16 July 2010

Mumtazah !! Mumtazah !!

Assalamualaikum wa rahmatullah. Hai, jumpa lagi rakan-rakan. Semoga rakan-rakan semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan semoga rakan-rakan berada dalam bimbingan dan petunjuk Allah. MB bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah memberi peluang dan kesempatan lagi kepada MB untuk hidup di saat ini. Dan MB bersyukur jugak sebab Allah S.W.T masih lagi perkenan untuk MB mengecap dan menikmati anugerah serta pemberianNya. MasyaAllah, memang banyak nikmat pinjamanNya.


Alhamdulillah, hari ni dah nak seminggu MB belajar di USIM dan dah hampir 2 minggu MB kat sini. Syukur kepada Allah yang telah memilih MB sekali lagi untuk hidup dalam suasana ilmu. MB akui, keterpilihan MB duduk di dunia ilmu adalah salah satu nikmat yang MB rasa cukup besar. Memang cukup besar. Tak tergambar perasaan MB bila Allah masih pilih MB duduk kat sini.




Ntah kenapa; tiba-tiba MB rasa seronok sangat dengan ilmu, semangat sangat-sangat nak belajar. Belajar dari professor-professor, belajar dari duktur-duktur. Ya Allah, betapa bahagianya berdamping dengan mereka. Terpancar dari raut wajah dan langkah mereka cahaya tsiqah dan hibah. Rasa diri ini cukup kerdil dan hina dibandingkan dengan mereka. Ilmu mereka, pengalaman mereka, pandangan mereka; subhanaAllah.


Segala puji bagi Allah S.W.T yang telah memberi MB kesempatan dan peluang semahal ini.


Kongsi rasa


Suasana kat sini memang best. MB dah jatuh cinta dengan tempat ni. Nak speaking arab dengan English pun tak malu dah. Semua orang layan balik kalau kita speaking. Muhadhir-muhadhir pun tetap layan jugak kalau MB cakap broken, haha.


Ingat lagi masa tengah rehat kat café fakulti; tiba-tiba datang seorang muhadhir datang makan semeja dengan MB. Dah lah muhadhir tu duktur dari Sudan, speaking arab dengan MB pulak tu..hadoyh, gelabah. Terpaksalah bukak gelanggang, hahaha. Alih-alih, dia cakap “mumtazah mumtazah!!”. Hush, seronok kalau kita speaking orang lain dapat faham. Nama muhadhir tu Dr. Elsaddig Dowelnor Abdelgader. MB admire dia, huhu.


Adab Penuntut Ilmu


Bila kita menjadi seorang penuntut ilmu, ada satu perkara yang MB sangat pentingkan pada diri MB. Adab. Bagi MB, adab sangat sangat penting dalam kehidupan seorang penuntut ilmu. Jujur MB nak cakap; MB pantang dengan orang yang tak beradab, dan MB sendiri mencari sahabat mengikut adab yang ada padanya.


Di kesempatan ini, MB sukacita nak berpesan kepada MB diri sendiri terutamanya dan kepada rakan-rakan MB; agar kita selalu menjaga adab sebagai seorang penuntut ilmu. Pertamanya; niat. Jernihkan niat adalah adab pertama dan utama bagi seorang pelajar. Niat harus betul. Niat mesti kerana Allah S.W.T. Niat menuntut ilmu mesti adalah untuk memperbaiki diri. Niat menuntut ilmu adalah untuk jadi orang yang beriman. Niat menuntut ilmu adalah untuk jadi hamba Allah yang bertaqwa. Inilah selalu pesanan ayah MB; selalu beliau pesan kat MB macam ni. Ayah MB cakap “Aji, abah nak Aji kat sana jadilah orang yang bertaqwa. Cukuplah taqwa saje yang Aji dapat kat sana, abah dah bahagia dah”. MB tersentuh dan terkesan dengan pesanan abah MB. Sayang abah…muah!!



Keduanya; hati. Hati ni kena bersih. Hati seorang penuntut ilmu mesti bersih dari maksiat dan bersih dari segala kedurhakaan kepada Allah S.W.T. Sebabnya; ilmu ni cahaya, manakala maksiat dan kedurhakaan itu pulak adalah kegelapan yang akan menggelapkan hati. Jadi, cahaya dan kegelapan tak boleh duduk sekali. Bukan apa, kita sebagai penuntut ilmu seharusnya beradab dengan ilmu. Sedangkan maksiat dan kedurhakaan kepada Allah sendiri akan menghilangkan keberkatan ilmu yang kita pelajari. MB teringat akan salah satu tazkirah dari Ustazah Azlina semasa MB masih di KIPSAS lagi. Beliau cakap “cukuplah seorang pelajar itu memelihara ilmunya. Apabila seseorang itu memelihara ilmu yang dipelajarinya, secara tak langsung dia memelihara dirinya jugak. Dan hanyasanya perkara yang boleh memelihara ilmu adalah berakhlak dengan akhlak seorang Muslim”. Betul apa yang Ustazah Azlina cakap. MB rindu nak dengar nasihat Ustazah…


Ketiganya; rendahkan hati, tundukkan hati, dan serahkan seluruh jiwa raga kita dalam proses menuntut ilmu. Dalam bab ni, MB sudi nak berkongsi kata-kata dari Imam Syafi’ei yang MB dapat dari Mudir MB dulu semasa di MATRI. Al-Imam rahimahullah berkata “ilmu itu tak akan kamu dapat sebahagian darinya, selagimana kamu tidak memberi seluruh jiwa raga kamu kepadanya – العلم لا يعطيك بعضه حتى تعطيه كلك”. Bila berhadapan dengan pensyarah; anggaplah diri kita ni kosong, bersedia untuk menimba ilmu darinya. Bila tengah kuliah; diam dan tumpu perhatian pada apa yang disyarahkan. Buat apa yang ditugaskan. Dan jangan lupa, senyum selalu… bila senyum, kita akan jadi tenang sikit dari biasa…hehe.


Contohi mereka


Cukuplah tiga perkara ini jadi peringatan untuk diri MB terutamanya setakat ini. Dan MB rasa, tiga perkara inilah adab-adab utama kita sebagai seorang pelajar bila menuntut ilmu. Bagi MB, cemerlang dalam lapangan akademik bukan satu pilihan kepada seorang penuntut ilmu; tapi adalah tanggungjawab yang sudah sedia tergalas di bahu kita.


Lihatlah Imam-imam mazahib. Semuanya mumtazah mumtazah belaka; tapi yang pasti, 4plat dan first class honor bukan matlamat mereka belajar. Mereka belajar untuk kebaikan dunia dan akhirat mereka, dan mereka belajar untuk memberi sumbangan kepada umat mereka. Dan syukur kepada Allah S.W.T, keberkatan ilmu mereka dapat kita rasakan hingga kini.


Last but not the least; MB harap sangat Allah bantu dan bimbing MB dalam menempuh samudera ilmu ini. Dan MB berdoa jugak, semoga rakan-rakan juga dipimpin Allah S.W.T. melalui jalan yang Dia redha. MB tak nafikan, kehidupan di sini perlu kepada mental yang kuat. Sangat kuat. Kalau tak pandai jaga diri, habis kita.


Ok lah, setakat ni jelah kali ni. Esok-esok jumpa lagi ya…


Wallahu `aalaam…


p/s: doakan MB di sini ya…………………………….


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

1 comment:

Anonymous said...

alhamdulillah..
=)