Assalamualaikum.
Buat rakan-rakan
maya; didoakan semoga Allah bersama kalian, semoga Allah rahmati kalian, semoga
Allah bimbing kalian. Iyyaanaa wa iyyaakum ajma`iin.
Saya sedih.
Betul-betul sedih.
Rakan-rakan
ada tengok video pasal sekumpulan orang yang mahu menampar dan meludah
mahasiswa dek menurunkan bendera yang padanya ada gambar Perdana Menteri Malaysia?
Dan, video yang menayangkan seorang saudara yang menyerang penganjur BEBAS?
Kalau belum
lihat lagi, saya sediakan di bawah.
Saya sedih. Saya sedih selepas melihat kedua-dua video ini. Saya juga pelik dan hairan. Apalah besar sangat Melayu itu sehingga begitu marah sekali kepada mahasiswa. Perdana Menteri saja pun. Itupun hanya di atas bendera. Bukan main melenting marahnya.
Saya sedih. Saya sedih selepas melihat kedua-dua video ini. Saya juga pelik dan hairan. Apalah besar sangat Melayu itu sehingga begitu marah sekali kepada mahasiswa. Perdana Menteri saja pun. Itupun hanya di atas bendera. Bukan main melenting marahnya.
Saya jadi lagi sedih apabila tiada tindakan-tindakan sebegini dilakukan sebagai bantahan terhadap kenyataan-kenyataan CSL dan video-video sembang rakyat yang menghina Islam. Marahnya tidak semarah mereka terhadap penghina-penghina Islam. Kadar responsivnya tidak setangkas mereka yang menentang pencaci-pencaci Islam. Perdana Menteri, diam. UMNO, diam. PERKASA, juga diam.
Melayu tak
bawa kita masuk syurga, kan rakan-rakan?
Namun di
sini, saya tidak pula bermaksud untuk meminggirkan bangsa Melayu. Cuma usah
dilebihkan bangsa dari Islam. Melayu tak jamin kita keselamatan di akhirat,
tapi Islam ya. Rasulullah S.A.W ada bersabda yang mafhumnya lebih kurang
begini; “kamu masuk Islam, kamu selamat”.
Beria-ia
sungguh disuruhnya penganjur untuk memohon maaf terhadap tindakan itu. Namun pada
masa yang sama, adakah mereka juga meminta dari CSL dan si pembuat video sembang
rakyat itu untuk memohon maaf?
Kadang-kadang
saya ada bertanya kepada diri saya sendiri. Kenapa situasi begini boleh
terjadi? Adakah ia salah makbapak yang melahirkan? Adakah ia salah diri
sendiri? Adakah disebabkan pendedahan dan gambaran mereka tentang Islam itu
salah? Adakah disebabkan mereka kurang didikan agama atau ia silap system pendidikan
di Negara kita sendiri?
Tak apalah,
biarlah mereka. Yang penting, mari kita kembali bersama-sama merenung ke dalam
ke jiwa, mari kita tanyakan kepada diri kita “di mana Islam dalam hidup kita?”.
Aduhai, di
mana Islam dalam hidup kita.
No comments:
Post a Comment