18 September 2010

Raya vs Study = Raya Won!

Assalamualaikum rakan-rakan semua! Apa kabar? Sihat? Semoga rakan-rakan semua sihat-sihat dan bahagia-bahagia selalu hendaknya. Rasa macam dah lama tinggalkan blog kesayangan ni, sebulan. Tak ada idea? Sibuk? Sebenarnya, ada je idea dan tak lah sibuk sangat; mungkin tak berapa semangat nak berkongsi.


Satu perkara yang saya belajar dari salah satu lecture yang saya hadir, pensyarah tu ada sebut bahawa kita perlu untuk sentiasa menulis. Tulis apa-apa saja. Tulis diari, atau tulis bibliografi, atau tulis rencana, atau tulis artikel-artikel umum, atau apa-apa saja; asalkan menulis. Kenapa? Sebab dengan menulis otak kita akan jadi semakin produktif, otak kita akan pusing 360 degree untuk mencari alasan dengan melihat setiap sudut yang berkaitan. Dengan menulis juga, kita agresif dalam mencari bahan dan isu terkini, dan sentiasa berusaha ketengahkan tulisan kita.


Alang-alang menulis, publishkan jelah kat blog, ye tak? Heheh. Sebab tu lah dia suruh buat daily journal. Ni yang serabut sikit nih. Tak siap lagi.


Okay, topik lain.

kampong halaman di Tanjong Karang, Selangor


Jadi, macam mana raya rakan-rakan tahun ni? Seronok? Saya? Raya saya biasa-biasa je..sama macam tahun-tahun sebelum ni, tapi tahun ni tak ikut keluarga pergi beraya; duduk rumah jah. Saya tahun ni beraya di kampong ayah dahulu di Batu Pahat, Johor. Raya kedua tengah hari baru balik Tanjong Karang, Selangor; ni kampong emak. Kampong jauh-jauh baru best raya, baru ada feel. Jumpa pakcik-pakcik dan makcik-makcik saudara, sepupu-sepipit; tu biasa lah tu, semua orang pun jumpa. Masing-masing bertanya khabar dan masing-masing saling bertanya update masing-masing.


Sebenarnya, lepas raya break ni, saya ada banyak kerja dan tugasan yang nak kena selesaikan. Esaimen nak kena hantar, bersedia untuk presentation, midterm exam lagi. Tu lah pasal keluarga pergi seronok beraya saya tak ikut; tapi duduk rumah pun bukannya study sangat. Cuba teka saya buat apa? Heheh. Menonton tv. ASTRO lagi tu (di kampong hamba di Selangor); mintak maaflah sebab teruja cerita pasal ASTRO nih, sebab rumah tak ada ASTRO. Channel pilihan adalah channel 553 dengan 556. Terbaik. Ada apa ya kat channel tu? Haa..tengoklah sendiri ye yop.


Oh, sebelum terlupa lagi; saya nak ucapkan selamat hari raya kepada semua kenalan dan blogger. Kalau bahasa saya ataupun apa-apa perbuatan saya yang menyinggung perasaan dan sentimen rakan-rakan harap dimaafkan segalanya.


Ok lah kot setakat ni. Sikit-sikit pun jadik lah, asalkan dapat bagitahu rakan-rakan yang saya tak mati lagi kat dunia blogger ni. Jumpa lagi nanti kalau ada masa lapang.

Sudi-sudilah 'Like' post ni..

2 comments:

Anonymous said...

enjoy your life. study is part of your life, not study is your life.

Musafir Bulat said...

meaningful and wonderful quote En. Hisyam...like it.