12 March 2010

corat coret dari alam persahabatan saya..

Assalamualaikum wa rahmatullah.

Al-hamdu Lillah, wa asy-syukru Lillah.

Semoga rakan-rakan berada dalam keadaan sihat sejahtera, dan mudah-mudahan rakan-rakan semua masih lagi setia melaksanakan suruhan Allah. Wa ba`ad.


Hidup saya nampaknya Allah beri lagi hari ini. Saya berterima kasih kepada Allah, tapi masih lagi diri ini tidak putus-putus melangkaui batasanNya. “Hamba jenis apa aku ini?”.

Persahabatan yang paling agung yang saya tahu setakat ini, adalah persahabatan antara Raulullah s.a.w dengan Sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq. Percaya antara satu sama lain, tsiqah, susah dan senang sama-sama, hatta hidup dan matinya pun sama-sama. Lihat saja bagaimana kisah mereka berdua dalam peristiwa Isra’ dan Mii’raj. Renungkan pula bagaimana mereka berdua dalam peristiwa Hijrah. Telusurilah juga kisah peperangan yang mereka hadir bersama. Sekalipun Raulullah telah wafat, Sayyidina Abu Bakar tidak berpaling tadah dan arah. Setia dengan pegangan dan ajaran sahabatnya.

Bagi saya, mereka adalah contoh ulung dalam sejarah manusia. Ini bukan cerita dongeng. Ini bukan serita rakyat. Ini bukan juga kisah penglipur lara. Kisah ini adalah haq, dan kewujudan mereka berdua adalah haq. Jangan ragui.

Persahabatan yang hakiki, lahir dari hati-hati yang ikhlas mengharap kebaikan di dunia dan akhirat, macam Rasulullah dan sahabat-sahabatnya. Saling lengkap melengkapi, nasihat menasihati, tegur menegur, saling faham memahami, bertolak ansur dan bersangka baik. Inilah tuntutan seorang sahabat terhadap seorang sahabat yang lain. Nampak senang, tapi sukar sebenarnya mahu dibumikan. Contoh terdekat adalah diri saya sendiri. Susah nak bersangka baik dengan teman dan kenalan. Tak tahulah kenapa, dan saya tahu sikap ini harus diubah dan kena tempat.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dua kisah.

