Assalamualaikum wa rahmatullah.
Bismillah.
Semoga, rakan-rakan hari ini berada dalam rahmat Allah S.W.T.
Menyentuh satu perkara yang berkaitan dengan kewangan kali ini. Bukan cerita pasal produk kewangan dan perbankan yang gempak-gempak, cuma nak kongsi pengalaman yang telah saya lalui. DEBIT KAD.
Ya, debit kad.
Semua orang dah biasa dengar pasal kredit kad; dan saya yakin apabila sebut saja kredit kad, pasti perkataan ‘hutang’ yang pertama sekali muncul dalam fikiran. Ya, betul; kredit kad adalah produk kewangan berasaskan hutang. Pembayaran hutangnya melibatkan interest atau dengan istilah yang lebih tepat, riba’. Makin lambat bayar, makin tinggi kadar interest. Jauhkan!
both debit cards are mine :)
Tapi sekarang, dah ada produk baru (lama dah, cuma saya ketinggalan). Namanya DEBIT CARD. Alhamdulillah satu alternative baru yang saya rasa tidak melibatkan hutang dan interest. Saya juga dapati, penggunaannya sedang disebarluaskan kepada masyarakat.
Debit card, bagaimana fungsinya?
Caranya senang saja. Pertamanya, anda harus memiliki akaun wadi`ah (simpanan) di mana-mana bank yang menawarkan perbankan Islam. Bila anda sudah memiliki akaun tersebut dan telah diberi kad ATM oleh pihak bank, anda bolehlah simpan atau masukkan seberapa banyak duit yang anda ada ke dalam akaun anda itu. Dan sila pastikan kad yang anda terima itu adalah debit card, kalau tak pasti sila tanya mereka.
Konsepnya mudah. Kalau rakan-rakan tak masukkan duit dalam akaun kalian, kad debit kalian tidak boleh nak buat sebarang pembayaran. Sama juga situasinya jika jumlah wang di dalam akaun simpanan kalian tidak mencukupi atau sudah habis. Gambarannya sama dengan penggunaan wang tunai, serahan melalui tangan ke tangan pada satu majlis; Cuma debit card adalah pemindahan sejumlah amaun dari akaun kita ke akaun si penerimabayar pada satu majlis yang sama.
Tak faham lagi konsepnya macam mana? Begini, rakan-rakan ada henset kan? Apabila kalian mahu menghubungi rakan-rakan yang lain, sudah pasti henset kalian ada kredit bukan? Kalau tak ada kredit, tak boleh lah nak calling-calling mesej-mesej, kan? Kalau dah tak ada kredit, sudah tentu rakan-rakan topup, kan? Begitulah juga dengan debit card ini. Kalau tak di topup (memasukkan duit kalian ke dalam akaun bank), debit card kalian tak boleh guna (tak boleh nak buat pembayaran).
Jadi, maksudnya di sini, kalau kalian tak ada duit nak dimasukkan ke dalam akaun dan akaun kalian kosong, tak payahlah beli barang guna debit card. Pinjam duit dari member-member dulu sudah.
Bagi saya, penggunaan debit kad ini lebih secure (selamat), kerana kita tak akan boros menggunakannya, lebih berjimat dan lebih berhati-hati untuk membeli barang. Kekurangannya Cuma satu pada pandangan saya. Anda kena jaga betul-betul debit card anda dari dicuri orang. Kalau dalam akaun anda Cuma ada seringgit dua ringgit tak apa, tapi kalau lima puluh lebih, gigit jari beb.
Saya dah guna. Serius, mudah. Tak perlu bertebal dompet. Beli barang keperluan di pasaraya-pasaraya besar, makan di pizza hut, beli baju-baju, beli peralatan belajar.
No comments:
Post a Comment