Ada paham?


Makhluk Allah: paham-paham, tapi……………………


Alim ‘ulamak: astaghfirullah…masyaAllah…la haula wa la quwwata illa billah…hazihi bid’ah, antum bid’ah, antum dholal! Jangan kamu dengar itu semua wahai makhluk Allah. Sebenarnya begini wahai makhluk Allah yang hamba kasihi. Sebenarnya, syaitan telah mengacau kamu sewaktu kamu sedang berusaha untuk mendengar khutbah yang disampaikan. Jadi, kamu mohonlah kepada Allah untuk berlindung dari syaitan ar-rajim. Berdoalah kepadaNya supaya diberi kekuatan. Amin.


Makhluk Allah: apakah ini? Apakah ini? Apakah ini? (dengan muka yang MASYAALLAH! blur!)


Tamatlah al-kisah.


Jadi, apa pandangan rakan-rakan pasal cerita tadi. Semua alasan yang diberikan adalah benar-benar belaka melainkan tiada yang benar-benar. Di sini, kita dapat lihat bahawa; sekalipun ada satu isu, di situ terdapat banyak perbezaan pendapat dan pandangan. Masing-masing adalah terdiri dari anggota masyarakat yang membangunkan Negara. Betulkan? Tapi oleh kerana berbeza latar pendidikan, pandangan, pemikiran, world view, dan kepala otak; maka terhasillah pelbagai mazhab.


Kenapa MB nak tulis bab ni? Tiba-tiba je…adakah ada kaitan dengan kelab yang MB serta itu…? Krisis? Mungkin ya; mungkin juga tidak. No komen.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

4 comments:

Anonymous said...

wah, dulu masa teen, tapi sekrang teen lagi, i mean masa sekolah menengah dan apatah lagi rendah, memang selalu tidur dan bertakafur semasa khutbah.

kenapa?

tak tahu.

tapi maybe sebab tenang, memang totally superb tenang la masjid even dah LAMA.

tapi penyelesaiannya adalah, banyak sepatutnya, kena tengok diri sendiri dan pengkhutbah. adakah penat sangat ke hari nih dann juga harap pengkuhtbah yang pelbagai. macam kat utm nih, khatib pelbagai, tak la jemu

Anonymous said...

Sorry for my bad english. Thank you so much for your good post. Your post helped me in my college assignment, If you can provide me more details please email me.

Musafir Bulat said...

amar; mungkin salah satu sebab yg saya x masukkan mengapa sesetengah org suka tidur di masjid ialah, sebab malaikat menaungi para jemaah dgn sayapnya, lalu turunlah ketenangan di hati hati mereka. dengan sebab tenang itulah mereka mampu rasa nikmat tidur yang terbaik tidak setanding di rumah atau hostel. hahaha! wah, UTM hebat!

mr/mrs anon; do you think so? haha! insyaAllah i'll share you what i have. but how can i contact u?

Sang Penulis said...

and the rights of certain people will be maintained in their rightful places-george pamelo