09 October 2010

Hidup Di Luar Peraturan

classmates; lousy bump geek


Asssalamualaikum rakan-rakan! Apa khabar? Semoga rakan-rakan semua sihat-shat selalu. Pertamanya, MB nak ucapkan tahniah untuk diri MB sendiri; sebabnya ini adalah post MB yang ke-50. Tahniah! Tahniah jugak untuk diri MB sekali lagi yang masih setia untuk mengepost walaupun tak sekerap rakan-rakan blogger yang lain. Dan ucapan terima kasih MB tujukan kepada rakan-rakan maya yang kadang-kadang jenguk di teratak ini sekalipun isinya ntah apa-apa.


Baiklah.


Di sini, MB nak mengisukan satu perkara yang bagi MB amat penting dalam setiap orang, terutamanya bagi student. Isu ni pasal hidup di luar peraturan. Apa yang MB cuba maksudkan adalah, bukannya seseorang itu berada di atas undang-undang, above the law, immune, ataupun tidak terkesan dengan undang-undang; tapi apa yang MB cuba sampaikan adalah seseorang itu hidup tanpa ada peraturan yang mengikat secara jelas di seluruh perbuatannya.


Dahulu kita di sekolah rendah, kita ada peraturan yang sangat jelas. Contohnya seperti jadual kebersihan kelas kene ikut, gaya rambut macam mana, masuk sekolah pukul 7.30, rehat pukul 10.30, balik pukul 1. Tu semua adalah sebahagian peraturan yang telah diasimilasi menjadi jadual harian kita waktu tu.


Tidak kurang juga semasa kita di sekolah menengah, terutamanya bagi mereka yang duduk di asrama. Ada peraturan keluar masuk. Tak boleh fly. Asrama kene bersih, ikut jadual bertugas. Bangun pagi pukul 5.30. Solat. Basuh baju lagi. Buat kerje sekolah waktu prep. Tutup lampu malam pukul 11. Semuanya peraturan. Kita hidup dalam peraturan. Itu dahulu, masa zaman sekolah.


Tapi sekarang, kita hidup sebagai dan dengan gelaran pelajar university. Individu yang dah hidup dengan zaman sekolah-sekolah tadi. Apa yang menjadikannya satu isu di sini adalah; sejauh mana penghayatan kepada peraturan yang telah dirutinkan sebelum ini selama hampir 10 tahun, diimplimentasi ke dalam kehidupan pelajar univesiti sekarang.


Student university ni, hidupnya sedikit bebas dari dahulu. Tak terikat sangat dengan peraturan. Tapi, kondisi inilah yang memberi cabaran besar kepada mereka. Situasi ini akan memberi kepada pelajar peluang untuk membina peribadi yang baik. Sama ada mereka mengurus kehidupan dengan baik dan efisen atau sebaliknya yang menjadikan hidup pelajar tunggang langgang dan serabut alam.


Dalam keadaan ini, pelajar harus kuat dengan budaya hedonism yang datang menggugah. Bercouple sampai tak ingat halal haram sampai tak ingat bumi langit; online dari pagi sampai ke tengah malam; main game sampai tak teringat nak makan kencing berak; bilik bersepah macam sarang tikus mondok; lepak-lepak jalan-jalan sampai lupa jalan balik rumah; solat lima waktunya ntah hilang ke mana; sampai al-Quran pun dah jadi tempat sawang; esaimen tutorial dah tak tahu hilang ke mana; apa cer?


Sebagai pelajar university, mereka sepatutnya sudah boleh mengadaptasi pengalaman di sekolah dan asrama dahulu ke dalam kehidupan di university. Harus tahu tanggungjawab. Harus tahu peranan. Harus sentiasa peka dengan persekitaran. Patut tahu membahagi masa. Patut tahu mengutamakan perkara yang ada. Mungkin bagi mereka, dunia university ini baru. Tak pernah jumpa. Tak pernah mereka hidup sebebas ini seperti dahulu. Jauh dari pandangan dan bebelan emak dan ayah. Tak ada sape yang nak marah. Kan? Lalu kesempatan yang Cuma sekali seumur hidup ini dinikmati dengan macam-macam cara.


Contohnya macam soal kebersihan rumah. Bila lantai dah berhabuk; tong sampah dah muntah-muntah; jamban dan berkilau keemasan; tak perlulah untuk pelajar university bertindak dengan penguatkuasaan peraturan. Tak payah lah sampai staf pejabat asrama dan JAKSA tegur. Sendiri inisiatif maaa. Gerak sendiri. Tak perlu ada orang lain suruh. Dah tanggungjawab ahli rumah; nampak kotor je, bersihkan.


Akhir sekali sebagai meutup isu ini; MB menegaskan bahawa kalau kita telah keluar dari satu suasana, adalah tanggungjawab kita untuk mencipta suasana kita sendiri. Suasana yang baik, suasana yang seimbang; tidak terlalu jumud dan tidak terlalu bebas. Sikap ini akan membantu kita untuk membentuk jati diri yang kuat, teguh untuk mengharung masalah yang akan datang.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

1 comment:

Anonymous said...

still now, i cant manage mine even i stayed at hostel for 6 years
hahahha
itu lah manusia
sentiasa lupa