21 April 2012

Saja Nak Cerita


Assalamualaikum wa rahmatullah.


Semoga rakan-rakan berada dalam rahmat dan bimbingan Allah S.W.T sentiasa.


Minggu ini, Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk pulang ke rumah. Hari khamis hari tu sampai, dan insyaAllah hari ahad ni balik semula ke Nilai. Saja balik rumah, lama dan rindu rasanya kat emak dengan abah. Cuti midsem minggu lepas tak balik, ada projek sikit. Hehe. Tu yang ambil kesempatan untuk balik minggu ni, tambahan pula hari jumaat memang tak ada kelas.


*           *           *           *           *           *

Sudah tabiat saya bila sampai rumah, saya akan jelajah setiap pelosok rumah. Tengok-tengok mana tahu ada kelainan dan sesuatu yang baru. Perkara pertama sekali yang saya tengok, adalah, susun atur perabot rumah. Setiap kali balik, mesti ada saja yang akan berubah. Huhu. Emak oh emak. Sekejap pinggan mangkuk kat sebelah sinki lah, sekejap pinggan mangkuk kat sebelah kabinet lah, sekejap pinggan mangkuk kat sebelah peti ais lah. Biarlah, asalkan emak gembira dan selesa. Saya cuma geli hati saja dengan perangai emak yang ini. Hihi.


Yang keduanya, saya akan tinjau-tinjau rak-rak makanan; ada kerepek ke, ada biskut ke, ada roti ke, ada buah ke. Kalau ada, konfem lah duduk rumah ni mulut tak berhenti mengunyah. Ada saja yang disuap ke mulut. Hehe. Badan pun naik. Habis rosak diet-diet dan pantang-pantang masa di rumah sewa. Apakan daya, takde makbapak yang nak anak dia berlapar dan kebulur, kan? Kihkihkih. Apalagi, sental la.



Yang ketiganya, saya akan cek rak-rak buku. Selalunya memang ada benda baru. Majalahlah yang selalu update kat rak buku tu. Balik kali ni, ada dua majalah yang baru; Solusi dan Haluan. Tengok saja, terus belek-belek selak-selak. Lepas tu, tutup balik. “okay, nantilah baca”. Haha. Kemudian, saya cek setiap buku dari tingkat ke tingkat. Sampai dekat satu tingkat ni, saya berhenti. Saya usap-usap satu buku ni. Buku ni adalah kajian ilmiah saya semasa saya diploma. Sarat dengan emosi dan kenangan buku yang satu ini. Mengimbau betapa penuh cabaran dan dugaan semasa belajar diploma dulu dan semasa menyiapkan kajian ilmiah. Saya jadi kembali bersemangat untuk bersungguh-sungguh menuntut ilmu di peringkat degree ini bila melihatnya. Mudah-mudahan Allah bantu dan bimbing saya sepanjang usaha saya menuntut ilmu. Amiiiin…


Yang keempatnya, saya akan cek apa yang emak tanam kat belakang dan tepi rumah. Ada sayur baru ke, ada sayur kesukaan ke, ada sayur yang sedap-sedap ke. Sudah semestinya, sayur jenis baru akan ada. Kali ni, emak ada tanam keledek. Emak cakap keledeknya sudah pun dimakan. Dah habis di ‘jebol’. Nampaknya, saya memang tak ada rezekilah nak merasa, sebab emak ada cakap pada saya semasa saya di Nilai lagi yang keledeknya dah dibuat kuih. Digorenglah, dibuat inti karipaplah. Ya Allah… ‘heaven’nya kuih-kuih emak… huhu.


*           *           *           *           *           *

Rasa tenang bila berada disamping emak dan abah di rumah. Bila tengok saja muka emak dan abah, mesti nak kene buat lawak untuk bagi mereka senyum dan ketawa. Sebab saya tak sampai hati nak tengok muka emak dan abah ketat-ketat depan muka saya. Kadang-kadang bergosip sikit-sikit dengan emak dan abah. Saje, nak bagi emak dengan abah tahu apa aktiviti yang saya buat kat sana. Huhu.


Sebenarnya, saya rindu nak meluah perasaan di blog ni. Maklumlah, saya susah sikit nak menaip sekarang ni sebab tak ada laptop. Nak cerita kat facebook, tak best, ruang tak banyak. Kat blog, banyak mane nak tulis pun tak kisah, ye tak? Hihi.


p/s: ada sesiapa yang tahu macam mana nak remove follower kita? Sebab blog ni dah macam wadah ekspresi perasaan, bukan lagi wadah ekspresi minda. Tak sedap pulak rasa, sebab dulu follower meng’follow’ kita sebab nak tahu apa persepsi kita, tapi sekarang disaji pula dengan perasaan. Segan lah. Huhu.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

15 February 2012

Samsung Tablet 10.1


Assalamualaikum.


