25 March 2011

Di Pihak Manakah Kita?

Assalamualaikum, apa khabar? Terasa sudah lama tidak meninggalkan jejak di sesawang ini.

Semoga rakan-rakan semua sihat selalu dan semoga berada dalam limpah kasih sayang Allah S.W.T.

Sekarang saya sudah berada di penghujung semester kedua. Bahang peperiksaan akhir sudah mula terasa. Rasa seperti terlalu cepat masa meninggalkan; baru saja menempuh hari jumaat minggu lepas, sedar-sedar sudah jumpa kembali sebuah jumaat lagi. Tapi itulah hakikat, masa akan terus berjalan; pergi dan tak akan berpatah balik. Bagi yang tertinggal, pandai-pandailah nak hidup. Bagi yang berjaya mengikut dan mendahului arus, mudah-mudahan Allah beri kebaikan padanya.

Hanya dalam beberapa minggu lepas, macam-macam perkara berlaku di dunia yang kita huni dan tak lepas juga di negara yang kita diami ini. Pemberontakan di Libya, serangan tentera pakatan barat ke atas Libya, tsunami di Jepun, kenyataan Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi rentetan peristiwa berdarah di Bahrain, akan berlangsungnya pilihan raya negeri Sarawak, fitnah ke atas DSAI dengan video seks, pengumuman keputusan SPM dan Allah…banyak lagi.



Persoalannya di sini; dimanakah kita letak diri kita dalam situasi ini dan apa neraca yang kita guna untuk kita nilai sesuatu peristiwa itu.

DAP kah? (di atas pagar, bukan Democratic Action Party)

Atau menghentam sebelah pihak sajakah?

Atau menghentam kedua-dua belah pihak sekalikah?

Atau tutup mata, tutup telinga, dan teruskan tidur?

Menilai setiap perkara akan baik dan buruknya, bukan hanya berfikir dari aspek manfaat dan keburukan duniawi yang seseorang itu dapat; tapi haruslah berfikir adakah Allah redha akan apa yang kita lakukan atau Allah murka, harus berfikir adakah apa yang akan kita lakukan itu membawa kita ke syurga atau neraka, harus berfikir adakah apa yang akan kita lakukan itu memberi kita nikmat atau azab.

Renung-renunglah akan apa yang akan, sedang, dan telah kita lakukan. Sekadar berkongsi, ada satu hadis yang baru saya belajar dari kuliah yang maksudnya lebih kurang begini;

Sesiapa yang meninggalkan perkara yang haram, maka Allah S.W.T akan beri kepadanya yang halal.

Wallahu ‘aalam.

Jumpa lagi nanti! :-)


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

No comments: