Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan semua. Gaya bagi salam tu macam ada orang baca plak blog ni. Tapi tak apa, tak salah kalau MB syok sendiri kat sini; dah MB punya page, suka hati lah, kan? Oh, okay. Semoga rakan-rakan semua sihat-sihat selalu insyaAllah.
Hari ni ada satu perkara yang MB nak kongsi. Pasal duit. Ya, duit. Sekalipun ada orang kata duit ni bukanlah segala-galanya, tapi duit ni penting. Semua makhluk Allah yang bergelar manusia tak nafikan akan perkara ini. Pergi buang air pun guna duit, nak keluar rumah pun guna duit, duduk diam-diam kat rumah pun kena guna duit jugak. Ini bermakna, setiap pergerakan dan keperluan kita akan menyebabkan kita akan mengeluarkan sejumlah duit. Sikit atau banyak, itu lain cerita.

Setitik peluh petani sama dengan sebutir nasik.
Teringat kat iklan tu.
Cuba fikirkan. Ada dua makhluk Allah ni, dan semestinyalah manusia. Seorang dengan pemikiran; bahawa nak duit banyak perlu kepada kerja keras. Dan seorang lagi berpegang teguh pada; bahawa nak duit banyak perlu kepada strategi yang bijak. Mana satu yang betul? Ataukah kedua-duanya sekali betul? Ataukah dua-duanya tu bid’ah dholalah?
Imaginasikan. Katakanlah makhluk Allah yang pertama itu adalah seorang petani. Setiap hari dia tanam sayur, kemudian baja, kemudian bagi racun rumpai, kawal serangga, tuai hasil, dan jual. Hasil dari jualan, dibuatnya modal pusingan dan perbelanjaan seharian, dan kalau ada lebih; simpan.
Dan katakanlah makhluk Allah yang kedua itu pulak adalah seorang pengemis yang kerjanya tiap-tiap hari mengemis kat depan pintu bank dan masjid. Sehari dapat paling koman 100 ringgit hasil kumpulan sedekahan dan dermaan. Tolak makan sehari 10 ringgit. Tinggal 90 ringgit lagi. Dan kalau dah tiap-tiap hari dia buat macam tu, agaknya sebulan berapa dia dapat? Dan pengemis ni simpan dalam satu tempoh tertentu, dan kemudian dia buka akaun pelaburan di bank. Wah, agak kurang asam sedikit di situ. Ini akan menyebabkan, asset cairnya dan duitnya ibarat hidup; sentiasa bertambah dari hari kehari tanpa kerja.
Apa pandangan rakan-rakan?
Bagi MB, MB akan guna kedua-dua cara tersebut. Kerja keras dan kembangkan hasil. Ini bermakna; kita mengintegrasikan kekuatan fizikal yang Allah bagi, dengan kudrat berfikir secara kritis dan kreatif juga Allah yang bagi. Hasilnya terbaik, insyaAllah.
Rilek, jangan serabutkan otak bila cerita pasal duit. Mari kita mengduitkan otak, mengduitkan mata! Kcing kcing kcing!
Gurau je.
Kembali kepada topic.
Di kesempatan yang penuh barakah ini dan pada hari yang juga penuh barakah ini; MB sukacita nak tekankan pasal point MB yang kedua. Mengembangkan asset atau wang. Kalau ikut kepala MB, memang dah tak ada cara lain lagi yang lebih baik melainkan melibatkan diri dalam dunia pelaburan. Atau dalam bahasa inggerisnya, investment.
Investment itu adalah pelaburan dalam bahasa Melayunya. Melabur ni, bagi sesetengah orang, takut sangat untuk terlibat. Terlalu segan-segan kucing nak bagi duitnya berkembang. Tapi MLM, binary, dan lain-lain kejadah haram nak pulak join; ya tak?
Buka fikiran kita.
Menurut abah MB yang juga boleh digelar sebagai pelabur atau dalam bahasa inggerisnya investor; menyatakan bahawa, ada banyak jenis pelaburan kat atas dunia ni. Tapi kita sebagai manusia yang mengaku Allah itu rabb dan sembahan, wajib atas kita untuk pilih jenis pelaburan yang patuh syariah. Ada jual beli stock, ada forex, ada unit trust, ada yang jenis commodity. Macam-macam lagilah. Pelaburan ni kalau rakan-rakan nak tahu lebih, silalah pergi jenguk laman web Ustaz Zaharuddin. Ada banyak info bagus kat sana. Memang terbaik.
Oleh kerana MB ni bukan calang-calang orang untuk menghuraikan apa itu pelaburan, bagaimana ia bertransaksi, bagaimana jenis pelaburan itu menjana untung, ‘illah kepada keharusan syara’ dan lain-lain lagi; MB akan sediakan pautan-pautan yang boleh rakan-rakan guna untuk rujukan.
1. http://www.publicmutual.com.my/page.aspx?name=utp_pequityshariah (download prospectus dia)
6. ada banyak lagi sebenarnya bank-bank di Malaysia ni yang menawarkan produk dan servis Islamic Investment. Cari sendiri ya..
Dah tengok pautan-pautan tu?
Hah lagi satu tip. Kalau rakan-rakan dah ada dinar emas, jangan simpan kat bank. Simpan diri sendiri. Nak simpan bawah bantal ke, nak simpan bawah karpet ke, nak simpan atas tingkap ke; terpulang. Asalkan kita sendiri yang simpan. Emas kalau simpan kat bank tak selamat.
Kenapa? Fikirkanlah sendiri.
Jadi, kesimpulannya di sini;
- kerja keras
- dapat duit; simpan dan laburkan
- dah dapat untung; tukar kepada dinar emas
insyaAllah, akan datang akan MB terangkan sikit-sikit pasal dinar emas dan kewangan Islam nih.
Tunggu!
Dah banyak sangat mengarut ni. Jumpa lagi nanti!