Hari ini saya mahu cerita pasal gadget yang saya miliki. Samsung tablet 10.1. Dibeli pada tahun lepas, dalam bulan 9 atau 10 (tak ingat). Harga yang dibeli mengikut harga pasaran.


Nak tahu saya puas hati ke tak guna tablet ni?


Setakat ini, Alhamdulillah, puas hati. Sekalipun ada beberapa perkara yang boleh dimaafkan, tetapi secara keseluruhannya good. Saya bagi 4 bintang. Nak cerita pasal spec, saya tak pandai. Jadi, saya sediakan pautan ini untuk rakan-rakan yang nak tahu lebih lanjut. Apa yang diberitahu di situ, sama jugalah apa yang ada pada tablet saya.


Apa yang buat saya puas hati?

1. Sifatnya yang mobile.
2. Double purposed; nak berhibur boleh, nak buat kerja pun boleh.
3. Applications yang boleh tahan best.
4. Dari segi nak contact by e-mel, mesej; terbaik.


Dan, apa pula yang tak bestnya?

1. Keyboard tak ada; tak berapa sedap nak taip. Perlu membiasakan diri lagi ni.
2. Kalau nak buat kerja; contohnya nak buat slide atau nak edit document, tak boleh nak hias-hias sangat. Mungkin saya tak tahu kot caranya bagaimana.
3. Setakat ni kalau nak buat video conference, Cuma guna google talk. Skype, YM, Facebook, tak support. Jadi, hanya orang yang ada google account saja yang boleh bervideoconference dengan saya.


Jom layan gambar yang tak seberapa yang saya screenshot sedikit.


ini saya punya :)


ini, al-Quran android. macam mushaf betul kan? :)


ini gmail :)


ini googletalk :)


ini application untuk buat slide, document & excel :)


ebook~ i'm lean guy okay :)


pdf-akta universiti dan kolej universiti (AUKU)


gym application~ saya katang okay hehe :)


application ni yang paling best, maktabah syamilah. terbaik~ :)


browser :)


lain-lain application :)


Sekian dari saya untuk kali ini. Doakan saya, rakan-rakan.


Sudi-sudilah 'Like' post ni..

23 December 2011

Berhajat Kepada Momentum



Assalamualaikum.


Bismillah.


Hari ini adalah hari terakhir dalam tempoh 14 minggu perkuliahan. 4 minggu seterusnya adalah minggu-minggu kritikal bagi aku. Minggu-minggu pulun. Minggu-minggu untuk menyentuh buku teks untuk subjek tersebut buat kali yang terakhir.


Musim ini akan kembali merodai kehidupan aku untuk 2 tahun setengah lagi, insyaAllah.


Betapa masa itu berlalu meninggalkan kita; dan yang kita bawa dari masa-masa yang lepas itu Cuma dosa dan pahala, Cuma ilmu dan pengalaman.


Aku terfikir, kalau itulah Cuma yang kita kumpul lalu dibawa bersama; bagaimana pula aku menghadapi hari-hari seterusnya, meraih pahala dan menghindar dosa, mencari ilmu dan menimba pengalaman.


Hidup ini singkat, semestinya. Dan bagaimana mahu mengoptimumkan kehidupan, itu persoalannya.


Pahala. Dosa. Ilmu. Pengalaman


Aku, berhajat kepada momentum


“Ya Rabb, sesungguhnya aku tahu Engkau sedang melihat aku, serba-serbi tahu tentang aku, lebih kenal aku dari ibubapaku. Ya Rabb, jadi Engkau gerakkanlah aku untuk meraih redhaMu, jauhkanlah aku dari murkaMu, penuhkanlah aku dengan ilmu-ilmuMu, anugerahkanlah aku pengalaman-pengalaman berharga dariMu. Bukan setiap minggu, bukan setiap hari, bukan juga setiap jam; namun setiap hela nafasku. Tanpa Engkau ya Rabb, tiada makna dan tiada erti hidup aku. Ya Rabb. Ya Rabb. Ya Rabb”



Bagi rakan-rakan yaang sedang dan bakal menduduki peperiksaan akhir semester; saya ucapkan selamat maju jaya!


Sudi-sudilah 'Like' post ni..