Ada satu kisah yang berlaku dalam hidup saya ketika berada di kolej. Saya tak tahu pun yang dia ni terasa. Seminggu lepas itu baru saya tahu yang dia kecil hati pada saya. Mulanya macam ni. Saya dengan seorang sahabat ini ditugaskan untuk buat esaimen sama-sama, esaimen SKI. Esaimen ni tajuk dia kes-kes yang boleh dibicarakan. Saya tanya dia, dah siap ke belum? Saya ada bahan sikit ni. Sahabat saya cakap, beres, dah siap la maknanya tu. Sebab saya percaya kat dia. Saya pun tanya apa point yang dia isi. Dia cakap apa entah, saya pun tak ingat. Jadi sampai satu masa itu, tibalah waktu present. Tapi sebelum itu, dia suruh saya buat lakaran pembentangan. Jadi saya cakap kat dia, nak mintak point yang dia tulis kat esaimen tu, nak tulis kat kertas mahjong. Dia cakap, tak payah lah, awak buat kes-kes Islam yang boleh dibicara. Ok, saya pun buat. Dan dia pun buat jugak. Dan saya tak tahu menahu apa yang dia buat. Saya buat apa yang dia suruh. Sampai turn saya dan sahabat saya ni present, kami pun bentang lah. Mula-mula saya yang bentang dulu. Saya tengok muka lecturer, dah berkerut dahi dah. Lepas tu sampai turn dia. Dia pun bentang, dan makin berkerut seribu muka muka lecturer tu. Sekarang, sampai masa lecturer tu ulas, dan segala-galanya memecahkan tembelang group esaimen kami. Sahabat saya itu copy bulat-bulat entah dari mana dan saya tak buat kerja. Hahaha. Sejak hari itu, sahabat saya ni mula tak tegur saya. Bila berselisih di jalan, dia buat dokno. Saya pun pelik dan hairan, kenapa dia macam tu. Saya fikir dan fikir, saya rasa saya tahu apa jawapan dia. Saya tak cover dia waktu kene paku dengan lecturer tu. Dah lah dia buat sorang-sorang, lepas tu letak nama saya free-free, lepas tu kena maki kaw kaw lagi, ditambah dengan saya tak backup dia, dahlah dia yang adjust kelas kat dk4 (sebab kaki saya patah, bersemen dan bertongkat, tak boleh naik tangga), macam ni pulak saya balas. Baru saya sedar, dan saya pun diam dengan dia sebab saya tahu saya salah. Lama-lama, dia tegur saya balik. Saya tahu saya dah sakitkan hati dia. Tapi agaknya, dia dah lupakan kot. Dan sekarang, kami baik macam semula. Saya selalu ziarah bilik dia, dan hasilnya saya jadi tempat dia melepaskan maki dan geram dia kat orang lain. Tak apa, saya seronok dan saya tadah ajalah telinga saya. Dan sampai sekarang, dia selalu ambil tahu perkembangan saya, nasihatkan saya, belanja cikedis. Saya harap, persahabatan saya dengan dia, ikhlas semata-mata kerana Allah, mengharapkan kebaikan di dunia dan akhirat. Kalau dia baca post ni, saya nak dia tahu bahawa saya tak menyesal berkawan, berkenalan, dan bersahabat dengan dia. Dan saya nak dia tahu, saya tak mampu nak balas segala jasa dia kat saya dan saya berterima kasih sangat-sangat. Mudah-mudahan Allah murahkan rezki sahabat saya ini di dunia dan akhirat nanti.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Ada satu lagi kisah dari saya, tapi bukan sahabat saya yang tadi. Yang ini datangnya dari sebelah daerah saja. Dia ni memang seorang yang baik, ramai kawan dan ramai kenalan. Memang satu kebolehan dia, dia pandai masuk dan layan semua orang, saya tak nafikan. Kami berbaik-baik sebelum saya eksiden lagi. Entah macam mana saya kenal dia, saya pun tak tahu. Masa Allah izin kaki saya patah dan terlantar dirumah lebih kurang 6 bulan, dia selalu mesej bertanya khabar dan nasihat yang tidak putus-putus. Rasa tenteram sikit hati dengan dugaan berat yang Allah bagi ini. Ketika kaki saya masih lagi bersemen, saya ambil keputusan untuk pergi ke kolej menyambungkan pembelajaran saya lagi. Saya masuk lewat dua minggu. Dan ketika saya berada di kolej sepanjang saya bersemen kaki, dialah yang selalu belikan makanan saya. Sarapan, tengah hari, makan malam hatta makan untuk sahur dan berbuka pun dia belikan. Sampai satu masa, saya ambil keputusan untuk jauhkan diri saya dari dia. Sebab apa? Sebab bagi saya kalau saya rapat dengan dia lagi, dia asyik akan tolong saya saja. Bodoh tak saya masa itu? Bodoh kan. Selama tiga semester kami tidak bertegur sapa. Sampai habis pengajian di kolej, baru kami berbaik kembali. Akibat dari sikap bodoh saya tersebut, dia cakap dia sedih sangat sebab saya tinggalkan dia. Saya bersalah sangat dan sayalah penyebab kepada salah satu tugasan penting dia tidak dapat disiapkan pada waktu yang ditetapkan. Selepas dari itu, kami berbaik semula dan dia selalu bertanya kepada saya, adakah dia ni layak jadi sahabat buat diri saya. Saya kata ya, sebab ketika saya susah, dia selalu tolong saya, nasihatkan saya. Setiap kali berjumpa, dia selalu tanya soalan itu dan saya jawab sebagaimana saya patut jawab. Akhirnya satu malam, dia tanya saya soalan yang sama melalui mesej. Padahal saya dah ingatkan kat dia jangan tanya soalan macam tu lagi sebab saya dah jawab sebelum ini dan saya penat nak ulang balik. Akhirnya, saya jawab dalam keadaan berang sangat. Nak bersahabat dengan saya silakan, dan kalau taknak bersahabat dengan saya sila tinggalkan saya. Dan ada lagi mesej yang saya balas yang ayatnya memang bagi saya sendiri kalau dapat sakit hati jugak. Dan sampai sekarang dia diam dengan saya. Saya ni tak sabar macam dia. Bila saya teringat yang dia selalu belikan makanan untuk saya tiap-tiap hari, saya rasa bersalah sebab tak sabar nak jawab soalan dia. Kalau dia marah pada saya, saya redha sebab saya tahu saya salah; tak sabar. Kalau dia baca post saya ini, saya harap dia dalam keadaan sihat selalu. Saya memang terhutang budi dengan dia banyak sangat dan saya tak mampu membalas segala jasanya dan saya selalu buat dia tersinggung. Saya berdoa semoga Allah bagi yang terbaik dalam hidup dia, semoga Allah anugerahkan dia kecemerlangan di dunia dan akhirat, semoga Allah pelihara hati dan jiwanya, semoga Allah limpahkan rahmat dan kasih sayangNya, dan semoga Allah balas dengan kebaikan atas jasa dia.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Itulah sedikit cerita dari saya perihal persahabatan dalam hidup saya. Agak teruk bukan. Kepada yang membaca, ambil lah iktibar dari kisah saya. Saya nak ungkapkan kata-kata yang dari Sayyidina Umar, tak pun dari Sayyidina Ali. Dia kata, “kalau anda dah berjumpa dengan sahabat yang baik, jangan lepaskan. Kalau anda lepaskan, kamu adalah orang yang rugi”. Begitu lah saya rasa, saya pun lupa-lupa ingat. Kalau salah betulkan ya.

Tambah sikit lagi. Dua atau tiga hari lepas, saya berbalas mesej dengan seorang teman saya. Saya faham apa yang cuba dia sampaikan. Kalau dia berdengki dengan saya, semoga Allah bajai kedengkiannya itu; kalau dia berdendam dengan saya, semoga Allah suburkan dendamnya terhadap saya; kalau dia benci kan saya, semoga Allah semarakkan kebenciannya pada saya.

Akhir kalam, saya sayang semua sahabat saya, saya rindu mereka.

Wa Allahu `aalaam. Wassalam.
Sudi-sudilah 'Like' post ni..

No comments: