21 June 2011

Ada Betulnya


Assalamualaikum rakan-rakan. Apa khabar? Mudah-mudahan kalian sihat walafiat.


Akhir-akhir ini, saya rasa agak terganggu dengan sesetengah post dan note di facebook. Post dan note ni cerita pasal wanita, di mana mereka dikatakan menzalimi golongan lelaki dengan mengenakan pakaian yang tidak menepati landasan syara’.


Katanya, lelaki jadi meroyan mahukan seks dengan mereka, lantaran mereka menaikkan syahwat lelaki. Jadi, di akhir post dan note tersebut, maka diserulah kepada segenap lapisan wanita untuk menutup aurat masing-masing dengan mengenakan pakaian yang bertepatan dengan tuntutan syara’.


Hmm…ada betulnya juga.


Tapi, pada hemat saya, janganlah kalian (wanita) mengenakan pakaian yang Islamic disebabkan kalian tidak mahu menjadi tempat melapaskan nafsu lelaki semata.


Kalau boleh, jangan jadikan situasi di atas sebagai niat utama kalian dalam menutup aurat. Jadikan;
“oleh kerana Allah S.W.T perintah aku untuk tutup aurat, jadi aku patuh dan taat atas arahanNya. Just kerana Allah suruh. Just kerana aku hamba. Kebaikan yang datang sekali, itu adalah pemberian dan anugerah Allah semata. Mudah-mudahan, apa yang aku lakukan ini menjadi ibadah buat diriku dan ibadah buat orang lain juga”.


p/s: wanita yang berpakaian labuh, tutup aurat sebagaimana lunas syara’, ditambah dengan gaya kontemporari; itulah wanita @ isteri idaman saya. Adakah anda wanita itu? Hehe.

Sudi-sudilah 'Like' post ni..

1 comment:

Hati Yang Mencari said...

Assalamualaikum..

Ada betulnya juga apa yg Razi utarakan. Memang tak dinafikan berpakaian menutup aurat sebaiknya menjadi ibadah yg diselaraskan dengan niat semata2 kerana Allah bukan kerana tunduk kepada perintah-Nya sahaja. Berdasarkan pengalaman seorang sahabat saya, dia pernah bercerita kepada saya mengenai pengalaman yg amat menakutkan baginya. Bagaimana sahabat saya ni pernah diberitahu oleh seorang lelaki, " Walau anda memakai tudung labuh namun nafsu saya naik bila melihat anda" Sahabat saya terkejut bila tiba2 seorang lelaki boleh berkata sebegitu. Sebenarnya saya kurang mengerti mengapa lelaki boleh berpandangan sedemikian. Seharusnya, bagi saya, orang yang tidak menutup aurat lebih banyak peluang untuk menarik perhatian lelaki. Sehinggakan saya berasa kurang senang dengan apa yang telah sahabat saya ceritakan. Sekadar berkongsi.