07 March 2010

aku dan separuh hari ini...

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya sampaikan.

Mudah-mudahan rakan-rakan semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana kita masih lagi diberi peluang untuk meneruskan hidup, boleh bekerja, boleh cari duit, boleh jalan-jalan, boleh macam-macam lagi. Syukur kepada Allah juga saya panjatkan kerana Allah telah beri kepada saya sedikit kekuatan untuk terus berkongsi pengalaman.

Rakan-rakan, sahabat maya yang saya kasihi;

Terus terang saya katakan, semasa saya tulis post ini, saya rasa berat sangat. Bukan badan saya yang berat, tapi perasaan itu. tapi badan saya memang berat pun. Tak tahu mahu diluahkan dengan cara apa. Jiwa yang mahukan kebaikan, tapi di sudut kecil hati itu ada bisikan-bisikan yang mengajak kepada nikmat dunia. Jiwa yang lalai dengan dunia, tapi di satu penjuru lain ada suara halus mengajak kepada kebaikan akhirat.

Susah untuk dileraikan, dua perasaan bersatu di kalbu.

Tulis artikel-artikel atau yang sewaktu dengannya, kalau tidak ada hati, memang tak jadi. Perlu kepada satu perasaan yang mendalam, ikhlas bila digambarkan melalui tulisan. Huh. Dah tak tahu nak tulis apa lagi.

Ok, saya kisahkan hidup saya hari ini. Pagi tadi, lepas mak dengan ayah balik dari pasar, saya sekeluarga bersarap sama-sama. Makan nasi lemak, kuih kasuwi, apam, kuih sagu, bengkang roti, dengan air teh o. Lepas itu, saya baca surat khabar. Berita hari ini saya dah lupa isu dia. Oh, pasal lompat parti dengan kes ustaz Jais kene goda GRO. Lagi yang menghairankan saya ketika membelek helaian akhbar hari ini, iklan-iklan lumba kuda, 4D, nombor-nombor ‘ong’ memenuhi 4 muka surat. Penuh, tak ada yang kosong. Pelik, akhbar Melayu Islam menyiarkan perkara-perkara yang haram. Kerajaan tak buat apa-apa tindakan ke?

Ok, lepas itu, ayah ajak saya ke kebun. Bersihkan semak-semak, tebang pokok, dan macam-macam lagi. Tapi saya ditugaskan ayah untuk membunuh anak-anak sawit. Bunuh dengan senapang gajah, sekali shoot hancur terus. Haha. Lawak jah. Bukan dengan senapang, dengan diesel. Pukul 9 pagi pergi, pukul 12 tengah hari balik. Panas.


Balik-balik, mak dah siap masak. Pergh. Mak masak siput sedut masak lemak dengan batang keladi. Memang kaw kaw pedas. Berhingus makan. Sayur, mak masak petola tumis dengan ikan cermin goreng. Habis je makan dan kemas-kemas, saya buka freezer, sental nangka pula. Nangka ini bukan beli, tanam tepi rumah, baru je tiga hari lepas kopek. Masuk freezer, makan sejuk-sejuk macam tu, lagi sedap.

Lepas itu mandi. Lepas mandi solat zuhur. Lepas solat zuhur tidur di ruang tamu. Exhausted. Bangun tidur pukul 4 setengah petang, layan ngantuk sekejap pukul 5 lebih baru solat asar. Dalam perjalanan pulang dari ambil wuduk nak ke bilik solat, terpandang di atas meja jemput-jemput udang. Wahhahaha. Makan lagi. Mak ni memang rajin sangat. Saya sayang mak. Tapi solat dulu la nak makan tu. Lepas makan-makan sikit, saya ke luar rumah. Tengok, mak tengah mencakar sampah di halaman rumah. Kemudian, mak saya suruh bakar sampah, dan saya pun bakar lah sampah itu. Lepas itu, saya siram pokok limau barli kat sebelah rumah. Dah, cukup setakat ini saya cerita.

Tak semua gembira itu gembira.

Tak semua sedih itu sedih.

Kenapa? Saya gembira sebab malam tadi dinner dengan family di tepi pantai pontian. Disebalik gembira itu, saya sedih sebab apa yang saya order tak dapat, ketiyaw bandung. Disebalik sedih saya ini, saya juga gembira sebab dapat tolong jimatkan bajet ayah. Disebalik gembira ini, saya sedih sebab terpaksa paw makanan-makanan mak, ayah, dan adik-adik. Disebalik kesedihan saya ini, saya gembira sebab dengan paw paw macam ini akan mengeratkan hubungan kami sekeluarga, insyaAllah.

Dan kenapa lagi? Saya sedih sebab kepergian seorang sahabat yang jujur. Saya juga gembira kerana pemergiannya itu, dia jumpa diri dia yang sebenar. Saya juga turut bersedih, sebab lepas ini mungkin dah tidak selalu akan berjumpa. Saya tumpang gembira sebab dia gembira dan puas dengan keputusan yang dia ambil dan itu adalah yang terbaik untuknya. Saya juga kecewa sebab saya pasti tidak akan mendengar lagi nasihatnya. Saya turut gembira, kerana dia telah menjadi dirinya sendiri, dan mudah-mudahan Allah perteguhkan dia di atas jalannya. Dia dah pilih jalan dia, dan saya terus berada dengan jalan saya. Dia dengan dunia dia, dan saya dengan dunia saya.

“one life’s end, another begin”. Ilal Liqa’.
Sudi-sudilah 'Like' post ni..

No comments: